Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Mac 09, 2011

Do You Love Me…?

Pada suatu petang…..

Dengan suara manja sambil rambut mengerbang ke belakang diiringi lagu puaka Pulangkan maka bertanyalah si isteri kepada si suami….

Abang, do you love meeeee….?

Si suami tidak segera menjawab. Direnungnya sekeping kertas di hadapan. Lama dia berkeadaan begitu.

Suspen…..

Si isteri mulai kebingungan. Alahai apasal susah sangat nak jawab nih?  Namun dia cuba bersikap tenang.

Abang, answer me seriously. Do you love meeeee…..?

Dahi si suami tiba-tiba berkerut.  Hai, entah apalah pulak yang difikirkan. Drama king sungguh.

Ni mesti saje nak buat terkejut tergempar terhadap jantung isteri dia nih gamaknya.

Sekali lagi si isteri mengajukan soalan yang sama.

Come on..bang, do you love meeeee….? Be honest..

Cepat la jawabbbbb! Haisyhhh!!

Setelah beberapa detik berlalu, si suami akhirnya memberi respon.

Geleng kepala.

What?! You don’t love meeee….?! Serious ke ni, bang?!

Are you sure?

Dia angguk saja.

Si isteri benar-benar pasrah.

Okay, okay if you don’t love mee, how about…………

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

bihun?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Hah, molek jugak tu…dah lama tak makan bihun. Order bihun sup je lah!

Putus si suami akhirnya.

Hisyhhhh…..laki aku ni susahnya nak decide. Lima enam kali belek menu tapi masih tak tahu nak makan apa. Puas kita suggest, semua tak memenuhi kehendak seleranya.

Sabar je la I tahan kebuloq dengan muka vogue nih.

Dan yang paling kesian sekali lihat muka bosan si waiter. Lama tau dia tunggu nak catat order. Sabar je la, kan!

Eh, eh itu bukan waiter la.  Apalah I ni….. Itu tuan punya gerai merangkap tukang masak merangkap cashier. Perasan diva la pulak eh padahal cuma makan kat medan selera aje….. hihihi.

 

141120101045 

141120101046

Inilah bihun sup yang diorder oleh si suami dan anak-anak …. best sebab banyak mushroom

 

Hahaha……ni sebenarnya cerita hujung minggu lepas tapi sorry lah ye lambat sikit saya karang sebab malas + tak ada ide.

Sebenarnya petang Ahad lalu kitaorang plan tak nak keluar pergi mana-mana pun, nak lepak kat rumah aje  tapi my daughter si Nyanyah bagitau ada 2 orang kawan dia sambut birthday minggu ni. Oleh sebab itulah, maka kenalah jugak keluar JJCH - jalan-jalan cari hadiah. Dan macam biasa kalau dah keluar tu memang tak sah kalau tak JJCM  jugak.

 

141120101043

Saya order nasi goreng kerabu 

 

OK jom layan wajah-wajah model tetap sebelum mentekedarah.

 

   141120101036  141120101033  141120101031

Hahaha….masing-masing menunggu ketibaan bihun sup dengan sopan-santun dan penuh kesabaran

 

Setelah selesai mengisi perut, kami pun bergeraklah ke tempat  sebenar yang hendak dituju. Kalau nak cari hadiah untuk budak-budak biasanya kitaorang shopping kat siniiii….. Apa? ToyRus?! Tak lah….

 

141120101054 

141120101057 

141120101059

Kat kedai RM2 je…hihi. Weh, kami ni golongan marhaen lah!  Apakah definisi marhaen? Marhaen itu ialah rakyat biasa yang hidup dalam kesederhanaan.... Ah, forget about that. Bukan isu ini yang hendak dibincangkan! Annoyed

 

201120101080

Si Adik merengek nak handphone Barbie walaupun kat rumah dah ada satu….alahai, kadang-kadang dalam situasi tertentu golongan marhaen juga terpaksa membazir!

 

Nah, dah dapat dah hadiah idaman hati. Frame gambar.

Lepas tu kitaorang pun pulanglah ke pangkal jalan ke rumah.

Dalam perjalanan balik, Along sempat tanya……..

Berapa harga  1 frame tu, bu?

RM13.90. Nape?

Haisyh, penipu…kata kedai RM2!!

Hahaha….malas nak jawab!  Smile with tongue out

 

141120101061-001

Ok la kannn…

 

THE END

 

 

Caucincau!

Selasa, Mac 08, 2011

Kita Sangat Istimewa…

Salam Ladies!

Mengapa WANITA sangat istimewa……

Mama dan papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. ‘..I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah….’
Mama pun pergi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ada pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…

Susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kain lap je lah…
Tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

Baru teringat tak semayang lagi…on da way nak pergi bilik, papa tengok tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsema…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak..terlupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

Ternampak pulak beg pergi kerja…emm..besok nak pakai beg Polo coklat lah, asyik-asyik pakai beg hitam ni je…salin jap barang ke beg coklat…ceck sumua 6 poket beg, takut la tertinggal apa-apa..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli beg baru ni…rasanya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni dia..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…’..U buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..’….’..yelah nak tido la ni..nak semayang jap…’

Masuk toilet..buat apa-apa yang patut…cuci muka dulu..2 jenis pulak tu…adoi..gosok gigi…semayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
Nanti orang kata muda lagi tapi dah macam anak 7 pulak…huhuhuhu…

Bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
La, kenapa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …pergi dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok-elok…kemaskan baju gantung-gantung…masukkan seluar papa yang dah kotor ke dalam tempat kotor…ok settle..

Dengar suara papa lagi…’..I dah ngantuk ni..’..dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang-senang je perompak masuk rompak rumah aku…bukak lampu luar..

Ni mainan ni sepah-sepah…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyaknya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …

Ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan dia…la..napa basah ni…emm, tukar la pampers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti pergi Sogo 25 hb ni beli la sekali…Ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

Aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ada meeting..
Ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari Mu Tuhan…papa pun bangun tutup tv…’…I dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…’…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah…setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…emak, isteri, dan kawan-kawan atas keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

 

SELAMAT HARI WANITA

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...