Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, April 26, 2012

Berangan Tak Hengat

 

 

As Salam ladies,

 

Maaflah kerana agak lama menyepi. Minggu ini suasana kehidupan SSL agak sendu bila seorang demi seorang anak beranak kami jatuh sakit. Minggu lepas Syifa, kini tiba giliran Along dan Nyanyah pulak mengambil tempat. Bila mereka tak sihat mood SSL pun turut swing. Semenjak hari Isnin lagi, setiap kali hendak menconteng sesuatu di dalam blog tiba-tiba mood bertukar menjadi tidak okay. Mata sekadar terkebil-kebil menghadap skrin laptop sambil hati merungut eee bosan gle lah kau neh! Rasanya skrin pun turut menyampah menghadap SSL. Disebabkan masing-masing dah bosan dan menyampah antara satu sama lain maka SSL pun buat keputusan untuk jauhkan diri buat seketika dari laptop yang bosan gle neh…. maka sebab itulah blog ini tak terblog. Ada faham? Macam pening sikitlah ayat berciri Padayappa ni huhuhu!

 

Dan hari ini, mood swingku sudah beransur hilang. SSL sudah okay sikit dah hari ni. Laptop, laptop…… kita kawan balik nak? Ngeh3x….. Maka pada petang ini, sambil uols mengunyah asam boi tu apakata marilah sama-sama kita ikuti sebuah cerita SSL yang tak semenggah mana dan berciri ‘main hentam saja’ ni! Cerita tentang aktiviti yang dilakukan oleh kami err….bila lah entah..… errr….uols tak payahlah ambil peduli sangat tentang tarikh kejadian okay cukuplah sekadar ambil tahu gitu-gitu saja. Aik? Tak faham kah? Ah, tak payahlah ambil tahu gitu-gitu, cukup sekadar baca sajalah apa yang SSL tulis ni, okay. Hadoi, masih swing lagilah rupanya SSL neh! Ntah apa-apa ntah….

 

Kebelakangan ini kami agak giat mengisi masa dengan mencari kelengkapan untuk rumah baru. Belanja-belanja jugak namun, SSL tetap dapat kekalkan bakat terpendam sebagai seorang pengurus kewangan yang bijaksana dalam menguruskan nafsu iyo la tuuu. Alah, baik ngaku cepat – bukan sebab terror kawal nafsu tapi bajet tak berapa nak ada sebenarnya sebab tulah tak dapat berbelanja dengan sewenang-wenangnya T.T

 

 

Tujuan asal  kami sebenarnya nak ke Houz Depot tapi entah macamana tetiba terbayang cermin hiasan dan aksesori bilik air Ikea yang menawan hati lalu kami termelencong ke Ikea! Nasib baiklah En. HB sporting turutkan saja ragam isterinya yang banyak cengkadak neh!

 

Sesi berangan…..

 

ikea (86)_thumb

Along, lekas kemas bilik tido!

 

 

ikea (1)_thumb

Ala ibu…..Along penatlah! Suruh Nyanyah.

 

 

ikea (3)_thumb

Eh, Nyanyah kena tolong ibu serve makanan. Amboi panjang bebeno meja makan kita ni kan…..

 

 

ikea (2)_thumb

Adoi tak laratttt …..kejap lagilah kemas bilik!

 

 

ikea (10)_thumb  ikea (13)_thumb  ikea (12)_thumb

Dah siap serve, Nyanyah cuci pinggan dan kemas rak pulak ye! Baiklah bu. Err…. ibu buat apa tu?

 

 

ikea (9)_thumb

Cuci baju ni haaaa….

 

 

ikea_thumb

Hmmm… daku bosanlah tak berbuat apa-apa!

 

 

ikea (50)_thumb

Aikk? Sape yang makan minum atas katil neh? Ni mesti angkara Nyanyah….

 

 

ikea (40)_thumb

Buk, semua bilik udah siap dikerjain! Eh, eh terspeaking Indon plak!

 

 

ikea (17)_thumb ikea (95)_thumb ikea (29)_thumb ikea (99)_thumb

Dah siap semua? Ok anak-anak! It’s play time!

 

 

ikea (33)_thumb

Ah, bosanlah main!

 

 

ikea (60)_thumb   ikea (90)_thumb    ikea (87)_thumb

Jom kita buat kecah kat dapur! Ngeh3x…..

 

 

ikea (46)_thumb nikea (37)_thumb

Oi, daripada duk buat kecah lebih baik pergi studi!

 

 

ikea (35)_thumb

Cantik tak meja studi Nyanyah?

 

 

ikea (69)_thumb

Tapi bu…. daripada studi, stido lagi best!

 

THE END

 

Hadoi, berlebih-lebihanlah pulak SSL duk berangan kan padahal ke Ikea cuma nak cari…..

 

 

ikea (64)_thumb

ini dan…..

 

 

ikea (73)_thumb

ini je…… hahaha

 

 

 

Caucincau!

Jumaat, April 20, 2012

Batuk Extreme

 

As Salam ladies,

 

Sangat kesian dekat diriku 2,3 hari ni. Diri terasa lemah dan lembik.  Beberapa hari ni saya kurang sihat tapi tak demam. Saya cuma diserang gejala batuk aje tapi bukan jenis batuk-batuk lunak manja tu. Saya diserang batuk yang sungguh extreme - hasil jangkitan dari si kecil saya yang demam tempohari. Maka sekarang rumah kitaorang tidak lagi diserikan bunyi batuk secara solo malah kali ini secara berduet pulak. Kolaborasi suara kitaorang sungguh mantap hingga membentuk bunyi batuk  yang ngeri dan paling kronik pernah dihasilkan setakat ini huhuhu….

 

Pagi tadi pun, SSL bangun tidur secara seksa.  Tekak terasa gatal serta perit yang amat al maklumlah semalam kan buat konsert duet. Nak teguk air pun derita ni. Badan sungguh tak larat sebab malam-malam macam tak berapa tidur. Kualiti tidur langsung terjejas dek diganggu bunyi yang keluar melengking-lengking keras (macam tak betul istilah neh, hentam sajalah labu)  tanpa henti hingga dada dan perut pun terkecut-kecut dibuatnya. Pendek kata, hidup saya sekarang diselubungi penderitaan saja. Alahai azab bebeno bunyinya, kan!

 

Telan ubat? Oh, SSL tak pernah menelan ubat batuk dari klinik. Memang tak mboh sebab kalau telan jugak ia bakal membuatku tidur secara mati-matian. Tak pun, pasti menyebabkan SSL buat kerja secara lalok macam drug addict. Ah, tak nak, ah. Lalu awal pagi tadi sambil terbatuk-batuk (hingga tempias sikit-sikit pada skrin) saya berusaha on kan laptop dengan harapan dapatlah bertanyakan pakcik Google kot-kot beliau ada tak petua merawat batuk tanpa penggunaan dadah.  Syukur, ada jawab beliau. Oi, sudah-sudahlah merepek tu!

 

 

Petua Merawat Batuk

 

  • Ambil setengah genggam daun pegaga dan rebus daun tersebut dengan 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi tinggal separuh. Tapiskan dan minum segelas, dan amalkan meminumnya 2 kali sehari. Sumber di sini.

 

 

 

 

  • Ambil 2 kuntum bunga raya dan potong halus bunga tersebut. Ambil setengah gelas air masak dan sedikit garam lalu campurkan dengan potongan bunga itu tadi. Perah dan tapiskan. Minum air tapisan 2 kali sehari. Sumber di sini.

 

 

 

  • potong bahagian atas oren. Letakkan ½ camca kecil garam di dalam oren, kemudian letakkan kembali bahagian atas yang telah dipotong itu tadi.Letakkan oren di dalam mangkuk, dan stimkan selama 10-20 minit. Setelah itu, makan kesemua isi oren tadi. Sumber di sini.

 

 

 

 

  • Makan madu dicampur minyak habbatussauda. Sumber di sini.

 

    

 

 

  • Air suam + limau nipis + madu + gula batu

 

 

 

 

  • ambil segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji perahan air limau nipisdan empat camca besar kicap masin.

 

 

 

  • minum air rebusan epal merah. Sumber di sini.

 

 

Tak pasti nak cuba yang mana satu mungkin cuba petua pucuk pegaga tu dulu kot. Sangat-sangat  berharap biarlah saya cepat pulih. Amin.

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...