Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label emo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emo. Papar semua catatan

Selasa, April 17, 2012

Mengapa Kau Buat Begitu?

 

As Salam ladies,

 

Saya malas nak memicit keyboard hari ini semata-mata untuk luahkan ketidak puasan hati ini tentang seseorang. Perlukah saya berterus-terang pada pihak yang berkenaan tu atau lebih baik duk diam berzikir dalam hati dan ikutkan saja karenah dia? Namun hati ini tetap terasa nak luahkan juga di sini.

 

Ini cerita pasal kontraktor yang buat kerja ubahsuai rumah baru kitaorang. Pada peringkat awal, kitaorang memang dah bersetuju dengan jumlah kos yang mereka tetapkan. Beberapa hari kemudian, SSL dan suami ambil keputusan untuk tambah lagi ruang bilik untuk diubahsuai. Sepatutnya kontraktor tu cuma perlu tambah kos ubahsuai bilik tersebut pada jumlah yang sedia ada aje. Tapi tanpa kitaorang sedar, kontraktor tu dah ubah semula jumlah kos yang sudah dipersetujui sebelum ini dan tup tup berikan jumlah keseluruhan yang baru. Selesai discuss segala, balik rumah baru tersedar akan kenaikan yang sangat kurang munasabah itu. Haiyyoh!

 

Dia ngokngek. Kitaorang pun ngokngek. Dia memang ngokngek sebab cuba memperdaya. Kitaorang pun ngokngek jugak sebab sudah terperdaya. Y.Y

 

Sesungguhnya SSL memang kurang puas hati betullah dengan taktik pihak berkenaan yang secara sulit menaikkan harga tidak mengikut quotation asal. Memang sungguh tak mulia betul punya perangai. Lepas kejadian tu, saya hubungi dia. Time saya dok sms, dok beremail tanya pasal kos sebenar ubahsuai bilik, kemain lagi alasan dia. Katanya dia bagi jumlah lamsam, tak boleh bagitahu detail sebab nak kena semak bil lah, nak kena kira balik lah dan macam-macam alasan lagilah. Dia cuma asyik duk tekan yang dia sudah bagi banyak diskaun pada kitaorang. Haiyyoh!

 

Sekarang, apa perlu kitaorang buat? Nak bertegas ke atau ikut sahaja karenah dia? Nak bertukar kontraktor sudah terlambat sebab dia dah pun mulakan kerjanya. Huhuhu …Oh, mengapa kau buat begitu? Mengapa? Tak fahamlah dengan sesetengah orang neh…dengan memperdaya orang ingat berkat ke rezeki yang kita akan dapat nanti? Orang kata, kita kalau buat kerja tak jujur memang lembab la sikit rezeki nak masuk lepas ni.

 

Argggh stressnya! Oh, Anuar Zain….. tolonglah hiburkan saya, please. Saya tengah stress neh!! Anuar Zain nyanyikanlah lagu ‘Sedetik Lebih’ sebab saya sukakan lagu tu. Anuar Zain……..? Aik?! Macamana Anuar Zain tetiba tersesat dalam entri SSL yang super serius neh? Ngokngek betul… Itu la pasal, berurusan dengan orang ngokngek, kita pun dah jadi ngokngek. Argggh, tak naklah jadi ngokngek!

 

Apa perlu kitaorang buat, ek? Buat masa sekarang SSL cuma nak lupakan buat seketika pihak yang tak berpatutan itu. Lebih baik malam nanti buat solat hajat. Mohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan moga dibukakan pintu hati orang itu agar berlaku jujur dan ikhlas dalam pekerjaan! Aminnn. Uols ada apa-apa saranan?

 

 

 

Caucincau!

 

 

Red roseSaya baru terima hadiah best dari Mulan! Wahhhh baiknya dia….TQ Mulan! Esok cerita  ;D

Rabu, Mac 21, 2012

Kisah Talam

 

 

As Salam ladies,

 

Mood tak berapa molek. Grrrr….Beberapa hari ni mood saya and the geng macam gangster. Hoho ganasnya…. Kami rasa nak gi simbah cat merah jambu jah kat rumah seseorang tu! Namun apakan daya fikir-fikir balik membazir duit kami le pulak beli cat. 

 

Uols pernah tak ada pengalaman bersama orang jenis talam dua muka?

 

 

talam 

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik.

 

 

Terlalu banyak kejadian  berciri musibah telah dilakukan oleh pembuat onar yang berpenyakit hati itu. Merosakkan komuniti betullah dia tu!

 

 

backstab1

Wahai orang yang bertalam dua muka insaf-insaflah cepat!!!

 

 

Uols pasti nak tahu  kejadian sebenar yang buat saya duk hot bebeno neh, bukan? Ah, malaslah nak cerita panjang-lebar sebab ceritanya tak boleh dicerita secara kelakar. Kalau cerita jugak nanti buruk padahnya.

 

Cuma hari ni saya mahu kongsi ini  : Cara-cara Mengenalpasti ciri-ciri orang yang bertalam dua muka:-

 

  • Perwatakannya nampak baik, pertuturannya lembut-lembut seperti Dato’ Siti. Cara dia bercakap pijak semut pun tak mati.
  • Dia suka puji kita melampau-lampau di depan kita sendiri tapi jangan mudah terpedaya, ….orang macam ni jugak akan kutuk kita kaw-kaw depan orang lain. Oh, tipu terpipah!
  • Suka mengata orang lain depan kita…… hohoho kena ingat, tidak mustahil dia juga suka mengata kita depan orang lain!
  • Tagline dia, “tak minat nak masuk campur hal orang”, "Saya tak suka cakap hal orang sebenarnya….”, “tapi ni ada orang lain yang cakap…." Hek eleh sebenarnya itulah yang dia minat sangat-sangat.
  • Mimik muka dia actually kita boleh kesan… air muka dia nampak kurang bersih.

 

Tips berhadapan dengan orang jenis talam dua muka neh:-

 

  • Jauhkan diri beberapa meter dari orang tu, beberapa kilometer lagi bagus!
  • Cari peluang untuk tidak bercakap/berhubung.
  • Jangan lawan sebab orang macam tu sampai ke sudah pun takkan rasa diri dia bersalah.
  • Bersabar dan berdoa banyak-banyak…buang jauh-jauh niat nak simbah cat tuh, SSL! Berdoa sajalah… Ya Allah, jauhilah aku daripada anasir-anasir pemusnah ni. Amin.

 

Setakat ini saja contengan untuk kali ini sebab kondisi saya di saat ini adalah sangat kurang baik, ada gangguan emosi yang agak kritikal dalam diri hahaha! eh, eh.. tetiba gelak. Memang betullah  ada gangguan emosi makcik neh. Moga beliau cepat pulih.

 

 

 

Caucincau!

 

 

 

Red rose Maaf, belum sempat balas kunjungan beberapa blog kegemaran sebab sejak kebelakangan ini SSL agak sibuk macam lebah - bantu En. HB wat assignments. Harap jangan kecik hati, ye!

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...