Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Disember 29, 2011

Ah Soo

 

 

Di kawasan perumahan tempat saya tinggal ada seorang ‘ah soo’. Dah tua dah. Mungkin tujuh puluh umurnya. Mungkin lebih. Rambut dia kalau tengok dari jauh semuanya putih dan kalau tengok dari dekat pula dah tak ada hitamnya.

 

Kebanyakan orang yang menetap di perumahan ini tahu di mana dia tinggal. Di sebuah rumah peninggalan suaminya dengan ditemani seorang amah Indon. Saya dapat tahu dua anaknya tinggal di rumah bersebelahan.

 

Sejak bertahun-tahun lalu, setiap pagi dan kadang-kadang setiap petang, ah soo itu akan kelihatan menolak basikalnya. Basikal itu pun special sikit. Pelantarnya dilebarkan dengan bantuan dua batang kayu yang saiznya kira-kira separuh lengan orang gemuk. Basikal itu pun dah tua juga dah. Tak tahulah peninggalan suami atau mendiang bapanya.

 

Dan dia bukan saja-saja menyorong basikal tu. Selalunya dia akan singgah di tempat pembuangan sampah atau di hadapan kedai-kedai. Dia akan menyelongkar. Mencari kotak, surat khabar lama, tin bekas minuman dan botol. Semuanya dikutip dan diangkut dengan basikalnya. Adakalanya jiran-jiran bermurah hati memberikan surat khabar lama atau kotak-kotak terbuang kepadanya.

 

Pernah beberapa kali saya lalu di depan rumahnya dan melihat kawasan rumah itu tidak ubah seperti pusat pengumpulan barang-barang lusuh. Di sana timbunan kotak, di sini timbunan akhbar lama, di sinu longgokan botol dan bekas tin minuman. Tak ada pokok bunga.

 

Kenapa saya bercerita tentang dia? Apakah kehebatannya?

 

Sesungguhnya ah soo itu hanya manusia biasa. Saya percaya dia bukanlah agen CIA yang menyamar sebagai pencari barang terbuang. Dia juga tidaklah boleh menjelma menjadi amoi cantik pada waktu tengah hari rembang atau ketika malam bulan mengambang sehingga melayakkannya masuk ke dalam majalah-majalah misteri yang cukup suka dibaca oleh orang-orang kita.

 

Ada sebab untuk saya menulis tentang dia. Pertama, sebab kerajinannya. Sukar untuk mencari seorang yang setua dia sanggup melakukan kerja-kerja berat segitu. Dah tu, hampir saban hari seolah-olah tidak mengenal penat dan jemu. Kebanyakan orang tua lain pada usia demikian biasanya lebih suka duduk membebel pada anak cucu kalau tak pun bersembang dengan kawan-kawan di tepi pintu.

 

Kedua, saya tertanya-tanya jika dia emak kita dan kita ini kaya sedikit, agak-agaknya sanggup tak kita biarkan dia buat kerja seperti itu? Rasa-rasanya macam tidak. Kita takut orang kata. Kita takut standard kita jatuh. Kita takut orang kata kita tak pandai jaga emak.

 

Dan ketiga, sebab paling utama ialah kerana saya baru dapat tahu ah soo itu sebenarnya seorang pesara yang pencennya pun main ribu-ribu juga.

 

Kata as soo itu, sebenarnya dia malas duduk diam. Mahu buat kerja-kerja part time rasanya sudah tidak rajin sebab tak sanggup nak tempuh jalan yang sesak hari-hari. Jadi dia pilih buat kerja itu. Boleh juga exercise, keluar juga peluh.

 

Ada lagi…….. dan katanya, duit jualan segala macam barang terbuang tu setakat ni taklah banyak sangat. Sekadar cukup untuk membawa dia makan angin ke Taiwan, Singapura, Thailand dan beberapa tempat lain setahun sekali – tanpa mengusik duit pencennya. Paling dekat pun cukup untuk dia pergi ke Langkawi.

 

Apa yang boleh anda pelajari daripada kisah ah soo itu?

 

Mungkin ada dan mungkin tak ada apa-apa.

 

Terserah……

 

 

 

Caucincau!

Selasa, Disember 27, 2011

Samun dan Bakar

 

 

As Salam ladies,

 

   nb 003

    Feeling feeling mat saleh breakfast with spaghetti bologneseWinking smile

 

Oh jangan risaulah… pagi ni SSL bukan nak mentulis cerita pasal spaghetti pun. Kisah spaghetti akan dikisahkan pada masa akan datang, itu pun kalau rajin hahaha… Sambil melantak, saya baca paper online. Uols dah baca paper tak pagi ni? Kalau belum, silalah baca berita di bawah. Berita ini saya cetak rompak dari myMetro.

 

 

MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.
MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.

 

KAJANG: Samun dan bakar. Itulah tindakan kejam kumpulan penyamun yang memecah masuk dan mencuri barangan berharga sebelum membakar dua banglo di Bandar Rinching, Semenyih di sini, dipercayai bagi menghapuskan bukti dalam kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kumpulan terbabit tidak menghiraukan kehadiran anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berusaha memadam kebakaran di rumah pertama, sebaliknya mereka terus membakar rumah kedua yang kedudukannya hanya bersebelahan.

Difahamkan, akibat perbuatan itu jumlah kerugian membabitkan kedua-dua banglo berkenaan dianggarkan mencecah RM1 juta namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penghuni ketika insiden berlaku.

Sumber polis berkata, kumpulan terbabit dipercayai menggunakan pemotong besi untuk memotong mangga bagi memecah masuk ke rumah pertama.

“Selepas mencuri barangan berharga di rumah pertama, kumpulan terbabit kemudian membakar rumah itu dan meninggalkannya.

“Kumpulan terbabit kemudian memecah masuk rumah kedua yang terletak bersebelahan dengan rumah pertama dipercayai menggunakan kaedah sama,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat yang menerima laporan mengenai kejadian itu segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum usaha memadamkan kebakaran itu dilakukan.

“Ketika bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di rumah pertama, anggota bomba ternampak rumah kedua turut dijilat api,” katanya yang menyatakan anggota bomba mula mengesyaki punca kebakaran itu bukannya disebabkan masalah teknikal sebaliknya kegiatan jenayah. Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian manakala anggota bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran di rumah kedua itu.

Sumber berkata, selepas meninggalkan rumah kedua, kumpulan itu dilaporkan cuba memecah masuk ke rumah ketiga yang terletak selang tujuh rumah dari lokasi pertama dan kedua.

“Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila sistem penggera rumah berkenaan berbunyi menyebabkan kumpulan terbabit segera melarikan diri,” katanya.

 

Sumpah menakutkan dan betul-betul sadis. So, kita-kita semua just be extra careful lah eh! Ini jam ramai desperado di luar sana. Yang sanggup berbuat apa saja untuk hidup senang cara mudah. Untuk keselamatan diri marilah kita praktikkan amalan-amalan yang diterima syara’ seperti di bawah (kuasa ikan ke, kuasa lidi ke, jangan percaya hokeh!) :-

 

1. Baca doa berikut:

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

 

2. Ayatul Kursi

Puan Saffiah Mohd Yusof – “Saya memang mengamalkan setiap kali selepas solat dan bila hendak keluar rumah tetapi sekarang saya amalkan 18 kali sehari kerana fadhilatnya lebih besar, InsyaAllah. Baru-baru ini rumah jiran sebelah rumah saya dimasuki pencuri, malam yang sama saya pergi ke bandar jadi rumah saya juga kosong. Alhamdullilah rumah saya tidak dimasuki pencuri, tetapi di dua tempat (cermin) rumah saya terdapat bekas tangan orang hendak membuka tingkap. Polis mengesahkan bekas tapak tangan itu masih baru. Kebesaran Allah jua melindungi rumah saya pada malam itu. Oleh itu, bolehlah saudara muslim yg lain amalkan untuk perlindungan diri, keluarga dan harta benda.”


3. Juga amalkan selalu membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas.
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.

 

Waalahu a’lam.

 

Ok, bai… SSL nak sambung makan spaghetti lagi. Caucincau!

Khamis, Disember 22, 2011

Resepi Nasi Kerabu

 

Baiklah, hari ini saya ingin mengajarkan kamu sekalian cara-cara untuk membuat Nasi Kerabu versi sempoi. Semua dah sedia?  Yang baju biru tu…mana pen dan kertas? Ok sekarang sesapa yang tak ada pen dan kertas pergi cari dulu. Cepat!

 

Cehh sangat berlagak masterchef nih! Yucks …haha.…

 

Sebenarnya aktiviti ni dah agak lama dikerjakan, bila la ntah SSL lupa pulak. Kiranya ini kenanganku di masa silam. Kenangan ketika semangat untuk mengasapkan dapur tengah membara. Ketika sifat-sifat rajin menguasai diri. Hari-hari masak sendiri. Hari-hari makan lauk masakan sendiri. Hari-hari kenyang makan masakan sendiri. Tapi itu dulu tapi dalam dua tiga hari ni, hari-hari……………. daku beli! Macam tak ada mood ke apatah!Crying face

 

Ah, sudah! Jangan banyak cakap. Mari kita lihat bahan-bahan serta cara-cara membuat Nasi Kerabu :-

 

NASI

Bahan : 

  • 3 cawan nasi
  • 3 helai daun limau purut@daun pandan
  • Nak letak pewarna kuning atau  pewarna bunga telang pun boleh tapi saya tak letak, nasi adalah putih seputih-putihnya.

 

Cara :

Masak macam sukatan biasa.

 

 

SAMBAL KELAPA

Bahan :

  • setengah biji kelapa parut
  • 5 ulas bawang merah  
  • 15 biji lada hitam
  • sedikit halia
  • 3 batang serai
  • 4 ekor ikan kembung
  • garam dan gula secukup rasa

 

bjagr25811 010bjagr25811 009bjagr25811 014

 

Cara :

  • Goreng kelapa parut sehingga kekuningan/keperangan dengan api kecil, kacau selalu.
  • Di dalam periuk lain, rebus ikan masukkan garam sikit kemudian ambil isinya.
  • Tumbuk lada hitam, halia, serai dan bawang. Masukkan ikan serta garam dan gula. Kemudian campur dengan kelapa tadi.

 

 

KUAH TUMIS NASI KERABU

Bahan :

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang merah kecil ataupun sederhana (dikisar)
  • cili boh
  • 3 batang serai dititik
  • halia 
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan santan pekat
  • gula (sebanyak rasa) dan garam (secukup rasa)
  • 2 senduk minyak untuk menumis

 

       bjagr25811 015bjagr25811 016bjagr25811 037

 

 

Cara :

Panaskan minyak, tumis cili, kemudian masukkan bawang besar dan merah. Sekali sekala kacau hingga ia pecah minyak. Kemudian masukkan serai, halia dan asam keping. Masukkan santan dan seterusnya garam dan gula. Masak selama 1 jam lebih. Elok dimasak sehari awal.

 

 

BUDU

Sebab resepi SSL ni versi sempoi, jadi untuk menyempoikan lagi ciri-ciri budu, maka SSL guna budu mentah sahaja. Eleh cakap je la kau malas, kan senang.. tapi buat mereka yang rajin, kalau nak masak budu tu pun boleh jugak. Inilah caranya  :-

 

Bahan :

  • budu
  • 1 batang serai dititk
  • 1 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit gula melaka

 

Cara :

Campurkan semua bahan dan masakkan di atas api perlahan. Biarkan mendidih seketika kemudian angkat.

  bjagr25811 035

 

SAMBAL LADA

Bahan :

  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 3 sudu cuka 
  • sedikit air
  • garam gula secukup rasa.

 

Cara :

Blender semua sekali sampai hancur.

 

 

                    bjagr25811 029

 

 

KERABU 

  • Untuk ulam, boleh guna bunga kantan, daun kesum, timun, taugeh, kacang panjang dll tapi di kedai berhampiran rumah SSL tak berapa ada semua tu. Yang ada cumalah daun kesum, kacang botol dan taugeh sahaja. Maka eloklah mempergunakan apa-apa yang wujud sahaja. Manakala yang tak wujud, biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

 

 

 

 IKAN CELUP TEPUNG

Bahan:

  • 6 ekor ikan kembong dipotong 2
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit air

 

 

bjagr25811 026 

Cara :

Bancuh semua bahan dan celup ikan lalu digoreng.

 

 

 

TATTADAAAAAA!

 

bjagr25811 044

 

Nikmatilah dengan orang tersayang. Rasanya confirm sedap … sikit lagi nak sama sedap dengan nasi kerabu buatan mak mertua  KD  he..he…. (^_^)

 

 

 

 

 

Caucincau!

Isnin, Disember 19, 2011

Along Tegur

 

 

Petang semalam……

 

Ibu, ibu kan muda lagi tapi kenapa tangan dan kaki nampak macam orang tua?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Korang janganlah tanya perasaan saya waktu tu.…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sob sob sob…..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

Errr…ah, tak de menda lah! Saya tabah.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oh, anakku….

 

   DSCN1242   DSCN1246

 

 DSCN1232

(gambar lama)

 

 

Nasib baik I love U, tau. Nasib baikkkk!!! Kalau tak, rasa nak jual je budak ni! Hahaha…acah je!

 

 

 

 

Caucincau!

Jumaat, Disember 16, 2011

Takdir Fitrah Terindah

 

 

Semalam SSL pergi Jusco. Menapak dengan kaki sendiri sahaja lantaran jaraknya tak berapa jauh dari rumah. Bukan nak shopping gila pun. Sekadar beli sayur aje eh..eh..tak! Ah, dah malas  fikir pasal sayur lagi ha..ha. Semalam saya emo sikit tapi hari ni dah waras….percayalah!

 

 

akhthn 018

Saya belikan buku untuk model-model tetap dan…..

 

Nak tahu tak, semalam juga buat pertama kalinya dalam hidupku yang sudah tua ini, dan buat pertama kalinya juga sejak dah beranak-pinak…SSL belikan novel untuk diri sendiri!

  

                 nov 018

Inilah novel yang dibeli untuk diri sendiri di kala usia tua. Sila klik Hanis Azla

 

Sudah terlalu lama tak baca novel. Dulu di kala usia muda, memang akulah sikaki novel - dari pagi sampai ke malam saya kelek novel, tahu. Dah habis baca, otak still lagi berputar ligat fikir pasal konflik dalam cerita. Teringat-ingat watak-watak ciptaan itu. Lalu beremosi. Lalu berkhayal ha..ha.. Ngok betul! Tapi setelah meningkat dewasa dan terkecimpung pulak dalam bidang pekerjaan yang banyak menggunakan otak kiri, hobi membaca dari hari ke sehari kian pudar. Dan sekarang bila hidup dah semakin tua, membaca memang betul-betul kena struggle. Baca paper pun tak menyempat he..he..

 

Agak lama juga saya request novel Takdir Fitrah Terindah karya Hanis Azla ni dari kedai buku POPULAR. Jangan kata saya over pulak ye siap request segala. Sebenarnya SSL adalah regular customer kedai buku tersebut. Semua buku-buku untuk anak didik, merekalah yang supply. Kadang-kadang nak buku apa, SSL roger saje. Dah lama kami berurusan iaitu semenjak dari tahun 2006 lagi. See, betapa setianya saya dengan mereka. Ni kalau POPULAR tak bagi reward tak tahulah nak kata apa. Kiranya SSL ni dah layak jadi ambassador dah…. paling kurang pun patut dapat kontrak 2 tahun ha..ha..ha. Perasan selebriti la pulak makcik ni!

 

Waktu nak balik, dengan tak semena-mena hujan turun mencurah-curah lah pulak! Along menyuarakan cadangannya agar kami redah saja hujan tu. Huh, macamlah ibu tak tahu taktik kotornya nak main air hujan. Caitttt!! Setelah menghadiahkannya sebuah jelingan maut, dia akhirnya membatalkan hasrat terpendamnya itu. Untuk mengisi masa yang ada kami pun buatlah photo shoot di depan toilet.

  

 

akhthn 033

 

akhthn 034

 

akhthn 032

  Pendek kata kami memang tak senonoh, kan! Ha..ha.. 

 

 

Pagi tadi, misi pembacaan SSL pun bermula. Pada mulanya ia berjalan dengan lancar. Betapa melonjaknya hati ini konon-konon dalam masa satu hari saya mampu habiskan  bacaan ye la tuuu ….

 

      nov 016

 

Namun tiba-tiba niat saya itu terbantut.  Saya cuma mampu membelek beberapa halaman saja lantaran sering diganggu oleh masalah kesihatan salah seorang model tetap. Yang mana satu? Alah, budak yang terkinja-kinja nak main air hujan itulah. Dia tak sihat sangat hari ni.

 

Ok lah saya kena pergi jenguk budak tu sekarang. Iye...ye….pergi sekarang!

 

 

 

 

Caucincau!

Khamis, Disember 15, 2011

Mahalnya

Seikat rindu hadirkan mukjizat,
Seikat cinta hadirkan keindahan,
Seikat sayang hadirkan kemesraan,
Seikat sayur layu,
harganya RM2.50?!!!


sayur
Woh, mahalnya!!!! Kata Year End Sale?!


Kenaikan harga barang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Saya turut berasa resah. Anda tak resah? Musykil nih! Kenapa harga sayur mahal mendadak? Baja taik ayam naik harga kah? Woh, kelas kau taik ayam!!!!!
 

 
Sekian saja keluh-kesah Kak Esah.
 
 
 
Caucincau!

Rabu, Disember 14, 2011

WW : Cis!

 

 

 

cis 009  

Cis, enak betul cis kek nih!!!!

 

 

Caucincau!

Jumaat, Disember 09, 2011

Kurang Keberianian

 

As Salam ladies,

 

Tengah buat apa tu? Saya sekarang  tengah buat bodo. Eh, tak! Guwau je he..he.. Hari ini sebenarnya saya tak ada kisah menarik pun untuk dikisahkan tapi jari-jemari ini gatal pulak nak menaip. Sebab hari ini tak ada kisah maka apakata saya mengisahkan kisah yang terjadi beberapa hari yang lalu ….. yang sebenar-benarnya tak de lah menarik pun jugak untuk dikisahkan!Crying face

 

Dah lama anak-anak request nak makan nasi beriani tapi sengaja saya lengah-lengahkan. Sebenarnya ini semua angkara mood malas memasak yang melanda jiwa. Tapi memikirkan keseronokan yang bakal terbit setiap kali anak-anak suka dan puji itu adalah tiada tandingan, maka saya cuba juga untuk melawan mood malas tersebut. Nyah kau dari sini wahai mood malas!!!! Sumpah saya sambil menghunus keris. Eh, berlebih-lebihanlah pulak.

 

Lagipun bila anak-anak kita request hati ibu manalah yang tidak cair, kan. Hati saya kemudiannya menjadi tidak sampai atau dalam bahasa mudahnya, saya menjadi tidak sampai hati. Tengoklah betapa sayangnya saya pada anak-anak ini.

 

Kasih sayang orang tua itu ibarat air di dalam teko, anak-anak pula ibarat beberapa cangkir yang menunggu tuangan air dari teko. Maka, marilah kita jadi air di dalam teko. Ewah, berfalsampah la pulak kau ye! Hei, jangan cakap banyak boleh tak?

 

 

  nokiadec 362

 

Ya, inilah juadah kegemaran mereka. Walaupun nasi beriani tu nampak sangat kurang keberianiannya sebab tak cukup bahan – tak ada pewarna, tak ada safron, tak ada daun ketumbar, tak ada bawang goreng, gajus dan kismis namun bak kata ramai pihak, bolehlah… ok lah……sedaplah jugak he..he…heh, mana boleh kutuk masakanku! Sape kutuk siap aaaaa……

 

Tetapi sebelum itu, sebelum acara makan-makan bermula, sebelum si chef melensing lengan masuk ke dapur, dan sebelum mula mengerjakan kerja-kerja memasak, Along sibuk-sibuk datang bertanya, “Makan dengan lauk apa nanti, bu?”

“Ibu ingat nak masak ayam goreng!”

“Oh, ayam je. Kambing tak ada?”

“Kenapa, Along nak makan kambing ke?”

“Ingatkan ibu nak masak ayam bersama kambing.” Dia sengaja buat lawak.

Hahaha…. dengan tak semena-mena saya teringat kembali lawak dulu-dulu tu. Ingat lagi tak lawak masak ayam bersama kambing?

 

Inilah dia lawak yang dimaksudkan…..

 

 [Image: 1.jpg]

Masak ayam bersama kambing

 

 

Hahaha.. lawak kan! Ok, tu je lah nak cerita.

 

 

Caucincau!

Rabu, Disember 07, 2011

Ke KLCC Bukan Untuk Shopping (Part 2)

 

 

 

nokiadec 327

Hello….

 

 

nokiadec 328

Nak ke mana tu?

 

 

nokiadec 323 

Tunggu!

 

 

nokiadec 339 

Kami nak ke destinasi wajib ini lah!

 

 

nokiadec 345

Jom berenang gaya katak, gaya dada, gaya punggung, gaya bebas dan gaya kupu-kupu!

 

 

swiming1

Bukankah ini suatu kenangan yang abadi?

 

 

 

Caucincau!

Selasa, Disember 06, 2011

Ke KLCC Bukan Untuk Shopping (Part 1)

 

As Salam ladies,

 

Sepanjang cuti persekolahan ini saya tidak ke mana-mana lantaran En. HB terlalu sibuk ke sana ke sini dengan  projek mega beliau di samping tidak menang tangan dengan tugasan sampingan  sebagai student separuh masa. Maka jadilah saya seorang isteri yang sangat patuh tinggal di rumah sahaja. Bertungkus lumus mengasuh anak-anak tanpa bersungut. Ya, sayalah isteri yang comel dan yang gigih dan yang mulia dan yang taat itu hahaha…. Apa kau duk merapu ni wei?Smile with tongue out

 

Saya tahu dalam hati En.HB setiap masa tersirat rasa bersalah kerana tidak sempat membawa anak-anak makan dan minum angin sebagaimana keluarga bahagia lain yang berseronok ke sana ke mari. Beliau benar-benar terkilan. Dan apabila melihat beliau sebegitu saya pun hendak tidak hendak turut terkilan sama. Ya Allah, sehati sejiwa betullah laki bini ni, kan!

 

Maka pada suatu malam, satu sesi perbincangan serius telah diadakan di antara kami berdua bagi merungkai permasalahan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran menguruskan cuti sekolah anak-anak yang masih bersisa lebih kurang sebulan ini sementelah En. HB pun baru sahaja selesai submit assignments beliau maka bolehlah kami curi sedikit masa emas beliau itu untuk berlibur. Curi masa sekejap ya, bang! Eh, apasal terguna kata ganti diri ‘beliau’ neh? Sungguh formallah macam tak rugged langsung, he..he…

 

Akhirnya jawapan dan keputusan sebulat suara telah dicapai. Prok prek prok prek…...OK, set!

 

Dipendekkan cerita, pada hari Sabtu lepas, usai bersarapan kami pun dengan perasaan yang berkobar-kobar memenuhi hasrat anak-anak - ke tempat yang nak sangat ditujui oleh mereka iaitu Aquaria KLCC . Tempat dekat-dekat sudahlah ye, nak! Eh, tanpa sedar terhighlight macam logo  ofis lama En. HB la pulak. He..he… jangan marah Ambank!

 

Bukan main teruja lagi mereka itu. Ok, saksikanlah gambar-gambar yang telah berjaya dirakam…..

 

 hiland mush 053    hiland mush 061

Kami memulakan perjalanan dari sumber air di kawasan tanah tinggi yang digambarkan melalui Wall Evolusi. Ini di Zon Jewel of The Jungle

 

 

  hiland mush 052     hiland mush 064 

Jumpa Electric Eel di Zon Elektrik dan Alligator-Snapping Turtles di The Stream

 

 

nokiadec 152hiland mush 040nokiadec 226 

Seterusnya ke Touch Pool / Interactive Pool

 

 

hiland mush 044    hiland mush 042

Pengembaraan diteruskan ke tangki piranha

 

 

hiland mush 080

Nyanyah akur bila disuruh beraksi comel

 

 

nokiadec 150

Circular shape aquarium

 

 

Tiba-tiba bateri kamera digitalku dengan tak semena-mena kehilangan kuasanya pada saat-saat klimaks. Alamak spoil! Terpaksa guna kamera hp cokia.

 

 

nokiadec 212nokiadec 177hbbl

Maka gambar pun tidak seindah biasa…Crying face

 

 nokiadec 219nokiadec 174nokiadec 180 

Di atas walkator bergerak, riuh bukan main bila tengok haiwan-haiwan yang selama ni ditatap dalam TV aje ada kat depan mata. Saya dan  En.HB pun excited berlebihan jugak he..he…

 

 

nokiadec 298nokiadec 183nokiadec 158 

Green Sea Turtle, Sand Tiger Shark, Giant Sting Ray - tengok real lagi syok!

 

 

 

nokiadec 192nokiadec 196nokiadec 208 

Takjub! Seahorse dan Nautilus (entah betul ke tak ejaan Along nih!)

 

 

nokiadec 299

Woh, apa pandang-pandang? Mahu gaduh?!

 

 

nokiadec 187 

Syifa agak terkasima dan terkaku, mengantuk pun ye jugak!

 

 

nokiadec 263     nokiadec 266  

Ikan jenis apa ntah ni…. suka betul kat Syifa

 

 nokiadec 264    nokiadec 259

 Tengok tu….tak berganjak!

 

 

 

OK, sudah. Anak-anak, lekas kita ke Atlantis Store pulak!

 

 

nokiadec 306   nokiadec 313 

nokiadec 310    nokiadec 302

Banyak betul soft toys yang comel

 

 

nokiadec 317

Adik nak ni!

 

 

 

Maka selesai sudah pengembaraan kitaorang di Aquaria KLCC . So, anak-anak lepas ni boleh lah bercerita kepada handai dan taulan, Hai kawan-kawan, saya dah pergi Aquaria melihat jerung, pari, sotong kurita dan penyu!” Mudah-mudahan mereka semua cemburu.

 

Selepas tu, kami terus ke tempat lain yang sangat mengujakan. Jari dah lenguh menaip, cerita lain kali lah pulak, OK!

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...