Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, April 02, 2012

Misi Memulihkan Akuarium Yang Terbiar

 

 

As Salam ladies,

 

Petang ini cuaca mendung. Pagi tadi pun hujan turun mencurah-curah. Namun begitu, saya tak hibernate lama-lama. Rutin tetap dilaksanakan macam biasa - bangun pagi gosok gigi cuci muka mandi. Pakai baju minum susu eh, eh ternyanyi lagu kanak-kanak pulak….anyway harap anda semua terhibur hendaknya ngeh3x!

 

Sebenarnya petang ini bukan nak cerita pasal keadaan cuaca mahupun berkongsi lirik lagu kanak-kanak tapi saya nak cerita pasal benda lain. Pasal akuarium. Di rumah SSL ada sebuah akuarium tapi dah agak lama  benda alah empat segi tersebut hidup terbiar tanpa diberi belaian kasih sayang yang sewajarnya. Hidupnya kosong. Eeee kejam lah kau SSL, tuduh pembaca di dalam hati ;P

 

 

 

aqua 004

Aquariumku yang sungguh kasihan…seekor ikan pun tak dak!

 

 

Memetik kata-kata siapa entah,  …….an aquarium needs fish  like a man needs a woman. Ya, betul. Memang tepat sekali ungkapan itu. Setiap akuarium perlukan ikan. Kalau tak dak ikan, takyahlah ada akuarium. Err….macam lelaki perlu kawin dengan perempuan. Kalau tak dak wang, takyah lah kahwin…erkk?!! Saya tokok tambah sendiri je lah. Sila abaikan.

 

 

 aqua 007

Kosong. I need fish!

 

 

Ya, tahuuuuuuuuuuu!  Mulai sekarang kami janji tak akan abaikan kamu lagi. Dengan penuh iltizam dan semangat yang berkobar-kobar misi untuk memulihkan aquarium terbiar pun bermula.

 

Lewat petang di suatu hari di hujung minggu, kami sampai ke sebuah kedai ikan yang terletak di Jalan Kuching. Nama kedai tersebut dah tak ingat sebab macam biasa, waktu tu SSL tiba-tiba diserang gejala malas berfikir.

 

 

281120112118

 

 

Anak-anak memang teruja betul tengok ikan. Masuk je kedai terus buat kecoh jerit sana ada ikan cantik, sini ada kura-kura apa semua pun jerit.

 

 

281120112124

 

281120112122 

 

281120112126

 

 

281120112130

 

 

Dipendekkan cerita, kami pon membeli beberapa ekor ikan piranha dan seekor sotong kurita untuk dibawa pulang. Eh, tak, tak… saya merepek. Kami cuma beli beberapa ikan kecik je lah serta seekor udang hahaha… kalau boleh nak beli semua jenis ikan yang ada kat situ sebab semuanya comel-comel. Kalau dapat bela di rumah bila ada masa lapang bolehlah jamu mata menatap kecomelan mereka. Bila mereka dah besar kelak bolehlah ditangkap untuk jamu selera pulak %$#^&%@  Memang kamu makcik suka betul berimaginasi yang bukan-bukan! Sumpah menjengkelkan perangai kamu tuh. Kalau anak-anak tahu……

 

Sebaik sahaja selesai berurusniaga, sambil tangan menjinjit beg plastik berisi haiwan peliharaan maka kami pon melangkah keluar dari kedai ikan tersebut  dengan penuh bergaya. Setibanya di luar kedai, dengan tidak semena-mena langkah si adik terhenti……

 

 

281120112136

meow

 

281120112137

hello

 

281120112135

Ibu, adik nak beli kucing ni jugak!

 

Isyhh nak kucing pulak. Tak boleh,  dik. Tajuk entry ni ialah misi memulihkan akuarium yang terbiar. Binatang kucing tak ada sangkut-paut, tahu. Kalau cerita pasal kucing nanti terkeluar tajuk kang kena potong markah pulak hahaha….guwau sajelah!

 

Si adik neh, kalau boleh semua haiwan yang halal dekat muka bumi ni semua dia nak angkut bawak balik jaga. Sebenarnya dah lama dia pupuk cita-cita untuk memelihara kucing tapi saya tak benarkan. Tak payah pupuk-pupuklah, dik! Petang itu, puas dia duk merayu merengek suruh beli namun rengekannya langsung tak dilayan. Percubaannya gagal. Kesian adik. Sorry, please try later hahaha…

 

Sewaktu pulang, masuk je kereta terus dia diam. Untuk mengembalikan mood cerianya itu kami adakan sesi photo shoot bajet artis  ;P

 

281120112144

senyum dik!

 

281120112142

senyum dalam paksa

 

281120112139

ok dah molek sikit

 

281120112140

say kobisssssssssss! (trademark dia)

 

 

Baiklah. Hei, lihat akuarium saya sudah kembali ceria. Mempersembahkan….

En. Lampam, En. Udang, Kak Patin, dan geng ikan kecik yang saya dah tak ingat namanya ….. diserang gejala malas berfikir lagi!

 

aqua 001     aqua 002

aqua 009    aqua 003

 

 

Tapi depa semua camera shy. Penat tahu saya mengejar-ngejar depa dengan kamera di tangan. Rasa nak aje buat aksi renang sekali dalam akuarium tuh semata-mata untuk dapatkan  gambar mereka yang paling menarik. Ah, macam poyo lah bukan SSL duk dalam akuarium?! Haisyh!

 

 

 

Caucincau!

Rabu, Mac 21, 2012

Kisah Talam

 

 

As Salam ladies,

 

Mood tak berapa molek. Grrrr….Beberapa hari ni mood saya and the geng macam gangster. Hoho ganasnya…. Kami rasa nak gi simbah cat merah jambu jah kat rumah seseorang tu! Namun apakan daya fikir-fikir balik membazir duit kami le pulak beli cat. 

 

Uols pernah tak ada pengalaman bersama orang jenis talam dua muka?

 

 

talam 

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik.

 

 

Terlalu banyak kejadian  berciri musibah telah dilakukan oleh pembuat onar yang berpenyakit hati itu. Merosakkan komuniti betullah dia tu!

 

 

backstab1

Wahai orang yang bertalam dua muka insaf-insaflah cepat!!!

 

 

Uols pasti nak tahu  kejadian sebenar yang buat saya duk hot bebeno neh, bukan? Ah, malaslah nak cerita panjang-lebar sebab ceritanya tak boleh dicerita secara kelakar. Kalau cerita jugak nanti buruk padahnya.

 

Cuma hari ni saya mahu kongsi ini  : Cara-cara Mengenalpasti ciri-ciri orang yang bertalam dua muka:-

 

  • Perwatakannya nampak baik, pertuturannya lembut-lembut seperti Dato’ Siti. Cara dia bercakap pijak semut pun tak mati.
  • Dia suka puji kita melampau-lampau di depan kita sendiri tapi jangan mudah terpedaya, ….orang macam ni jugak akan kutuk kita kaw-kaw depan orang lain. Oh, tipu terpipah!
  • Suka mengata orang lain depan kita…… hohoho kena ingat, tidak mustahil dia juga suka mengata kita depan orang lain!
  • Tagline dia, “tak minat nak masuk campur hal orang”, "Saya tak suka cakap hal orang sebenarnya….”, “tapi ni ada orang lain yang cakap…." Hek eleh sebenarnya itulah yang dia minat sangat-sangat.
  • Mimik muka dia actually kita boleh kesan… air muka dia nampak kurang bersih.

 

Tips berhadapan dengan orang jenis talam dua muka neh:-

 

  • Jauhkan diri beberapa meter dari orang tu, beberapa kilometer lagi bagus!
  • Cari peluang untuk tidak bercakap/berhubung.
  • Jangan lawan sebab orang macam tu sampai ke sudah pun takkan rasa diri dia bersalah.
  • Bersabar dan berdoa banyak-banyak…buang jauh-jauh niat nak simbah cat tuh, SSL! Berdoa sajalah… Ya Allah, jauhilah aku daripada anasir-anasir pemusnah ni. Amin.

 

Setakat ini saja contengan untuk kali ini sebab kondisi saya di saat ini adalah sangat kurang baik, ada gangguan emosi yang agak kritikal dalam diri hahaha! eh, eh.. tetiba gelak. Memang betullah  ada gangguan emosi makcik neh. Moga beliau cepat pulih.

 

 

 

Caucincau!

 

 

 

Red rose Maaf, belum sempat balas kunjungan beberapa blog kegemaran sebab sejak kebelakangan ini SSL agak sibuk macam lebah - bantu En. HB wat assignments. Harap jangan kecik hati, ye!

 

 

Jumaat, Mac 16, 2012

Motivasi Pagi



Salam Jumaat ladies,

Setelah beberapa hari internet saya terkena penyakit semput, tiba-tiba ada sedikit kejutan pagi ini apabila kelajuannya sungguh luar biasa.  Ya, pagi ini internetku laju macam apa. Rugi lah sangat kalau tak jengah youtube. Jadi atas kejadian fenomena luar biasa ini maka sempatlah SSL melayan video kejap tadi.




Uols kenal tak sapa ni?
 
Inilah Professor Dr. Muhaya Hj. Mohamad. Yang selalu ke udara di radio Ikimfm setiap hari Rabu @ 10.00 pagi / Khamis @ 1.00 pagi (Ulangan) tu. Suka betul dia. Suka rancangan bual bicara bersama dia.

Kalau ada masa jom layan video Motivasi Pagi bersama Prof. Dr. Muhaya neh! Sangat best, okOpen-mouthed smile



                              


“Hidup Jangan Untuk Penghargaan Manusia” 



Caucincau!

Selasa, Mac 13, 2012

Kurang Tidur

 

As Salam ladies,

 

Pagi tadi saya bangkit dari tidur dengan tenaga yang sangat kurang – gara-gara semalam bersengkang mata hingga larut malam. Apa saya buat? Ah, malaslah nak cerita. Nak buat kerja hari ni pun macam kurang  produktif. Saat ini saya cuma fikir mahu baring aje, memejamkan mata dan celik semula pada hari Rabu. Huh, melampau…….

 

Kejap tadi tengok-tengok wajah dekat cermin. Sudah ada tanda lebam di bawah mata….. macam Zombie, oh no! Wajahku sungguh lesu dan tak bermaya dan berkerut dan…..tua! …..ngangis-nangis secara icon…. Haisyh nasib baik korang tak dapat tengok muka saya ni tau! Kalau tak, pasti korang pun akan rasa annnoying sampai rasa macam nak hadiahkan set Safi Rania Gold je untuk hari jadi saya yang akan datang.

 

Beginilah kita bila sudah menginjak usia. Bila masa tidur terganggu, tidur menjadi kurang lena dan tatkala bangun pagi kita akan berperangai tua yang kuat membebel entah apa-apa dan sering mengadu sakit belakang dan menceceh aje  sepanjang hari samada dalam blog mahupun di luar blog.

 

 

Saya rasa nak bukak Yayasan Tido lah sekarang. Menguap dah tiga belas kali kalau tak silap. Sengsara rasanya ni. End of update.

 

Caucincau! …..zzzzzzzzzz …..tidur dengan serta-merta.

Jumaat, Mac 09, 2012

Sepanjang Minggu Ini

 

 

Salam Jumaat ladies, 

 

Hati saya meronta-ronta mahu mengemaskini blog ini namun apakan daya hajat selalu terbantut. Banyak kerja yang di sini menunggu di sana menanti. Minggu ini adalah minggu yang sangat mencabar kerana minggu ini minggu ujian di sekolah. Berapa bayak perkataaan minggu daaaaa ….. Mungkin bukan sangat, tapi agak mencabar jugalah. Manakan tidak, ada di antara anak didik saya yang tahap prestasinya masih kurang memberangsangkan. Berdoa dalam hati agar mereka dapat jawab ujian dengan baik. Saya sedang mengesat peluh ni.

 

Minggu ini juga kesibukan saya berganda - terpaksa luangkan beberapa ketika untuk menemani En. HB menyiapkan assignment beliau. Saya beri sokongan yang mencurah-curah buat beliau. Dengan semangat yang berkobar-kobar saya melangut temankan dia berjaga malam, study bersama-sama korang tahu (tipu giler). Nampak tak tahap kesibukan saya tu? Ececece…. sibuk la sangattttttt walhal….alahai entah macamana malam semalam sedang rancak berdiskusi tetiba saya boleh berdengkur depan laptophahaha jom gelak walaupun tak lucu…..Baru kejap dah lentuk memang tak boleh pakai betul. Sorry, bang! Walaupun tanpa bantuan maksimum dari isterimu ini namun harap-harap beliau dapat buat yang terbaik dan dinda doakan kanda berjaya score 4 flat sebagaimana semester-semester lepas, ya. Amin. Berdinda kanda pulak haha..tak boleh blahlah makcik neh!

 

Kesibukan saya seterusnya ialah…. ah, mari kita saksikan ini gambar!

 

  mar12 053

 

 

Inilah situasi dramatik saya sekarang. Ya, tika ini saya sedang bergelumang dalam dunia arkitek. Bukan calang-calang orang mampu membuatnya. Meluat betul ayat ni kan….Rasa diri bertukar menjadi hensemlah pulak, eh eh…. apa kes? Memang sungguh aneh sebab tak disangka wanita macam saya pun mampu buat design rumah walhal kerja-kerja arkitek ni bukan ke cuma layak jadi kerjaya lelaki hensem yang berkaliber sahaja? Soalan berciri entah apa-apa… so tak perlu jawab!

 

En. HB mengamanahkan kepada saya untuk merekabentuk design ruang yang hendak diubahsuai. Beberapa minggu lepas saya dah design cantik-cantik tahu. Malangnya perasaan saya menjadi sungguh berkecamuk bila cadangan pelan yang dibuat itu telah direject oleh pelukis pelan. Katanya, Majlis Daerah tak akan lulus atau saya mungkin didenda jika teruskan pengubahsuaian dapur dan bilik tingkat atas rumah baru melebihi had yang ditetapkan. Haiyohhh, manyak songellah itu Majlis Daerah. Punah segala kerja-kerja arkitek yang kubuat selama nih. Tensi mak tau!!  Sekarang ini saya masih lagi dalam kebuntuan. Masih lagi merenung helaian pelan rumah dengan perasaan yang sikit lagi hampir nak tumpah air mataku ini. Blur tak tahu nak ubah tang mana lagi dah.

 

Saya masih buntu lagi neh sedangkan masa terus berjalan tanpa kaki. Jam dah hampir menunjukkan pukul 11.00 pagi. Rasanya eloklah saya tidak membuang masa lagi dan membuat apa yang patut dibuat. Kejap lagi nak hantar e-mel kepada pihak kontraktor pulak – submit design plaster siling, table top dan KC pilihan saya serta maklumkan tentang pelan yang tidak lulus itu. Ah, macam bosan lah pulak perenggan ni… Dah, tak payah baca lagi dah.

 

Jom kita sambung buat kerja masing-masing, ok!

 

 

Caucincau!

Khamis, Mac 01, 2012

Terbosan-Bosan

 

Salam ladies,

 

Hujan turun rintik-rintik di luar sana. Mata pula terasa sungguh berat semacam. Rasa nak aje membaringkan sekujur tubuh ini ke pembaringan. Best kan kalau dapat tidur diulit hujan. Inilah keenakannya jika hari hujan, dapat tidur secara puas. Tapi ah, mana mungkin….. Kang terlajak tidur  terbabas pulak masa kang. Dah lah kejap lagi nak mendidik anak orang. Kelas paling melelahkan pulak tu. Daripada tidur lebih baik daku duduk termenung di tepi jendela menikmati titisan air hujan sambil mendengar alunan instrumental dari Youtube. Sambil-sambil tu boleh jugak layan perasaan blues. Ceh, banyaklah kau punya blues, makcik!

 

Hai, terbosan-bosan diri ini sebenarnya. Bosan melayan hujan, jom berblog pulak. Mahu menulis tapi nak tulis apa, ye? Menulis pun tiada arah tujuan ni. See, intro dah gaya cerpen pulak! Ah, biasalah…. SSL memang macam tu. Dulu kempunan sangat nak jadi penulis namun apakan daya hajat tak sampai. Akhirnya jadi penulis blog je. Phew~

 

Oh, ya kejap tadi baru aje selesai menengok facebook. Banyak juga perkongsian menarik dapat dikutip hari ini. Antaranya, yang ini…..

 

Sekadar Penghayatan ……

LEMBU : Aku makan rumput, tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. Kita tak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas tilam. Engkau tidur dalam kandang..mana nak sama.

TIBA-TIBA KEDENGARAN LAUNGAN AZAN...

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Samalah jelah kita..=p

 

Sumber :             

                      Ustaz Zamri

 

Huhuhu….ada sape-sape berperangai 2x5 lelaki di atas? Eh, bukan lelaki yang berkopiah tu tapi maksud SSL yang bercakap dengan lembu tu…. Ramai juga yang SSL kenal berperangai sebegitu. Teringat ungkapan seorang ustaz, “Orang tak solat dan tak tunai suruhan Allah serta langgar suruhanNya ialah orang yang tak memerlukan Allah langsung atau Allah tak perlu campurtangan langsung dalam kehidupan mereka. Memang dalam bahaya lah mereka itu.” So mari kita saling menjaga solat masing-masing, ye. Winking smile

 

Oklah kejap lagi SSL nak layan youtube aerobic, lepas tu nak tengok youtube cara buat origami pulak. Eh, eh ke manalah hala tuju  entri ni sebenarnya neh?! Garu-garu kepala yang tak gatal. Empunya blog pun dah keliru. Kejap jadi penulis cerpen, kejap jadi ustazah. Lepas tu nak share tutorial origami dan aerobic  pulak ke? Makin ke laut dah nampak gayanya.

 

Nampak sangat terbosan-bosannya hidup SSL petang ni, kan! Kesian…..

 

 

Caucincau!

Rabu, Februari 29, 2012

Isnin, Februari 27, 2012

Irma Hasmi, Hood dan Hob

 

As Salam ladies,

 

Tumpang tanya, jenama hood dan hob apa yang uols pakai? Bagus tak?

 

Hujung minggu lalu, SSL pergi ke sebuah kedai yang jual peralatan elektrik. Terkasima pulak tengok kecomelan hood dan hob model Rubine. Tanya sales assistant, katanya harga dalam RM2000 + tapi boleh kurang hingga RM1500.

 

Persoalannya di sini, OK ke jenama Rubine tu? Sekarang ni SSL pakai jenama merepek Golden Fuji ke apa entah namanya, made in Italy …entah-entah Balakong hahaha... time tu main beli aje tapi untuk rumah baru kelak nak pakai yang baru lah pulak. SSL pun tak faham kenapa tetiba letak gambar Irma Hasmi dalam entri ni…… aikk? aikkk? Sebab comel macam Rubine kah? Eh..eh, ke situ pulak. Tapi betullah memang comel si Irma ni, kan….

 

 

 

cantik

 

jernih je air muka

 

ceria


 

Tujuan utama post entri ini…..semata-mata hanya ingin tahu pasal hood dan hob je. Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum beli hood dan hob, eh? Bantu, please bantu. Sangat terkapai-kapai ni. Gambar Irma tu tak ada sangkut-pautlah sebenarnya, sekadar perhiasan semata-mata tanpa motif.

 

 

Caucincau!

Khamis, Februari 23, 2012

Fasa Berjimat-Cermat

 

 

“Hello, abang ada kat Jejantas Sg. Buloh ni…singgah solat jap. Malam ni kita makan KFC nak?

“Oloh tak payahlah…”

“Kenapa?”

“Kita kan tengah dalam phase berjimat-cermat, dah lupa?”

“Habis nak makan apa malam ni?”

“Ibu dah masaklah!”

“Oh ye ke? Masak apa?”

“Masak nasi tapi lauknya cincai-cincai je – ayam masak kurma, ikan goreng, acar kubis dan sambal belacan. Kita kan kena berjimat-cermat, dah lupa?”

“Oklah. Molek juga tu. Kejap lagi sampai!”

 

Sikit-sikit jimat-cermat, sikit-sikit jimat cermat? Sebab apalah agaknya tu ye? …...Winking smile

 

Bersyukurlah apabila isteri tersebut seorang yang berjimat cermat, bijak menguruskan wang, bersederhana serta tidak meminta berlebih-lebihan…. Tazkirah hari Khamis.

 

Eceh! Sengaja letak tazkirah agar kedengaran lebih solehah walhal macam tak de sangkut-paut pun tazkirah tu dengan motif sebenar SSL berjimat-cermat ni. Ya, adik-adik dan kakak-kakak sekalian, maka janganlah cepat terkagum hokeh sebab realitinya diri ini bukanlah berciri isteri sehebat itu, errrr..maksud saya belum lagi. Namun, esok lusa siapalah tahu, bukan. Doa-doakanlah, ye. Aminnn…

 

 

 

200120122662 

 

Nak masuk rumah baru memang costly. Bikin kami tak mampu nak  makan sedap-sedap lagi dah sebab harus berjimat-cermat. Ya, kala ini kami betul-betul tengah mengikat perut hingga perut pun dah merajuk dan bersedih. Argggggghhhh! Boleh ramping pinggangku macam niiiii…..

 

 

Caucincau!

Selasa, Februari 21, 2012

Berus Gigi

 

 

Hari Selasa yang cool. Saya sangat ketawa hari ini. Laugh like a drain. Sekali-sekala jom kita bergelak ketawa sebab gelak ketawa itu membawa bahagia!

 

 

Gigi-gigi saya comel gile…..Kahkahkah!

 

 

Lawak betul si Farady neh! Videonya semua mengarut tapi boleh bikin kita gelak sampai keluar hingus!

 

 

 

 

Caucincau!

Jumaat, Februari 17, 2012

Mencerdaskan Otak

 

As Salam ladies,

 

Eeee pelupa betul saya semalam. En. HB call dari ofis minta sms kan nombor akaun pinjaman rumah kami kepadanya sebelum pukul 4 petang. Punyalah leka dan lalai, langsung saya tak ingat. Haduh, tak tahulah sekarang ni kenapa mudah betul lupa. Terkena gejala tekanan otakkah? Hurmmm rasanya tidak. Otak saya relax aje memanjang. Tu ah….. mungkin sebab terlebih makan semut api cicah coklat kot…..

 

Ada sape-sape mempunyai masalah macam saya tak? Pernah tak kekadang kan korang rasa cam otak tu kurang cerdas, pelupa sangat-sangat. Contohnya terlupa letak kunci kat mana, lupa password sendiri, nak keluar rumah tiba-tiba lupa pakai tudung,  ralit mengadap lappy langsung lupa nak tutup api dapur, pergi Jusco mahu beli sos sampai sana dah tak ingat lalu terbeli lipstik, eh eh? Sekadar contoh sajelah, kan. Pernah tak mengalami situasi macam tu? Nak kata Alzhiemer, rasanya usia ni belumlah terlalu tua. Isyyhhh.. Ya Allah, minta dijauhkan. Sedih I tell you.

 

 

lupa      lupa 

lupa      lupa

 

Buat mereka yang senasib, maka jangan tunggu lagi. Marilah kita bertindak!

 

So, kejap tadi sajalah kan saya google  TIPS TERBAIK BAGAIMANA UNTUK MENCERDASKAN OTAK. Meh saya kongsikan beberapa tips tersebut yang diceduk dari pelbagai sumber  dengan korang :-

 

  • Kurangkan melihat perkara-perkara yang lagha/maksiat. Setiap kali melihat maksiat, seperti melihat aurat manusia setiap kali itu ingatan makin lemah.

 

  • Jangan makan makanan yang haram/shubhah. Juga merupakan salah satu cabaran kepada seorang pentahfiz al Quran. Setiap kali terlihat maksiat, makin susah dia nak hafal al Quran.

 

  • Sediakan satu buku kecil & pensel so kena jot down apa benda yang perlu diingat. Bila lupa boleh refer balik.

 

  • Makan supplement yang boleh menguatkan daya ingatan - Siberian Ginseng & Ginkgo Biloba.

 

  • Setiap pagi makan 7 biji kismis, tak pun kurma dan minum madu.

 

  • Ada beberapa jenis makanan dan minuman yang menjadi pelincir otak agar dapat bekerja lebih baik seperti kopi, susu, kacang-kacangan, biji labu, brokoli dan buah-buahan seperti anggur, epal, blueberry, pear dan peach.

 

  • Makanan laut seperti tiram mampu meningkatkan konsentrasi  manakala ikan tuna mempunyai kandungan DHA atau omega-3 yang tinggi serta mampu mendorong tubuh untuk membentuk lebih banyak sel-sel otak.

 

  • Bagi yang tidak bermasalah dengan kolestrol dan jantung disyorkan untuk mengambil telur 2 butir sehari.

 

  • Baca lah selawat dan zikir banyak-banyak. Baca Ya Rahman-100X selepas sembahyang fardhu, & Ya Hakim - 300X setiap hari.

 

  • Kalau tua nanti tak nak nyanyuk banyakkan baca al-Quran di masa muda. Carilah dalam setiap masa renggang baca satu lembar pun jadilah. Insya-Allah…  jangan sampai terlebih 3 hari tak baca. Banyakkan pandang al Quran.(side note: kepada sesiapa yang tak tahu, memandang al Quran pun dah dapat pahala.)

 

Jom kita pakat-pakat amalkan.

 

 

Caucincau!

Rabu, Februari 15, 2012

WW : Ada Budak Beria-ia Menonton TV……

 

 

 

081020111947

 

 

081020111946

……..di Tesco!

 

 

Kat rumah tiada TV barangkali. Kesian. Anak sape la tuuuu…

 

 

 

Caucincau!

Selasa, Februari 14, 2012

Someone Like You

 

 

 

 

 

Sapa minat Adele, jom kita pekena teh tarik! Kekdah minum secara sendiri-sendiri, asing-asing, nak?

 

Toingggg…..!

 

 

 

 

Caucincau!

Isnin, Februari 13, 2012

Cerita Cuci Kain

 

As Salam ladies,

 

Tidak seperti  rutin Sabtu saya yang normal di mana bermulanya dari awal pagi hingga menjelang waktu Zohor diri bertungkus-lumus memberi pendidikan tambahan kepada anak-anak didik namun pada Sabtu lepas rutin hidup saya agak berganjak sedikit. Sementelah mereka semua termasuk anak-anak sendiri patuh dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia agar wajib menghadiri kelas ganti di sekolah pada hari tersebut maka secara automatik waktu pagi saya telah menjadi lapang. Jadi untuk mengisi masa yang lapang itu saya telah melibatkan diri dalam arena washing washing.

 

Ya, puan-puan sekalian hari ini kita akan bercerita tentang aktiviti mencuci kain. Eleh, cerita cuci kain? Tak de modal la tuuuu. Bisik hati kecil kalian sambil menjuihkan bibir laksana bibir Kila Fairy. Kenal tak Kila Fairy? Kalau tak kenal sila google hokeh he..he….

 

Ya, pada hari tersebut saya sudah berjaya membasuh sebanyak 4x pusingan stok baju kotor, siap sidai dan siap berlipat. Hebatlah bukan? Tolong take note kecemerlangan saya tersebut walaupun pada hakikatnya perangai mulia sebegitu tidaklah bertahan lama. Ya, kerja membasuh dan melipat kain adalah kerja sengsara buat diri saya sebenarnya T.T

 

 

 

Anda semua pasti bersetuju kalau saya katakan di sebalik kain-kain yang tersidai cantik di ampaian rumah kita tu tersirat seribu cerita. Bermula dari proses memilih jenama pencuci hinggalah selesai basuhan tersebut.

 

 

laundry 043_thumb[6]Meh saya tayangkan produk pencuci pilihan saya. OK tak perlu kagum.

 

 

Tahukah anda, saya adalah peminat tegar pelembut fabrik Downy. Kenapa saya sukakan Downy? Sebab saya tak suka pakai perfume. Itu je sebab dia haha… ceh, macamlah ada orang kesah!

 

Baiklah, sekarang mari kita ke perbincangan yang lebih serius. Kita kupas apakah permasalahan-permasalahan yang sering berlaku dalam proses mencuci kain. Mari kita lihat satu-persatu. Untuk memulakan langkah pertama pencucian, adakalanya kita dikejutkan dengan beberapa kejutan. Contohnya……..

 

 

  

Oksigen! Oksigen!

 

Aduh, boleh semput dibuatnya. Kejadian-kejadian tidak bermoral macam gambar di atas itu memang kerap terjadi. Kadangkala mereka yang berkenaan ikut sesedap rasa saja  nak buka seluar atau baju kat mana yang disukai. Selepas itu tinggalkan berlonggok di situ padahal bakul kain betul-betul ada di depan mata. Memang sungguh kurang asam mereka itu dan kejadian sebegini boleh membuatkan darah para bonda tersirap bak air sirap!

 

Lebih mencabar lagi, untuk memastikan kain tersebut bersih atau sebaliknya kadang-kadang kita terpaksa guna deria bau….. mana satu baju bersih mana satu baju kotor  entah lah… semuanya bercampur-baur. Adusss!

 

Pernah tak terjadi kes sebegini? Bilik tidur teratur dan kemas kemain  tapi pintu tiba-tiba tak boleh rapat ke dinding pulak. Apa kes?

 

 

Laaa….nah ambik! Belakang pintu pula yang dijadikan sasaran!

 

Mahu tak beristighfar panjang para ibu bila terjebak dalam insiden ngeri sebegini!

 

Permasalahan seterusnya, walaupun teknik basuhan sekarang semakin canggih di mana kita tidak lagi perlu memberus kain di tepian sungai sambil bernyanyi lagu tuai padi antara masakkkkkk, esok jangan rindu-rinduannnnnn namun, kadang-kadang kita juga kena pantau  dari masa ke semasa proses pencucian tersebut. Manalah tahu dengan tak semena-mena mesin basuh kita ditimpa malapetaka.

 

 

nokifmrt110122 023_thumb[1]

La…. duit syiling rupanya! Patut la bunyi macam gempa bumi.

 

 

Demikianlah antara kejutan-kejutan yang biasa dialami oleh para ibu dalam arena pencucian kain. Ada banyak lagi kejutan-kejutan lain sebenarnya seperti kes poket penuh berisi gula-gula, tisu berhingus yang lupa hendak dibuang serta kes kain pengesat kaki termasuk sekali dalam mesin basuh! Aneh tak aneh, la kan he…he…. Begitulah alkisahnya cerita cuci kain. Nampak saja remeh namun  banyak juga cabarannya.

 

 

 

 

 

Caucincau!

 

 

 

Demi tidak menjejaskan maruah diri sendiri, semua siaran gambar yang tidak berwatermark di atas diambil dari Google. So jangan pandang serong hokeh! Harap maklom.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...