Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Mei 09, 2011

Segmen Jom Berkenalan

 

image

 

O yeah! Saya ditag oleh Wida dalam Segmen Jom Berkenalan. Gumbira T_T. Molek jugak segmen ni sebab melaluinya kita dapat saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Oleh sebab Wida ni peramah dan manis orangnya eceh…ye ye describe macam la pernah jumpa maka saya pun jawablah soalan tagnya ini heheh. Sorry Wida, akak dah lama nak buat sebenarnya tapi asyik tertangguh aje - tersangkut lama sikit dalam draft..sorry ya! Anyway, terima kasihlah banyak-banyak sebab sudi nak kenal akak walaupun akak ni bukanlah orang kaya dan tak ada bau-bau bacang langsung dengan  Dato’ Siti apatah lagi Kate Middleton....

Berikut ialah soalan-soalan maut yang perlu dijawab:-

 

Wida: Apakah status akak?

 

SSL: Eh, apa ni tanya-tanya status…(sengih). Sebab dah letak gambar anak berderet kan so tak leh la lagi nak menyamar masih single…ahaks. (gelenya)

 

Wida: (Tersenyum) So akak ni dah kahwin la ye?

 

SSL: (Angguk) Ye, akak ni dah status makcik-makcik tapi stail bajet anak dara ecehh….tolong lempang sikit!

 

Wida: Ooooo... diorang tu anak-anak akaklah rupanya.... ingatkan adik-adik tadi! (kasi bodek lebih sikit biar akak ni perasan). OK kak, boleh tak ceritakan serba-sedikit tentang diri akak?

 

SSL: OK secara jujur biarlah akak berterus-terang...harap Wida tidak terkejut mendengar pengakuan berani mati akak nih! Untuk pengetahuan Wida sebenarnya akak ni merupakan seorang isteri kepada seorang lelaki dan ibu kepada 3 orang cahaya mata! Akak ni seorang yang biasa-biasa aje...tiada keistimewaan pon, kekurangan ada la banyak..hihi..

 

Wida: Hahaha....suspen aje akak nih! Ingatkan pengakuan eksklusif apa ke tadi....Soalan seterusnya boleh tak akak cerita tentang blog akak. Ce cite, ce cite!

 

SSL: Aiseh, nak tahu pasal blog kenalah selalu klik entri-entri akak niii...blog ni ala ala Astro gitu macam-macam ada sampai akak sendiri pun dah konfius dah apa kebondo la konsep blog akak ni sebenarnya. Bila baca kembali entri-entri terdahulu akak sendiri pun tak faham apa yang akak duk merepek. Carca marba betul. Cerita pasal anak-anak, pasal perkahwinan, pasal tips, pasal resepi eksotik kihkihkih…pasal isu-isu semasa dan macam-macam lagilah. Menulis ikut sedap hati je tapi yang paling best, melalui blog ni akak dapat menambah ramai kenalan sporting termasuk Wida. Seronottttttt!

 

Wida: Wah, saya pun seronok jugak berkawan dengan akak! (Isyh, bajet comel la tu sebut seronotttttt! Gedik betullah akak ni. Ah, gasak dia lah!). OK soalan seterusnya kak.....dengar baik-baik ya, apakah pandangan akak terhadap dunia blog?

 

SSL: Oh well.....pada pandangan akak err…jap jap akak nak pakai spek dulu. OK pandangan akak sudah jelas! Haha…sorry dikk akak guwau je! Dunia blog ni bagi akak bagus sebenarnya. Bila niat kita baik, baiklah yang kita dapat…betul, tak?

 

Wida: Hmm boleh diterima pakai jugak pandangan tu… untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog, apakah nasihat akak kepada mereka selaku blogger baru ni?

 

SSL : Nasihat? Eh, tak reti la dik….coz akak ni pun blogger baru jugak sebenarnya…belum pun setahun jagung. Ok cuma akak mampu pesan buat mereka yang baru nak mula jadi blogger ni, menulislah leklok….apa yang penting bak kata Nora Danish, Kita Enjoyyyyy! ;D

 

Wida: Ada blogger kata blog akak ni unik. Boleh tak akak explain keunikan blog akak nih?

 

SSL: Eh, mana adaaaaaaaaa….(geleng-geleng sambil gelak Woody Woodpecker). Ala, semua tu rumours je, Wida.. Sape yang kata blog akak ni unik ce cite, ce cite! Blog ni biasa-biasa aje lah…tak unik pun. Malu akak tau… Tapi kalau still ada jugak yang masih anggap begitu, hmmm…apa boleh buat, akak pasrah (masih lagi dengan gelak Woody Woodpecker).

 

Wida: (Erk! Dahi berkerut. Sabar je) Ok, sampai bila nak menulis blog dan apakah impian akak dalam dunia blog?

 

SSL : Wah, soalan yang amat menguji minda… InsyaAllah, selagi akak ada kesempatan dan selagi ada broadband akak akan cuba untuk menulis walaupun sekali-sekala heheh. Walaupun tak ada sape pun nak baca http:coratcoretsoshylady.blogspot.com nih tapi akak akan tetap juga menulis sebab selain termenung, menulis adalah kegemaran akak tau, heheh.

Impian? Itu lah impian akak….menulis sampai bila-bila! ;D

 

Wida : Caya lah akak. Go akak go! Oh ya siapa yang akak nak tag? Bagi senarai 4 orang yek?

 

SSL : Hmm, payah nih! Setelah difikirkan, rasanya akak nak tag semua followers akak lah sebab akak teringin nak kenal semua orang. Boleh? OK semua followers SSL, sape-sape yang sudi nak jawab soalan tag ni…dipersilakan, wokeh!

 

Wida: Terima kasih akak kerana sudi menjawab soalan-soalan maut saya ini. Muah muah!

 

SSL: Eh, eh dah habis dah? Sama-sama. Muah muah!

 

 

Caucincau!

Selasa, Mei 03, 2011

Hadiah Dari Mertua

Assalam, 

Maka hari ini dapatlah update setelah beberapa hari tidak bersiaran huhuuu... hei hei hello ladies!

Macam biasa kalau cuti, tak sempat nak online. Banyak masa dihabiskan berlibur dengan keluarga. Namun saya nak ucap jutaan terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan blogger yang sudi singgah dan meninggalkan komen. Thankies thankies for dropping by … sepantas kilat saya terjah uols pulak okay bebeh. BTW*, sila siapkan apa-apa yang patut nasi beriani ke nasi ayam ke saya nak datang kejap lagi niiiii....ekeke.. Wahai pembaca warga emas, *BTW  maksudnya by the way, faham semua?

Isyhhh....hari ni saya tak tau nak cerita-ceriti pasal apa. Tuesday blues mungkin. Eh ada ke? OK buat mereka yang rasa agak lemau hari ni, di sini saya just nak share something funny  so that we can all have a smile on our face. Jom kita gelak guling-guling…..OK tak payah!  Guling-guling di depan laptop adalah satu perbuatan yang agak kurang comel, so gelaklah dengan ayu, OK!

Gini ceritanya…..

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepadanya atau cuma sayangkan puterinya saja.
Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.


Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat kereta Nissan Livina di depan rumah, dan secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini membuka pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.


Besoknya di depan rumah menantu ke-2 tersadai Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”


Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat.

Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya tersadai Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Dah habis gelak? Dah ke belum? OK ni cerita lain pulak!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

Nak tanya, ye ke Osama bin Laden sudah meninggal?  Err..err…betul ke gambar nih?

 

 

  Keliru.

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...