Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, Februari 03, 2012

Tinggalkan A Kerana B Tiba-tiba Terjebak Dengan C Pulak!

 

 

Apakah yang patut saya  buat Cik Sri Siantan? Baiklah, biarlah saya bercerita dari mula. Begini ceritanya………

 

Sebagaimana dalam entri terdahulu, saya telah menggembar-gemburkan tentang misi saya  mencari liquid foundation. Hampir dua tahun saya begitu selesa dengan Angelfit Liquid Foundation Maybelline NY. Saya rasa, saya gembira pakai Angelfit. Kalau diikutkan, rasa nak pakai produk jenama yang sama jah sampai bila-bila. Kalau boleh tak nak try yang lain… tak berani ah. Tapi baru-baru ni kesetiaan saya sudah tergugat dek terpengaruh dengan entri LadyLovesLeisure tentang Garnier BB Cream. Kagum dengan rakaman gambar  menunjukkan bukti keberkesanan krim hebat itu menutupi kondisi kulit yang bermasalah. Fikir punya fikir, rasanya tak salah untuk saya bertukar jenama demi mendapat manfaat terbaik dari yang terbaik in the market, bukan? Walaupun demikian, saya masih belum kiss goodbye secara total dengan Angelfit Maybelline NY. Konon-konon sekadar curang  untuk seketika saja ni ;P

 

Tapi sayang seribu kali sayang, langit tidak selalunya cerah dan hidup ini tidak selalunya indah. Bila diajukan pada sales assistant Guardian, katanya produk tersebut baru saja kehabisan stok. Huk aloh, potong stim betul. Macamana boleh tak ada pulak? Langsung membekukan semangat saya untuk mencuba produk baru. Oh, saya kecewa secukup rasa. Padan muka saya, kan Cik Sri Siantan… itulah siapa suruh berlaku curang? Luluhnya hati ini rasa nak menangis teresak-esak dan dan tu juga. Bak kata Yuna, ini tidak adil tidak adil bagiku…….

   

Atas kesedihan yang melampau tersebut  itulah lantas membawa diri saya ke rak skincare product yang lain sambil mengenang untung nasib diri.  Frustnya sebab hajat di hati untuk memiliki Garnier BB Cream tidak kesampaian.  Punah segala harapan yang dibina sebelum ini. Untuk kembali semula kepada Angelfit Maybelline NY terasa segan-silulah pulak.

 

Dalam keadaan serba tidak kena, bingung dan sedikit buduh itu, tiba-tiba mata saya tertancap pada sesuatu. Saya membeleknya buat seketika. Silky Girl Magic BB cream. Ahhhh…. dia datang tepat pada masanya, try sajalah! Bisik hati saya yang paling dalam. Tanpa berfikir panjang, saya sambar lalu terus membayarnya di kaunter. Syukur, akhirnya saya menemui jalan penyelesaiaan terhadap kekusutan yang dialami.

 

 

   susu 022Terjebak dengan dia secara tiba-tiba

 

 

Ya, saya baru beberapa hari terjebak dengan  Silky Girl Magic BB cream ini. Kesannya belum dapat dikesan lagi tapi apa yang menggembirakan ianya tidak berminyak! Wow, I like!

 

Persoalannya di sini, wajarkah perbuatan saya ini, wahai Cik Sri Siantan?

 

 

Caucincau!

Rabu, Februari 01, 2012

Dulu Hot Sekarang Suam-suam Kuku

 
As Salam ladies,
 
*Embekkkkkk! Embekkkkkk! Alahai lamanya saya berhibernasi….hingga bertukar menjadi seekor kambing? Oh, bukan begitu.
*I ‘m back!
 
Oklah tanpa melengah-lengahkan masa, mari kita dengar ini satu cerita. Eh, ternyanyi lagu Anita Sarawak la pulak haisyh! Pada suatu hari, saya dan anak bongsu saya berjalan-jalan di Jusco. Kalau nak tahu, saya ni memang kaki Jusco. Sebut betul-betul, kaki Jusco…. bukan kaki disco tau! Tujuan utamanya ialah hendak mencari liquid foundation sementelah isi botol lama sudah hampir menuju ke titisan yang terakhir. Saya menuju ke Guardian. Ketika sedang mengusya produk yang dikehendaki di rak Maybelline, secara tak sengaja saya telah tercuri dengar perbualan dua orang wanita yang sedang leka mencuba lipstik di sebelah. Adat perempuan, kalau bersembang tak sah tak sentuh bab mekap, beg tangan, kasut dan seumpamanya. Tapi cerita mereka berdua ini lain sedikit bunyinya walaupun hal kasut, beg tangan dan mekap tetap disebut.
 
Kata salah seorang dari mereka, semasa zaman cemerlang, gemilang dan terbilang dahulu pantang dia kalau pakai barangan tak ada brand. Amboih, kemain! Otak saya mula berprasangka. Mungkin kasut dan beg tangan dia paling tidak Prada, Ferragamo atau Gucci, pewangi jenama CK atau Chanel 5 sementara set rawatan muka jenama SKII kot. Dengan tak sengaja saya terus memasang telinga lagi. Tak sengaja lah sangattttt! Ngeh3x….
 
Tapi kata wanita itu lagi sekarang ni sejak dah kahwin, dia dah tak berselera dah nak pakai macam dulu-dulu. Aikk, apa kes pulak? Katanya, sekarang ni pakai lipstik harga RM12 pun dia tak kisah, asal nama pakai! Tambahnya lagi, baju pula kalau dulu pantang yang berharga bawah RM200, sekarang harga bawah RM50 pun jadi, asal OK! Dulu beli barang-barang mesti di kompleks-kompleks ternama, sekarang terserempak di pasar malam pun tak apa, asal murah!
 
Tiba-tiba saya terkedu. Otak mula berfikir. Eh, tang membeli barangan murahan…..lebih kurang macam cerita aku aje neh?! Hihi….
 
Mengapa kita berubah?
 
Hmmm… perasan tak kebanyakan wanita selepas berumahtangga akan mengalami perubahan penampilan yang agak ketara? Saya pun tidak terkecuali. Dulu hot sekarang suam-suam kuku. Cehhhh bajet hot la sangattt…dow. Apa, adakah zaman cemerlang, gemilang dan terbilang seseorang wanita itu sudah berakhir apabila dia mengambil keputusan untuk berumahtangga? Mengapa boleh jadi begitu? Apakah sesudah kahwin wanita tak perlu lagi bergaya seperti anak dara? Kalau ya, apa sebabnya? Apakah kerana sudah tiada sesiapa lagi yang hendak digoda? Maklumlah, sudah ada suami. Yang dikejar sudah dapat, tak perlu lagi nak jaga mekap segala.
 
Ya, saya pasti ramai yang tahu kenapa wanita berubah penampilan setelah berumahtangga, bukan? Tak ada sebab lain melainkan sebab keluarga. Ya, sebab keluargalah ramai wanita sekarang ni sudah tidak hot lagi. Bagi kaum wanita apabila sudah berumahtangga, keluarga adalah no.1. Keluarga adalah priority dalam berbelanja. Bukan tak teringin bergaya dengan barang-barangan mahal dan berjenama macam dulu tapi tiap kali nak beli, mesti teringat lebih baik duit yang ada itu dihabiskan untuk belanja keluarga. Betul tak?
 
Misal kata, harga sebuah beg tangan Bonia yang berharga RM400. Bandingkan dengan wang sebanyak itu, berapa pasang baju anak-anak yang boleh dibeli? Setiap kali hendak membeli keperluan diri sendiri pasti persoalan yang sama menjelma dalam kotak fikiran. Akhirnya yang dibeli adalah seluar baju anak-anak, sehelai dua kemeja suami dan kalau ada baki baru beli sehelai dua baju untuk diri sendiri. Yang branded tetap juga tidak dibeli. Betul tak? Betul tak?
 
 

 
Caucincau!


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...