Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Ogos 18, 2011

Cukup, Cukuplah!

 

Salam ladies,

 

Saya sedar, bulan baik hari baik begini adalah sangat tidak molek kita mengata, kan. Tapi itu pakai mulut. Kalau pakai notebook tidaklah mengapa…..kwang3x.

 

Sebenarnya hari ini cadangnya nak kongsi resepi dengan anda sekalian. Almaklumlah mengikut pemerhatian saya yang begitu tajam menikam kalbu ini, kata kunci ‘resepi’ telah dikatakan menjadi kata kunci yang sangat popular dalam Google Search Engine Malaysia sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini. See, entri saya yang bertajuk Resepi Lontong dan Resepi Sambal Sotong Kembang juga turut terkena tempiasnya di mana sebelum ni tak pernah pun wujud dalam senarai tiba-tiba mendadak naik ke tangga ke-4 dalam Carta Catatan Popular Blog Tak Semenggah SSL ni.

 

Wow syabas buat I, eh..eh takkk…buat wanita-wanita Malaysia sebenarnya kerana telah terbukti walaupun diri kepenatan dengan pelbagai tugasan namun masing-masing masih tetap berusaha menggodek resepi dengan niat ingin menghasilkan juadah berbuka paling istimewa buat keluarga tercinta. Cayalah.

 

Namun demikian, puan-puan sekalian pada saat ini saya rasa nak tolak ke tepilah sekejap rancangan Bersama Chef SSL, ya kerana ada isu lain lagi yang lebih penting yang ingin saya kupas di tengahari yang berbahagia ini. (Sila baca ala-ala pegacara WHI)

 

Sebenarnya dalam mood gembira berpuasa hari ini, hati saya tiba-tiba berasa geram. Ini semua gara-gara mendengar berita di Radio Era pada pagi tadi tentang satu kes melibatkan seorang gadis di Subang Jaya yang telah dilaporkan hilang dan dipercayai diculik. Setelah disiasat rupa-rupanya didapati….damn gadis itu sebenarnya lari mengikut kekasih hatinya dan rahsia terbongkar apabila didapati mereka jugalah yang menjadi dalang di sebalik komplot rancangan penculikan diri sendiri tersebut. Lhoooo……Huk, aloh…bakpo gak mu jadi bodo lagu tu?

 

Adoi la penat betul, kan dengar kisah gadis hilang ikut teman lelaki ni. Jarang kita dengar kes anak lelaki hilang sebab ikut perempuan. Yang hilang lepas buat aniaya kat perempuan adalah banyak. Saya yakin gadis yang merancang penculikan diri sendiri tu pasti kena tipu hidup-hidup. Entah apalah yang dijanjikan oleh kekasihnya itu tetapi kita tahu mesti klise punya.

 

Mesti ada ayat-ayat sehidup semati dan cinta sejati. Dan gadis yang naif dan lurus bendul itu pun percaya. Kerana keluarga menghalang atau mungkin ada masalah lain maka terjadilah episod yang menyedihkan ini. Dia tak sedar yang dia sudah termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh spesis manusia yang berperikebi#@&% oppss!! Sadis sungguh, kan! Mari kita berdoa agar perkara begini tidak berlaku pada ahli keluarga kita.

 

Di sini, kepada gadis-gadis di luar sana yang mungkin telah tersilap langkah, dengarlah pesanan khidmat masyarakat dari ahkak ini…….

Pulanglah ke pangkal jalan. Tolonglah! Kalaupun tak kesiankan mak ayah yang mengharapkan kepulangan anda, kesiankanlah pada diri anda sendiri. Jangan biarkan kebodohan orang lain mempengaruhi diri kita. Cukup, cukuplah!

 

Caucincau!

 

 

 

Red rose Semalam, lupa la nak taip… sumber teka-teki : kiriman Anugerah Insani. Jangan kecil hati, ya Anugerah Insani. Next time share lagi, OK!

Selasa, Ogos 16, 2011

Rindu Uols, Tau….

 

Salam ladies,

 

Genap sebulan saya tak bersiaran. Ya Rabbi, lama tu. Maaflah kawan-kawan semua. Terpaksa berehat jap sebab banyak betul permasalahan duniawi yang perlu diselesaikan baru-baru ni ….. sampai tak sempat langsung nak n9. Sedih tau…sob sob sob.

 

Tapi janganlah frust menonggeng ya, adik-adik abang-abang kakak-kakak sekalian, kini musim hibernasi saya sudah pun berakhir. I’m back! Ececececeh kemain ngada-ngada perasan ada orang frust, kan. Blog dah la tak semenggah mana. Ihiks…...suka hatilah kan, dah blog ni I yang punya ….. janji I rasa ayat I tu best muahahaha. Uweks

 

Alahai sebenarnya saya rindu gila kat ulos ni, tau. Terima kasihlah buat yang sudi menyinggah dan follow semasa ketiadaan saya. Thankies dan saya dah tak sabar-sabar lagi dah nak serang hendap uols pulak kejap lagi nih. Jaga-jaga uols!

 

Apa-apa pun sebelum menyerang hendap, kenalah update blog sendiri dulu, iye tak? Cuma permasalahan terbesar saya saat ini, tak tahu la nak tulis apa hari ni. Pulok dohhh…Hihihi….ah, hentam sajalah labu.

 

Maka dengan ini, apakata pada siang hari di bulan puasa ni saya mengajak kalian berteka-teki pasal kuih, boleh? Alah, bolehlah ya! Saya tengah tak ada modal ni….Layan jelah…hihihihi…. Cuma saya harap sesangat agar tiada sesiapa yang berpeluh atau tertelan saliva tengok gambar-gambar yang menggiurkan di bawah ni, OK! Kait jari kelingking….Janji tau!!!!

 

Nah soklannya,

 

Nak tau tak, kuih apa paling gangster? Tau tak? Eleh mesti tak tau. Tak payah susah-susah fikir….

imageJawapannya ialah….. Lompat Tikam

 

 

Kuih apa paling sexy?

image

Ok biar saya jawab! Jawapannya ialah…..Puteri Mandi

 

 

Kuih paling keji ?

image

Orang pantai timur aje tau jawapannya….Taik Itik

 

 

Kuih bajet cute?

image

Biarlah I jawab lagi….Cek Mek Molek

 

 

Kuih untuk awet muda?

image

Seri Muka…..eh, I terberi jawapan lagi. Baiknya I.

 

 

Kuih paling alim?

image

Kuih Ketayap. Eh, sebenarnya nak bagi clue je tadi…

 

 

Kuih suka pukul?

image

Ala kuih tu….Kuih Lompang

 

 

Kuih dalam zoo?

image

Ni kacang je….Badak Berendam jawapannya

 

 

Kuih yg bangun sendiri?

image

Kuih Bangkit la…

 

 

Kuih orang tak mandi?

image

OK yang ni uols cari jawapan sendiri!

 

 

Heheh…senang betul teka-teki di atas tu, kan! Sumber gambar : ehsan google

 

Itu saja perkongsian kita buat hari ini. Jumpa lagi. Selamat Berpuasa semua…… Subhana Allah! Separuh Ramadan sudah pun berlalu. No matter how we spent the 1st half, let's do our best in the second half. Ngaji jangan tak ngaji Quran, wahai SSL!

 

 

Caucincau! Assalamualaikum!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...