Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Ogos 25, 2011

Berbaloi-baloi

 

Salam ladies, hyeeeeeeeeeeee!

 

Attention! Attention!!!!!! Ada satu pengumuman penting ingin disampaikan. Dengan dukacitanya dimaklumkan di sini bahawa tuan punya blog masih belum ada baju raya lagi! Itu saja. Sekian.

 

 LightningLightningLightning LightningLightningLightning

 

Waaaaaaaaa! Beraya dengan baju lamalah nampaknya raya kali ini. Pilunya. Takpelah SSL, kau pun bukannya muda lagipun jadi tak payahlah nak beraya kemain sangat, kan! Iyolah iyolah. Janji persiapan raya sekalian anak-anak syurgaku aka model-model tetap sudah settle semuanya.

 

Memang dah settle pun. Lama dah.

 

Sebenarnya tiga hari sebelum Ramadhan lagi saya dah siap-siap shopping sampai lebam. Semangat sungguh. Bukannya apa, kami beli awal sebab malas la nak bersesak-sesak di saat-saat akhir. Tensionnya bila membeli-belah dalam keadaan terdesak. Kita mudah jadi biol. Ntah apa-apa ntah, mana yang sedap mata memandang, main rembat aje tanpa fikir panjang. Ditambah pulak dengan keadaan orang yang berpusu-pusu, dengan penat puasa lagi, dengan duk heret anak lagi, jalan jem lagi adoi boleh pitam dibuatnya. Sampai saja rumah, badan dah lembik. Bila badan lembik macamana nak bangun malam? Perit, kan?! Ah, malas dah nak bayangkan. Jadi, natijahnya lebih baik shopping awal.

 

Tau tak kami shopping kat mana?

 

Kat Mydin @ JMI jewwwwww heheh. Yelah di situlah syurga membeli-belah buat golongan bukan  ber’ada-ada macam kami ni….

 

Baju-baju rayanya mak ai murah betul. Dah la stok baru sampai. Kualiti pun ok. Sebab murah, mahu aje 10 lori baju saya balun tapi nasib baiklah cepat-cepat sedar diri lepas tu hahaha. Sorang sepasang cukuplah, kan! Tak baik membazir woooo tapi memang puas hati betullah shopping barang-barang kat situ. Sayang Pakcik Mydin.

 

Inilah baju raya tak sedondon model-model tetap :-

 

bjagr25811 062  bjagr25811 075

RM29.90

 

bjagr25811 068  bjagr25811 073 

RM29.90

 

bjalg25811 006  bjagr25811 074

RM39.90

 

Tenung-tenung baju raya ni serious dah feeling feeling hari raya dah padahal puasa tak habis lagi ni hoiii.

 

Today’s Lesson:

Berjimat Cermat Amalan Berkat

 

Caucincau!

Rabu, Ogos 24, 2011

Pecah Kaca Pecah Gelas Sudah Baca Harap Balas

 

SALAM AIDILFITRI

 

image

 

SSL memohon sejuta kemaafan andai pernah TERkasar bahasa, TERsilap bicara, TERmarah yang tak kena, TERtanya tak tentu hala, TERkurang ajar, TERsasul yang tak sengaja, TERmoody tak semena-semena, TERumpat bila-bila, TERusik yang sengaja, TERsakitkan sesiapa dan segala macam ‘TER’ lagi.
I am sorry, I truly am…..

Dari lubuk hati & sanubari, Mohon Maaf Zahir & Batin!

 

^_^

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...