Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, Januari 11, 2011

Hantu Mak Limah Melawat KLCC

Saya mulakan entry hari ini dengan ucapan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera buat semua.....

Cantik molek mukaddimah I, kan.

Lebih seminggu saya tidak mengupdate blog. Ada sesapa yang rindu? Kuikuikui...Perasan diri blogger popular, hak tuii..

Saya tidak berblog bukannya apa. Apakah masalah saya sebenarnya? Ekceli sejak akhir-akhir ini saya agak kebizian setelah diri ini menerima watikah pelantikan oppss...bukan dari yang Dipertuan Agong atau dari mana-mana Pesuruhjaya Tinggi tetapi dari En. Hubby yang telah melantik saya menjadi Ku Li untuk membuat assignment MBA beliau.

Memang saya sangat sibuk tak tipu. Adoi, demi hasben terchenta nampak gayanya terpaksalah saya mengurangkan sedikit aktiviti berblog. Ada beberapa entry yang telah saya karang dalam kepala terpaksa ditunda tarikh siarannya. Sebenarnya hari ni pun saya belum lagi betul-betul berkesempatan untuk seriyes mengadap lappy lagak blogger tegar sebab tugasan Organizational Behaviour sudah lama menanti nun di meja study.  Nasib baik saya pernah mengajar subjek ni di zaman dulu kala so harap-harap saya tidak akan berdepan dengan masalah untuk menggorengnya nanti. Di samping itu saya juga turut terjerat dengan urusan anak-anak didik yang sudah mula melaporkan diri untuk pembelajaran sesi baru. Nampakkan saya terlalu sibuk, kan? Kan?

Walaupun demikian, saya berusaha juga untuk menulis entry walaupun sekadar update ringkas. Mana la tau kan ada sorang dua pembaca atau blogger  tersinggah blog saya hari ni at least ada la juga bahan baru  untuk dibaca. Ecece…macam la ada orang folo kamu hari-hari. Kuikuikui…
Ok mula update sekarang... eh, eh, baru nak mula ke? Intro bukan main berjela lagi. Jap, jap saya haus, nak minum air jap.
.
.
.
.
.
Ok, dah. Saya cuma nak kongsi sedutan aktiviti kami Ahad lepas. Kantoi, tadi kata sibuk tapi masih  sempat  lagi buat outdoor activities. Ikutkan hati memang malas  tapi tiba-tiba rasa  kesianlah pulak tengok wajah bosan tahap gaban model-model tetap terperap dalam rumah jadi, kami pun keluarlah ambil angin sikit-sikit. Here a few pics of what’s happening on that day.

Belah pagi kami pergi Jusco yang jaraknya dari rumah cuma 5 minit aje  kalau jalan kaki tapi kalau naik kereta ambik masa 15 minit . Magik, kan?

 
281120101090
OK, gambar makcik blog sedang  kontrol ayu. Beliau ada iras Lisa Surirumah Surihani, tak? Buwekkkk! Perhatikan dengan teliti, kalau  muak  scroll down cepat-cepat.

 
281120101093
Comel sangat mereka teruja dapat keluar dari sangkar. 


281120101094 
Anak-anak, orang panggil menda ni LCD. Ooooo……


  281120101097 
Tak beli pun sekadar cuci mata sebab ibu saya sangat kedekut suka berjimat-cermat.
 
 
Tidak lama kemudian kami dengan gembiranya pergi makan di salah sebuah gerai berhampiran. Sebab dah melantak kat rumah, so kami order menu simple aje.

 
281120101100 

Adik nak makan ikan 3 rasa, daging goreng kunyit, kailan ikan masin, sup ayam, telur dadar, kerabu mangga dan  lala masak halia        

   


281120101112 

Siap! Alameks, tak muat meja daaa….



Setelah kekenyangan, kami pun pulang semula ke rumah  sebab En. Hubby kata nak sambung study manakala si model tetap pula ada yang mahu kapur kasut sekolah dan ada yang mahu tidur. Belah petang kami bergerak pula ke  Hotel Palace of the Golden Horses sebab En. Hubby perlu berjumpa seseorang di sana. Apa ni, hari sudah petang masih mahu keluar? Folo je lah…..


Here we are finally!


191220101251 
Aksi pelancong Vietnam


191220101255
Aksi rombongan sekolah


 191220101253
Aksi coach baru pasukan bola sepak Malaysia

   
191220101252
Aksi budak tak pernah tengok kuda


Banyak lagi gambar tapi letih la nak tempek…. hahaha….Eh, cepat taip So Shy Lady kau dah nak kena siapkan assignment dah. Yelah, yelah!

Okay nantilah saya akan update lagi tentang  kisah-kisah lain lagi antaranya kisah saya terkena sindrom……ah, lain kalilah saya cerita! Apa? Kisah Hantu Mak Limah? Maaf ye….kisah tu takde kena-mengena langsung dengan post. Saja nak letak tajuk gempak sikit.  Jangan marah, ya….heheh.

Today’s Lesson

Seorang isteri harus selalu menolong tugas-tugas suaminya demi untuk kebaikan  keluarga.
 
 
Caucincau!

Isnin, Januari 03, 2011

Seriyes. Saya Benar-benar Stress

(Entri ni sepatutnya dipublish semalam tetapi memandangkan penulis mengalami situasi stress tahap kronik maka beliau telah membatalkan penyiarannya tapi tiba-tiba pagi ni beliau decide nak publishkan lah pulak. Hai, entah apa-apalah beliau nih. Sabar je la….harap maklum)

 

Mengapakah tahun 2011 saya bermula dengan episod lara? Mengapa? Mengapa?! Mengapakah perkara ini terjadi kepada saya? Saya benar-benar tertekan. Secara tiba-tiba dia buat hal. Alangkah kecewanya hati ini. Memang sejak akhir-akhir ini saya perasan akan perubahan dirinya. Dia tidak seperti dulu lagi. Saya benar-benar khuatir. Berbagai prasangka buruk bermain di kotak fikiran.  Namun, saya cuba untuk bersikap positif. Wahai  So Shy Lady, janganlah kau berfikir yang bukan-bukan. Bertenang, problem sementara aje nih.

Tapi hari demi hari keadaannya semakin membimbangkan. Kadang-kadang saya perasan dia seolah-olah bersikap seperti mahu meninggalkan saya. Kami sudah 10 tahun hidup bersama….apa,  sudah jemukah dia pada saya?  Sakit sekali rasa hati diperlakukan begini…………

Dan segala persoalan yang bermain di minda ini akhirnya terjawab sudah. Benar, tanpa sepatah kata akhirnya pagi tadi dia telah pergi meninggalkan saya.

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tidakkkkkkk!  Jangannnnn! Oh, hancur-luluhnya hati ini! Manakan tidak, setelah hampir 2 minggu saya menahan sabar melayan karenahnya - boleh basuh tapi tak boleh bilas, kadang-kadang boleh bilas tapi tak boleh spin akhirnya  pada pagi yang hening beberapa jam yang lalu, dia tiba-tiba langsung sudah  tidak mahu berfungsi lagi. Kiok. Dia sudah menamatkan operasinya  sama sekali dan mungkin juga untuk selama-lamanya. Puas sudah jari-jemari lentik ini menekan kesemua punatnya beberapa puluh kali namun langsung tiada respon. Untuk beberapa saat saya tenggelam punca. Akhirnya saya sedar. Dengan rasminya nampaknya dia sudah menjadi arwah. Oh, Tidakkkkk!  Jangan tinggalkan daku, my dear!!!!!!! 

Sampai hati dia meninggalkan saya dalam keadaan begini. Bagaimanakah nanti seorang perempuan  dasar pemalas cuci kain seperti saya mampu hidup tanpanya di sisi? Weh, siapa yang akan basuh 3 gunung-ganang dalam bilik tu, weh?!!! Jawab?!!!  Adoi  la tensionnya!

*

*

*

*

*

*

*

Walaupun perit namun akhirnya saya pasrah. Saya harus belajar menerima kenyataan. Yang bermula sudah pasti akan berakhir manakala yang tinggal usahlah bermuram durja. Wahai So Shy Lady, ayuhlah dan bangkitlah. Usah lagi larut dalam kesedihan kerana hidup ini perlu diteruskan. 

Dengan langkah yang lemah-longlai maka saya sedaya-upaya cuba mencari sedikit kekuatan. Nampaknya mulai hari ni terpaksalah saya bekerja keras membanting tulang empat kerat mencuci baju secara tradisional....eh, hello bukan kat tepi sungai sambil nyanyi lagu tuai padi antara masak, ya puan-puan sekalian. Kat bilik kecik je haaa.... Adoi, bertambahlah lagi satu kerja dalam senarai things to do saya hari ini. Menciiiii!!!!  Dan sudah pastinya saya akan kelewatan menjengah blog hari ni. Huhuhu…. 3 gunung-ganang, weh! Banyak tau!

 

basuh kain 088

 

Ok,  fine, cukup-cukuplah  meratap dan merintih segala bagai tuh. Jangan buang masa lagi. Ayuh, So Shy Lady mula bertindak  sekarang! (Muzik Latar: Ultra 7)

Angkut sebahagian gunung-ganang  dan rendamkan mereka ke dalam buih-buih cinta. Jangan lupa tambahkan 1 skop Vanish untuk memudahkan proses penyentalan. Tinggalkan buat seketika agar adunannya lebih sebati.

 

basuh kain 095

Weh, korang duk diam-diam kat situ, faham!

 

Sementara menunggu mereka bergaul mesra, lakukanlah kerja berfaedah yang lain dahulu.

Baiklah, tanpa melengahkan masa saya masuk ke dapur untuk menyediakan brunch sebab dah nak masuk tengahari dah. Bagaikan tahu ibu mereka dalam kemurungan terlampau, tanpa dipinta  model tetap  kesayangan saya telah segera menghulurkan bantuan.

 

                                                                                                               redaxon 035redaxon 036

                                                                                                                                                Bibik model cute menunjukkan skill menumbuk bawang

 

redaxon 044

Apa motif ambik gambar ni, ek? Lupa la…Oh, ya…..cuci dulu sebelum guna sebagai usaha membasmi kuman.

 

basuh kain 051

 

Nah! Superb brunch makanan terenak buat anak-anak pemboikot nasi! Makan makan makan sampai buuuuurrrp! Dah kenyang barulah ada tenaga nak berpencak silat dalam toilet.

Selesai makan salah seorang model tetap  bertanya “Ibu, boleh tak Nyanyah cuci semua pinggan?” Oh.... alahai, anakku. Takkan lah saya nak say no pulak, kan….tapi sebelum tu sengaja buat-buat berat hati nak izinkan.“ Tak payahlah susah-susah, basah pulak  baju tu nanti……. tapi kalau Nyanyah nak jugak tolong, bolehlah apa salahnya….. tapi pakai apron ye!?” Hikhikhik…. Hek eleh, sekejap tak boleh, sekejap boleh. Gedik. Potong satu kerja dalam senarai things to do saya hari ini.

 

redaxon 041

Bakal menantu sapa lah agaknya ni yekk?! Gelenya la mak dia. Eh, mana apron?

 

Itu jelah ceritanya. Tak boleh menceceh lama-lama. Orang bizi  nak sambung cuci kain nih. Sebelum berundur, saya tinggalkan anda dengan video budak terlebih rajin di bawah nih! Ahaks..... lawaklah! Boleh mengurangkan stress. Kita masuk toilet dulu ye...ada sesape nak tolong? Ehh...

 

 

Rajinnye dia ……heheh

 

Today’s Lesson

Pertama, sekiranya ingin meminta pertolongan dari anak-anak, mintalah  dengan cara yang baik dan bukannya dengan mengarah-arah.  Mintalah dengan nada, intonasi yang gaya yang sesuai. Ada ke orang nak tolong kalau kita minta tolong sambil marah-marah? Tetapi sekiranya anak kita menolak, janganlah kecewa. Jika mereka rajin membantu, sentiasalah berikan pujian atau ganjaran. Paling kurang, ucaplah “Rajinnya anak ibu ni”, atau “Pandailah anak ibu cuci pinggan ni. Bersihnya”. Atau jika sedikit berkemampuan, hadiahkanlah sesuatu yang istimewa  sebagai ganjaran dan katakan pada mereka kita menghargai pertolongan yang diberikan. Ataupun tiap kali makan sedap-sedap di luar katakanlah “Ini ganjaran buat anak  ibu yang rajin!”  Walaupun nampak kecil tetapi amat besar maknanya buat anak-anak.

Kedua, janganlah malas cuci baju…heheh!

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...