Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, September 19, 2011

Resepi Mi Kari

 

Salam ladies,

Sepanjang bulan Syawal ni ada la beberapa kali SSL buat open house. Buat beberapa kali sebab lebih suka jemput tetamu sikit-sikit dan masak pun sikit-sikit aje, taklah membazir.

So, sempena kedatangan segerombolan tetamu-tetamu VVIP beraya ke rumah baru-baru ni, maka SSL telah menyediakan juadah istimewa buat mereka iaitu mi kari, bihun hailam dan pudding triffle. Nasi impit, kuah kacang, rendang segala tak buat sebab dah muak! So dengan bersemangatnya hari ni SSL nak share resepi mi kari dulu. Resepi lain, esoklah pulak OK. Muahhaha... juadah simple pun ada hati nak share resepi, kan..muahahha.. bioooo lerr.. ada mak kesah...

 

RESEPI MI KARI

Bahan- bahan

Kari:

- isi ayam (dihiris)

- 2 ulas bawang besar (kisar halus)

- 4 ulas bawang putih (kisar halus)

- 1 inci halia (kisar halus)

- 2 paket kecil serbuk kari ayam/daging (dibancuh dalam air panas)

- 1 sudu besar cili boh

- santan kelapa dari 1 biji kelapa

- 50 gm udang kering (dikisar)

- 1 paket bebola ikan (dipotong 2)

- kentang

-air asam jawa sikit

- garam

- gula

- minyak

- daun kari

bahan sampingan:

- tauhu yang digoreng dan dipotong

- kek ikan yang digoreng dan dipotong

- daun sup

- cili merah

- telur rebus

- bawang goreng

- memandangkan tetamu adalah dari golongan VVIP, maka saya tak letak taugeh

cara-cara:

Mula-mula panaskan minyak dulu. Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili sikit, kari, daun kari dan sedikit air.

Lepas tu masukkan ayam, udang kering, garam dan gula. Bila ayam separuh masak, masukkan santan dan masukkan bebola ikan pulak. Kari mestilah cair sedikit.

Bila kari sudah masak, hidangkan bersama mi kuning dan letakkan bahan sampingan.

 

 

Ok, mari kita lihat hasilnya!

 

resepi110919 103

Laaa..terlupa letak telur rebus daa

 

resepi110919 016 resepi110919 020nokia11912 479 resepi110919 042

tetamu VVIP

Mi kari ni  sebenarnya dah sedap pada lidah saya tapi hari tu ada 2, 3 orang anak-anak komplain terkurang garam doh. Amboi, yang peliknya dalam pada tawar-tawar tu. bertambah jugak mereka makan. Dahsyat tak dahsyat lah kan, tengah lapar mungkin. Alaa next time makcik SSL letak lebih garam. Lepas ni mesti menjilat jari. Bukan takat jari, pinggan pinggan nanti jilat tau!!!

 

 

Caucincau!

Selasa, September 13, 2011

Hari Raya Dua Tiga Puluh Tahun Lagi. Bincangkan.

 

Salam ladies,

 

Amboi beraya sakan SSL sampai tak ingat dah nak update hahaha. Mesti hampa gila orang datang jenguk blog ni, kan. Ehem ye la tu hampa gila lah sangattt! Nasib baik lah Aidilfitri setahun sekali. Kalau setahun ada banyak kali, sahih saya kena upah Kak Eye_nee lapkan habuk-habuk kat sini… Sanggup tak, kak?

 

Eye_nee

...ingatkan nak bawak mop...bulu ayam sekali..nak tolong mu bersihkan umah ni....

 

Hmmm… sanggup nampaknya. Ngeh3x….

 

Hari ni SSL baru terhegeh-hegeh nak update hari raya punya cerita. Tajuk entri adalah seperti di atas. Woh, dasyat kemain tajuk macam soklan periksa la pulak siap bincangkan segala bagai hihihi….mentang-mentang sekarang ni musim periksa. Ahhhh lantaklah…kalau rasa nak baca, baca je senyap-senyap, kalau tak nak, sudah….. pergi main jauh-jauh! Ceh, garang.

 

Oh, ye sebelum kita ke perbincangan yang lebih serius, sebagai mukaddimah SSL nak selitkan satu cerita yang tak kurang menariknya yang berlaku ketika cuti raya di kampung tempohari. Nak dengar tak cerita menarik ni? Gini ceritanya, pada satu malam masa tengah havoc berborak sambil mentekedarah Nasi Dagang buatan ibu kandung tiba-tiba seorang adik telah menegur…..

 

“Bakpo kak So Shy Lady (buke namo sebena) napok koho haluh dan napok koho mudo loni?”

 

Makkkk nasib tak tersembur Nasi Dagang dalam mulut time tu. Wei dengar tu…..si adik menegur si kakak….

 

-setelah dialihsuara- “kenapa kak So Shy Lady (bukan nama sebenar) nampak makin kurus sekarang?”

 

Biar betikkk? Owwhh, walaupun macam tak boleh nak percaya sangat statement dia namun  diameter hidung si kakak sempat jugalah mengembang sehingga mencecah ukuran tujuh puluh tiga cm. Sape tak bangga. Dan sebelum berpisah tempohari robek jugalah dompet si kakak sediakan duit raya special untuk si adiknya itu huahuahua. Sekian, itu aje ceritanya. Weh menarik tak cite tu?

 

Isyh melencong jauh la pulak. Hahaha adat la tu, kan cerita Melayu memang gitu. Tak kira apa genrenya ia memang sering meleret-leret dan kehilangan fokus. Okaylah, berbalik kepada perbincangan asal kita iaitu….Hari Raya Dua Tiga Puluh Tahun Lagi. Bincangkan. Letih la taip tajuk banyak kali nihhh…(buat anak didik, jangan risau tajuk ni tak masuk exam punya, okay!!)

 

Ingat tak saat yang paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang kita setiap kali menyambut Aidilfitri……

 

Sudah tentulah petang terakhir Ramadhan. Petang di mana orang membakar lemang dan merebus ketupat. Petang di mana iblis dan syaitan tersenyum lebar kerana rantai masing-masing dah mula terasa longgar. Bagi mereka yang masih ada kampung halaman, petang itu selalunya membawa seribu erti yang tersendiri. Tak terbayang seronoknya dapat berkumpul dengan orang tua, adik-beradik, ipar-duai dan saudara-mara. Bagi yang kena beraya di rumah keluarga sebelah suami atau isteri, nikmatnya masih ada walaupun adakalanya lirikan senyum di bibir berselang-seli dengan muncung panjang sedepa. Huhuhu sapelah agaknya tu ye?!

 

nokia11912 432 nokia11912 418

Raya di rumah keluarga mentua

 

nokia11912 446 nokia11912 450

Raya di rumah keluarga kandung

 

Bau asap dari unggun api pembakar lemang, didih air dari periuk besar berisi ketupat, gelak tawa budak-budak yang berkejar di sekitar, gossip tentang saudara itu, saudara ini yang berlegar dari mulut ke mulut, semuanya mencetuskan suasana hari raya yang tak dapat ditukar ganti dengan apa pun jua. Suasana seperti itu masih lagi berlaku sekarang tetapi dari pengamatan rambang saya dari tahun ke setahun menunjukkan bahawa skala keceriaannya sudah semakin berkurangan.

 

Lihat sajalah kelibat orang lelaki mencari buluh dan membakar lemang. Ada lagi ke? Langsung tak nampak. Yang jelas kelihatan muka kegembiraan abang abang pakcik pakcik membeli lemang yang dah siap dimasak di tepi-tepi jalan tu ada lah ramai.

 

lemangbeli aje……

 

Yang perempuan pun sama, dulu masing-masing pakat seronok duduk menganyam ketupat beramai-ramai namun dengan kepesatan industri ketupat segera, ditambah pula dengan industri rendang dalam plastik dan kotak, segala bentuk keseronokan itu sudah mula berubah.

  ketupat

senang…..

 

Bagi golongan kanak-kanak pula, keriangan semasa berkumpul dengan sepupu-sepapat mereka juga sudah diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza. Ia tidak lagi dihiasi dengan kejar-mengejar, usik-mengusik, bermain sembunyi-sembunyi atau berbasikal di sekeliling rumah datuk dan nenek. Sebaliknya semua itu telah digantikan dengan keseronokan baru. Yang kecik, yang besar balik-balik mengadap benda tu….

 

nokia11912 422

nokia11912 441 

tu dia…..

 

 

nokia11912 364  nokia11912 366

Alahai si kecik pun dah terikut-ikut

 

Hai, tak dapat nak bayangkan raya dua tiga puluh tahun nanti. Waktu itu mungkin semakin sedikit orang yang mempunyai kampung halaman. Malah semakin sedikit rumah yang mempunyai halaman. Waktu itu, kebanyakan datuk dan nenek merupakan penghuni apartmen dan kondominium yang bukan sahaja tidak menyediakan ruang untuk upacara pembakaran lemang dan perebusan ketupat malah juga tidak ada ruang untuk anak-cucu berlari.

 

Dua tiga puluh tahun lagi kita tidak tahu bagaimana bentuk permainan kanak-kanak. Namun satu perkara yang hampir pasti ialah kebanyakan alat itu akan lebih menjurus kepada nilai-nilai individualistik. Dengan kata lain, ia akan mendorong anak-anak bermain sorang-sorang dengan nilai keseronokan yang lebih berbanding bermain dengan banyak orang!

 

Dua tiga puluh tahun lagi juga barangkali harga minyak akan berkali ganda mahal dan kadar tol semakin meningkat. Dan kerana ia berlaku, amalan balik kampung -bagi yang ada kampung- mungkin kian berkurang.

 

Dua tiga puluh tahun lagi, barangkali satu-satunya yang menggembirakan kita ialah saat melalui sessi video conference dengan anak cucu menerusi skrin kecil di tapak tangan. Mungkin…….Hmmm mari kita fikir-fikirkan.

 

Okaylah, sebelum berpisah, jom kita saksikan pose ayu si adik yang berjaya mengepaw duit raya kakaknya dalam cerita selingan tadi.

 

nokia11912 463

Mahukan tips cara untuk tetap kelihatan vogue tanpa secalit bedak? Tanyalah dia sebab kulit dia ni tersangatlah gebus *saje je bodek!*nyehnyehnyeh ;P…alameks mati la.. mesti dia ngamuk coz tak delete gambar ni hahaha….lariiiiiiiii

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...