Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label sekadar penghayatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekadar penghayatan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 10, 2012

Puasa

 

As Salam ladies,

 

Memandangkan hari ni cuaca panas maka amatlah sesuai untuk saya kemaskini blog. Aikkk apa kena mengena? Memang tak de kena mengena pon…guraulah….hehe gurau senda membawa bahagia. Semalam adalah hari ketujuh daku berpuasa. Kena ganti lekas-lekas sebab tak lama lagi kan bulan-bulan barakah akan muncul. Makanya, lepas ni eloklah mengerjakan puasa sunat pulak. Jangan lupa ya SSL tarikh-tarikh di bawah:-

 

1. Puasa sunat tiap hari Isnin dan Khamis (kalendar Hijriah/Masihi).

 

2. Puasa Tiga Hari Setiap Bulan (Tanggal 13,14,15 di kalendar Hijriah)
- 8, 9, 10 Disember 2011/Muharram 1433 H
- 7, 8, 9 Januari 2012/Safar 1433 H
- 5, 6, 7 Februari 2012/Rabi’ul Awwal 1433 H
- 6, 7, 8 Mac 2012/Rabi’ul Akhir 1433 H
- 5, 6, 7 April 2012/Jamadil Awwal 1433 H
- 4, 5, 6 Mei 2012/Jamadil Akhir 1433 H
- 3, 4, 5(Nisfu Syaaban) Jun 2012/Rejab 1433 H
- 3, 4, 5 Julai 2012/Sya’ban 1433 H
- Puasa (wajib) Ramadhan 1433 H – 20 Julai – 18 Ogos 2012
- 31 Ogos, 1, 2 September 2012/Syawal 1433 H
- 29, 30 September, 1 Oktober 2012/Zulkaedah 1433 H
- 29, 30, 31 Oktober 2012/Zulhijjah 1433 H. ***29 Oktober = hari terakhir Tasyriq, tidak boleh berpuasa***

 

3. Puasa Sepertiga Bulan – Yakni di bulan Zulhijjah (antara 17 September – 16 Oktober 2012).
Puasa pada 9 Zulhijjah (Arafah) bagi selain orang yang melaksanakan haji. Tanggal 25 Oktober 2012.
Puasa dilakuan 17 September – 16 Oktober 2012, terputus dengan Aidul Adha dan hari Tasyrik, dilanjutkan lagi pada 30 & 31 Oktober 2012.

Tidak boleh berpuasa :
Hari Aidil Adha – 10 Zulhijjah / 26 Oktober 2012.
Hari Tasyriq 11,12,13 Zulhijjah / 27, 28, 29 Oktober 2012.

 

4. Puasa Bulan Muharram – ‘Asyura’ selama 3 hari – 9, 10, 11 Muharram (4, 5, 6 Disember 2011).
Sangat dianjurkan tarikh 9 dan 10 (Tasu’a dan ‘Asyura). Boleh juga dilakukan tarikh 10 dan 11.

 

5. Puasa pada sebahagian bulan Sya’ban
Antara 21 Jun – 19 Julai 2012.

 

6. Puasa pada bulan Syawal – 6 hari
Tidak diperkenankan puasa pada 1 Syawal (19 Ogos 2012)
Antara 20 Ogos – 16 September 2012.

 

7. Puasa Daud – berpuasa selang seli
Berpuasa satu hari lalu berbuka satu hari. *kecuali hari2 yang dilarang berpuasa*

 

sumber: Blog Tausyiah275

 

 

Semalam SSL masak simple jah. Eceh, selama ni mana la pernah masak benda-benda leceh lagipon. Malas lah nak masak nasi sebab nasi ayam menu berbuka hari sebelumnya pun masih lagi berlambak dalam periuk, aduhhh sadisnya…. sungguh mengundang tangis dalam hati bila ada anak yang sangat cerewet bab-bab makan neh. Eh, eh mengumpat anak pulak padahal mereka tak berdosa! Nasib baiklah hari ni daku tak puasa ngeh3x….

 

 

     kt 025

Semalam berbuka dengan Char Kuay Teow Penang. Resepi di sini

 

 

Masa duk sibuk-sibuk masak, datanglah si budak cerewet….

“Ibu masak apa?”

“Kuay teow. Along nak?”

“Boleh jugak tapi Along punya tak nak bawang, tak nak kicap, tak nak sayur, tak nak cili, tak nak udang dan sotong!”

“Camner tuh???!!! Hmmmm…..”

 


 

kteow

OK siap!!!

 

 

Amacam? Zalim tak? Alah. Cakap saja. Ngeh3x…..

 

 

 

Caucincau!

Khamis, Mac 01, 2012

Terbosan-Bosan

 

Salam ladies,

 

Hujan turun rintik-rintik di luar sana. Mata pula terasa sungguh berat semacam. Rasa nak aje membaringkan sekujur tubuh ini ke pembaringan. Best kan kalau dapat tidur diulit hujan. Inilah keenakannya jika hari hujan, dapat tidur secara puas. Tapi ah, mana mungkin….. Kang terlajak tidur  terbabas pulak masa kang. Dah lah kejap lagi nak mendidik anak orang. Kelas paling melelahkan pulak tu. Daripada tidur lebih baik daku duduk termenung di tepi jendela menikmati titisan air hujan sambil mendengar alunan instrumental dari Youtube. Sambil-sambil tu boleh jugak layan perasaan blues. Ceh, banyaklah kau punya blues, makcik!

 

Hai, terbosan-bosan diri ini sebenarnya. Bosan melayan hujan, jom berblog pulak. Mahu menulis tapi nak tulis apa, ye? Menulis pun tiada arah tujuan ni. See, intro dah gaya cerpen pulak! Ah, biasalah…. SSL memang macam tu. Dulu kempunan sangat nak jadi penulis namun apakan daya hajat tak sampai. Akhirnya jadi penulis blog je. Phew~

 

Oh, ya kejap tadi baru aje selesai menengok facebook. Banyak juga perkongsian menarik dapat dikutip hari ini. Antaranya, yang ini…..

 

Sekadar Penghayatan ……

LEMBU : Aku makan rumput, tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. Kita tak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas tilam. Engkau tidur dalam kandang..mana nak sama.

TIBA-TIBA KEDENGARAN LAUNGAN AZAN...

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Samalah jelah kita..=p

 

Sumber :             

                      Ustaz Zamri

 

Huhuhu….ada sape-sape berperangai 2x5 lelaki di atas? Eh, bukan lelaki yang berkopiah tu tapi maksud SSL yang bercakap dengan lembu tu…. Ramai juga yang SSL kenal berperangai sebegitu. Teringat ungkapan seorang ustaz, “Orang tak solat dan tak tunai suruhan Allah serta langgar suruhanNya ialah orang yang tak memerlukan Allah langsung atau Allah tak perlu campurtangan langsung dalam kehidupan mereka. Memang dalam bahaya lah mereka itu.” So mari kita saling menjaga solat masing-masing, ye. Winking smile

 

Oklah kejap lagi SSL nak layan youtube aerobic, lepas tu nak tengok youtube cara buat origami pulak. Eh, eh ke manalah hala tuju  entri ni sebenarnya neh?! Garu-garu kepala yang tak gatal. Empunya blog pun dah keliru. Kejap jadi penulis cerpen, kejap jadi ustazah. Lepas tu nak share tutorial origami dan aerobic  pulak ke? Makin ke laut dah nampak gayanya.

 

Nampak sangat terbosan-bosannya hidup SSL petang ni, kan! Kesian…..

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...