Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, Mac 09, 2012

Sepanjang Minggu Ini

 

 

Salam Jumaat ladies, 

 

Hati saya meronta-ronta mahu mengemaskini blog ini namun apakan daya hajat selalu terbantut. Banyak kerja yang di sini menunggu di sana menanti. Minggu ini adalah minggu yang sangat mencabar kerana minggu ini minggu ujian di sekolah. Berapa bayak perkataaan minggu daaaaa ….. Mungkin bukan sangat, tapi agak mencabar jugalah. Manakan tidak, ada di antara anak didik saya yang tahap prestasinya masih kurang memberangsangkan. Berdoa dalam hati agar mereka dapat jawab ujian dengan baik. Saya sedang mengesat peluh ni.

 

Minggu ini juga kesibukan saya berganda - terpaksa luangkan beberapa ketika untuk menemani En. HB menyiapkan assignment beliau. Saya beri sokongan yang mencurah-curah buat beliau. Dengan semangat yang berkobar-kobar saya melangut temankan dia berjaga malam, study bersama-sama korang tahu (tipu giler). Nampak tak tahap kesibukan saya tu? Ececece…. sibuk la sangattttttt walhal….alahai entah macamana malam semalam sedang rancak berdiskusi tetiba saya boleh berdengkur depan laptophahaha jom gelak walaupun tak lucu…..Baru kejap dah lentuk memang tak boleh pakai betul. Sorry, bang! Walaupun tanpa bantuan maksimum dari isterimu ini namun harap-harap beliau dapat buat yang terbaik dan dinda doakan kanda berjaya score 4 flat sebagaimana semester-semester lepas, ya. Amin. Berdinda kanda pulak haha..tak boleh blahlah makcik neh!

 

Kesibukan saya seterusnya ialah…. ah, mari kita saksikan ini gambar!

 

  mar12 053

 

 

Inilah situasi dramatik saya sekarang. Ya, tika ini saya sedang bergelumang dalam dunia arkitek. Bukan calang-calang orang mampu membuatnya. Meluat betul ayat ni kan….Rasa diri bertukar menjadi hensemlah pulak, eh eh…. apa kes? Memang sungguh aneh sebab tak disangka wanita macam saya pun mampu buat design rumah walhal kerja-kerja arkitek ni bukan ke cuma layak jadi kerjaya lelaki hensem yang berkaliber sahaja? Soalan berciri entah apa-apa… so tak perlu jawab!

 

En. HB mengamanahkan kepada saya untuk merekabentuk design ruang yang hendak diubahsuai. Beberapa minggu lepas saya dah design cantik-cantik tahu. Malangnya perasaan saya menjadi sungguh berkecamuk bila cadangan pelan yang dibuat itu telah direject oleh pelukis pelan. Katanya, Majlis Daerah tak akan lulus atau saya mungkin didenda jika teruskan pengubahsuaian dapur dan bilik tingkat atas rumah baru melebihi had yang ditetapkan. Haiyohhh, manyak songellah itu Majlis Daerah. Punah segala kerja-kerja arkitek yang kubuat selama nih. Tensi mak tau!!  Sekarang ini saya masih lagi dalam kebuntuan. Masih lagi merenung helaian pelan rumah dengan perasaan yang sikit lagi hampir nak tumpah air mataku ini. Blur tak tahu nak ubah tang mana lagi dah.

 

Saya masih buntu lagi neh sedangkan masa terus berjalan tanpa kaki. Jam dah hampir menunjukkan pukul 11.00 pagi. Rasanya eloklah saya tidak membuang masa lagi dan membuat apa yang patut dibuat. Kejap lagi nak hantar e-mel kepada pihak kontraktor pulak – submit design plaster siling, table top dan KC pilihan saya serta maklumkan tentang pelan yang tidak lulus itu. Ah, macam bosan lah pulak perenggan ni… Dah, tak payah baca lagi dah.

 

Jom kita sambung buat kerja masing-masing, ok!

 

 

Caucincau!

Khamis, Mac 01, 2012

Terbosan-Bosan

 

Salam ladies,

 

Hujan turun rintik-rintik di luar sana. Mata pula terasa sungguh berat semacam. Rasa nak aje membaringkan sekujur tubuh ini ke pembaringan. Best kan kalau dapat tidur diulit hujan. Inilah keenakannya jika hari hujan, dapat tidur secara puas. Tapi ah, mana mungkin….. Kang terlajak tidur  terbabas pulak masa kang. Dah lah kejap lagi nak mendidik anak orang. Kelas paling melelahkan pulak tu. Daripada tidur lebih baik daku duduk termenung di tepi jendela menikmati titisan air hujan sambil mendengar alunan instrumental dari Youtube. Sambil-sambil tu boleh jugak layan perasaan blues. Ceh, banyaklah kau punya blues, makcik!

 

Hai, terbosan-bosan diri ini sebenarnya. Bosan melayan hujan, jom berblog pulak. Mahu menulis tapi nak tulis apa, ye? Menulis pun tiada arah tujuan ni. See, intro dah gaya cerpen pulak! Ah, biasalah…. SSL memang macam tu. Dulu kempunan sangat nak jadi penulis namun apakan daya hajat tak sampai. Akhirnya jadi penulis blog je. Phew~

 

Oh, ya kejap tadi baru aje selesai menengok facebook. Banyak juga perkongsian menarik dapat dikutip hari ini. Antaranya, yang ini…..

 

Sekadar Penghayatan ……

LEMBU : Aku makan rumput, tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. Kita tak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas tilam. Engkau tidur dalam kandang..mana nak sama.

TIBA-TIBA KEDENGARAN LAUNGAN AZAN...

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Samalah jelah kita..=p

 

Sumber :             

                      Ustaz Zamri

 

Huhuhu….ada sape-sape berperangai 2x5 lelaki di atas? Eh, bukan lelaki yang berkopiah tu tapi maksud SSL yang bercakap dengan lembu tu…. Ramai juga yang SSL kenal berperangai sebegitu. Teringat ungkapan seorang ustaz, “Orang tak solat dan tak tunai suruhan Allah serta langgar suruhanNya ialah orang yang tak memerlukan Allah langsung atau Allah tak perlu campurtangan langsung dalam kehidupan mereka. Memang dalam bahaya lah mereka itu.” So mari kita saling menjaga solat masing-masing, ye. Winking smile

 

Oklah kejap lagi SSL nak layan youtube aerobic, lepas tu nak tengok youtube cara buat origami pulak. Eh, eh ke manalah hala tuju  entri ni sebenarnya neh?! Garu-garu kepala yang tak gatal. Empunya blog pun dah keliru. Kejap jadi penulis cerpen, kejap jadi ustazah. Lepas tu nak share tutorial origami dan aerobic  pulak ke? Makin ke laut dah nampak gayanya.

 

Nampak sangat terbosan-bosannya hidup SSL petang ni, kan! Kesian…..

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...