Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, November 03, 2011

Telur

 

katak pisang katak puru

adakah katak dan pisang sepupu?

jangan perasan atau terharu

bukan nak ucap kata rindu

cuma nak ucap selamat pagi to U  Open-mouthed smile

 

Salam ladies,

 

Saya tak redha memulakan hari tanpa sarapan. Sarapan itu wajib kalau tak, saya akan meroyan. Dengan sarapan baru lah kita dapat memulakan hari dengan penuh bersemangat waja, saga, exora, persona, inspira……

 

 

  nokifmrt110122 008

 

Inilah sarapan pagi saya hari ni. Tak adalah hebat mana pon….roti telur je kihkihkih. Dah lama tak buat roti telur. Saya suka roti telur. Gembira je dapat makan roti telur tapi orang kata tak boleh amalkan makan telur selalu… kolestrol tinggi. Ye ke? Ada kawan saya buang siap-siap kuning telur sebelum digoreng.

 

Benarkah anggapan bahawa kuning telur berbahaya bagi kesihatan kerana mengandungi kolesterol tinggi? Sape yang setuju, maka sebenarnya dia telah keliru.

 

OK baca ni…….

 

Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

 

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat kuning telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

 

Kuning telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari. Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

 

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.

 

Sumber : Utusan Malaysia

 

Baca yang ni pulak……

 

Menurut kajian Rochester Center of Obesity di Michigan, Amerika Serikat, tahun 2004. Penelitian dilakukan pada 30 orang wanita dengan berat badan berlebihan (obese), yang sebahagian makan sarapan dengan telur dan sebahagian lagi dengan bagel (sejenis roti dengan bentuk donat dan rasanya agak tawar).

 

Hasilnya, kelompok yang makan telur  mengalami penurunan 83 peratus lingkaran pinggang dan peningkatan energi lebih besar dibandingkan kelompok lain yang makan sarapan bagel dengan kalori yang sama.

 

Kajian ini juga turut menyimpulkan bahawa makan telur untuk sarapan membuat kita lebih kenyang sehingga akan makan lebih sedikit pada waktu makan berikutnya.

 

Sumber: synhel.multiply.com

 

Wah berita ini sungguh menyenangkan saya dan orang-orang yang sedang berusaha menurunkan berat badan. So women from Venus… amalkanlah breakfast dengan telur, ya!

 

 

Today’s Lesson:

Lagi sekali, jangan buang kuning telur, OK! Sayang tau. Kuning telur adalah bahagian telur yang terbaik bagi kesihatan badan. Untuk elak tahap kolestrol tinggi kita cuma perlu kurangkan makan udang, ketam, tiram, sotong, organ dalaman, minyak masak dan lemak-lemak yang terselindung dalam pastri dan biskut, susu penuh krim, mentega, keju, lemak daging dan juga santan. Bukan tak boleh makan tapi makanlah secara moderate.

 

Caucincau!

Selasa, November 01, 2011

Jangan Ada Benci

 

 

Makluman :

Penulis telah mencetak dan menampal entri ni pada pintu peti ais beliau sebagai peringatan buat diri sendiri yang sering alpa. Ewah, ayat baik punya.. tiru buku PEDOMAN HIDUP.

 

 

Aksi si kaki botol susu

 

Trying to be honest, sebenarnya nak cerita yang saya ni tersangat benci akan susu! Isyh…isyh…isyh!

 

Memang saya tak suka susu. Susah dan amat terseksanya mahu habiskan segelas susu. Ntah apasal ntah, lidah saya rasa yekk sahaja dengan minuman yang kaya dengan kalsium dan Vitamin D nih. Bukannya tak tahu benefitnya yang banyak tu. Susu penting untuk keep our bones strong, meningkatkan sistem immuniti, mengawal tekanan darah, muscle function dan bla...bla....bla tetapi tetap juga benci.

 

Susu cuma diminum ketika bayi. Nyotnyot pada ibu kemudian stop. Berdasarkan pengalaman sendiri, walaupun kurang mengamalkan rutin minum susu lembu sedari kecil tidak bererti kecerdasan otak saya berkurang. Seingat saya, prestasi akademik saya tidaklah mengecewakan. Jadi hipotesis yang mengatakan jika kekurangan susu, otak kita menjadi kurang bijak adalah tidak tepat. Hipotesis nol. Selain faktor genetik, bekalan kolostrum susu ibu juga lebih berperanan dalam membina sel-sel otak anak berbanding susu lembu. Cuma saya sedari special effect yang sangat ketara akibat kurang mengamalkan kebaikan itu ialah pertumbuhan badan saya ini agak ketot sedikit berbanding orang lain hahaha….bukan kategori OKU cuma ketinggian saya ini tidak layak untuk menjadi model catwalk.

 

Tetapi mulai sekarang, saya ingin berubah. Wahai So Shy Lady, kamu kena lawan sikap tidak jjuruh mu itu, please! Baiklah, walaupun tahun baru lambat lagi namun saya sudah berazam untuk jadikan minuman paling yekkk itu sebagai salah satu hidangan wajib dalam menu harian saya. Jangan salah sangka, bukanlah tujuan untuk menjadi setinggi supermodel Heidi Klum tetapi objektif utama saya ialah untuk mencegah sejenis penyakit. Maklumlah, kalau nak diikutkan saiz body saya yang cinonet kiut-miut macam Shiela Majid nih (sesiapa yang nak jeluak cepat telan balik) yang mana menurut beberapa kajian merupakan golongan yang sangat berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit kerapuhan tulang aka osteoporosis.

 

Osteoporosis mudah menyerang wanita Asia yang mempunyai rangka tubuh kecil dan berkulit cerah

 

Walaupun kulit saya kurang cerah tetapi statement di atas tu agak menggerunkan….. takut jugak nih!

 

Ah, susu. Yelah..yelah…So Shy Lady dah nak ubah tabiat dah ni. Berubah demi kebaikan tidak salah kan bak kata pepatah sekali air bah, sekali pantai berubah....eerk! Usia pun semakin hari semakin tua ganyut, rasanya sudah tibalah masanya untuk saya menyayangi dan tidak lagi mengabaikan kesihatan tulang rangka saya walaupun mungkin bagi sesetengah orang sudah agak terlewat.

 

“Anda masih belum terlewat....” tiba-tiba terngiang suara Datuk Michelle Yeoh dalam iklan Anlene. Terima kasih Datuk atas sokongan moral anda. Buat saya rasa masih belum terlambat walaupun sudah agak terlewat. Faham tak ayat tu? Tak faham, abaikan.

 

Ngeri tak tengok gambar tulang yang semakin  rapuh ni? Insaflah, wahai So Shy Lady.

(gambar ehsan Google)

 

Apa itu Osteoporosis? Osteoporosis dirujuk sebagai silent disease. Saya rasa semua orang tidak sedar akan kehilangan jisim tulang mereka selama bertahun-tahun sehinggalah bila dah patah riuk atau mengalami retakan tulang belakang, pinggul atau pinggang barulah tersedar, Ooo… selama ini aku mengidap osteoporosis. Hmm...time ni kita sudah tidak boleh buat apa-apa lagi dah. Ayuh, gerunlah semua!

 

Bila sudah menopause, wanita mengalami kehilangan jisim tulang yang drastik disebabkan oleh kekurangan pengeluaran estrogen. Haa.... yang ini betul-betul menyeramkan....bila usia melebihi 35 tahun, wanita akan mula loose about one percent ketumpatan tulangnya every year.

 

Sesapa yang mempunyai family history yang mengidap osteoporosis, menopause awal atau mempunyai smaller body frames sangat paling berisiko tinggi. Baca tuh, sangat paling! Masih tak seram lagi ke, So Shy Lady....

 

Merokok, pengambilan alkohol, high caffeine intake, kurang mengambil calcium juga menyumbang kepada osteoporosis. Lelaki pun ada juga kena penyakit ni. Penggunaan steroid, alkohol dan kurangnya paras testosterone merupakan penyebab osteoporosis di kalangan lelaki.  

 

En. Hubby pernah cerita tentang emak officemate dia. Umur baru awal 50an tetapi sudah tak boleh bergerak aktif lagi akibat penyakit kerapuhan tulang. Rupanya selama ini makcik tu tak pernah langsung check tulang hinggalah suatu hari apabila dia terjatuh dari tangga, setelah diperiksa barulah sedar dia pengidap osteoporosis peringkat serius. Aduhhh...cemas! Umur 50 tahun bukannya tua sangat tapi terpaksa move seperti umur 90! Just imagine. Sila gerun lagi.

 

Atas dasar itulah maka En.Hubby pada suatu hari, telah menghadiahkan setin susu Alpha Lipid kepada saya dengan harapan, bila minum susu yang tak berapa murah ni saya akan bersungguh-sungguh sikit dan tidaklah warm warm chicken droppings dalam menunaikan azam.

 

 

 

Today’s Lesson :

Bukan today je...but forever and ever...mulai saat ini saya promise untuk jadikan susu sebagai santapan harian at least 1 gelas sehari walaupun pada peringkat permulaan ini terpaksa berhempas-pulas minum sambil tutup lubang hidung. Mencegah lebih baik daripada merawat. En. Hubby, sila denda ketuk ketampi or tarik telinga saya sekiranya terlanggar janji ini yekk. Permisi! Nak gi minum susu dulu, lepas tu exercise...haitt!

 

 

Red rose Hihihi jangan marah tau…..sebenarnya ni adalah entri lama SSL yang di-publish semula. 2, 3 hari ni SSL adalah super sibuk. Tak ada masa nak mengarang. Sekian, harap maklum.

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...