Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Jun 08, 2011

Tawar Hambar Tiada Garam

Kejam! Kejam! Diorang tu memang tak de hati perut langsung!

Eh, belum apa-apa lagi dah nak berdrama. Sabar, sabar. Ok ceritanya macam ni...

Jumaat lepas kami sekeluarga sepatutnya sudah berada di kampung sebab ada kenduri kawin adik lelaki saya malangnya HB diminta menunda cutinya ke hari Sabtu sebab pada hari Jumaat dia terpaksa buat presentation di salah sebuah bank di ibu negara. Walaupun frust tapi OKlah fine. Habis nak buat macamana.

Tapi yang cukup memanaskan hati malangnya, presentation tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir. What the.....Tak ke mengong! HB saya punyalah bengang. Kalau awal-awal lagi dimaklum tak jadi dah pasti dah kami tak akan terlepas majlis perkahwinan adik saya tu. Dan dah pasti juga kami tak perlu bertolak keesokan harinya sekadar untuk mencuci periuk belanga menghabiskan sisa-sisa lauk kenduri. Crying face

Kejam la diorang tu! Benci!!!  Wei kenapa tak plan betul-betul?

Okay malam tu saya membebel sikit punya hancur punah harapan segala, then baru tidur. Esok pagi kami pun bertolaklah pulang ke kampung dengan hati yang sebu sambil mulut beramai-ramai dengan model-model tetap nyanyi lagu oooo balik kampung ooooo balik kampung hati riang. Hahaha macam tu lah kami rawat perasaan yang bengang. Sangattttttttttt la kan! Maka kami pun redha.

Itu aje nak cerita. Tak ada cerita sebenarnya tapi sengaja paksa diri kemaskini blog. Hari ini saya masuk account blogger tanpa benda spesifik nak diluahkan. Makanya penulisan saya hari ini agak tergantung. Eloklah saya pen off di sini sajalah ye (eh pakai pen ke?). Nak lunch la pulak. Uols makan apa tengahari ni? Malaslah nak makan nasi. Saya kunyah keropok lekor je....beli banyak-banyak masa on the way balik KL tempohari. Oh ye sebenarnya kami dah sampai KL dah pun.

 

Tajuk tawar hambar tiada garam merujuk kepada percutian kami itu lah! Crying faceCrying faceCrying face

 

Caucincau!

Jumaat, Jun 03, 2011

Pagi Jumaat yang Misteri

 

Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita misteri dengan puan-puan sekalian. Nak dengar tak? Cerita ini disampaikan oleh seorang rakan menerusi emel. Buat muka serius sekarang. Kening kena rapat, dahi biar ada kerut sedikit. Ok, are you ready?

Begini ceritanya......

Ada kejadian aneh telah berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di mana para pesakit selalu meninggal di katil yang sama, di bilik yang sama dan selalunya pada hari Jumat pagi, tanpa mengira umur, jantina ataupun keadaan kesihatan mereka. Hal ini membingungkan para doktor. Malahan mereka berfikir kejadian tersebut ada hubungannya dengan supernatural. Mengapakah kejadian tersebut selalu berlaku pada hari Jumat dan pada katil yang sama?

Lalu para doktor memutuskan untuk menyelidik punca beberapa kejadian itu. Begitu tibanya hari Jumaat, semua orang di hospital tersebut dengan suspen menunggu samada kejadian buruk akan terulang kembali. Lalu terbaringlah seorang pesakit baru. Beberapa orang doktor dan jururawat sudah memegang tasbih, Qur'an, Bible bahkan sebagian lagi memegang benda-benda suci lainnya untuk menangkal iblis. Sementara sang pesakit masih lagi terbaring di sana. Masih lagi bernafas. Seiring waktu berputar... pukul 07:00... 07:30... tepat sebelum waktu keramat itu tiba... Pintu bilik itu terbuka...

Kemudian masuklah Ratih, part timer cleaning service untuk hari Jumaat. Dia lantas mencabut kabel alat untuk bantuan pernafasan dari suis utama lalu menggantinya dengan vacuum cleaner dan mula membersihkan bilik tersebut.

Tamat.

 

Heheh...faham tak? Faham tak? Sape-sape yang tak faham cerita ni, sila hubungi saya di talian 1800-800-800000000 untuk sebarang pertanyaan. OK bye nak keluar pergi membeli-belah sekarang.

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...