Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Mei 30, 2011

Jangan Kutuk, Jangan Hina dan Jangan Benci Daku

 

Hai, salam semua!

 

Hari ini saya terpanggil untuk menjawab pertanyaan dari seorang adik blogger manis  bernama Yua yang diajukan dalam entri terdahulu saya tempohari. Hi, Yua! Winking smile

Soalan yang diajukan itu tak lah susah mana pun tapi kalau ditanya pada Dato’ Siti Nurhaliza rasanya Dato’ Siti pun tak reti nak jawab nih…. hihiiiii.

Soalan Yua berbunyi, ”Akak ni orang Terengganu ke?”

See, kan dah kata dah…. Dato’ Siti pasti tak leh jawab punya soklan killer nih!! Hihiiiii….jangan marah, ya Tok Ti….guwau je!

Disebabkan saya ni seorang yang pintar brilian di samping tak mahu Yua berfikir panjang-panjang atau termenung seharian memikirkan jawapannya maka biarlah saya memberi jawapan dan jelaskan duduk perkara yang sebenar.

“Dik, biarlah akak berterus-terang di sini, sebenarnya akak bukanlah orang Terengganu sebagaimana yang disangkakan!”

“Apa?!!! LightningLightningLightning Bukan orang Terengganu? Surprised smile  Maka Yuapun  terkejutlah konon-kononnya laaa kan mendengar pengakuan saya itu. Mujur dia tak pengsan.

“Ya, tekaan adik tu tak tepat sama sekali, akak minta maaf….. namun janganlah rasa kecewa, ya. Cuba teka soalan lain yang lebih senang lagi lain kali, OK seperti betul ke akak ni seorang perempuan, ehhh?!”

“Baiklah untuk tidak menghampakan Yua dan beberapa orang blogger lain yang pernah mengajukan soalan lebih kurang sama, maka di sini biarlah saya bagitau…..sebenarnya saya ni berasal dari sebuah negeri yang sangat masyhur dengan tagline ‘Gomo Klate gomo’, ewahhhh!”

Ya, dengar sini baik-baik ya wahai  penduduk Malaysia sekalian, ni ambo nok ghoyak….

Ambo ni sebenarnyo ore Pasir Mas, Klate!

*

*

*

*

*

*

*

*

Diulangi, ore Pasir Mas!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

ngehngehngeh

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

ngehngehngeh

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

TAHUKAH ANDA?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

image

Bila disebut saja gadis* Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

 

Sumber: Harian Kosmo

 

Today’s Lesson

Jangan kutuk, jangan hina dan jangan benci orang perasan, OK!!!! Ngehngehngeh…… *Eh, hello makcik………..ni nak tanya makcik ni kategori gadis lagi kah? Huh, boleh fengsan layan kegedikan makcik blog ni, kan!  Hadoi, sabar je la semua, ya!

 

 

Caucincau!

Jumaat, Mei 27, 2011

Petang Yang Nyaman

 

Salam Jumaat semua! Open-mouthed smile

 

Petang ini sungguh nyaman sekali setelah pagi tadi bumi KL basah dilanda hujan plus kilat petir guruh segala. Maka sebab petang ini nyamanlah maka ia harus dirai dengan sesi minum petang yang special. Tangan ligat menggagau biskut kraker Jacobs dalam tin. Huk aloh….dah habis? Laaa... nak cicah milo dengan apa ni?

 

Oh ye…sebelum tu nak bagitau. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kan kenapa la agak lama saya menghilang. Oh plizlah tolong jangan buat apa-apa spekulasi OK! Ai tak rela tau.… gelenya. Wei sumpah ada yang jeluak baca statement tuh…..  Ya, sebenarnya saya tak ke mana-mana pun. Agak lambat update blog akibat tuntutan masa. Dalam 2 minggu ini masa banyak dihabiskan bersama anak-anak sendiri dan juga anak-anak didik membantu mereka buat persediaan untuk peperiksaan and yesssss, semalam adalah hari terakhir mereka jadi kini dapatlah saya kembali berblog dengan perasaan penuh gumbira. Yeaaahhh mari melompat ke langit!

 

OK dah dah la melompat tu makcik oi, malu anak-anak nengok.... sambung balik cerita tentang petang yang nyaman tadi. Yelah baiklah. Lagi sekali tepuk-tepuk perut banyak kali. Macam ada bunyi. Bunyi dikir barat timur utara dan selatan.

 

“Isyh apa nak makan petang ni? Tanya saya pada model-model tetap. Masing-masing nampak gelisah. Sejenak kami diam bertafakur.

 

Jenguk peti ais. Nampak ada lagi lebihan fishball dan fishcake semalam.“Jomlah buat bebola nasi berinti istimewa.“ Putus saya akhirnya sambil dipersetujui oleh seluruh warga KL sekalian mereka.  Apalagi, jom masak jom.

 

Rasa semangat pulak nak share resepi mudah bebola nasi berinti istimewa ni dengan anda semua heheh....meh cuba sama-sama!

 

Bahan-bahannya, puan-puan.

· Nasi

· Gandum

· Bawang besar dipotong dadu

· Fishball

· Fishcake

· Daun sup

· Cili besar (tak letak, anak-anak tak tahan pedas)

· Sedikit garam

· Sedikit yis (ni tak wajib, harus je)

· Air 

 

Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu bekas. Kuantiti belasah je ikut suka cuma air jangan letak berlebihan sebab adunan lama-lama akan jadi lembik. Fishball dan fishcake letak banyak, budak-budak suka. Kacau adunan hingga sebati.

 

 

  cek285 003

Ingredients also must posing maut... say cheese!

 

  cek285 077

Leka duk snap nyaris-nyaris terlupa letak daun sup

 

cek285 080

Wei wei hangus tuuuu!

 

cek285 087

Nah, inilah dia bebola nasi berinti istimewa atau nama kampungnya, cekodok! Hahaha…

 

Amboi, rangup di luar lembut di dalam oh sedapnya. Amat sesuai dinikmati panas-panas cicah dengan sos cili Thai di petang yang nyaman. Cuba jangan tak cuba, ya!!!!

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...