Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Disember 08, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Eeee… seram campur seriaunya baca tajuk di atas tu, kan! Chop! Chop! Jangan salah sangka, bukan saya yang tanya soalan tu, tau. Bongoks, la kan. Oklah, mehlah kita ikuti satu kisah benar di bawah. Kisah yang banyak memberi pengajaran kepada kita semua.

Ia tentang kisah seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Ada sebab kenapa dia mengajukan soalan berani begitu kepada seorang lelaki.

Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu-lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah  perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas  siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang  dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to  me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat  apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat  Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia  baca malam itu.

 

tudung2  

Today’s Lesson:

Jom, marilah kita membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk ke rumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir. Insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara diri dan keluarga, anak-anak, harta, rumah dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Subhanallah….

Isnin, Disember 06, 2010

Rumah DS Khir Toyo

Assalamualaikum semua! Tak jawab berdosa…

 

lontong 022 

Petang tadi makan kue tiaw kungfu.  Haitttt! Nampak kick tapi rasa kurang berselera la pulak. Frust sangat-sangat. Bukan kecewa sebab harga petrol, diesel, gas dan gula naik lagi ke apa ke tapi…..

Mana tak frust menonggengnya, punya la duk klepang klepung kat dapur bersusah-payah sediakan hidangan special kononnya nak sambut tahun baru ni kan, alih-alih anak-anak semua geleng kepala kata tak nak, tak suka. Semua request roti tabur milo dan air kosong. Zuhudnya. Lastly saya melantak sorang diri jek….T_T

 

lontong 033

Weh, tengok sini…..tak best ke masakan ibu nih? Cakapppp! Cakappp!…

 

OK, enaf. Baiklah, hari ni bukan nak membebel pasal anak atau nak share resepi kuetiaw kungfu tak laku tu tapi nak cerita pasal benda ni….

Heheh sambil makan-makan saya belek-belek  la paper Utusan hari ni. Kita lari sekejap daripada kisah budak-budak tak suka makan dan beralih kepada berita nasional…kita terjah ke dunia politik Malaysia pulak. Ok, serius.

Hari ini kecoh dengan berita bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5j hanya dengan harga RM3.5j.

Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin.

rumahkhirtoyo3 

Rumah DS Khir. Wah, besarnya macam chalet……rasanya satu hari tak habis pusing satu rumah ni kot!

 

Today’s Lesson :

Garu kepala. Lepas sorang-sorang mantan menteri dihadapkan ke mahkamah. Sebenarnya antara aspek penting dalam memilih pemimpin adalah dengan melihat ciri-ciri solehnya calon berkenaan. Apabila soleh maka dia akan menjaga amanah sebagai pemimpin. Maka kita tidak perlu bimbang tentang berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau pun rasuah. Nampaknya ciri-ciri pemimpin macam Rasulullah saw agak sukar dicari di dunia sekarang ni, kan. Hai,entahlah…tak fahamlah politik nih.

 

Selamat Menyambut Awal Muharram semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...