Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Disember 06, 2010

Rumah DS Khir Toyo

Assalamualaikum semua! Tak jawab berdosa…

 

lontong 022 

Petang tadi makan kue tiaw kungfu.  Haitttt! Nampak kick tapi rasa kurang berselera la pulak. Frust sangat-sangat. Bukan kecewa sebab harga petrol, diesel, gas dan gula naik lagi ke apa ke tapi…..

Mana tak frust menonggengnya, punya la duk klepang klepung kat dapur bersusah-payah sediakan hidangan special kononnya nak sambut tahun baru ni kan, alih-alih anak-anak semua geleng kepala kata tak nak, tak suka. Semua request roti tabur milo dan air kosong. Zuhudnya. Lastly saya melantak sorang diri jek….T_T

 

lontong 033

Weh, tengok sini…..tak best ke masakan ibu nih? Cakapppp! Cakappp!…

 

OK, enaf. Baiklah, hari ni bukan nak membebel pasal anak atau nak share resepi kuetiaw kungfu tak laku tu tapi nak cerita pasal benda ni….

Heheh sambil makan-makan saya belek-belek  la paper Utusan hari ni. Kita lari sekejap daripada kisah budak-budak tak suka makan dan beralih kepada berita nasional…kita terjah ke dunia politik Malaysia pulak. Ok, serius.

Hari ini kecoh dengan berita bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5j hanya dengan harga RM3.5j.

Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin.

rumahkhirtoyo3 

Rumah DS Khir. Wah, besarnya macam chalet……rasanya satu hari tak habis pusing satu rumah ni kot!

 

Today’s Lesson :

Garu kepala. Lepas sorang-sorang mantan menteri dihadapkan ke mahkamah. Sebenarnya antara aspek penting dalam memilih pemimpin adalah dengan melihat ciri-ciri solehnya calon berkenaan. Apabila soleh maka dia akan menjaga amanah sebagai pemimpin. Maka kita tidak perlu bimbang tentang berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau pun rasuah. Nampaknya ciri-ciri pemimpin macam Rasulullah saw agak sukar dicari di dunia sekarang ni, kan. Hai,entahlah…tak fahamlah politik nih.

 

Selamat Menyambut Awal Muharram semua!

Khamis, Disember 02, 2010

Jom Bercuti Ke London!


 
Selongkar punya selongkar saya terjumpa beberapa keping gambar in my ‘pictures’ folder. Some of these images were taken  few months ago kalau tak silap masa cuti sekolah penggal pertama  yang lalu. Hai, terkenang la pulak. Ada kisah syahdu di sebalik gambar-gambar tersebut. Nak dengar tak citer nih?!

(personal pronoun ‘saya’ digantikan dengan ‘aku’ agar cerita tampak lebih dramatik. Tampak?? Heheh...best tak word tuh, macam iklan bedak).
 
…..FLASHBACK.....

Macam ni ceritanya, pada suatu hari ada seekor kura-kura eh...eh…bukan… macam ni, lebih kurang beberapa minggu sebelum cuti sekolah bermula, atas alasan terlalu sibuk dengan urusan kerja macam la dia tu presiden Barrack Obama, En. Hubby telah menyerahkan tugas memilih lokasi percutian dan menguruskan hal-ehwal penempahan hotel ke bahuku.

Diriku pula yang sudah terkenal dengan sikap suka buat last minute work telah dengan tidak sengaja eceh..macam biasa, telah melengah-lengahkan masa melaksanakan tugas yang diamanahkan tersebut.

Dua tiga hari  lagi cuti sekolah dah nak start, baru la aku terhegeh-hegeh mendail nombor talian beberapa hotel di Melaka....

Apa? Dah penuh.Ok, fine.

Hotel lain pulak. Penuh.

Lain pulak. Penuh.

Ada yang kosong tapi tak menarik. Hotel yang banyak bintang ofcos la aku tak pandang.

Hmmmm… aku dah mula cuak... Takpe, bertenang jangan panik...

Kita pegi PD je la. Aku pun mendail nombor beberapa hotel di sekitar PD pulak.

Maaf, semua kamar dah penuh.

Call chalet.

Penuh.

Aiyakkk.....Ok, boleh mula panik sekarang. Makkkk!

Haru. Kat mana aku nak bawa anak-anak makan angin nih setelah semua tempat penginapan dari Perlis sampailah ke Sabah....opps, tipu aku dah call hampir semua hotel dari Melaka, Port Dickson sampailah ke Bagan Lalang tetapi semuanya fully booked :( 

Sungguh tersangat hampagas. Rasa kesal sangat-sangat sebab tak plan betul-betul. Nak balik kampung nun jauh di sana adalah tak berbaloi jika cuti sekadar 3 hari! And then, I realized eeee… memang salah aku. Padan muka aku!

Nak pegi mana nih? Fikir punya fikir, tiba-tiba terlintas di fikiranku satu lokasi percutian yang tak kurang menariknya. Yess! Lalu aku usulkan cadangan itu kepada En. Hubby. Nampaknya En. Hubby setuju aje.

Jadi baiklah, jom anak-anak kita semua pergi holiday ke sana ke sana ke sanaaaaa…….

Tahukah anda semua di manakah akhirnya aku bawa anak-anak jalan-jalan cari makan angin? Teka, teka.

Untuk pengetahuan uols....ya, dengan penuh kehampaan maka kami sekeluarga pun berangkatlah ke London....London?  Hmm... Oh well, pegi obesi lah....habis, dah local hotel semuanya fully booked.

Ya, London merupakan destinasi pelancongan yang amat menarik dan tertarik sekali. Kota yang penuh sejarah.  

Tattada....


tower bridge
Inilah London Tower Bridge yang the very the famous tu....


Sememangnya percutian kami di London seronoknya oh, wah tidak terkata!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
  * 
Eh..eh, uols percaya ke kami sekeluarga pergi ke London nih??!

... tetapi...malangnya..sebenarnya bukan!

Hahahaha....Sorry tipu. Kami tak makan angin kat London la. Tak baiknya, aku ni kan. Biasa dia nihhhh!

Gila ke apa.Takkan la orang macam aku pergi bercuti kat London pulak. Tak kuasalah! London tu kan jauh sangat dari Malaysia lagipun diri ini tersangat kurang mahir berbahasa asing. Di samping itu,....

Hek eleh, cakap je la setakat duk rumah kos rendah, shopping kat Mydin, tak payah la berangan bercuti kat oversea. Bak kata Karam Singh Walia, (eh..eh dia ni suka sangat interfrem dalam entri aku, apasal entah) kalau hendak jahit pakaian, ukurlah di badan sendiri.

Jangan salah sangka, bukan di badan Karam Singh, ya! Maksudnya, kalau aku nak buat baju kena ikut ukuran badanku sendirilah iaitu 32-40-42 atau secara lebih telus maksud perumpamaan itu ialah kalau pendapatan aku tidak seberapa janganlah berlagak kaya. Bercuti saja di Bagan Lalang. Understood?!

Woh, tak payah la elaborate... pembaca kamu yang tiga orang tu semuanya graduate la, ngokngek!

Iyelah, iyelah!

Hmmm.....tapikan.........best jugak, kan kalau dapat pergi London! Laa…ada hati jugak tu!

“Itu la ekau.... dulu ada budak grad obesi yang tinggi lampai handsome gila macam Leon Lai Meng putih melepak ramai SA genius pulak tu masuk meminang, why you played hard? Ntah-ntah every year dia bawak ekau bercuti kat obesi.” Bebel Mak Piah pada anak dara tuanya sambil mulutnya tak henti-henti mengunyah tembakau.

Eh..eh…tiba-tiba…..

Sekadar menokok-nambah cerita. Dialog di atas dipetik dari novel remaja ‘Cinta Elsa’ yang kutulis berbelas-belas tahun yang lampau. Tetapi love one thousand times love, belum sempat dipublish tiba-tiba failnya hilang tak tahu siapa yang delete. Mimah, demo ko delete? Cepat ngaku!! Walaupun dah agak lama tapi aku masih ingat sebahagian daripada ceritanya tu mungkin kerana terlebih makan ginko biloba, kot. ‘Cinta Elsa’ mengisahkan...

Ahhh, sudah! Sudah! Kembali semula kepada cerita syahdu kita tadi….

OKlah, sebenarnya aku dan anak-anak cuma mampu pergi ke sini. Huhuhu….
 
19122009053
Jom, anak-anak kita tengok kapal terbang pergi ke London!

 
19122009056
Wajah yang pada mulanya nampak agak terpinga-pinga  "Buat apa kat sini?"


19122009033
Beransur ceria


  19122009023

19122009043

19122009034

 19122009012  
Di KLIA inilah kami (berjalan-jalan, berlari, melompat, beriadah, berfoya-foya, membuang masa) sehari suntuk. Please underline the correct answer.
 

 19122009038  19122009013
19122009048  
Jelas tergambar kegembiraan di wajah 3 budak comel ini. Sangat gigih bermain tanpa mengenal putus asa!

 
19122009068

Namun di sebalik keseronokan mereka, cuba lihat dengan teliti wajah-wajah suci dan mulus itu. Masih ada sedikit unsur-unsur kefrustan, kan? Cuba perhatikan betul-betul. Untuk ketepatan yang lebih jitu, gunalah magnifying glass.


19122009069 
Bila kita nak ke Melaka, bu? Hiba.


Syahdu, kan. Tak dapat nak digambarkan darjah kesedihan mereka itu. Namun setelah dianalisis, kefrustan mereka boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian:

1. Frust sangat sebab tak dapat mandi laut.

2. Lagi frust sebab mereka tak dapat mandi kolam kat hotel selepas mandi laut. Opps....mereka mempunyai sifat teruja yang teramat luar biasa bila nampak kolam, eee...anak sapa la tu...

3. Dan frust sangat-sangat sebab mereka dan abah mereka tak dapat makan ikan bakar serta sotong celup tepung selepas mandi laut dan mandi kolam. Meleleh air liur mereka terutama abah mereka. Oh, kesian, kan mereka kan.

 
Today’s Lesson:

Pertama, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas macam Datuk Lim Chong Wei. For kids, exercise means playing and being physically active.

Kedua, wahai So Shy Lady janganlah lakukan kerja di saat-saat akhir. Doing last minute work does give  lots of bad effect... Insaflah, wahai insan!

“Ibu! Adik berakkkk!”

Tiba-tiba jeritan Nyanyah mengejutkanku dari lamunan.
Itu tandanya sudah tibalah masanya untuk aku menghentikan kisah entah apa-apa ini, wahai pembaca sekalian.

Bukannya apa, ekceli hari ni saya saja  suka-suka tulis ala penulisan kreatif  gitu yang dah agak lama ditinggalkan. Dulu rajin menulis cerpen tapi sekarang ni bakat terpendam tu dah tumpul sedikit hehehe. Best tak cerita merepek saya tu? Next time janji tak merepek lagi. Berjanji palsu mungkin hehehe. Sekian Terima Kasih.

Eh, cuti panjang ni uols ke mana?

Caucincau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...