Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Januari 25, 2012

WW : Lepas Cuci Lantai, Jangan Lupa Cari Kayu Api! (Updated)

   tuibpth 007
Bawang Besar dan Bawang Kecil






Update : Perhatian, tajuk di atas sebenarnya tak ada kena-mengena langsung dengan gambar  ha..ha.. harap tiada siapa yang salah sangka ye! Ini bukan kes kena hukum, kena dera atau kena buli. Ini cuma amalan mulia di musim cuti sekolah sahaja. Anak dara tu rajin bebeno menyapu dan mengelap apa yang patut dan si adik di sebelah pulak jadi teman bersembang dia  he..he... 



OKlah,  tajuk dan captionnya di bawah ini mungkin lebih sesuai dan tidak menimbulkan salah faham kot!




  WW : Cinderella


tuibpth 007
"Lekas, Cinderella! Majlis tari-menari  bersama putera raja di istana  dah hampir nak mula!"  Ujar nenek sakti.




Ada-ada aje. Suka hati engkaulah SSL......ngeh3x





Caucincau!

Jumaat, Januari 20, 2012

(Cerita Pekasam) Makan, Main, Beli dan Blah

 

As Salam ladies,

 

Ini cerita hujung minggu lepas. Aikk esok dah hujung minggu, kau baru terhegeh-hegeh nak cerita hujung minggu lepas punya cerita? Ya ampun…. Liat menulis blog punya pasal, maka jadilah ia cerita pekasam. Ya, hari ini anda semua akan dihidangkan dengan pekasam. Woh, sedap banget tuh!

 

Eh, bukan pekasam yang tu lah! Hari ini SSL cuma nak buat tayangan gambar-gambar yang sudah agak lama terperam dalam draf. Terperam sampai jadi pekasam lah sudah. Tapi yang ini dikira paling baru juga, baru 5 hari diperam sebab ada lagi stok pekasam yang lebih lama dari ini tau. Entah bila lah entah akan ditayangkan untuk tatapan umum, bak kata Awie aku pun tak tahuuuuu  T.T

 

Alahai, kerap benar gejala malas berfikir melanda diri. SSL ni sebenarnya ada sedikit leceh punya perangai. Bercakap pasal leceh, marilah kita ikuti cerita pekasam di bawah… eh, tetiba….ayat entah apa-apa ni!

 

Ahad lepas sebaik sahaja mentari tengahari memunculkan diri, secara automatik perut masing-masing pun mula berpancaragam dengan alunan muzik yang berbagai ragam namun masih tetap seragam. Lantas, En. HB yang sangat empati lagi memahami itu pun memandu membawa kami ke jalan yang benar Restoran er…er…. ala lupa la pulak nama restoran ni..Dah banyak kali pergi pun still tak ingat nama, wadehelicopter betul!! See, contoh gejala orang malas berfikir. Nampak tak betapa lecehnya SSL tersebut! Ah, letak nama Restoran Kak Jah lah senang. Hmm.. ye ye sukahati mak bapak belah datuk saudara dia je letakkan nama untuk restoran orang, ceh! …saman karang! Smile with tongue out

 

 

 150120122585

pekasam masak tomyam

 

 

150120122586

kerabu sotong pekasam

 

 

150120122595

pekasam masam manis

 

 

150120122589

kailan ikan pekasam

 

 

150120122591

daging goreng pekasam

 

 

150120122597

jus epal pekasam

 

 

150120122603

….etc (tak dak idea dah nak cipta caption)

 

Biasalah, tuan-tuan dan puan-puan…..dah tajuk pun cerita pekasam, maka begitulah jadinya menu dia. Burp! Alhamdulillah. Sebaik sahaja kenyang perut, kami pun apalagi ofcos lah suka hati. Hahaha..  Selesai menjalani kewajipan makan-makan kami pun menyinggah pula ke padang permainan kanak-kanak yang letaknya cuma beberapa langkah sahaja  dari Restoran Kak Jah (bukan nama restoran sebenar). Lupa pulak nak kira berapa langkah tetapi jaraknya memang agak dekat. Sungguh tidak jauh mana pun. Pendek kata, kedudukan padang itu sangat-sangat berhampiran dengan Restoran Kak Jah (bukan nama restoran sebenar) tersebut. Saje je gatal nak explain perkara yang tak begitu penting.

 

Lantaran cuaca agak panas terik, model-model tetap cuma dibenarkan main buaian sahaja lalu mereka pun akur dalam protes.

 

150120122623

keterujaan yang sungguh menerujakan

 

 

150120122607

kegembiraan yang sungguh menggembirakan

 

 

150120122616

ketampanan yang sungguh mentampankan…erk?!

 

 

150120122613 

gelak tawa tanpa sempadan (ingat resepi je ke tanpa sempadan?)

 

 

 150120122615

hik hik hik

 

 

150120122614

hik hik hik

 

*caption main hentam saja lah labu, sila jangan ambil hati

 

Acara makan-makan sudah. Acara main-main pun sudah. Tidak lama kemudian kami beralih pula ke acara seterusnya iaitu acara berbalas pantun. Eh, gurau ajelah….. Kami ke acara shopping lah pulak he..he..he… Hei, janganlah dengki itukan  tradisi orang perempuan!

 

 

150120122641

 

Ada jualan gudang RORINE

Tempat : Lot 33-B Jalan 5/32A, Off Jalan Kepong Bt.6 1/2 KL

Tarikh : 29/12/11 – 21/1/12

Masa : 10am – 10 pm

 

Orang selalu excited jika dapat tahu ada jualan murah diadakan tidak jauh dari  rumah. Saya pun begitu juga. Tapi bukan  excited secara menyeluruh. Sebahagian darinya berasa agak gusar sebab jumlah duit di dalam tas tangan adalah sangat terhad. Jadi kami ambil keputusan pergi sekadar beli gelas untuk hadiah kahwin anak jiran kami saja. Ingat ye, SSL – beli gelas untuk hadiah saja, tau!

 

 

150120122643 150120122642150120122644 150120122648

 

Cantik dan murah-murah kasut, selipar dan beg tangan RORINE. Diskaun hingga 80% membuatkan diri saya terkasima terkaku sampai dah tak ada hati dah nak beli semua tu ha..ha…terrornya SSL mensaiko diri sendiri  T.T  Setelah berjaya membeli apa yang dihajatkan lalu saya pun sambil pejam mata memblah dari situ. Blah! Blah! Blah cepat!

 

Mahu tengok gelas yang dibeli untuk hadiah kahwin anak jiran saya tu?

 

 

rori 028

berhabuk sikit….. Harganya RM46  RM23 (1 set 6 biji gelas)

 

 

Seperti yang saya uar-uarkan dalam perenggan ke-4 tadi, En. HB saya adalah seorang suami yang sangat empati lagi memahami. Sungguh tidak diduga apabila dengan tidak disangka-sangka beliau telah sanggup menyusahkan poket sendiri untuk belikan 1 set lagi gelas jenis yang sama buat diri saya. Di samping itu, En. HB juga turut bermurah hati membelikan…..

 

 

rori 039

benda alah ni juga….single hot pot set berharga RM270 RM135.

 

 

“Aikk, tadi kata beli hadiah saja, kan?”

“Tak pe….bla…bla…bla…”

 

 

Wah, baiknya En. HB. Terharu betul. Tanpa dapat dikawal, air mata saya terkeluar sebanyak dua titik (tipu sunat je). ..hb uols pun baik juga, kan?! Baiklah, akan saya balas kebaikan beliau itu dengan sebaik-baik balasan he..he.. kemeja, nak?

 

 

Itu saja paparan buat kali ini. Sebelum melabuhkan tirai, ewah bertirai-tirai pulak kau ye…SSL ingin ucapkan Selamat Bercuti untuk semua!

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...