Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label isu karan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu karan. Papar semua catatan

Selasa, Disember 27, 2011

Samun dan Bakar

 

 

As Salam ladies,

 

   nb 003

    Feeling feeling mat saleh breakfast with spaghetti bologneseWinking smile

 

Oh jangan risaulah… pagi ni SSL bukan nak mentulis cerita pasal spaghetti pun. Kisah spaghetti akan dikisahkan pada masa akan datang, itu pun kalau rajin hahaha… Sambil melantak, saya baca paper online. Uols dah baca paper tak pagi ni? Kalau belum, silalah baca berita di bawah. Berita ini saya cetak rompak dari myMetro.

 

 

MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.
MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.

 

KAJANG: Samun dan bakar. Itulah tindakan kejam kumpulan penyamun yang memecah masuk dan mencuri barangan berharga sebelum membakar dua banglo di Bandar Rinching, Semenyih di sini, dipercayai bagi menghapuskan bukti dalam kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kumpulan terbabit tidak menghiraukan kehadiran anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berusaha memadam kebakaran di rumah pertama, sebaliknya mereka terus membakar rumah kedua yang kedudukannya hanya bersebelahan.

Difahamkan, akibat perbuatan itu jumlah kerugian membabitkan kedua-dua banglo berkenaan dianggarkan mencecah RM1 juta namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penghuni ketika insiden berlaku.

Sumber polis berkata, kumpulan terbabit dipercayai menggunakan pemotong besi untuk memotong mangga bagi memecah masuk ke rumah pertama.

“Selepas mencuri barangan berharga di rumah pertama, kumpulan terbabit kemudian membakar rumah itu dan meninggalkannya.

“Kumpulan terbabit kemudian memecah masuk rumah kedua yang terletak bersebelahan dengan rumah pertama dipercayai menggunakan kaedah sama,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat yang menerima laporan mengenai kejadian itu segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum usaha memadamkan kebakaran itu dilakukan.

“Ketika bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di rumah pertama, anggota bomba ternampak rumah kedua turut dijilat api,” katanya yang menyatakan anggota bomba mula mengesyaki punca kebakaran itu bukannya disebabkan masalah teknikal sebaliknya kegiatan jenayah. Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian manakala anggota bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran di rumah kedua itu.

Sumber berkata, selepas meninggalkan rumah kedua, kumpulan itu dilaporkan cuba memecah masuk ke rumah ketiga yang terletak selang tujuh rumah dari lokasi pertama dan kedua.

“Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila sistem penggera rumah berkenaan berbunyi menyebabkan kumpulan terbabit segera melarikan diri,” katanya.

 

Sumpah menakutkan dan betul-betul sadis. So, kita-kita semua just be extra careful lah eh! Ini jam ramai desperado di luar sana. Yang sanggup berbuat apa saja untuk hidup senang cara mudah. Untuk keselamatan diri marilah kita praktikkan amalan-amalan yang diterima syara’ seperti di bawah (kuasa ikan ke, kuasa lidi ke, jangan percaya hokeh!) :-

 

1. Baca doa berikut:

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

 

2. Ayatul Kursi

Puan Saffiah Mohd Yusof – “Saya memang mengamalkan setiap kali selepas solat dan bila hendak keluar rumah tetapi sekarang saya amalkan 18 kali sehari kerana fadhilatnya lebih besar, InsyaAllah. Baru-baru ini rumah jiran sebelah rumah saya dimasuki pencuri, malam yang sama saya pergi ke bandar jadi rumah saya juga kosong. Alhamdullilah rumah saya tidak dimasuki pencuri, tetapi di dua tempat (cermin) rumah saya terdapat bekas tangan orang hendak membuka tingkap. Polis mengesahkan bekas tapak tangan itu masih baru. Kebesaran Allah jua melindungi rumah saya pada malam itu. Oleh itu, bolehlah saudara muslim yg lain amalkan untuk perlindungan diri, keluarga dan harta benda.”


3. Juga amalkan selalu membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas.
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.

 

Waalahu a’lam.

 

Ok, bai… SSL nak sambung makan spaghetti lagi. Caucincau!

Jumaat, Oktober 07, 2011

Macamlah Perempuan Boleh Mengandung Sendiri!!!!

 

Salam ladies,

 

imageKes buang bayi di Selayang Baru. Glamer si ibu ni masuk paper…. si bapanya mana? Dah Lari?

 

Semua orang yang ada hati perut pasti akan rasa geram, sakit hati, kasihan dan terkilan setiap kali baca berita pasal bayi baru lahir kena campak dalam longkang atau dibuang tepi jalan. Kalau ada orang yang tak rasa apa-apa tu, besar kemungkinan dialah bapak kepada bayi tersebut!!

 

Semua orang kemudiannya pakat-pakat menyalahkan si ibu yang tergamak membuang anak sendiri. Berpikul-pikul kita maki dan keji dirinya. Kita tuduh dia macam-macam. Sudahlah tidak berlaki, beranak dan buang anak sendiri pula. Murah. Gatal. Tak ada maruah. Jahat. Ya, kata-kata itulah yang selalu dilemparkan kepada mereka. Lalu ramailah pula yang mengharapkan agar si ibu kejam ini dihukum seberat-beratnya atas perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

 

image

Huhuhu…putih melepak budak nih! Sayangnya…

 

Tetapi tidak ramai pula yang menyumpah dan mengeji si bapa, tukang yang bertanggungjawab menyebabkan anak itu lahir. Sebabnya, yang selalu tertangkap dalam kes-kes begini cumalah perempuan. Yang lelakinya awal-awal lagi dah menghilangkan diri. Hmmm tak de lah takjub sangat kan. Bab lari dari masalah dan tanggungjawab ini memanglah salah satu kepandaian kaum mereka. Sila panas bontot, okeh!

 

SSL ni bukanlah berat sebelah. Ya, lah apa saja perbuatan tidak berperikemanusian sepatutnya diberi hukuman setimpal – walaupun yang melakukannya perempuan. TETAPI, ada TETAPInya! Dalam kes begini, SSL memang amat tak setuju seandainya satu pihak saja dijatuhkan hukuman. Dan selalunya pihak itu ialah pihak  perempuan. Perempuan je la yang keluar masuk paper dan glamer sorang-sorang kat TV. Mana aci macam ni? Manakala si pembuat onar dibiarkan terlepas dan bermaharajalela ikut suka hati mak bapak mertua dia! Lepas tu pergi buat onar kat anak dara lain pulak.

 

Patutnya merekalah yang mesti dikenakan hukuman lebih berat. Mereka kan khalifah!! Tak kira la, penjara 60 tahun ke, sebat 100x ke, potong kaki sebelah ke, asal yang berat-berat atau himpun semua pesalah-pesalah seks (bapa bayi yang dibuang, perogol, pencabul, peliwat dll) jadikan mereka buruh bina bangunan ganti segala mat-mat Indon dan Bangla yang mana ada sekarang ni. Ada la jugak sumbangan diorang kat negara kita ni nanti. Okey tak cadangan ni?

 

Kesimpulannya kita memang kutuk dan hina sekeras-kerasnya kedua-dua mereka yang terlibat sebab perbuatan buang anak ni bukan perangai manusia tak kisah lah betapa susah nak  kawin ke ape ke. Tak kisah lah apa alasan nak diberi, banyak lagi  solution lain sebenarnya. Even kalau kena rogol pun buatlah laporan polis dan pergi hospital. Kalau dah terlanjur, pegi pusat kebajikan. Kemudian bertaubatlah. Buang dan bunuh anak bukanlah jalan penyelesaian! Lagi sekali wahai golongan khalifah, silalah bertanggungjawab, jangan tahu nak lari saja.

 

 

Today’s Lesson :

Ramai ibu bapa dan muda-mudi hari ini mengabaikan agama dan moraliti. Dunia dah semakin tenat. Hanya undang-undang Allah sajalah yang mampu memandu manusia ke arah jalan yang benar tetapi apsal ramai menolak, ek? Tak faham betullah!!! Segala yang datang dari Allah itu bukan ke bertujuan untuk membawa kebaikan kepada manusia? Dah ada jalan penyelesaian pun masih buat-buat tak nampak! Musykil!!! Maaf, ini bukan politik.

 

 

Caucincau!

Khamis, Ogos 18, 2011

Cukup, Cukuplah!

 

Salam ladies,

 

Saya sedar, bulan baik hari baik begini adalah sangat tidak molek kita mengata, kan. Tapi itu pakai mulut. Kalau pakai notebook tidaklah mengapa…..kwang3x.

 

Sebenarnya hari ini cadangnya nak kongsi resepi dengan anda sekalian. Almaklumlah mengikut pemerhatian saya yang begitu tajam menikam kalbu ini, kata kunci ‘resepi’ telah dikatakan menjadi kata kunci yang sangat popular dalam Google Search Engine Malaysia sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini. See, entri saya yang bertajuk Resepi Lontong dan Resepi Sambal Sotong Kembang juga turut terkena tempiasnya di mana sebelum ni tak pernah pun wujud dalam senarai tiba-tiba mendadak naik ke tangga ke-4 dalam Carta Catatan Popular Blog Tak Semenggah SSL ni.

 

Wow syabas buat I, eh..eh takkk…buat wanita-wanita Malaysia sebenarnya kerana telah terbukti walaupun diri kepenatan dengan pelbagai tugasan namun masing-masing masih tetap berusaha menggodek resepi dengan niat ingin menghasilkan juadah berbuka paling istimewa buat keluarga tercinta. Cayalah.

 

Namun demikian, puan-puan sekalian pada saat ini saya rasa nak tolak ke tepilah sekejap rancangan Bersama Chef SSL, ya kerana ada isu lain lagi yang lebih penting yang ingin saya kupas di tengahari yang berbahagia ini. (Sila baca ala-ala pegacara WHI)

 

Sebenarnya dalam mood gembira berpuasa hari ini, hati saya tiba-tiba berasa geram. Ini semua gara-gara mendengar berita di Radio Era pada pagi tadi tentang satu kes melibatkan seorang gadis di Subang Jaya yang telah dilaporkan hilang dan dipercayai diculik. Setelah disiasat rupa-rupanya didapati….damn gadis itu sebenarnya lari mengikut kekasih hatinya dan rahsia terbongkar apabila didapati mereka jugalah yang menjadi dalang di sebalik komplot rancangan penculikan diri sendiri tersebut. Lhoooo……Huk, aloh…bakpo gak mu jadi bodo lagu tu?

 

Adoi la penat betul, kan dengar kisah gadis hilang ikut teman lelaki ni. Jarang kita dengar kes anak lelaki hilang sebab ikut perempuan. Yang hilang lepas buat aniaya kat perempuan adalah banyak. Saya yakin gadis yang merancang penculikan diri sendiri tu pasti kena tipu hidup-hidup. Entah apalah yang dijanjikan oleh kekasihnya itu tetapi kita tahu mesti klise punya.

 

Mesti ada ayat-ayat sehidup semati dan cinta sejati. Dan gadis yang naif dan lurus bendul itu pun percaya. Kerana keluarga menghalang atau mungkin ada masalah lain maka terjadilah episod yang menyedihkan ini. Dia tak sedar yang dia sudah termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh spesis manusia yang berperikebi#@&% oppss!! Sadis sungguh, kan! Mari kita berdoa agar perkara begini tidak berlaku pada ahli keluarga kita.

 

Di sini, kepada gadis-gadis di luar sana yang mungkin telah tersilap langkah, dengarlah pesanan khidmat masyarakat dari ahkak ini…….

Pulanglah ke pangkal jalan. Tolonglah! Kalaupun tak kesiankan mak ayah yang mengharapkan kepulangan anda, kesiankanlah pada diri anda sendiri. Jangan biarkan kebodohan orang lain mempengaruhi diri kita. Cukup, cukuplah!

 

Caucincau!

 

 

 

Red rose Semalam, lupa la nak taip… sumber teka-teki : kiriman Anugerah Insani. Jangan kecil hati, ya Anugerah Insani. Next time share lagi, OK!

Selasa, Mei 03, 2011

Hadiah Dari Mertua

Assalam, 

Maka hari ini dapatlah update setelah beberapa hari tidak bersiaran huhuuu... hei hei hello ladies!

Macam biasa kalau cuti, tak sempat nak online. Banyak masa dihabiskan berlibur dengan keluarga. Namun saya nak ucap jutaan terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan blogger yang sudi singgah dan meninggalkan komen. Thankies thankies for dropping by … sepantas kilat saya terjah uols pulak okay bebeh. BTW*, sila siapkan apa-apa yang patut nasi beriani ke nasi ayam ke saya nak datang kejap lagi niiiii....ekeke.. Wahai pembaca warga emas, *BTW  maksudnya by the way, faham semua?

Isyhhh....hari ni saya tak tau nak cerita-ceriti pasal apa. Tuesday blues mungkin. Eh ada ke? OK buat mereka yang rasa agak lemau hari ni, di sini saya just nak share something funny  so that we can all have a smile on our face. Jom kita gelak guling-guling…..OK tak payah!  Guling-guling di depan laptop adalah satu perbuatan yang agak kurang comel, so gelaklah dengan ayu, OK!

Gini ceritanya…..

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepadanya atau cuma sayangkan puterinya saja.
Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.


Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat kereta Nissan Livina di depan rumah, dan secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini membuka pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.


Besoknya di depan rumah menantu ke-2 tersadai Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”


Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat.

Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya tersadai Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Dah habis gelak? Dah ke belum? OK ni cerita lain pulak!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

Nak tanya, ye ke Osama bin Laden sudah meninggal?  Err..err…betul ke gambar nih?

 

 

  Keliru.

 

 

Caucincau!

Isnin, Mac 28, 2011

Tak Ada Kena Mengena Dengan Mamee…(Part 2)

Salam ladies,

How are you today? I’m fine. Thank you….Winking smile

(Entry ni dah agak lama tersangkut dalam draft. Habis nak buat camno sejak kejadian bencana alam silih berganti, kelajuan internet saya agak kurang menyenangkan; lembab …lebih slow dari si Gary Spongebob tuhhh. Adoi la…rasa nak klekuk aje laptop nih. Hilang mood kita nak berblogging tapi nasib baiklah petang ni agak OK sikit, lega!)

 

Pada suatu petang yang best. Saya telah sempat luangkan masa melayan manusia-manusia berharga dalam hidup; siapa lagi kalau bukan si model-model tetap bucukmacam kesayangan.

  0706201063207062010633    07062010635  

Model tetap 1: Along

 

 07062010634 07062010636 07062010637

Model tetap 2: Nyanyah

 

07062010574  07062010576  07062010577

  Model tetap 3: Adik

 

Wei, wei apa motif tempek gambar berulang-ulang nih? Hek eleh, ni tak lain tak bukan nak minta orang puji  anak dia comel la tuu. Ye la tuuu….ye la tuuu…Hmmm dah tahu dah taktik kotor makcik blog so jangan duk layan, wokehh!!

 

Terima kasihlah pada empunya diri sebab insaf jua akhirnya. OKlah, ya lah, baiklah, fine saya berjanji akan jadi ibu mithali, bukan ibu pejabat. OK, janji! Huhuhu... Sebagai usaha menebus kesilapan lalu maka pada suatu petang yang best, saya telah memperuntukkan lebih 1 jam mengadap Youtube dan menggoogle banyak gambar-gambar berkaitan tsunami untuk diterangkan kepada mereka. Kesian budak-budak tu, kan… sebelum ni asyik kena shut up shut up aje. Heheh…Nyanyah lagi la mati-mati ingatkan tsunami itu sejenis makanan. Alahai comelnya tapi amat menyedihkan sekali. Aduh rasa bersalahnya saya. Teruknya mak diaorang nih! Sob sob sob.

Setelah bermuhasabah diri lalu saya cuba memperbetulkan mana-mana salah faham mereka itu. Tengah mereka bersemangat nak tahu, sebagai ibu bapa yang prihatin sepatutnya ambillah peluang tersebut untuk beri pengajaran yang sebaik-baiknya kepada mereka, mengertiiii? Herdik satu suara ghaib. Ya, ya baiklah saya mengertikkk! 

OK, anak-anak! Sebab semua excited sangat nak tahu pasal tsunami jadi ibu akan terangkan tentang kejadian gempa dan tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini dan perbandingannya dengan gempa dan tsunami yang berlaku di Aceh tidak lama dahulu.

Wah bunyinya terlalu ilmiah tapi takde la ilmiah mana pun. Banyak fakta-fakta penting saya terangkan tetapi kesemuanya menerusi gambar. Maklumlah, otak budak-budak  kan lebih mudah faham kalau disertakan gambar-gambar.  Baiklah semua sila beri perhatian  ketika ibu mengajar ya, kalau tak…. confirm tak faham!

Anak-anak,

Istilah tsunami berasal dari bahasa Jepun. Tsu bererti “pelabuhan”, dan nami bererti “gelombang”, jadi tsunami dapat diertikan sebagai “gelombang pelabuhan”. Buat masa sekarang kalau blurr tak apa. Lama-lama fahamlah nanti. Gempa dan tsunami Jepun, mengingatkan kita akan gempa dan tsunami yang melanda Aceh pada Disember 2004 lalu. Kedua gempa dan tsunami ini menimbulkan kerosakan yang sangat parah. Mari kita buat perbandingan.

 

 

Tsunami Aceh : 26 Dis 2004.  Dasyat…. rumah kita pun turut  sama bergegar tau. Cemas betul. Waktu ni Adik belum ada lagi.

 

Tsunami Jepun : 11 Mac 2011 lalu. Syukur rumah kita tak terkena tempiasnya sebab kedudukan Jepun jauh dari Malaysia.


 

 

Aceh: detik-detik cemas ketika ombak maut mengganas

 

Jepun : begitu juga tatkala gelombang besar melanda bahagian  timur Jepun. Dasyat sekali.

 

 

Membandingkan Tsunami Aceh & JepangMembandingkan Tsunami Aceh & Jepang

Aceh: Semuanya hilang sekelip mata

 

 

Jepun: hal yang sama juga terjadi….hanya sedikit bangunan tersisa

 

 

Aceh: korban lain ialah kapal

 

Membandingkan Tsunami Aceh & Jepang

Jepun: jumlahnya lebih banyak

 

       

Aceh:  korban jiwa hingga 128,000 orang!

 

Jepun: setakat ini dilaporkan hampir 28, 000 orang mangsa terkorban dan masih hilang

 

 

Aceh: kesedihan penduduk Serambi Mekah

 

Membandingkan Tsunami Aceh & Jepang Jepun: kesedihan rakyat Negeri Sakura

 

 

Along tau kenapa Allah turunkan tsunami?

Sebab Allah nak tegur dan beri peringatan kepada seluruh umat manusia supaya jangan buat jahat, jangan buat dosa dan merosakkan alam.  Kena rajin solat, rajin mengaji, banyak berdoa, buat baik pada orang….barulah Allah tak murka lagi pada kita. Faham?

Dan Nyanyah pulak….lepas ni jangan fikir  lagi tsunami tu makanan hanya sebab bunyinya macam Mamee. Ingat ya! Tsunami dan Mamee tak ada kena mengena, wokehh!!!

Demikianlah sebahagian daripada pengetahuan tentang tsunami yang sempat saya kongsi dengan model-model tetap. Harap-harap mereka faham.

 

Today’s Lesson:

Lima minit yang kita luangkan secara aktif dengan anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik kepada mereka untuk jangka panjang.  Jadi sentiasalah berinteraksi dengan anak-anak sekerap mungkin. Kalau nak anak-anak dengar cakap kita, maka kita juga kena dengar cakap anak-anak. Dan semasa sedang bercakap dengan mereka, jangan pula muka ibu bapa mengadap TV atau lappy atau menoleh ke tempat lain pulak, ya. (Adoi terasanya! Dah tahu tapi selalu buat begituuu….huhu). Renunglah mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap kerana ia akan memberi kesan emosi yang sangat mendalam.  

 

Caucincau!

 

 

Update: Dilaporkan gempa bumi berukuran 6.2 pada skala ritcher  kembali menggegar Jepun pada pukul 7.20 pagi tadi (sumber: Buletin 1.30 TV3). Ya Allah ampunkanlah dosa kami, Ya Allah…

Selasa, Mac 22, 2011

Tak Ada Kena Mengena Dengan Mamee… (Part 1)

Sepanjang minggu lepas, acap kali model-model tetap asyik kena marah aje dek suka membuat bising tatkala laporan tsunami sedang rancak disiarkan di Buletin Utama. Sebenarnya si ibu pun rasa pelik juga. Manakan tidak, asal keluar aje berita pasal tsunami, dan dan tu lah diorang memekak buat bising. Asal aje diorang buat bising, dan dan tu lah keluar berita pasal tsunami. Macam Apek Senario lah pulak. Pelik betul. Adakah ianya satu suratan atau mungkinkah hanya satu kebetulan?  Haisyh, manalah I tahu, tanyalah Kenny Rogers Kenny, Remy dan Martin. Suasana hingar-bingar yang tercetus akibat fenomena luar biasa tersebut akhirnya telah menyebabkan berlakunya tindak balas kimia dalam badan si ibu. Si ibu pun mulalah berasap. Haisyh, nak tengok berita pun tak senang, tau. Disebabkan tumpuannya sering terganggu maka dan dan itu jugalah wajah vogue si ibu secara automatik bertukar menjadi monster. Grrr…..Angry smile 

 

Model tetap 1: Ibu, ibu ke….

Monster: Shyyyyhhhhhh!!!

Model tetap 2: Apa yang berla……

Monster: Diamlah! Sibuk je!!!

Model tetap 1: Apasal ru……

Monster: (jeling ) Haisyhh!

Model tetap 2: Tsunami tu ap……

Monster: Hei, diammmm boleh, tak?!!!! 

Model tetap 3: Ibu, adik nak pe…..

Monster : Nak apaaaa?!!!!!!

Model tetap 3: Adik nak pemadam…..

Monster: Haisyh budak ni, nah! Ambik ni…pergi main jauh-jauh! Kacaulah!!! Tak nampak ke ibu tengah tengok berita tsunami. Penting nihhhh!!!…Grrrrr…..

 

Alahai, malang sungguh nasib model-model tetap dilayan sebegitu rupa. Setelah dimarahi beberapa kali oleh si ibu dan menyedari kehadiran mereka kat ruang tamu itu sekadar melukut di tepi gantang aje so masing-masing dengan wajah yang sangat hampa perlahan-lahan beredar membawa diri masuk ke dapur membiarkan si ibu menghayati berita tragis tersebut sorang-sorang diri.

Model tetap 1 (nada sebak dan kecewa): Nampaknya ibu langsung tak mempedulikan kita lagi. Ibu lebih pentingkan TV berbanding kita. Jomlah Nyanyah, adik…… kita buat kecah kat dapur!

*

*

*

*

*

*

*

Begitulah, alkisahnya……. Kesian kan mereka, kan. Haisyhh teruk betullah si ibu tu! Nampak sangat parenting skill terlalu lemah. Patut ke anak tanya soalan dia buat derkkkk aje! Tak patut, tak patut. Dah tu garang melampau. Macam mana nak jadi ibu mithali macam nih?! Lain kali kalau tak reti jadi ibu mithali jadi ibu pejabat je lah senang. 

*

*

*

*

*

*

*

Ya Rabbi….apa saya dah buat? Suddenly I feel so bad.  Ye lah, teruknya saya nih. Memang tak patut saya melayan anak-anak begitu. Perlahan-lahan saya menyesali diri. Crying face 

 

07062010631

mangsa

 

 

 

Bersambung….

 

 

 

Isnin, Mac 21, 2011

This Song Just Made My Day

Salam ladies,

Hai, apa khabar? Sihat? Dah lunch?

Pagi tadi saya agak biru. Maka itu saya telah mulakan Isnin saya yang biru dengan youtube session. Heheh…

Jap, jap… sebelum tu nak tanya uol dah baca ke paper hari ini? Sesiapa yang dah belek tu pasti dah terbaca berita pasal AS buat kerjasama dengan Britain, Perancis, Kanada dan Itali lancarkan serangan peluru berpandu terhadap tentera Libya semalam, kan? Ngokngek! Saja nak menangguk di air yang keruhlah depa nih. Alahai, perang lagiiiii…..Penat tau baca berita pasal pergolakan di negara-negara Arab tu.  Sampaikan sekarang saya dah tak rasa terkejut lagi dah. Tak habis-habislah mereka tu, kan.

Jiwaku letih menatap dunia yang semakin hancur. Apakah sudah tiada kerja lain ke yang lebih baik selain dari menumpahkan darah sesama manusia di muka bumi ini?  Tidak adakah kata damai selain dari menggunakan senjata dan menumpahkan darah orang-orang yang tak berdosa? Sedangkan Allah mencipta  manusia untuk beribadah, bukannya berperang. Mengapa mesti berperang? Mengapa?! Mengapa?!!!! Haa tengok tu, saya dah membebel sorang-sorang dah.

OKlah, malas nak elaborate panjang-panjang pasal konflik kat Libya tu. Buat sesak dada aje. Jom kita dengarkan single terbaru dari Maher Zain, "Freedom"….lagi enak dan menenangkan.  According to him, this song was inspired by the political crisis in the Arab countries. Jom layanzzzz…….

 

 

 

FREEDOM (Maher Zain)

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call …ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall… oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our home
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

 

 

Itu sahaja buat hari ini.

Harap saya dapat jadikan hari ini satu Isnin yang produktif! Please, wake up! Golden day to find. No blues blues, orait!

 

Caucincau!

Sabtu, Februari 05, 2011

Hosni Mubarak : Nah, Rasakan Saat Kamu Dijatuhkan!

030220111438

030220111440

030220111443

PERHATIAN : Jangan salah sangka budak-budak kat atas tu bukanlah cucu-cucu Hosni Mubarak! Maaf ya, makcik blog hari ini sedikit sengal tempek gambar tak ada kena-mengena langsung dengan tajuk post. Selingan je nih! Ni gambar model-model tetap saya….diambil ketika otw to my in laws house.  Kami menghabiskan cuti CNY di sana. Itu aje nak bagitau. Sekian, terima kasih heheh. ( Tak baiknya saya ni, kan. Kesian tau penat-penat orang google ‘Hosni Mubarak’, sekali kena  layan  gambar kanak-kanak riang Ribena pulaks. Biasaaaa nih…Sorry ya!)

 

OK berbalik kepada topik asal….

Ya, di mana-mana saja tatkala ini…..tak kira samada di rumah, di kedai kopi mahupun di Old Town White Coffee Cafe siti situ sana sini orang heboh bercerita tentang krisis tersebut. Dan saya juga tak dapat nak menahan diri dari mengambil tahu perkara yang sama. Hari-hari baca isu yang orang tengah sakan bercerita sekarang - isu tentang krisis  Mesir.

Di sini ada satu komentar yang sangat menarik ingin saya kongsikan dengan anda semua berkenaan kebangkitan rakyat Mesir dan  saat sekutu Israel  dijatuhkan.  Jom kita baca!

  
Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir pada kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambang kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut. Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.


Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran.


Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).


Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.


Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?


Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel.


Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya.


Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.


Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya.


Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel. Sekian, wasalam.

– N. Abdul Aziz

 

Komentar di atas saya kopipes dari sini!

 

Selamat Bercuti! Caucincau!

Selasa, Februari 01, 2011

Apa yang Kecoh-kecoh Di Mesir Tu?

Tanya seorang perempuan kepada pasangannya. Setelah melihat muka blurr perempuan itu seperti mendambakan sedas penampar Jepun, maka pasangannya  pun mulalah explain tentang apa yang sebenarnya terjadi   - revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubaraklah.

Dan sebenarnya akulah perempuan itu. Sad smile

Ya Allah, haisyh…teruk betul saya ni. Betul-betul ketinggalan keretapi.

Saya agak busy kebelakangan ini, suratkhabar pun tak sempat nak baca sampaikan perihal berita dunia paling penting ni pun saya kurang mengetahuinya. Ingatkan demontrasi biasa-biasa aje…  tak sangka pula kini sudah sebegitu tenat. Tetapi sekarang saya sudah faham dan  tidak blur lagi.  Aduh, bila dah tahu cerita sebenar rasa cemaslah pulak.  Rasa cukup seriau kalau baca bab-bab pertumpahan darah ni. Kalau dilihat melalui gambar-gambar yang tersiar, bumi Mesir dah kelihatan macam medan peperangan dah.

Mari kita saksikan gambar yang penuh mendebarkan sekitar Perhimpunan Rakyat Mesir Membuat Demotrasi Besar-besaran tersebut.

 

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-2

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-3 

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-6 

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-7

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-11

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-8

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-1

 

Berita terkini juga menyatakan anggota keluarga Mubarak telah melarikan diri. Susan Mubarak, isteri Presiden Mesir dan Gamal Mubarak yang menurut perancangan akan menggantikan jabatan ayahnya itu juga telah meninggalkan Cairo menuju ke London.

 

 

Haisyh….sangat-sangat mencemaskan.

Tiada apa yang mampu kita lakukan di sini melainkan sama-samalah kita berdoa agar krisis tersebut tidak terus berlarutan dan diharapkan ada jalan penyelesaiannya. Mudah-mudahan peradaban Islam tetap terpelihara dan paling utama keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana  tetap terjamin!!  Moga kejayaan mengiringi rakyat Mesir...seterusnya membantu mengurangkan sedikit-sebanyak kesusahan yang ditanggung saudara-saudara kita di Palestine.

Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...