Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Disember 01, 2011

Resepi Bubur Lambuk Versi Mudah (Tapi Lazat)

 

 

…..ewah ewah ye ye je tokok tambah perkataan lazat! Hihi…Smile with tongue out

 

 

food22811 224

 

Nah, semalam akhirnya berjaya juga SSL masak bubur lambuk  selepas beberapa lama duk kempunan.  Akibat kempunan yang tidak terperi sampai breakfast pagi ini pun saya masih ulang makan lagi. Menyayat hati betul!

 

Kalau makan bubur ni saya tak de la menambah 3 mangkuk je….kurang-kurangnya 6 – 7 mangkuk. Burpp! Alhamdulillah dah kenyang dah ni… sambil kekenyangan terbuat pulak entri ni hihihi…….

 

Baiklah untuk membuat bubur lambuk versi SSL ni sangatlah tidak remeh. Kawan-kawan, jom kita melambuk sekarang!

 

lmbk28811 001

 

Mula-mula cuci 1 pot beras kemudian masukkan air, rempah sup tulang Adabi, hirisan halia, 1 kiub stok pati lembu Knorr, sedikit garam dan daging cincang. Masak dengan api kecil. Dah pekat tambahkan air lagi sekali sekala.

 

tumis             

Kemudian 6 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan sedikit halia ditumbuk halus lalu ditumis di dalam kuali. Sesudah naik bau, tuangkan bahan tumisan tersebut ke dalam periuk tadi. Gaul rata.

 

food22811 229

 

Masukkan pula sebatang karot yang dipotong dadu beserta bahagian keras batang daun sup. Masukkan juga 1 sudu besar pati santan. Kalau tawar tambah garam, kalau pekat tambah air lagi dan biarkan ia mendidih. Dah siap, hidangkan dalam mangkuk. Tabur bawang goreng beserta daun sup. SIAP.

 

Ok selamat mencuba ye, kawan-kawan!

 

 

Caucincau!

Selasa, November 29, 2011

GA Rush Hour

 

 

As Salam ladies,

 

 

Klik untuk joint

 

Wah beberapa hari SSL tak update blog, duk diam sendiri menyepi tenggelam dalam renungan tup-tup muncul je terus join contest hahaha….

 

Sebenarnya ada 1 lagi contest yang menarik minat SSL untuk join. Ya, memang hati meronta-ronta untuk join GA ni malah perasaan teruja ini sungguh tidak berbelah bahagi sejak pada hari  ia mula dilancarkan lagi. Amboih, macam pelancaran albumlah pulak. Hihihi….. Maka pada hari ini, SSL dengan berbesar hatinya ingin menjoinkan diri dalam GA Rush Hour anjuran anisalya pula. Wahwahwah asyik join contest je lah SSL semenjak dua menjak nih! Hihihi……

 

Bukannya apa, sebab utama penyertaan SSL ni mestilah sebab nak memberi sokongan kepada teman blogger kerana melalui penyertaan beginilah persahabatan di antara blogger mudah-mudahan akan semakin erat, InsyaAllah. Lepas tu dapat pulak hadiah yang menarik, tertarik dan teh tarik siapa yang tak nak, kan!  Yihhhha….sangat seronoknya perasaan dalam hati….. opps, belum menang lagi dah ter over eksaited pulak makcik nih.

 

Ok lah, syarat untuk menyertai GA ini mudah saja iaitu cuma menyertakan GAMBAR AKSI SPONTAN. Nah, inilah gambar yang SSL pertandingkan :-

 

 

 

testing 015

 

Nama pun aksi spontan, SSL main senep aje.  Mungkinkah gambar ini menggambarkan Di Sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya, kah? Ah, kurang relevan rasanya. Aduh, SSL benar-benar sudah lupa dan tidak pasti apakah cerita di sebalik tabir gambar ini.

Hmmm…. mungkin situasinya begini kot…….

*Nyanyah :  Cantiknya rambut baru Along. Boleh mintak snek tu sikit?

*Along      :  Cuba mintak dengan Barack Obama, dia ada ladang sayur kat Iraq tau!

*Nyanyah :  Alah, kalau tak nak bagi cakap je laaaa! Jangan duk berkias dengan pepatah yang  Nyanyah tak faham pulak!!!

 

(* - Bukan dialog sebenar)

 

Ah, apa-apalah. Bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam GA ini bolehlah klik dengan kadar segera ya! Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12/12/2011. Jom kita meriahkan beramai-ramai.

 

 

Caucincau!

Jumaat, November 25, 2011

Contest Syrena

 

As Salam ladies,

 

Petang ini tergerak  pula hati mahu meramaikan jemaah untuk join Contest Syrena yang dianjurkan oleh seorang penulis berbakat, Asrul Ilham Sany. Kalau Asrul yang buat haruslah akak tak lepaskan peluang kan….. mesti join punya, mesti!!!

 

Ok lah untuk menyertai Contest Syrena ni tak adalah susah mana pun cuma :-

 

1. Nyatakan satu hadiah yang diidamkan (owl ring, candy necklace @ novel)

OK, akak pilih novel!

 

2. Buat entri dan pilih satu moment yang disukai dalam siri kontroversi beliau Amer+Ashraf dan bagitahu sebab suka.

Akak suka semua moment yang melibatkan watak Puan Sya ecececece dalam short Catfights sebab moment tu agak geli hati macam nak mati. Adoi, memang sampai terhafal-hafal karakter Puan Sya yang imejnya tersangatlah sopan dan elegan tetapi rupa-rupanya poyo. Kihkihkih! Akak ke tu?

Moment paling poyo sekali apabila Puan Sya membuka beg Pradanya dan mengeluarkan bekal yang dibawa - nasi lemak bersama sambal paru! Kihkihkih!

Ini dialog yang memang tak boleh blah………

"Kawe lapa! Tok de, de kawe nok make. Kito make dulu!" Puan Sya makan bekalnya dan langsung gaya 'sopan'nya hilang. 

Selepas kenyang, dia sendawa dengan kuat.

"Nasib baik ore lain tok nampok. Mampuh kawe. Imej keno jago!"

 

Kihkihkih! Memang gila dan happening ‘ah sampai akak tersengih-sengih sorang diri baca siri tu.

 

OK, itu saja. Kalau uols nak menyertai contest ni pun boleh. Klik perkataan berwarna ungu di atas. Klik tau! Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 November 2011.

 

 

 

 

Caucincau!

Khamis, November 24, 2011

Notebook Baru (part 3)

 

 

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXASHKSDHEWTQTIPLDGJJGHFMOEYZ

173645906509475273627543628281992

anmcdjrtiomcsnahdghdeijsurturewidkfhnvbvncvfshansmac

{}|”:?><$%#^&*^&^%$%^^*()*#&^%$#@!(&^%$#){}

 

 

   

  Tiada apa yang hendak dibicarakan cuma mahu ngecek keyboard aje, apakah semuanya berfungsi.

Kahkahkah. Macam kera baru dapat notebook bunga je la SSL ni, kan!  Tak habis-habis dengan cerita notebook baru beliau nih. Entah nak buat berapa siri entah. Serius jakun lah hoi!!!

 

 

pic google

 

 

Caucincau!

Rabu, November 23, 2011

WW : Notebook Baru (Part 2)

 

 

Tukar Wallpaper la pulak…….

 

 

baddrol 001

Ada sesapa jeles melampau? Fine, kalau jeles kita putus kawan hokeh!!! hahahihihuhu Rolling on the floor laughing

 

 

 

Caucincau!

WW : Notebook Baru (Part 1)

 

 

 

nb 001

So dengan muka tak malu, ni nak isytihar SSL kini dah pakai notebook baru…. ngeh3x. Sekian, harap maklum.

 

 

 

 

Caucincau!

Isnin, November 21, 2011

Aerobic

 

As Salam ladies,

 

Takut tengok cara pemakanan kami lewat kebelakangan ini. Kata nak slim tetapi tetap makan banyak-banyak. Makan walaupun tidak perlu.Crying face

 

Tak pe…..tak pe. Jangan menggelabah. Dah kenyang kita exercise OK!

 

 

 

ladies only, hokeh!

 

 

Saya beraerobic pagi ni. Phew….. peluh sebaldi uols! Tak percaya? Tak percaya sudah, namaku bedah, pakai kain terbelah.

 

Dah sudah aerobic bolehlah berdendang lagu pandanglah lihatlah pinggangku yang ramping tanpa rasa bersalah….. ngeh3x.

 

 

 

Today’s Lesson:

Kita digalakkan exercise hari-hari agar badan lebih cergas dan tidak lesu. Sekejap pun tak pe janji istiqamah.

 

 

Caucincau!

Jumaat, November 18, 2011

Pasukan Malaysia Pulang dengan Kenderaan Antihuru-hara

 

 

Buka je blog pagi ini SSL tengok pada kata kunci carian, ramai betul orang duk cari berita pasal pasukan bola sepak Malaysia. Amboih ayat kemain ‘ramai betul’…… padahal beberapa orang je pon…..kihkihkih.

 

Baiklah untuk memenuhi permintaan beberapa orang pencari itu maka pagi ni SSL kongsikan dengan anda berita yang agak melukakan di sebalik kesuksesan pasukan bola sepak Malaysia mengalahkan Indonesia 1 – 0 semalam. Berita seratus peratus diceduk dari Kompas.com.

 

 

 

Dua kendaraan anti huru-hara disiapkan oleh aparat untuk mengangkut timnas Malaysia U-23 usai mengalahkan Indonesia 1-0 di penyisihan terakhir SEA Games XXVI, Kamis (17/11/2011)

 

JAKARTA, KOMPAS.com Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011).

 

Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu.

 

Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut. Setidaknya, ada dua Baracuda yang disiapkan oleh pihak keamanan untuk mengangkut timnas Malaysia dan sejumlah tim ofisialnya, baik ketika datang tadi maupun saat pulang.

 

Pengamanan ketat memang diberlakukan mengingat Malaysia merupakan musuh abadi Indonesia di kancah persepakbolaan Asia Tenggara. Namun, Pelatih Kim Swee menilai hal ini bukanlah masalah besar dan tidak akan memengaruhi mental anak asuhnya.

 

"Oh saya bisa memaklumi ini. Saya tahu bagaimana situasinya. Ini bukan masalah yang besar," ujarnya kepada wartawan. 

 

Petikan sebahagian komentar untuk artikel ini:

 

  • pemain indonesia semuanya orang negro..mana orang jawanya..semuanya ngak bisa main ya..malu loh..

 

  • POKONYA TETEP INDONESIA

     

  • kalah atau menang itu selalu ada dlm setiap pertandingan...saya mengakui klu hari ini tim malaysia bermain bagus, sementara tim indonesia bermain kurang maksimal dan kurang beruntung.kita semua harus jd suporter yg sehat !! klu menang ya senang tp klu kalah ya harus siap menerima kekalahan itu baru namanya suporter pintar !! selamat untuk tim malaysia kami tunggu di FINAL...

     

  • Udah kalah banyak pulak ngomelnya... Hari ni tak pake laser pun KALAH...

 

  • Jempol untuk pihak keamanan dan panitia, walau pun tim Indonesia kalah, tapi kita bermain adil dan jujur... enggak pakai laser kayak di itu tuh.

 

  • Dasar mental maling...skali maling tetap malingsial..HIDUP MALINGSIAL

 

  • Supporter sehat gimana??? lagu kebangsaan negara lawan aja g di hormati.... kalau menang, lawannya di malu2 kan.. kalau kalah , Alasan terus... yang g bisa menerima kekalahan itu suporter Indonesia.. buktinya, Liga super Indonesia ribut terus... Itu bukan orang negro brother, itu orang papua bro...dasar malingsial goblok ko komentar..

 

  • pelatih Timnas Malaysia Pulang dengan Kendaraan Antihuru-hara dan harga diri yang sangat memalukan stelah dirinya diusir oleh wasit..

 

 

SEKIAN SAJA BERITA DARI JAKARTA.

 

 

Fuhhh…lega, dah boleh tukar slang sekarang. Alahai…. entah apa-apalah diorang tu!

 

 

 

 

Caucincau!

Khamis, November 17, 2011

Macam Tak Ada Kerja

 

 

………padahal memang mereka tak ada kerja pun. Marilah kita saksikan gambar budak-budak ni yang disenep secara melulu pada petang semalam menggunakan Cyberlink YouCam.

 

Gambar-gambar tersebut pada mulanya nampak sangat comel tetapi dengan tak pasal-pasal berubah jadi koleksi foto seram. Oi, makkkk macam alien la. Eh, tak. Ke predator? Ah, apa-apalah! Saya tak pasti samada mereka suka atau tidak gambar–gambar ini disiarkan. Ah, hentam sajalah, labu. Ibu tengah takde modal nih heheheh…..

 

 

Snapshot_20111116_22

 

Snapshot_20111116_25

 

Snapshot_20111116_21

 

Snapshot_20111116_40

 

Snapshot_20111116_29

 

Snapshot_20111116_19

 

Snapshot_20111116_17

 

Snapshot_20111116_27

 

Snapshot_20111116_35

 

 

Caucincau!

Isnin, November 14, 2011

Semakin Besar, Semakin Macam-macam

 

 

Dia sangat mudah terpengaruh akan perbuatan ibunya.

Ibunya suka membaca, dia pun suka juga. Buku ibu, bukunya jua…. habis koyak-rabak dikerjakan!

Ibunya menyanyi, dia pun sama. Ibu sukakan lagu MJ, dia pun suka juga.

Ibunya mengaji, dia pun turut mengaji. Quran ibu, Qurannya jua…. bagi iqra’ tak mahu!

Ibunya suka makan ulam, dia pun suka juga. Ibu bantai makan petai, dia pun bantai sama.

Tapi suatu pagi, telah berlaku sesuatu yang aneh…..

Ibunya tebar roti canai segera lalu hidangkan depan dia.

Diserikan juga dengan kuah kari semalam.

Ibunya cecah, dia tidak.

Ibunya sua mangkuk kari ke depan dia, dia tolak.

Ibunya tegur lagi  suruh cecah, dia masih buat tak endah.

Hairan.

Tak pernah pernah macam tu.

 

 

roti canai adik lg roti canai

Hatta jeling pun tidak….

 

 

“Tengok ibu makan, dik….kari ni dapppp! Betul, dik!” Pengaruh si ibu.

Sampai ke sudah dia buat donno. Nampaknya kali ini dia dah tak terpengaruh lagi dengan perbuatan ibunya.

“Adik tak suka kuah ni la, bu.”

“Habis, adik nak cecah dengan apa?”

V

V

V

V

V

V

V

V

 

“….dengan budu!”

?????????!

Oh, memang aneh!

Yang pasti ini bukan pengaruh ibunya. Angkara siapakah ini?!

Dengan tak semena-mena ibunya pun pengsan di tempat kejadian.

 

 

 

Caucincau!

Jumaat, November 11, 2011

More Ray Pack

 

As salam,

 

Amboi-amboi-amboi gila punya lama SSL habiskan masa berpeleseran di London rumah dengan keluarga  macam orang tak ada blog. Bukan main mithali lagi  duk urus suami dan anak-anak sampaikan keybord pun tak ada masa nak tekan. Tu yang blog tak hapdet tu. Ripley’s believe it or not? Believe it!

 

cemomoi

katak pisang katak puru lamanya berapa sampai tak dan nak hapdet n3 baru... (uuuu gurau je...)

 

Kihkihkih…..

 

Tuan Cemomoi, sori ikan dori bawak lori ye….oklah, ye lah, ye lah, demi mu hari ni saya paksa  diri untuk hapdet, eceh!

 

Hai, blogku yang boring……

 

Sebenarnya sumpah saya dah boring dah tengok blog saya yang sejak akhir-akhir ini macam blog pakar nutritionist la pulak.

 

Eye_nee

amboi..mu hari ni doh mace pakar pemakane...tp awal2 N3 doh mace masuk acara balas pantun....heheh...

 

Betul tu kak Eye nee, asyik-asyik cerita pasal makanan yang berkhasiat dan tak berkhasiat macamlah saya ni …… fullamak kau bukan main pro gila  dalam hal ehwal zat-zat dan vitamin segala neh padahal raya haji baru ni ada stalker nampak kau duk belasah budak eh..eh… takkkkkk kau belasah makan benda yang paling banyak menyumbang lemak sampai tak ingat dunia. Alamak kantoi!

 

Huhuhu…. alaaa…. itu raya. Raya lain. Raya banyak betul makanan yang terlalu menepati citarasa hawa nafsu makan jadi tanpa mengira jumlah kalori kita kenalah bedal  semua sekali agar tidak menjadi insan yang rugi. Ayat sengal.

.

.

.

.

.

.

.

 

Bertafakur kejap…

 

.

. 

.

.

 

Alahai, huhuhu….. dah tak faham dah nak tulis apa sebenarnya hari ni.

.

. 

.

.

 

Tak de ilham ni. Boring weh! Beginilah jadinya bila sindrom malashapdetblog.com.my telah melanda. Merepek je lebih. Menyesal uols bukak blog SSL hari ni kan. Isinya langsung tak membina, hampeh.

   

Oh hari ni diriku bosan menulis. Di kala tak ada modal ni maka mula la datang  hasrat yang bukan-bukan. Tak nak tulis blog lagi, boleh? Nak ikut jejak langkah Hanis Azla tulis novel ah pulak, okey tak? Hihihi…..arghhhh….. uols tak rasa boring ke baca SSL merepek ni? Entah apa-apa jer saya ni kan. Boring kan. Baiklah, kalau boring, jomlah kita bersurai…..

 

Sekian saja repekanku pada tarikh bersejarah 11.11.11 ini…

 

 

 

 

Caucincau! 

Khamis, November 03, 2011

Telur

 

katak pisang katak puru

adakah katak dan pisang sepupu?

jangan perasan atau terharu

bukan nak ucap kata rindu

cuma nak ucap selamat pagi to U  Open-mouthed smile

 

Salam ladies,

 

Saya tak redha memulakan hari tanpa sarapan. Sarapan itu wajib kalau tak, saya akan meroyan. Dengan sarapan baru lah kita dapat memulakan hari dengan penuh bersemangat waja, saga, exora, persona, inspira……

 

 

  nokifmrt110122 008

 

Inilah sarapan pagi saya hari ni. Tak adalah hebat mana pon….roti telur je kihkihkih. Dah lama tak buat roti telur. Saya suka roti telur. Gembira je dapat makan roti telur tapi orang kata tak boleh amalkan makan telur selalu… kolestrol tinggi. Ye ke? Ada kawan saya buang siap-siap kuning telur sebelum digoreng.

 

Benarkah anggapan bahawa kuning telur berbahaya bagi kesihatan kerana mengandungi kolesterol tinggi? Sape yang setuju, maka sebenarnya dia telah keliru.

 

OK baca ni…….

 

Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

 

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat kuning telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

 

Kuning telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari. Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

 

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.

 

Sumber : Utusan Malaysia

 

Baca yang ni pulak……

 

Menurut kajian Rochester Center of Obesity di Michigan, Amerika Serikat, tahun 2004. Penelitian dilakukan pada 30 orang wanita dengan berat badan berlebihan (obese), yang sebahagian makan sarapan dengan telur dan sebahagian lagi dengan bagel (sejenis roti dengan bentuk donat dan rasanya agak tawar).

 

Hasilnya, kelompok yang makan telur  mengalami penurunan 83 peratus lingkaran pinggang dan peningkatan energi lebih besar dibandingkan kelompok lain yang makan sarapan bagel dengan kalori yang sama.

 

Kajian ini juga turut menyimpulkan bahawa makan telur untuk sarapan membuat kita lebih kenyang sehingga akan makan lebih sedikit pada waktu makan berikutnya.

 

Sumber: synhel.multiply.com

 

Wah berita ini sungguh menyenangkan saya dan orang-orang yang sedang berusaha menurunkan berat badan. So women from Venus… amalkanlah breakfast dengan telur, ya!

 

 

Today’s Lesson:

Lagi sekali, jangan buang kuning telur, OK! Sayang tau. Kuning telur adalah bahagian telur yang terbaik bagi kesihatan badan. Untuk elak tahap kolestrol tinggi kita cuma perlu kurangkan makan udang, ketam, tiram, sotong, organ dalaman, minyak masak dan lemak-lemak yang terselindung dalam pastri dan biskut, susu penuh krim, mentega, keju, lemak daging dan juga santan. Bukan tak boleh makan tapi makanlah secara moderate.

 

Caucincau!

Selasa, November 01, 2011

Jangan Ada Benci

 

 

Makluman :

Penulis telah mencetak dan menampal entri ni pada pintu peti ais beliau sebagai peringatan buat diri sendiri yang sering alpa. Ewah, ayat baik punya.. tiru buku PEDOMAN HIDUP.

 

 

Aksi si kaki botol susu

 

Trying to be honest, sebenarnya nak cerita yang saya ni tersangat benci akan susu! Isyh…isyh…isyh!

 

Memang saya tak suka susu. Susah dan amat terseksanya mahu habiskan segelas susu. Ntah apasal ntah, lidah saya rasa yekk sahaja dengan minuman yang kaya dengan kalsium dan Vitamin D nih. Bukannya tak tahu benefitnya yang banyak tu. Susu penting untuk keep our bones strong, meningkatkan sistem immuniti, mengawal tekanan darah, muscle function dan bla...bla....bla tetapi tetap juga benci.

 

Susu cuma diminum ketika bayi. Nyotnyot pada ibu kemudian stop. Berdasarkan pengalaman sendiri, walaupun kurang mengamalkan rutin minum susu lembu sedari kecil tidak bererti kecerdasan otak saya berkurang. Seingat saya, prestasi akademik saya tidaklah mengecewakan. Jadi hipotesis yang mengatakan jika kekurangan susu, otak kita menjadi kurang bijak adalah tidak tepat. Hipotesis nol. Selain faktor genetik, bekalan kolostrum susu ibu juga lebih berperanan dalam membina sel-sel otak anak berbanding susu lembu. Cuma saya sedari special effect yang sangat ketara akibat kurang mengamalkan kebaikan itu ialah pertumbuhan badan saya ini agak ketot sedikit berbanding orang lain hahaha….bukan kategori OKU cuma ketinggian saya ini tidak layak untuk menjadi model catwalk.

 

Tetapi mulai sekarang, saya ingin berubah. Wahai So Shy Lady, kamu kena lawan sikap tidak jjuruh mu itu, please! Baiklah, walaupun tahun baru lambat lagi namun saya sudah berazam untuk jadikan minuman paling yekkk itu sebagai salah satu hidangan wajib dalam menu harian saya. Jangan salah sangka, bukanlah tujuan untuk menjadi setinggi supermodel Heidi Klum tetapi objektif utama saya ialah untuk mencegah sejenis penyakit. Maklumlah, kalau nak diikutkan saiz body saya yang cinonet kiut-miut macam Shiela Majid nih (sesiapa yang nak jeluak cepat telan balik) yang mana menurut beberapa kajian merupakan golongan yang sangat berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit kerapuhan tulang aka osteoporosis.

 

Osteoporosis mudah menyerang wanita Asia yang mempunyai rangka tubuh kecil dan berkulit cerah

 

Walaupun kulit saya kurang cerah tetapi statement di atas tu agak menggerunkan….. takut jugak nih!

 

Ah, susu. Yelah..yelah…So Shy Lady dah nak ubah tabiat dah ni. Berubah demi kebaikan tidak salah kan bak kata pepatah sekali air bah, sekali pantai berubah....eerk! Usia pun semakin hari semakin tua ganyut, rasanya sudah tibalah masanya untuk saya menyayangi dan tidak lagi mengabaikan kesihatan tulang rangka saya walaupun mungkin bagi sesetengah orang sudah agak terlewat.

 

“Anda masih belum terlewat....” tiba-tiba terngiang suara Datuk Michelle Yeoh dalam iklan Anlene. Terima kasih Datuk atas sokongan moral anda. Buat saya rasa masih belum terlambat walaupun sudah agak terlewat. Faham tak ayat tu? Tak faham, abaikan.

 

Ngeri tak tengok gambar tulang yang semakin  rapuh ni? Insaflah, wahai So Shy Lady.

(gambar ehsan Google)

 

Apa itu Osteoporosis? Osteoporosis dirujuk sebagai silent disease. Saya rasa semua orang tidak sedar akan kehilangan jisim tulang mereka selama bertahun-tahun sehinggalah bila dah patah riuk atau mengalami retakan tulang belakang, pinggul atau pinggang barulah tersedar, Ooo… selama ini aku mengidap osteoporosis. Hmm...time ni kita sudah tidak boleh buat apa-apa lagi dah. Ayuh, gerunlah semua!

 

Bila sudah menopause, wanita mengalami kehilangan jisim tulang yang drastik disebabkan oleh kekurangan pengeluaran estrogen. Haa.... yang ini betul-betul menyeramkan....bila usia melebihi 35 tahun, wanita akan mula loose about one percent ketumpatan tulangnya every year.

 

Sesapa yang mempunyai family history yang mengidap osteoporosis, menopause awal atau mempunyai smaller body frames sangat paling berisiko tinggi. Baca tuh, sangat paling! Masih tak seram lagi ke, So Shy Lady....

 

Merokok, pengambilan alkohol, high caffeine intake, kurang mengambil calcium juga menyumbang kepada osteoporosis. Lelaki pun ada juga kena penyakit ni. Penggunaan steroid, alkohol dan kurangnya paras testosterone merupakan penyebab osteoporosis di kalangan lelaki.  

 

En. Hubby pernah cerita tentang emak officemate dia. Umur baru awal 50an tetapi sudah tak boleh bergerak aktif lagi akibat penyakit kerapuhan tulang. Rupanya selama ini makcik tu tak pernah langsung check tulang hinggalah suatu hari apabila dia terjatuh dari tangga, setelah diperiksa barulah sedar dia pengidap osteoporosis peringkat serius. Aduhhh...cemas! Umur 50 tahun bukannya tua sangat tapi terpaksa move seperti umur 90! Just imagine. Sila gerun lagi.

 

Atas dasar itulah maka En.Hubby pada suatu hari, telah menghadiahkan setin susu Alpha Lipid kepada saya dengan harapan, bila minum susu yang tak berapa murah ni saya akan bersungguh-sungguh sikit dan tidaklah warm warm chicken droppings dalam menunaikan azam.

 

 

 

Today’s Lesson :

Bukan today je...but forever and ever...mulai saat ini saya promise untuk jadikan susu sebagai santapan harian at least 1 gelas sehari walaupun pada peringkat permulaan ini terpaksa berhempas-pulas minum sambil tutup lubang hidung. Mencegah lebih baik daripada merawat. En. Hubby, sila denda ketuk ketampi or tarik telinga saya sekiranya terlanggar janji ini yekk. Permisi! Nak gi minum susu dulu, lepas tu exercise...haitt!

 

 

Red rose Hihihi jangan marah tau…..sebenarnya ni adalah entri lama SSL yang di-publish semula. 2, 3 hari ni SSL adalah super sibuk. Tak ada masa nak mengarang. Sekian, harap maklum.

 

 

Caucincau!

Khamis, Oktober 27, 2011

Merawat Demam Denggi

 

As salam ladies,

 

Pada suatu hari yang dingin…………

 

Saya terus terjaga dari tidur terbongkang yang lena tak sedar apa apabila tiba-tiba dapat satu panggilan telefon. Malas betul nak angkat mulanya sebab bantal terasa empuk sangat dan selimut pulak terasa hangat almaklumlah di luar hujan turun mencurah-curah namun kugagahkan jua mencapai dan menjawab panggilan tersebut tanpa ragu.

 

Rupa-rupanya panggilan dari seorang sepupu. Prok prak prok prek bertanyakan khabar. Terkejut ungka bila dikhabarkan dia tak sihat dan rasa macam ada simptom-simptom demam denggi. Biar betul? Tak guna punya nyamuk aedes berani dia hinggap kat badan sepupu aku tuh! Aisehhhh risau eden tiba-tiba. Cepat-cepat saya suruh dia  buat medical check up.

 

Hmm sekarang ni ramai orang keliling saya mengidap demam. Haa demam jangan diambil mudah tau sebab kita tak tahu demam tu jenis apa kan.  Saya pun risau gak ni sebab kat rumah pun semenjak dua menjak ni ada nampak kelibat nyamuk namun bersyukur sangat walaupun kaki selalu kena gigit tapi saya tak pernah hidapi demam denggi. Moga dijauhkan, amin.

 

Apa yang SSL tau vaksin demam denggi sudah ditemui tapi hanya akan masuk pasaran Malaysia pada tahun 2014/15. Sekarang ni kalau masuk hospital pun rawatan yang digunakan cumalah dengan air botol saja.

 

Sebab dah janji dengan sepupu nak cari penawar kalau betul dia disahkan mengidap penyakit tu maka seharian saya mencari maklumat tentang demam denggi. Di sini teruja pula nak share dengan uols beberapa petua yang saya baru discover:-

 

Sekiranya kita ataupun orang sekitar kita diserang  demam denggi, amalkan hari-hari…..

 

 

imageimage

* hirup sup ketam  / * sup belut

 

 

* minum sesudu jus daun betik matang (tumbuk dan perah airnya)

 

 

 

      image       

image             imageimage

* minum jus pegaga / * air barli + garam / * jus tembikai / * blend kurma 10 - 20  biji bersama segelas air suam, bagi minum setengah gelas pagi, setengah gelas petang / * jus kiwi / * susu kambing  / *minum ECPI atau air kosong banyak-banyak setiap 5 minit

 

 

imageimage

* makan jambu batu / * anggur hitam

 

 

image

*minum minyak kelapa dara

 

 

 

image

* amalkan baca beberapa ayat dari surah Al Baqarah Ayat 1-25 dan Ayat 244-255 .

 

 

O yessss petua terakhir itulah yang paling utama sebenarnya iaitu kita jadikan al Quran sebagai rutin amalan harian. Peringatan buat diri sendiri juga andainya ditimpa kesakitan atau kerunsingan, jangan sesekali lupa bahawasanya Pencipta kita yang Maha Penyembuh itu sentiasa ada di sisi jadi janganlah putus memohon padaNya. Wallahu’Alam. Itu saja perkongsian kita untuk hari ini Open-mouthed smile

 

 

Caucincau!

 

(semua gambar kredit untuk Google, tq)

Isnin, Oktober 24, 2011

Terima Kasih Thank You Gracias Toce Toce Arigato Merci Xie Xie

 

As Salam ladies,

 

Em....lama dah cerita ni tersimpan dalam draf.... tak publish sebab kamera rosak tak dapat snap gambar uhuk. Tetiba aje rosak. Benci betul. Campak ke laut baru tahu. Mood nak berblogging pun hampir-hampir melayang. Mana best takde gambar. Menyiarkan entri tidak bergambar umpama mencecah biskut marie ke dalam budu… rasa tak yummy!

 

Ok, sebab dah pinjam kamera handphone orang lain dah, maka hari ni saya siarkanlah entri special ini…….

 

Pada suatu petang sebaik sahaja selesai kelas terakhir dan anak-anak didik mulai beransur pulang ke rumah masing-masing, saya pun bergegas menunaikan solat Asar. Usai solat saya pun menyertai model-model tetap. Mereka begitu asyik sekali menikmati milo panas beserta kuih popia sosej sambil mata khuyuk melayan sinetron di layar TV.

 

Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk orang. Ketukan keras bertalu-talu tanpa ucap salam itu benar-benar memberi keterkejutan yang bukan kepalang. Saya mengurut dada. Mujur tak tersembur kuih popia sosej di dalam mulut. Suasana bertukar hening seketika. Anehnya tidak ada  seorang pun di kalangan kami berani melangkah ke pintu. Masing-masing berpandangan di antara satu sama lain.

 

Masing-masing fikir itu hantu……

 

Padahal……..

 

Oh, cik abang poslaju rupa-rupanya ingatkan sape tadi…….. kusss semangat! Cik abang poslaju menghulur sebuah bungkusan buat cik adik manis. Dalam cerita ni cik adik manis merujuk kepada saya la, sape lagi… haktuiiiiiiii

 

Ingatkan untuk siapa rupa-rupanya bungkusan tu untuk cik adik manis haktuiiiii sendiri. Wowowow ole-ole Langkawi dari sahabat blogger kesayangan iaitu adik sz aka mak encik sudah sampai. Alhamdulillah.

 

Wajah model-model tetap yang sedari tadi nampak panik kembali bertukar ceria. Dengan rakusnya mereka merampas bungkusan tersebut dari tangan saya. Masing-masing bukan main struggle lagi nak bukak balutan parcel. Over excited je kami sebab tak tahu kan hadiah apa. Adakah set pinggan mangkuk? Jengjengjeng……tapi macam dapat agak je. Agaknya FM ni..hihi...

 

 

nokifmrt110122 031

kan dah kata…..

 

Nasib baik mak encik guna poslaju, selamat je FM tu takde pecah-pecah atau retak menanti belah..hihi..tqvm ye mak encik! …..cumil…...Dan dan tu jugak model-model tetap berebut-rebut sesama diorang macam la tak pernah jumpa FM selama ni! Isyh isyh… anak sape la niiii….Geleng kepala.


 

nokifmrt110122 037

 

Sekali lagi buat sz aka mak encik, akak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih thank you toce toce arigato gracias merci xie xie dan apa-apalah ucapan yang seangkatan dengannya atas ingatan ini. Moga tali ukwah kita akan terus terjalin kekal berpanjangan. Terharu pulak rasanya dan sekali lagi akak nak minta maaf banyak-banyak ye sebab lambat betul publish entri special ni huhuhu. Sebagai denda akak dah hadiahkan sebijik penumbuk kat pipiku yang gebu nih, adusss!!

 

Nanti akak belanja mak encik laksa pasar malam SU yang best sangat tu, OK! ;D

 

 

Caucincau!

Rabu, Oktober 19, 2011

Minggu Peperiksaan Makan Paru Goreng Pedas

 

Salam ladies,

 

Mula-mula sekali, mari salahkan broadbandku yang dah seminggu asyik buat hal - balik ke perangai lama slow giler mengalahkan siput Spongebob, apa ke nama dia… hah, Si Gary tuh! Grrrrrrr…… Dan minggu ni juga adalah minggu saya menggabrakan diri, minggu saya cepat hilang sabar dan minggu saya stress secara tiba-tiba. Manakan tidak, final exam sudah bermula hohoho! Gabra ibu, nak oi!!

 

Hari ni dah masuk hari ketiga dah mereka berjuang. Harap-harap masing-masing dapat melakarkan kejayaan yang boleh dibanggakan.

 

Mereka yang berjuang……

 

 

basuh kain 042

Muka macam mayat hidup, sampai juling mata si Along sebab dah cuak dah banyak benda dia tak faham huhuhu… manakala si Nyanyah pulak riang gembira nampaknya. Harap-harap result pun gempak. InsyaAllah.

 

 

 cek285 030

Eh, eh…. si Adik pun tekun jugak macam dia la pulak yang ambik exam kihkihhh.

 

 

Buat anak kandung dan anak-anak didik, jangan menyerah kalah dan buatlah sehabis baik OK…good luck bebeh! THE END….

 

…….. habis dah cerita budak-budak exam. Kini kita beralih pula ke stori lain, cerita masak-memasak ler pulak. Ya ampun, sebenarnya dah lama jugak  SSL tak jenguk dapur ni….ceh dasar pemalas bini sapa la ni, ye!!! Nah ambik kau penumbuk Rajinikanth, bedebusyhh terpelanting 35 meter! Hohoho……

 

Ni saya nak tanya….. suka tak makan paru? Saya suka ok! Sebelum ni memang tak pernah pun masak lauk ni. Kalau teringin sangat, SSL  beli aje sebab …. kan sudah ku bilang sedari tadi diriku ni kan chef pemalas heheh…..  lagipun tak de sorang pun dalam anak beranak kami yang membuak-buak seleranya terhadap benda alah eksotik ni melainkan diriku. Tapi semalam diriku ini tiba-tiba rasa gelenya la pulak nak try masak sendiri heheh.  Kiranya inilah first time SSL masak paru, tau! *Bangga.

 

Ladies and gentlemen,  dengan perasaan bongkaknya maka tibalah masanya untuk diriku mempersembahkan jengjengjeng….. masakan Paru Goreng Pedas Kali Pertama hehehe…. Nama resepi sudah semestinya gempak, OK!

 

 cek285 055

nampak macam yek tapi sedap sebenarnya

V

V

V

V

 

cek285 063

gaul sehingga sebati

V

V

V

V

 

cek285 069

Siap. Wohooooo!!!! Siap ada toncet...

 

Nampak macam kelakar tak lauk paru ini? Biasalah, nama pun first trial kan, banyak terserlah kelemahannya di sana-sini…… tapi masa saya makan semalam rasanya sedap jugak macam yang jual kat kedai lah. Not bad. Licin pinggan tau..ngehngehngeh.....Syabas Inspektor Sahab!! Syabas!!!!!

 

Huh lebih-lebih pulak puji diri sendiri…… eeeeee meluat tau orang baca. OKlah sebelum sesiapa mintak-mintak resepi…di sini SSL dengan bongkaknya..eh..eh..tak, dengan sincere nya nak share dengan uols. Perhatian : resepi ni untuk adik-adik yang baru nak belajar main masak-masak aje OK. Akak-akak otai baca diam-diam sudah. Jangan gelak. Bukannya apa kalau akak-akak gelak, saya jadi malewwwwww tawwwww! 

 

RESEPI PARU GORENG PEDAS KALI PERTAMA

 

Bahan-bahannya, adik-adik :

paru
kunyit serbuk
2 sudu besar cili kering yang dimesin
4 ulas bawang putih dimesin
bawang besar sebelah (ukuran saiz besar) dimesin
garam dan gula secukup rasa
sesudu kecil sos tiram

Cara-cara :

Rebus paru dalam 10 - 15 minit atau hingga empuk. Sejukkan kemudian potong nipis nipis. Gaulkan kunyit dan garam. Goreng. Ketepikan paru yang telah digoreng, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering. Sesudah naik minyak, masukkan sos tiram, garam dan gula. Selepas itu masukkan paru tadi, kacau hingga sebati.

 

Kemudian bolehlah kita letak dalam pinggan, hias, hidang dan....makannnnnnnn! Ewah macam iklan Oreo la pulak!

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...