Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Disember 01, 2011

Resepi Bubur Lambuk Versi Mudah (Tapi Lazat)

 

 

…..ewah ewah ye ye je tokok tambah perkataan lazat! Hihi…Smile with tongue out

 

 

food22811 224

 

Nah, semalam akhirnya berjaya juga SSL masak bubur lambuk  selepas beberapa lama duk kempunan.  Akibat kempunan yang tidak terperi sampai breakfast pagi ini pun saya masih ulang makan lagi. Menyayat hati betul!

 

Kalau makan bubur ni saya tak de la menambah 3 mangkuk je….kurang-kurangnya 6 – 7 mangkuk. Burpp! Alhamdulillah dah kenyang dah ni… sambil kekenyangan terbuat pulak entri ni hihihi…….

 

Baiklah untuk membuat bubur lambuk versi SSL ni sangatlah tidak remeh. Kawan-kawan, jom kita melambuk sekarang!

 

lmbk28811 001

 

Mula-mula cuci 1 pot beras kemudian masukkan air, rempah sup tulang Adabi, hirisan halia, 1 kiub stok pati lembu Knorr, sedikit garam dan daging cincang. Masak dengan api kecil. Dah pekat tambahkan air lagi sekali sekala.

 

tumis             

Kemudian 6 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan sedikit halia ditumbuk halus lalu ditumis di dalam kuali. Sesudah naik bau, tuangkan bahan tumisan tersebut ke dalam periuk tadi. Gaul rata.

 

food22811 229

 

Masukkan pula sebatang karot yang dipotong dadu beserta bahagian keras batang daun sup. Masukkan juga 1 sudu besar pati santan. Kalau tawar tambah garam, kalau pekat tambah air lagi dan biarkan ia mendidih. Dah siap, hidangkan dalam mangkuk. Tabur bawang goreng beserta daun sup. SIAP.

 

Ok selamat mencuba ye, kawan-kawan!

 

 

Caucincau!

Selasa, November 29, 2011

GA Rush Hour

 

 

As Salam ladies,

 

 

Klik untuk joint

 

Wah beberapa hari SSL tak update blog, duk diam sendiri menyepi tenggelam dalam renungan tup-tup muncul je terus join contest hahaha….

 

Sebenarnya ada 1 lagi contest yang menarik minat SSL untuk join. Ya, memang hati meronta-ronta untuk join GA ni malah perasaan teruja ini sungguh tidak berbelah bahagi sejak pada hari  ia mula dilancarkan lagi. Amboih, macam pelancaran albumlah pulak. Hihihi….. Maka pada hari ini, SSL dengan berbesar hatinya ingin menjoinkan diri dalam GA Rush Hour anjuran anisalya pula. Wahwahwah asyik join contest je lah SSL semenjak dua menjak nih! Hihihi……

 

Bukannya apa, sebab utama penyertaan SSL ni mestilah sebab nak memberi sokongan kepada teman blogger kerana melalui penyertaan beginilah persahabatan di antara blogger mudah-mudahan akan semakin erat, InsyaAllah. Lepas tu dapat pulak hadiah yang menarik, tertarik dan teh tarik siapa yang tak nak, kan!  Yihhhha….sangat seronoknya perasaan dalam hati….. opps, belum menang lagi dah ter over eksaited pulak makcik nih.

 

Ok lah, syarat untuk menyertai GA ini mudah saja iaitu cuma menyertakan GAMBAR AKSI SPONTAN. Nah, inilah gambar yang SSL pertandingkan :-

 

 

 

testing 015

 

Nama pun aksi spontan, SSL main senep aje.  Mungkinkah gambar ini menggambarkan Di Sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya, kah? Ah, kurang relevan rasanya. Aduh, SSL benar-benar sudah lupa dan tidak pasti apakah cerita di sebalik tabir gambar ini.

Hmmm…. mungkin situasinya begini kot…….

*Nyanyah :  Cantiknya rambut baru Along. Boleh mintak snek tu sikit?

*Along      :  Cuba mintak dengan Barack Obama, dia ada ladang sayur kat Iraq tau!

*Nyanyah :  Alah, kalau tak nak bagi cakap je laaaa! Jangan duk berkias dengan pepatah yang  Nyanyah tak faham pulak!!!

 

(* - Bukan dialog sebenar)

 

Ah, apa-apalah. Bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam GA ini bolehlah klik dengan kadar segera ya! Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12/12/2011. Jom kita meriahkan beramai-ramai.

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...