Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label resepi sempoi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sempoi. Papar semua catatan

Khamis, Mei 10, 2012

Puasa

 

As Salam ladies,

 

Memandangkan hari ni cuaca panas maka amatlah sesuai untuk saya kemaskini blog. Aikkk apa kena mengena? Memang tak de kena mengena pon…guraulah….hehe gurau senda membawa bahagia. Semalam adalah hari ketujuh daku berpuasa. Kena ganti lekas-lekas sebab tak lama lagi kan bulan-bulan barakah akan muncul. Makanya, lepas ni eloklah mengerjakan puasa sunat pulak. Jangan lupa ya SSL tarikh-tarikh di bawah:-

 

1. Puasa sunat tiap hari Isnin dan Khamis (kalendar Hijriah/Masihi).

 

2. Puasa Tiga Hari Setiap Bulan (Tanggal 13,14,15 di kalendar Hijriah)
- 8, 9, 10 Disember 2011/Muharram 1433 H
- 7, 8, 9 Januari 2012/Safar 1433 H
- 5, 6, 7 Februari 2012/Rabi’ul Awwal 1433 H
- 6, 7, 8 Mac 2012/Rabi’ul Akhir 1433 H
- 5, 6, 7 April 2012/Jamadil Awwal 1433 H
- 4, 5, 6 Mei 2012/Jamadil Akhir 1433 H
- 3, 4, 5(Nisfu Syaaban) Jun 2012/Rejab 1433 H
- 3, 4, 5 Julai 2012/Sya’ban 1433 H
- Puasa (wajib) Ramadhan 1433 H – 20 Julai – 18 Ogos 2012
- 31 Ogos, 1, 2 September 2012/Syawal 1433 H
- 29, 30 September, 1 Oktober 2012/Zulkaedah 1433 H
- 29, 30, 31 Oktober 2012/Zulhijjah 1433 H. ***29 Oktober = hari terakhir Tasyriq, tidak boleh berpuasa***

 

3. Puasa Sepertiga Bulan – Yakni di bulan Zulhijjah (antara 17 September – 16 Oktober 2012).
Puasa pada 9 Zulhijjah (Arafah) bagi selain orang yang melaksanakan haji. Tanggal 25 Oktober 2012.
Puasa dilakuan 17 September – 16 Oktober 2012, terputus dengan Aidul Adha dan hari Tasyrik, dilanjutkan lagi pada 30 & 31 Oktober 2012.

Tidak boleh berpuasa :
Hari Aidil Adha – 10 Zulhijjah / 26 Oktober 2012.
Hari Tasyriq 11,12,13 Zulhijjah / 27, 28, 29 Oktober 2012.

 

4. Puasa Bulan Muharram – ‘Asyura’ selama 3 hari – 9, 10, 11 Muharram (4, 5, 6 Disember 2011).
Sangat dianjurkan tarikh 9 dan 10 (Tasu’a dan ‘Asyura). Boleh juga dilakukan tarikh 10 dan 11.

 

5. Puasa pada sebahagian bulan Sya’ban
Antara 21 Jun – 19 Julai 2012.

 

6. Puasa pada bulan Syawal – 6 hari
Tidak diperkenankan puasa pada 1 Syawal (19 Ogos 2012)
Antara 20 Ogos – 16 September 2012.

 

7. Puasa Daud – berpuasa selang seli
Berpuasa satu hari lalu berbuka satu hari. *kecuali hari2 yang dilarang berpuasa*

 

sumber: Blog Tausyiah275

 

 

Semalam SSL masak simple jah. Eceh, selama ni mana la pernah masak benda-benda leceh lagipon. Malas lah nak masak nasi sebab nasi ayam menu berbuka hari sebelumnya pun masih lagi berlambak dalam periuk, aduhhh sadisnya…. sungguh mengundang tangis dalam hati bila ada anak yang sangat cerewet bab-bab makan neh. Eh, eh mengumpat anak pulak padahal mereka tak berdosa! Nasib baiklah hari ni daku tak puasa ngeh3x….

 

 

     kt 025

Semalam berbuka dengan Char Kuay Teow Penang. Resepi di sini

 

 

Masa duk sibuk-sibuk masak, datanglah si budak cerewet….

“Ibu masak apa?”

“Kuay teow. Along nak?”

“Boleh jugak tapi Along punya tak nak bawang, tak nak kicap, tak nak sayur, tak nak cili, tak nak udang dan sotong!”

“Camner tuh???!!! Hmmmm…..”

 


 

kteow

OK siap!!!

 

 

Amacam? Zalim tak? Alah. Cakap saja. Ngeh3x…..

 

 

 

Caucincau!

Khamis, Mei 03, 2012

Resepi Bihun Hailam

 

As Salam ladies,

 

Kembali dalam segmen mari memasak bersama chef SSL! Dah lama tak buat kecah kat dapur kan jadi hari ni SSL nak kongsi dengan uols satu resepi yang sangat hebat iaitu RESEPI BIHUN HAILAM ngeh3x…malu I! Ye lahhh… I mana reti buat masakan kritikal!

 

Bahan-bahan (ikut apa yang ada kat dapur jah):-

1/2 paket bihun dicelur

sedikit isi ayam

sepaket fishball

bawang putih-diketuk

lada hitam-ditumbuk

sawi

carrot

cili merah

lada sulah

sos tiram -secukup rasa

kicap pekat manis-secukup rasa

sos tomato sikit

tepung jagung

air secukupnya

minyak untuk menumis

bawang goreng

 

 

Cara membuat kuah:-

 

food22811 208

Tumis bawang putih sehingga naik semerbak baunya. Kemudian masukkan ayam.

 

food22811 210

Masukkan fishball beserta air, biarkan mendidih.

 

food22811 212

Masukkan sos tiram, kicap, sos tomato, lada hitam, lada sulah, garam jika kurang masin, karot dan cili merah. Time ni dah terliur dah menengok fishball tu rasa nak ngap je..hehehe. Sabarrrr…belum siap lagi! 

 

 

food22811 214

Masukkan sedikit tepung jagung.

 

food22811 216

Akhir sekali masukkan sayur mayur.

 

food22811 218

Tabur sedikit bawang goreng. Siap.

 

 

Sedap weiiiii! Anak-anak lah yang kata…..ngeh3x. Oh ye, sedap dimakan dengan lada kicap juga. Selamat mencuba.

 

 

Caucincau!

Khamis, Disember 22, 2011

Resepi Nasi Kerabu

 

Baiklah, hari ini saya ingin mengajarkan kamu sekalian cara-cara untuk membuat Nasi Kerabu versi sempoi. Semua dah sedia?  Yang baju biru tu…mana pen dan kertas? Ok sekarang sesapa yang tak ada pen dan kertas pergi cari dulu. Cepat!

 

Cehh sangat berlagak masterchef nih! Yucks …haha.…

 

Sebenarnya aktiviti ni dah agak lama dikerjakan, bila la ntah SSL lupa pulak. Kiranya ini kenanganku di masa silam. Kenangan ketika semangat untuk mengasapkan dapur tengah membara. Ketika sifat-sifat rajin menguasai diri. Hari-hari masak sendiri. Hari-hari makan lauk masakan sendiri. Hari-hari kenyang makan masakan sendiri. Tapi itu dulu tapi dalam dua tiga hari ni, hari-hari……………. daku beli! Macam tak ada mood ke apatah!Crying face

 

Ah, sudah! Jangan banyak cakap. Mari kita lihat bahan-bahan serta cara-cara membuat Nasi Kerabu :-

 

NASI

Bahan : 

  • 3 cawan nasi
  • 3 helai daun limau purut@daun pandan
  • Nak letak pewarna kuning atau  pewarna bunga telang pun boleh tapi saya tak letak, nasi adalah putih seputih-putihnya.

 

Cara :

Masak macam sukatan biasa.

 

 

SAMBAL KELAPA

Bahan :

  • setengah biji kelapa parut
  • 5 ulas bawang merah  
  • 15 biji lada hitam
  • sedikit halia
  • 3 batang serai
  • 4 ekor ikan kembung
  • garam dan gula secukup rasa

 

bjagr25811 010bjagr25811 009bjagr25811 014

 

Cara :

  • Goreng kelapa parut sehingga kekuningan/keperangan dengan api kecil, kacau selalu.
  • Di dalam periuk lain, rebus ikan masukkan garam sikit kemudian ambil isinya.
  • Tumbuk lada hitam, halia, serai dan bawang. Masukkan ikan serta garam dan gula. Kemudian campur dengan kelapa tadi.

 

 

KUAH TUMIS NASI KERABU

Bahan :

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang merah kecil ataupun sederhana (dikisar)
  • cili boh
  • 3 batang serai dititik
  • halia 
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan santan pekat
  • gula (sebanyak rasa) dan garam (secukup rasa)
  • 2 senduk minyak untuk menumis

 

       bjagr25811 015bjagr25811 016bjagr25811 037

 

 

Cara :

Panaskan minyak, tumis cili, kemudian masukkan bawang besar dan merah. Sekali sekala kacau hingga ia pecah minyak. Kemudian masukkan serai, halia dan asam keping. Masukkan santan dan seterusnya garam dan gula. Masak selama 1 jam lebih. Elok dimasak sehari awal.

 

 

BUDU

Sebab resepi SSL ni versi sempoi, jadi untuk menyempoikan lagi ciri-ciri budu, maka SSL guna budu mentah sahaja. Eleh cakap je la kau malas, kan senang.. tapi buat mereka yang rajin, kalau nak masak budu tu pun boleh jugak. Inilah caranya  :-

 

Bahan :

  • budu
  • 1 batang serai dititk
  • 1 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit gula melaka

 

Cara :

Campurkan semua bahan dan masakkan di atas api perlahan. Biarkan mendidih seketika kemudian angkat.

  bjagr25811 035

 

SAMBAL LADA

Bahan :

  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 3 sudu cuka 
  • sedikit air
  • garam gula secukup rasa.

 

Cara :

Blender semua sekali sampai hancur.

 

 

                    bjagr25811 029

 

 

KERABU 

  • Untuk ulam, boleh guna bunga kantan, daun kesum, timun, taugeh, kacang panjang dll tapi di kedai berhampiran rumah SSL tak berapa ada semua tu. Yang ada cumalah daun kesum, kacang botol dan taugeh sahaja. Maka eloklah mempergunakan apa-apa yang wujud sahaja. Manakala yang tak wujud, biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

 

 

 

 IKAN CELUP TEPUNG

Bahan:

  • 6 ekor ikan kembong dipotong 2
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit air

 

 

bjagr25811 026 

Cara :

Bancuh semua bahan dan celup ikan lalu digoreng.

 

 

 

TATTADAAAAAA!

 

bjagr25811 044

 

Nikmatilah dengan orang tersayang. Rasanya confirm sedap … sikit lagi nak sama sedap dengan nasi kerabu buatan mak mertua  KD  he..he…. (^_^)

 

 

 

 

 

Caucincau!

Khamis, Disember 01, 2011

Resepi Bubur Lambuk Versi Mudah (Tapi Lazat)

 

 

…..ewah ewah ye ye je tokok tambah perkataan lazat! Hihi…Smile with tongue out

 

 

food22811 224

 

Nah, semalam akhirnya berjaya juga SSL masak bubur lambuk  selepas beberapa lama duk kempunan.  Akibat kempunan yang tidak terperi sampai breakfast pagi ini pun saya masih ulang makan lagi. Menyayat hati betul!

 

Kalau makan bubur ni saya tak de la menambah 3 mangkuk je….kurang-kurangnya 6 – 7 mangkuk. Burpp! Alhamdulillah dah kenyang dah ni… sambil kekenyangan terbuat pulak entri ni hihihi…….

 

Baiklah untuk membuat bubur lambuk versi SSL ni sangatlah tidak remeh. Kawan-kawan, jom kita melambuk sekarang!

 

lmbk28811 001

 

Mula-mula cuci 1 pot beras kemudian masukkan air, rempah sup tulang Adabi, hirisan halia, 1 kiub stok pati lembu Knorr, sedikit garam dan daging cincang. Masak dengan api kecil. Dah pekat tambahkan air lagi sekali sekala.

 

tumis             

Kemudian 6 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan sedikit halia ditumbuk halus lalu ditumis di dalam kuali. Sesudah naik bau, tuangkan bahan tumisan tersebut ke dalam periuk tadi. Gaul rata.

 

food22811 229

 

Masukkan pula sebatang karot yang dipotong dadu beserta bahagian keras batang daun sup. Masukkan juga 1 sudu besar pati santan. Kalau tawar tambah garam, kalau pekat tambah air lagi dan biarkan ia mendidih. Dah siap, hidangkan dalam mangkuk. Tabur bawang goreng beserta daun sup. SIAP.

 

Ok selamat mencuba ye, kawan-kawan!

 

 

Caucincau!

Rabu, Oktober 19, 2011

Minggu Peperiksaan Makan Paru Goreng Pedas

 

Salam ladies,

 

Mula-mula sekali, mari salahkan broadbandku yang dah seminggu asyik buat hal - balik ke perangai lama slow giler mengalahkan siput Spongebob, apa ke nama dia… hah, Si Gary tuh! Grrrrrrr…… Dan minggu ni juga adalah minggu saya menggabrakan diri, minggu saya cepat hilang sabar dan minggu saya stress secara tiba-tiba. Manakan tidak, final exam sudah bermula hohoho! Gabra ibu, nak oi!!

 

Hari ni dah masuk hari ketiga dah mereka berjuang. Harap-harap masing-masing dapat melakarkan kejayaan yang boleh dibanggakan.

 

Mereka yang berjuang……

 

 

basuh kain 042

Muka macam mayat hidup, sampai juling mata si Along sebab dah cuak dah banyak benda dia tak faham huhuhu… manakala si Nyanyah pulak riang gembira nampaknya. Harap-harap result pun gempak. InsyaAllah.

 

 

 cek285 030

Eh, eh…. si Adik pun tekun jugak macam dia la pulak yang ambik exam kihkihhh.

 

 

Buat anak kandung dan anak-anak didik, jangan menyerah kalah dan buatlah sehabis baik OK…good luck bebeh! THE END….

 

…….. habis dah cerita budak-budak exam. Kini kita beralih pula ke stori lain, cerita masak-memasak ler pulak. Ya ampun, sebenarnya dah lama jugak  SSL tak jenguk dapur ni….ceh dasar pemalas bini sapa la ni, ye!!! Nah ambik kau penumbuk Rajinikanth, bedebusyhh terpelanting 35 meter! Hohoho……

 

Ni saya nak tanya….. suka tak makan paru? Saya suka ok! Sebelum ni memang tak pernah pun masak lauk ni. Kalau teringin sangat, SSL  beli aje sebab …. kan sudah ku bilang sedari tadi diriku ni kan chef pemalas heheh…..  lagipun tak de sorang pun dalam anak beranak kami yang membuak-buak seleranya terhadap benda alah eksotik ni melainkan diriku. Tapi semalam diriku ini tiba-tiba rasa gelenya la pulak nak try masak sendiri heheh.  Kiranya inilah first time SSL masak paru, tau! *Bangga.

 

Ladies and gentlemen,  dengan perasaan bongkaknya maka tibalah masanya untuk diriku mempersembahkan jengjengjeng….. masakan Paru Goreng Pedas Kali Pertama hehehe…. Nama resepi sudah semestinya gempak, OK!

 

 cek285 055

nampak macam yek tapi sedap sebenarnya

V

V

V

V

 

cek285 063

gaul sehingga sebati

V

V

V

V

 

cek285 069

Siap. Wohooooo!!!! Siap ada toncet...

 

Nampak macam kelakar tak lauk paru ini? Biasalah, nama pun first trial kan, banyak terserlah kelemahannya di sana-sini…… tapi masa saya makan semalam rasanya sedap jugak macam yang jual kat kedai lah. Not bad. Licin pinggan tau..ngehngehngeh.....Syabas Inspektor Sahab!! Syabas!!!!!

 

Huh lebih-lebih pulak puji diri sendiri…… eeeeee meluat tau orang baca. OKlah sebelum sesiapa mintak-mintak resepi…di sini SSL dengan bongkaknya..eh..eh..tak, dengan sincere nya nak share dengan uols. Perhatian : resepi ni untuk adik-adik yang baru nak belajar main masak-masak aje OK. Akak-akak otai baca diam-diam sudah. Jangan gelak. Bukannya apa kalau akak-akak gelak, saya jadi malewwwwww tawwwww! 

 

RESEPI PARU GORENG PEDAS KALI PERTAMA

 

Bahan-bahannya, adik-adik :

paru
kunyit serbuk
2 sudu besar cili kering yang dimesin
4 ulas bawang putih dimesin
bawang besar sebelah (ukuran saiz besar) dimesin
garam dan gula secukup rasa
sesudu kecil sos tiram

Cara-cara :

Rebus paru dalam 10 - 15 minit atau hingga empuk. Sejukkan kemudian potong nipis nipis. Gaulkan kunyit dan garam. Goreng. Ketepikan paru yang telah digoreng, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering. Sesudah naik minyak, masukkan sos tiram, garam dan gula. Selepas itu masukkan paru tadi, kacau hingga sebati.

 

Kemudian bolehlah kita letak dalam pinggan, hias, hidang dan....makannnnnnnn! Ewah macam iklan Oreo la pulak!

 

 

Caucincau!

Selasa, Oktober 04, 2011

Hatiku Milikmu

 

Salam Ladies,

 

Walaupun gambar blur tak menarik namun lauk-pauk ku wah memang gempak!

 

food22811 062   food22811 068 

 

Hek eleh main masak–masak macam ni pun dah kecoh gila. Dua lauk je pulak tu! Cuba intai blog Wan Ryna dan Anna Qawina tengokkkk! Heheh …. alamak tutup muka malu kat orang kampung. Ooo reti gak malu ya.

 

Semalam memang malas betul masuk dapur. Eh, bukan ke hari-hari? Huhuhu memang hari-hari SSL malas sebenarnya. Huh perangai…… Just because tak nak bagi model-model tetap kebuluran di rumah maka seseorang terpaksalah merajinkan diri. Nak harapkan bibik? Owh berangan je la…. nak harapkan siapa lagi kalau bukan si ibu perasan vogue ini awww. Syuh syuh pergi masuk dapur syuh!

 

Resepi Tomyam Ayam Mudah

 

food22811 053 

Campak semua sekali  1/2 ekor ayam, 4 ulas bawang putih ditumbuk, 1 biji bawang besar dipotong empat, sehiris lengkuas, sesudu kecil cili boh, 2 biji tomato, 3 batang serai dititik, garam,  patahkan batang daun bawang dan sedikit air. Biarkan mendidih. 

Tambah air lagi dan biarkan mendidih lagi. Setelah itu masukkan 3 helai daun limau dan sedikit pes tomyam, sayur karot, cendawan dan bunga kobis.

Akhir sekali, masukkan cili padi, garam, jus limau, kacau sekejap dan matikan api. Sebelum hidang, tabur  daun bawang yang dipotong sepanjang 2cm. Siap.

 

Resepi Sotong Goreng Kunyit

 

food22811 066

4 ekor sotong dipotong dan digaul dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada sulah sikit. Perap sekejap.

Panaskan minyak di dalam kuali. Bila dah panas, tumis 3 ulas bawang putih yang ditumbuk sampai naik bau. Masukkan sotong dan kacau sebentar. Letak air sikit, tak letak pun tak pe. Tambah garam lagi jika perlu. Masak kejap je. Tabur daun bawang. Siap.

 

Hah tu dia! Walaupun masak lauk simple aje tapi masing-masing makan bertambah. Alhamdulillah…

 

Kelakar betul la si Adik. Lepas makan nasi SSL hidangkan kudapan popular sepanjang zaman iaitu biskut bantal pedas sebagai peneman tengok TV. Bukan main excited lagi dia… wah sedap la ibu buat biskut ni ….esok buat lagi, ya! Hahaha….Baiklah nak!  

 

 image

  Nanti nak google resepi cara buat biskut bantal pedas!  (-_-")

 

 

Sementara diorang tengok TV si ibu pulak melayan video clip di bawah. Fuyyo berjiwang sorang-sorang nampak!

 

 

Lagu feveret minggu ini memang sedih betul. Hwaaaaaaaaaaaa nak nangis!!!

 

 

Caucincau!

Rabu, September 21, 2011

Resepi Puding Triffle

 

Salam ladies, 

 

Seperti dijanjikan meh kali ni SSL nak tunjukkan cara buat Puding Triffle pulak. Resepi pimple simple ni sangat sesuai untuk sesapa yang dasar pemalas tahap gaban macam SSL….hehehe…. Silakanlah try ye… senang macam kacang je, masak kacang pun tak sesenang ni okeh.

 

Jap jap.. tengok hasilnya dulu..

 

resepi110919 073

resepi110919 072

hmmm…OK la kan….

 

 

Bahan-bahannya:

- Swiss Roll

- Kristal Jelly

- 1 tin susu cair

- 1 tin fruit cocktail & nata de coco

- Tepung Castard

- Gula

 

Cara membuatnya puan-puan,

 

 

resepi110919 060 resepi110919 059 

Susun kek swiss roll ke dasar bekas. Gelas  pun boleh. Yang ni SSL guna perisa kopi. Tapi rasanya perisa pandan lagi sedap. Seelok-eloknya gunalah bekas transparent baru nampak cantik mengancam puding kita tapi  SSL takde T_T.  Nantilah, balik Klate lain kali nak cari sebijik kat Rantau Panjang.

 

 

resepi110919 057  resepi110919 065

Dah susun kek cantik cantik, kita masak kastard pulak. Jangan panik ya, cara masak kastard ni takde la susah mana pon. Masukkan 7 sudu tepung kastard, 7 sudu gula, 1 tin susu cair, 1 tin air masak guna bekas tin susu tadi dan tak lupa masukkan lebihan air dari 1 tin fruit cocktail. Kacau kacau sampai pekat. Tutup api. Dah! siapppppppppppp dah tepung kastard kita. Tuangkan ke dalam bekas dan sila tunggu sehingga keras.

 

 

 

resepi110919 003  resepi110919 069

Bila kastard tu dah keras, kita letak lah apa-apa jenis buah. SSL letak 1 tin fruit cocktail dengan nata de coco. Buah je ye…airnya dah dimasukkan dalam kastard tadi.

 

 

 

resepi110919 007 

Akhir sekali, masukkan jeli. SSL guna jeli perasa strawberi jenama Nona. Cara-cara nak masak jeli ada dalam belakang kotak. Alaaa masak jeli ni senang je. Panaskan air dalam kuali, masukkan serbuk jeli kacau hingga hancur. Tutup api pastu bolehlah tuangkan ke atas fruit cocktail tadi. Tunggu jeli keras sikit kemudian simpan dalam peti ais. SIAP.

 

 

Juadah ni sangat digemari oleh budak-budak sebab rasanya yummy!! Licin diorang bedal sampai tuan rumah pun tak sempat merasa….Hahaha suka, suka.

 

 

Caucincau!

Isnin, September 19, 2011

Resepi Mi Kari

 

Salam ladies,

Sepanjang bulan Syawal ni ada la beberapa kali SSL buat open house. Buat beberapa kali sebab lebih suka jemput tetamu sikit-sikit dan masak pun sikit-sikit aje, taklah membazir.

So, sempena kedatangan segerombolan tetamu-tetamu VVIP beraya ke rumah baru-baru ni, maka SSL telah menyediakan juadah istimewa buat mereka iaitu mi kari, bihun hailam dan pudding triffle. Nasi impit, kuah kacang, rendang segala tak buat sebab dah muak! So dengan bersemangatnya hari ni SSL nak share resepi mi kari dulu. Resepi lain, esoklah pulak OK. Muahhaha... juadah simple pun ada hati nak share resepi, kan..muahahha.. bioooo lerr.. ada mak kesah...

 

RESEPI MI KARI

Bahan- bahan

Kari:

- isi ayam (dihiris)

- 2 ulas bawang besar (kisar halus)

- 4 ulas bawang putih (kisar halus)

- 1 inci halia (kisar halus)

- 2 paket kecil serbuk kari ayam/daging (dibancuh dalam air panas)

- 1 sudu besar cili boh

- santan kelapa dari 1 biji kelapa

- 50 gm udang kering (dikisar)

- 1 paket bebola ikan (dipotong 2)

- kentang

-air asam jawa sikit

- garam

- gula

- minyak

- daun kari

bahan sampingan:

- tauhu yang digoreng dan dipotong

- kek ikan yang digoreng dan dipotong

- daun sup

- cili merah

- telur rebus

- bawang goreng

- memandangkan tetamu adalah dari golongan VVIP, maka saya tak letak taugeh

cara-cara:

Mula-mula panaskan minyak dulu. Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili sikit, kari, daun kari dan sedikit air.

Lepas tu masukkan ayam, udang kering, garam dan gula. Bila ayam separuh masak, masukkan santan dan masukkan bebola ikan pulak. Kari mestilah cair sedikit.

Bila kari sudah masak, hidangkan bersama mi kuning dan letakkan bahan sampingan.

 

 

Ok, mari kita lihat hasilnya!

 

resepi110919 103

Laaa..terlupa letak telur rebus daa

 

resepi110919 016 resepi110919 020nokia11912 479 resepi110919 042

tetamu VVIP

Mi kari ni  sebenarnya dah sedap pada lidah saya tapi hari tu ada 2, 3 orang anak-anak komplain terkurang garam doh. Amboi, yang peliknya dalam pada tawar-tawar tu. bertambah jugak mereka makan. Dahsyat tak dahsyat lah kan, tengah lapar mungkin. Alaa next time makcik SSL letak lebih garam. Lepas ni mesti menjilat jari. Bukan takat jari, pinggan pinggan nanti jilat tau!!!

 

 

Caucincau!

Isnin, Ogos 22, 2011

Nasi Goreng Cendawan : Tahukah Anda?

 

 

food22811 131

Menu sahur

 

 

Tahukah anda?

Ahli sains di seluruh dunia bersepakat jika Nasi Goreng Cendawan dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi Goreng Cendawan juga dipercayai boleh digunakan sebagai penawar untuk menceriakankan hati sesiapa saja terutama apabila dimasak oleh seorang blogger bernama So Shy Lady (bukan nama sebenar)…ngeh3X

 

 

RESEPI NASI GORENG CENDAWAN

Bahan-bahan
nasi semalam (bukan minggu lepas)
isi ayam, dipotong kecil-kecil
2 biji telur
sedikit serbuk kunyit
beberapa keping cendawan tiram yang besar, dihiris
serbuk lada putih
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Bahan untuk dikisar halus
sedikit cili padi
5 ulas bawang putih
separuh bawang Holland

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik aromanya. Goreng hirisan ayam sehingga hampir masak. Apabila garing, masukkan telur, serbuk kunyit, cendawan, lada putih dan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau hingga sebati dan rata. Tabur bawang goreng dan daun sup sebelum dihidang.

Nasi goreng cendawan enak dimakan panas-panas semasa sahur tambah-tambah jika ada ayam goreng berempah, pasti terangkat meja!

 

Caucincau!

Khamis, Jun 30, 2011

RESEPI SAYUR LODEH dan RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Salam  kengkawan,

 

Bulan ni semua orang gigih ganti puasa kan. Saya pun masih on the way lagi ni. Tinggal 3 hari lagi yang perlu diqada’. Yok kita puasa yokk! Anyway, di bawah ialah masakan yang telah disediakan oleh puan chef SSL sebagai juadah bersahur beliau. Jom kita saksikan. Harap-harap tidak menjejaskan air liur sesiapa!

 

 

julie11 122

Main hentam je snap gambar…..cepat SSL, wei sahur time dah nak habis la

 

 

Tak perlulah ber WOW WOW WOW terlebih kagum dengan usaha gigih tak berbelah-bahagi puan chef duk klepang klepung kat dapur sebelum sahur, ya. Hahaha……sebenarnya nasi impit, sayur lodeh dan sambal sotong tu udah siap-siap dimasak malam semalam lagi. Pagi cuma perangatkan saja.  OK hari ni puan chef tak nak berapi-api cerita tentang kelazatan ke, kesedapan wallaweh ke, keawesomean ke apa. Yang pasti semuanya udah selamat dihadam dengan jayanya oleh usus puan chef ni heheh….

 

Berikut ialah RESEPI SAYUR LODEH untuk rujukan diri sendiri sebab raya nanti ingat nak buat lagilah….

 

julie11 121

dalam proses

 

 

Bahan-bahan:

  • cili boh
  • 1 biji bawang besar – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 jari kunyit hidup – kisar
  • 1 hiris halia – kisar
  • 2 sudu udang kering
  • 2 batang serai – dititik
  • udang hidup ( tak letak, alergik)

 

  • Bahan sayur dipotong :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang (tak letak, tak suka)
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 biji terung panjang (tak letak, tak suka)
  • 1 keping tauhu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil
  • 2 keping tempe - dipotong
  • 1 ikat su'un - direndam
  • lada merah - dipotong serong
  • 2 liter santan pekat dan cair - drpd 1 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

 

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan udang kering dan tumis lagi kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tauhu kering dan tempe, sayur-sayuran bermula dengan yg keras dulu, tauhu basah, tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh suun, garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Bolehlah hidang sayur lodeh dengan nasi himpit dan juga sambal tumis.
 

 

Ini pula puan chef SSL nak sebarkan RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG pulak.

 

 

julie11 118

pekat likat nih

 

Bahan-bahan:-

  • 1 ekor sotong kembang
  • cili boh
  • garam
  • gula letak lebih sikit
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • Bahan Dikisar Halus:-
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • sehiris halia
  • sedikit belacan

Cara-cara:-

  1. Sotong, dipotong sederhana besar, celur dalam air mendidih 2 - 3 minit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili boh dan terus menumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga rata. Masukkan sotong tadi dan gaul hingga semua mesra. Biar masak 10 - 15 minit hingga menjadi pekat tetapi tidak kering.

 

 

julie11 134

Sebelum  makan puan chef gemar tabur ikan bilis celup tepung sebab puan chef rasa cruncy cruncy tu menambahkan lagi kesedapan

 

 

Kalau sesiapa nak puji, dipersilakan, ya jangan malu-malu! Sekurang-kurangnya dapatlah memotivasikan puan chef pemalas ni untuk lebih kerap masuk ke dapur hahaha……eh, eh harap tiada siapa yang meluat, ok. Itu saja buat hari ini. Tugasan seterusnya ialah membizikan diri meronda blog kawan-kawan pulak.

 

 

Today’s Lesson:

Oh, ye semalam sempat google pasal ISRA’ DAN MIKRAJ dan saya jumpa ini…….

 

Jangan Tangguh Taubat

 

 

……di sini. Moga mendatangkan insaf dan taubat dalam diri kita. Amin.

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...