Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Disember 29, 2011

Ah Soo

 

 

Di kawasan perumahan tempat saya tinggal ada seorang ‘ah soo’. Dah tua dah. Mungkin tujuh puluh umurnya. Mungkin lebih. Rambut dia kalau tengok dari jauh semuanya putih dan kalau tengok dari dekat pula dah tak ada hitamnya.

 

Kebanyakan orang yang menetap di perumahan ini tahu di mana dia tinggal. Di sebuah rumah peninggalan suaminya dengan ditemani seorang amah Indon. Saya dapat tahu dua anaknya tinggal di rumah bersebelahan.

 

Sejak bertahun-tahun lalu, setiap pagi dan kadang-kadang setiap petang, ah soo itu akan kelihatan menolak basikalnya. Basikal itu pun special sikit. Pelantarnya dilebarkan dengan bantuan dua batang kayu yang saiznya kira-kira separuh lengan orang gemuk. Basikal itu pun dah tua juga dah. Tak tahulah peninggalan suami atau mendiang bapanya.

 

Dan dia bukan saja-saja menyorong basikal tu. Selalunya dia akan singgah di tempat pembuangan sampah atau di hadapan kedai-kedai. Dia akan menyelongkar. Mencari kotak, surat khabar lama, tin bekas minuman dan botol. Semuanya dikutip dan diangkut dengan basikalnya. Adakalanya jiran-jiran bermurah hati memberikan surat khabar lama atau kotak-kotak terbuang kepadanya.

 

Pernah beberapa kali saya lalu di depan rumahnya dan melihat kawasan rumah itu tidak ubah seperti pusat pengumpulan barang-barang lusuh. Di sana timbunan kotak, di sini timbunan akhbar lama, di sinu longgokan botol dan bekas tin minuman. Tak ada pokok bunga.

 

Kenapa saya bercerita tentang dia? Apakah kehebatannya?

 

Sesungguhnya ah soo itu hanya manusia biasa. Saya percaya dia bukanlah agen CIA yang menyamar sebagai pencari barang terbuang. Dia juga tidaklah boleh menjelma menjadi amoi cantik pada waktu tengah hari rembang atau ketika malam bulan mengambang sehingga melayakkannya masuk ke dalam majalah-majalah misteri yang cukup suka dibaca oleh orang-orang kita.

 

Ada sebab untuk saya menulis tentang dia. Pertama, sebab kerajinannya. Sukar untuk mencari seorang yang setua dia sanggup melakukan kerja-kerja berat segitu. Dah tu, hampir saban hari seolah-olah tidak mengenal penat dan jemu. Kebanyakan orang tua lain pada usia demikian biasanya lebih suka duduk membebel pada anak cucu kalau tak pun bersembang dengan kawan-kawan di tepi pintu.

 

Kedua, saya tertanya-tanya jika dia emak kita dan kita ini kaya sedikit, agak-agaknya sanggup tak kita biarkan dia buat kerja seperti itu? Rasa-rasanya macam tidak. Kita takut orang kata. Kita takut standard kita jatuh. Kita takut orang kata kita tak pandai jaga emak.

 

Dan ketiga, sebab paling utama ialah kerana saya baru dapat tahu ah soo itu sebenarnya seorang pesara yang pencennya pun main ribu-ribu juga.

 

Kata as soo itu, sebenarnya dia malas duduk diam. Mahu buat kerja-kerja part time rasanya sudah tidak rajin sebab tak sanggup nak tempuh jalan yang sesak hari-hari. Jadi dia pilih buat kerja itu. Boleh juga exercise, keluar juga peluh.

 

Ada lagi…….. dan katanya, duit jualan segala macam barang terbuang tu setakat ni taklah banyak sangat. Sekadar cukup untuk membawa dia makan angin ke Taiwan, Singapura, Thailand dan beberapa tempat lain setahun sekali – tanpa mengusik duit pencennya. Paling dekat pun cukup untuk dia pergi ke Langkawi.

 

Apa yang boleh anda pelajari daripada kisah ah soo itu?

 

Mungkin ada dan mungkin tak ada apa-apa.

 

Terserah……

 

 

 

Caucincau!

Selasa, Disember 27, 2011

Samun dan Bakar

 

 

As Salam ladies,

 

   nb 003

    Feeling feeling mat saleh breakfast with spaghetti bologneseWinking smile

 

Oh jangan risaulah… pagi ni SSL bukan nak mentulis cerita pasal spaghetti pun. Kisah spaghetti akan dikisahkan pada masa akan datang, itu pun kalau rajin hahaha… Sambil melantak, saya baca paper online. Uols dah baca paper tak pagi ni? Kalau belum, silalah baca berita di bawah. Berita ini saya cetak rompak dari myMetro.

 

 

MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.
MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.

 

KAJANG: Samun dan bakar. Itulah tindakan kejam kumpulan penyamun yang memecah masuk dan mencuri barangan berharga sebelum membakar dua banglo di Bandar Rinching, Semenyih di sini, dipercayai bagi menghapuskan bukti dalam kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kumpulan terbabit tidak menghiraukan kehadiran anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berusaha memadam kebakaran di rumah pertama, sebaliknya mereka terus membakar rumah kedua yang kedudukannya hanya bersebelahan.

Difahamkan, akibat perbuatan itu jumlah kerugian membabitkan kedua-dua banglo berkenaan dianggarkan mencecah RM1 juta namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penghuni ketika insiden berlaku.

Sumber polis berkata, kumpulan terbabit dipercayai menggunakan pemotong besi untuk memotong mangga bagi memecah masuk ke rumah pertama.

“Selepas mencuri barangan berharga di rumah pertama, kumpulan terbabit kemudian membakar rumah itu dan meninggalkannya.

“Kumpulan terbabit kemudian memecah masuk rumah kedua yang terletak bersebelahan dengan rumah pertama dipercayai menggunakan kaedah sama,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat yang menerima laporan mengenai kejadian itu segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum usaha memadamkan kebakaran itu dilakukan.

“Ketika bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di rumah pertama, anggota bomba ternampak rumah kedua turut dijilat api,” katanya yang menyatakan anggota bomba mula mengesyaki punca kebakaran itu bukannya disebabkan masalah teknikal sebaliknya kegiatan jenayah. Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian manakala anggota bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran di rumah kedua itu.

Sumber berkata, selepas meninggalkan rumah kedua, kumpulan itu dilaporkan cuba memecah masuk ke rumah ketiga yang terletak selang tujuh rumah dari lokasi pertama dan kedua.

“Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila sistem penggera rumah berkenaan berbunyi menyebabkan kumpulan terbabit segera melarikan diri,” katanya.

 

Sumpah menakutkan dan betul-betul sadis. So, kita-kita semua just be extra careful lah eh! Ini jam ramai desperado di luar sana. Yang sanggup berbuat apa saja untuk hidup senang cara mudah. Untuk keselamatan diri marilah kita praktikkan amalan-amalan yang diterima syara’ seperti di bawah (kuasa ikan ke, kuasa lidi ke, jangan percaya hokeh!) :-

 

1. Baca doa berikut:

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

 

2. Ayatul Kursi

Puan Saffiah Mohd Yusof – “Saya memang mengamalkan setiap kali selepas solat dan bila hendak keluar rumah tetapi sekarang saya amalkan 18 kali sehari kerana fadhilatnya lebih besar, InsyaAllah. Baru-baru ini rumah jiran sebelah rumah saya dimasuki pencuri, malam yang sama saya pergi ke bandar jadi rumah saya juga kosong. Alhamdullilah rumah saya tidak dimasuki pencuri, tetapi di dua tempat (cermin) rumah saya terdapat bekas tangan orang hendak membuka tingkap. Polis mengesahkan bekas tapak tangan itu masih baru. Kebesaran Allah jua melindungi rumah saya pada malam itu. Oleh itu, bolehlah saudara muslim yg lain amalkan untuk perlindungan diri, keluarga dan harta benda.”


3. Juga amalkan selalu membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas.
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.

 

Waalahu a’lam.

 

Ok, bai… SSL nak sambung makan spaghetti lagi. Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...