Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Jumaat, April 20, 2012

Batuk Extreme

 

As Salam ladies,

 

Sangat kesian dekat diriku 2,3 hari ni. Diri terasa lemah dan lembik.  Beberapa hari ni saya kurang sihat tapi tak demam. Saya cuma diserang gejala batuk aje tapi bukan jenis batuk-batuk lunak manja tu. Saya diserang batuk yang sungguh extreme - hasil jangkitan dari si kecil saya yang demam tempohari. Maka sekarang rumah kitaorang tidak lagi diserikan bunyi batuk secara solo malah kali ini secara berduet pulak. Kolaborasi suara kitaorang sungguh mantap hingga membentuk bunyi batuk  yang ngeri dan paling kronik pernah dihasilkan setakat ini huhuhu….

 

Pagi tadi pun, SSL bangun tidur secara seksa.  Tekak terasa gatal serta perit yang amat al maklumlah semalam kan buat konsert duet. Nak teguk air pun derita ni. Badan sungguh tak larat sebab malam-malam macam tak berapa tidur. Kualiti tidur langsung terjejas dek diganggu bunyi yang keluar melengking-lengking keras (macam tak betul istilah neh, hentam sajalah labu)  tanpa henti hingga dada dan perut pun terkecut-kecut dibuatnya. Pendek kata, hidup saya sekarang diselubungi penderitaan saja. Alahai azab bebeno bunyinya, kan!

 

Telan ubat? Oh, SSL tak pernah menelan ubat batuk dari klinik. Memang tak mboh sebab kalau telan jugak ia bakal membuatku tidur secara mati-matian. Tak pun, pasti menyebabkan SSL buat kerja secara lalok macam drug addict. Ah, tak nak, ah. Lalu awal pagi tadi sambil terbatuk-batuk (hingga tempias sikit-sikit pada skrin) saya berusaha on kan laptop dengan harapan dapatlah bertanyakan pakcik Google kot-kot beliau ada tak petua merawat batuk tanpa penggunaan dadah.  Syukur, ada jawab beliau. Oi, sudah-sudahlah merepek tu!

 

 

Petua Merawat Batuk

 

  • Ambil setengah genggam daun pegaga dan rebus daun tersebut dengan 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi tinggal separuh. Tapiskan dan minum segelas, dan amalkan meminumnya 2 kali sehari. Sumber di sini.

 

 

 

 

  • Ambil 2 kuntum bunga raya dan potong halus bunga tersebut. Ambil setengah gelas air masak dan sedikit garam lalu campurkan dengan potongan bunga itu tadi. Perah dan tapiskan. Minum air tapisan 2 kali sehari. Sumber di sini.

 

 

 

  • potong bahagian atas oren. Letakkan ½ camca kecil garam di dalam oren, kemudian letakkan kembali bahagian atas yang telah dipotong itu tadi.Letakkan oren di dalam mangkuk, dan stimkan selama 10-20 minit. Setelah itu, makan kesemua isi oren tadi. Sumber di sini.

 

 

 

 

  • Makan madu dicampur minyak habbatussauda. Sumber di sini.

 

    

 

 

  • Air suam + limau nipis + madu + gula batu

 

 

 

 

  • ambil segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji perahan air limau nipisdan empat camca besar kicap masin.

 

 

 

  • minum air rebusan epal merah. Sumber di sini.

 

 

Tak pasti nak cuba yang mana satu mungkin cuba petua pucuk pegaga tu dulu kot. Sangat-sangat  berharap biarlah saya cepat pulih. Amin.

 

 

Caucincau!

Jumaat, Februari 17, 2012

Mencerdaskan Otak

 

As Salam ladies,

 

Eeee pelupa betul saya semalam. En. HB call dari ofis minta sms kan nombor akaun pinjaman rumah kami kepadanya sebelum pukul 4 petang. Punyalah leka dan lalai, langsung saya tak ingat. Haduh, tak tahulah sekarang ni kenapa mudah betul lupa. Terkena gejala tekanan otakkah? Hurmmm rasanya tidak. Otak saya relax aje memanjang. Tu ah….. mungkin sebab terlebih makan semut api cicah coklat kot…..

 

Ada sape-sape mempunyai masalah macam saya tak? Pernah tak kekadang kan korang rasa cam otak tu kurang cerdas, pelupa sangat-sangat. Contohnya terlupa letak kunci kat mana, lupa password sendiri, nak keluar rumah tiba-tiba lupa pakai tudung,  ralit mengadap lappy langsung lupa nak tutup api dapur, pergi Jusco mahu beli sos sampai sana dah tak ingat lalu terbeli lipstik, eh eh? Sekadar contoh sajelah, kan. Pernah tak mengalami situasi macam tu? Nak kata Alzhiemer, rasanya usia ni belumlah terlalu tua. Isyyhhh.. Ya Allah, minta dijauhkan. Sedih I tell you.

 

 

lupa      lupa 

lupa      lupa

 

Buat mereka yang senasib, maka jangan tunggu lagi. Marilah kita bertindak!

 

So, kejap tadi sajalah kan saya google  TIPS TERBAIK BAGAIMANA UNTUK MENCERDASKAN OTAK. Meh saya kongsikan beberapa tips tersebut yang diceduk dari pelbagai sumber  dengan korang :-

 

  • Kurangkan melihat perkara-perkara yang lagha/maksiat. Setiap kali melihat maksiat, seperti melihat aurat manusia setiap kali itu ingatan makin lemah.

 

  • Jangan makan makanan yang haram/shubhah. Juga merupakan salah satu cabaran kepada seorang pentahfiz al Quran. Setiap kali terlihat maksiat, makin susah dia nak hafal al Quran.

 

  • Sediakan satu buku kecil & pensel so kena jot down apa benda yang perlu diingat. Bila lupa boleh refer balik.

 

  • Makan supplement yang boleh menguatkan daya ingatan - Siberian Ginseng & Ginkgo Biloba.

 

  • Setiap pagi makan 7 biji kismis, tak pun kurma dan minum madu.

 

  • Ada beberapa jenis makanan dan minuman yang menjadi pelincir otak agar dapat bekerja lebih baik seperti kopi, susu, kacang-kacangan, biji labu, brokoli dan buah-buahan seperti anggur, epal, blueberry, pear dan peach.

 

  • Makanan laut seperti tiram mampu meningkatkan konsentrasi  manakala ikan tuna mempunyai kandungan DHA atau omega-3 yang tinggi serta mampu mendorong tubuh untuk membentuk lebih banyak sel-sel otak.

 

  • Bagi yang tidak bermasalah dengan kolestrol dan jantung disyorkan untuk mengambil telur 2 butir sehari.

 

  • Baca lah selawat dan zikir banyak-banyak. Baca Ya Rahman-100X selepas sembahyang fardhu, & Ya Hakim - 300X setiap hari.

 

  • Kalau tua nanti tak nak nyanyuk banyakkan baca al-Quran di masa muda. Carilah dalam setiap masa renggang baca satu lembar pun jadilah. Insya-Allah…  jangan sampai terlebih 3 hari tak baca. Banyakkan pandang al Quran.(side note: kepada sesiapa yang tak tahu, memandang al Quran pun dah dapat pahala.)

 

Jom kita pakat-pakat amalkan.

 

 

Caucincau!

Khamis, Oktober 27, 2011

Merawat Demam Denggi

 

As salam ladies,

 

Pada suatu hari yang dingin…………

 

Saya terus terjaga dari tidur terbongkang yang lena tak sedar apa apabila tiba-tiba dapat satu panggilan telefon. Malas betul nak angkat mulanya sebab bantal terasa empuk sangat dan selimut pulak terasa hangat almaklumlah di luar hujan turun mencurah-curah namun kugagahkan jua mencapai dan menjawab panggilan tersebut tanpa ragu.

 

Rupa-rupanya panggilan dari seorang sepupu. Prok prak prok prek bertanyakan khabar. Terkejut ungka bila dikhabarkan dia tak sihat dan rasa macam ada simptom-simptom demam denggi. Biar betul? Tak guna punya nyamuk aedes berani dia hinggap kat badan sepupu aku tuh! Aisehhhh risau eden tiba-tiba. Cepat-cepat saya suruh dia  buat medical check up.

 

Hmm sekarang ni ramai orang keliling saya mengidap demam. Haa demam jangan diambil mudah tau sebab kita tak tahu demam tu jenis apa kan.  Saya pun risau gak ni sebab kat rumah pun semenjak dua menjak ni ada nampak kelibat nyamuk namun bersyukur sangat walaupun kaki selalu kena gigit tapi saya tak pernah hidapi demam denggi. Moga dijauhkan, amin.

 

Apa yang SSL tau vaksin demam denggi sudah ditemui tapi hanya akan masuk pasaran Malaysia pada tahun 2014/15. Sekarang ni kalau masuk hospital pun rawatan yang digunakan cumalah dengan air botol saja.

 

Sebab dah janji dengan sepupu nak cari penawar kalau betul dia disahkan mengidap penyakit tu maka seharian saya mencari maklumat tentang demam denggi. Di sini teruja pula nak share dengan uols beberapa petua yang saya baru discover:-

 

Sekiranya kita ataupun orang sekitar kita diserang  demam denggi, amalkan hari-hari…..

 

 

imageimage

* hirup sup ketam  / * sup belut

 

 

* minum sesudu jus daun betik matang (tumbuk dan perah airnya)

 

 

 

      image       

image             imageimage

* minum jus pegaga / * air barli + garam / * jus tembikai / * blend kurma 10 - 20  biji bersama segelas air suam, bagi minum setengah gelas pagi, setengah gelas petang / * jus kiwi / * susu kambing  / *minum ECPI atau air kosong banyak-banyak setiap 5 minit

 

 

imageimage

* makan jambu batu / * anggur hitam

 

 

image

*minum minyak kelapa dara

 

 

 

image

* amalkan baca beberapa ayat dari surah Al Baqarah Ayat 1-25 dan Ayat 244-255 .

 

 

O yessss petua terakhir itulah yang paling utama sebenarnya iaitu kita jadikan al Quran sebagai rutin amalan harian. Peringatan buat diri sendiri juga andainya ditimpa kesakitan atau kerunsingan, jangan sesekali lupa bahawasanya Pencipta kita yang Maha Penyembuh itu sentiasa ada di sisi jadi janganlah putus memohon padaNya. Wallahu’Alam. Itu saja perkongsian kita untuk hari ini Open-mouthed smile

 

 

Caucincau!

 

(semua gambar kredit untuk Google, tq)

Khamis, Oktober 13, 2011

Macam Bihun

 

As Salam ladies,

 

Menjawab pertanyaan mamaNoriz dan Lily@MummyQistina dalam entri askhoyfxzhdhjsagsd yang lalu, petua kecantikan artis manakah yang menjadi pilihan saya?

 

Jawapannya ialah…. hatiku tertawan dengan petua Nur Fasha Sandha!  (Asrul : dik, akak tau kau suka dia tapi jangan duk buat lompat empat segi katak, hokeh!! Bawak bertendang ye :P )

 

Malam tadi……

 

noki 079

 

Dah perap rambut dengan santan ni,

balut dengan kain,

biarkan ia basi semalaman,

bangun pagi,

shampu.

 

 

Malam karang……..

 

image

 

nak lumur dengan minyak zaitun ni pulak.

 

 

 

Wowww…..

Gigih tak makcik SSL?

Gigih kan? Kan? Kan? Kan?

Hei, orang tanya ni….. kan ke tak kan?

 

 

 

imageimageimageimage

 

 

 

Harap-harap rambutku lepas ni tak  lagi keras kejung macam bihun.

 

 

 

 

Caucincau!

Selasa, Oktober 11, 2011

Semua Orang Nak Nampak Cantik, Kan!

 

As Salam ladies,

 

Itu realitinya. Memang tak ada perempuan di muka bumi ini yang tak mempedulikan soal yang satu ini – kecantikan Winking smile.

 

Tak kiralah siapa dia, apa darjat dan keturunannya, bagaimana rupa bentuk dan rupa parasnya samada bujur sireh atau empat segi sireh atau sireh empat segi, kecantikan tetap mendapat tempat teristimewa di hati.

 

Yang berbeza cuma darjah kepedulian kita terhadap aspek itu. Ada yang boleh mengadap cermin berjam-jam, ada yang setiap sejam sekali, dan ada yang pantang nampak cermin. Begitulah lumrah menjadi seorang perempuan.  Lain halnya dengan lelaki. Kekadang iri hati juga dengan kaum mereka nih. Mereka bukan kisah mana pun soal kekacakan diri, soal diet, rebonding, pergi spa, pedicure, makan jamu atau ubat pengempis perut!

 

Bagi mencapai kepuasan diri, ada di kalangan kita sanggup berbelanja besar. Ya lah, mana ada nyonya gila dalam dunia ini yang sanggup rebonding rambut kita atau buat facial dengan percuma. Tak ada tauke jamu meroyan yang sanggup berikan segala pil dan jamu tanpa sebarang harga. Semua berbayar dan bayaran itu pula jarang sekali murah.

 

Tapi jangan risau, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak kita juga masih lagi boleh kelihatan cantik. Kalau tak caya jom kita lihat bagaimana amalan kecantikan menggunakan produk yang tidaklah begitu mahal diamalkan oleh perempuan-perempuan kedekut cantik di bawah ini……

 

 

Petua Kecantikan Erra Fazira

 

Untuk kekal cantik, kalau dulu saya buat senaman sekali dalam seminggu tetapi sekarang saya perlu gandakan kepada dua kali. Saya turut mengamalkan suplemen seperti vitamin untuk kesihatan badan, memperbanyakkan memakan ulam-ulaman, kurangkan makanan bersantan, minum banyak air putih dan tidur dengan cukup.

 

 

Petua Kecantikan Sarimah Ibrahim

 

clip_image003

Saya suka makan nasi lebih-lebih dengan lauk ayam madu. Tetapi saya mengamalkan makan nasi selang sehari. Jika makan nasi beriani, elakkan ambil lauk yang bersantan sebaliknya pilih yang bergoreng. Minuman pula, saya pilih air milo tanpa gula, juga melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot yang lemah serta menggunakan mesin senaman.

 

 

Petua Kecantikan Zila Bakarin

 clip_image004

Kulit Zila memang licin putih dan melepak. Beliau seringkali mandi bersama lulur susu, tepung beras dan juga santan kelapa. Ketiga-tiga bahan tersebut mampu melembutkan kulit, membuang daki-daki hitam di bahagian dan celah-celah badan yang tersembunyi di samping mencerahkan kulit secara semula jadi. Kadang kala Zila turut mencampurkan bahan–bahan tersebut bersama hirisan kunyit atau limau nipis kerana bahan tersebut juga mempunyai khasiat yang boleh digunapakai untuk menyegar dan mengembalikan keremajaan kulit.

 

 

Petua Kecantikan Lisa Surihani

 

Saya sentiasa mengamalkan minum air suam. Tidak ketinggalan, saya juga amalkan minum pati teh hijau dan buah-buahan. Semestinya, saya tak minum kopi dan ambil minuman berkarbonat. Petua ini, saya amalkan selepas habis sekolah. Minuman berkarbonat saya tak sentuh sejak zaman kanak-kanak lagi.

 

 

Petua Kecantikan Nur Fasha Sandha

 

Pelakon cantik penuh kontroversi ini gemarkan makanan Jepun yang ala-ala mentah. Katanya baik untuk dalaman dan juga mencantikkan kulit. Selain itu beliau turut makan royal jelly yang dibeli daripada kedai tabib cina. Beliau akan mencuci rambut bersama syampu sekerap dua hari sekali dan adakalanya akan menggunakan minyak zaitun untuk disapukan pada rambut. Bau minyak zaitun mungkin kurang selesa, namun khasiatnya kepada rambut memang berkesan! Ada kalanya dalam tempoh setahun dua kali beliau akan menggunakan santan basi untuk diperapkan ke rambut selama semalaman. Dipercayai ini dapat mengembalikan kekuatan, melebatkan dan memperbaiki akar rambut yang telah rosak.

 

 

Petua Kecantikan Datuk Siti Nurhaliza

   

Difahamkan Siti punya cara tersendiri untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Menggunakan tepung pulut yang dicampurkan dengan air lalu dijadikan masker pada muka sebelum tidur. Keesokan harinya barulah dibilas. Selain itu, Siti juga gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur turut  dijadikan masker selama lebih kurang setengah jam, kemudian dibilas. Hampas kelapa yang dicampur dengan air asam jawa juga boleh disapukan pada muka bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah.

 

 

Petua Kecantikan Datin Nor Juma

 

Less is more, tak perlu mekap lebih-lebih. Saya dididik sedari kecil sentiasa mengambil suplemen seperti vitamin B kompleks  selepas bersarapan pagi. Juma turut mengakui bahawa pengambilan air suam sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah amalan wajibnya bagi menjamin kesihatan badan dan agar kulit tidak menjadi kering.

 

 

 

Hmm… bagaimana? Senang dan tak mahal, bukan? Nak cuba jugalah nanti especeli petua minum air suam tu. Nampaknya mereka juga lebih selesa mengguna cara tradisional  dan semulajadi. Sebetulnya inilah cara yang lebih baik dan selamat daripada duk cucuk botox atau bahan kimia yang boleh memudaratkan! Teringat kata-kata pelakon Maria Farida, apabila hati bersih, tiada hasad dengki maka kecantikan kita pasti akan berkekalan! Yes, itulah definisi kecantikan yang sebenarnya.

 

Oh, ye tadi saya ada google pasal skin care anti aging product.  Rupanya ada produk di pasaran yang boleh jadikan kita cantik dan awet muda tanpa ada sebarang kesan sampingan.  Bila pakai produk ni kita akan nampak lebih muda 30 tahun daripada usia sebenar! Wowowow biar betik?!! Jomlah kita mencubanya jugak. Produk apakah itu?

 

 

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

 

 

 

 

clip_image001

 

 

Caucincau!

Rabu, September 28, 2011

Just For Laughs

 

 

 

image

 

 

Tip of the Day

If your kids are giving you a headache, follow the directions on the aspirin bottle, especially the part that says, "keep away from children." …… Kihkihh

 

 

 

 

 

 

Rolling on the floor laughingRolling on the floor laughingRolling on the floor laughing

 

Caucincau!

Isnin, Jun 27, 2011

Yang Warna Putih Putih Tu

Assalamualaikum!

 

Rumah uols ada cermin tak? Kalau ada cepat pergi amik. Tak kiralah cermin besar ke, cermin kecil ke. Cermin solek boleh, cermin pengasah pensel pun boleh. Eh, ada jugak yang tak ada cermin? Isyh isyh isyh…..mana-mana yang tak ada cermin tu, sesak-sesak sangat carilah mana-mana lopak air. Erk, boleh ke?

 

Bila dah ada cermin, apa yang perlu dibuat ialah cerminkan rambut uols. Tilik puas-puas. Adakah masih  solid black atau ada seurat dua yang dah luntur kalernya?  Ada tak yang warna putih putih tuuuu.  Alaaa itu…..

 

Kepada mereka yang baru tersedar rupa-rupanya dah ada seurat dua warna putih putih di celah-celah rambut hitam, mula-mula sekali dinasihatkan janganlah cepat rasa panik, rasa down atau rasa kecewa serius amat lantas menyepak tong sampah rumah jiran sebelah, OK. Bawa bertenang ya, puan-puan. Bawa bertenang.

            

Uban!

 

Ya, benar…. sudah pasti semua orang tidak ada yang menginginkannya. Manakan tidak, apabila tumbuh uban samada ketika remaja atau tua, kita kelihatan lebih tua dari usia. Cakap pasal uban, pernah dengar tak satu cerita ni? Kisah seorang anak ternampak ada uban di kepala ibunya lalu dia pun bertanya, "Mak kenapa rambut mak warna putih?" Dengan rasa malas si ibu pun menjawab "Setiap kali anak mak buat mak menangis, sehelai rambut mak akan bertukar jadi putih" jawab ibunya. Kemudian si anak pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya berwarna putih? Mak selalu buat nenek menangiskah?"  Hahaha….terkelu mak dia tak boleh jawab. THE END. Ok, cerita tak berapa relevan.

 

Berbalik kepada topik sebenar, kita tidak mampu mencegah kemunculan uban bila itu sudah menjadi kehendak Tuhan. Antara penyebab rambut cepat beruban ialah faktor keturunan. Di samping itu, faktor tekanan juga turut mempengaruhi. Pada saat kita stres, tubuh akan mengeluarkan hormon yang mengambil vitamin B12 yang ada pada tubuh sehingga mengganggu pengeluaran pigmen rambut dan menyebabkan rambut memutih. Faktor lainnya adalah kerana faktor genetik, kelainan metabolisme, dan akibat penggunaan zat kimia yang terdapat pada pewarna rambut atau shampo bersulfur. Zat kimia tersebut meresap ke pori-pori rambut dan mengganggu terbentuknya warna hitam pada rambut. Info selanjutnya, silalah buka di sini.

 

Namun demikian, janganlah kita kecewa kerana harapan masih ada. Tuhan memberikan kebebasan untuk kita berikhtiar mencegah tumbuhnya uban sebelum waktunya kecualilah jika anda sudah berpangkat nenek atau datuk…yang ni dah tak dapat tolong lagi dah. Kalau yang dah beruban satu kepala tu anda dinasihatkan janganlah mencabut uban tersebut sebab uban juga mempunyai rahmatnya tersendiri. Bagaimanapun, ada juga individu yang mempunyai rambut hitam berseri walaupun sudah berusia emas seperti arwah nenek saya. 

 

Ok maka dengan ini,  hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa petua yang sangat berguna untuk diri sendiri iaitu TIPS MENCEGAH UBAN yang penat lelah saya peroleh dari beberapa sumber hasil bantuan Pakcik Google.

 

Tips 1 :

Untuk mencegah rambut beruban, lumurkan rambut dengan santan kelapa yang dicampur dengan kelapa parut. Pakailah 2x seminggu. Oh! Senang sekali tips ni….harus dicuba ni.

 

Tips 2 :

Di sini kita memerlukan hati ayam 2 potong, ragi/yis 2 sudu teh dan kicap secukupnya. Hati ayam tersebut dipanggang seperti sate. Lakukan kebiasaan makan hati ayam ini setiap dua atau tiga hari. Insya Allah uban di kepala tidak akan muncul. Hmmm tips ni tak sesuai kot, saya kurang gemar makan hati ayam!

 

Tips 3 :

Cuba larutkan satu sudu teh garam dapur dalam air kelapa segar. Biarkan selama beberapa minit di kepala sambil diramas-ramas. Kemudian bilas dengan air bersih. Tips ini pun senang jugak! Nak cubalah.

 

Tips 4 :

Sangrai/goreng tanpa minyak 30 gram biji betik, tumbuk hingga halus. Tambahkan 1 sudu makan minyak kelapa, adun rata. Oleskan rata pada rambut, biarkan selama 1-2 jam. Cuci bersih rambut. Lakukan 1 kali seminggu. InsyaAllah mujarab. Ok, nak pergi beli betik nanti!

 

Tips 5 :

Makan makanan yang banyak mengandungi vitamin B12 kerana vitamin ini dapat mencegah timbulnya uban. Kita boleh menemukan vitamin ini pada susu, telur, atau pada daging berwarna merah. Yelah, yelah….akan minum susu banyak-banyak  T.T

 

Tips 6 :

Merokok juga menyebabkan rambut cepat menjadi putih. Maka berhenti merokok dapat menjadi penyelesaiannya.  Selamat…..saya tak merokok. Anda?

 

Tips 7 :

Urut rambut dan kulit kepala dengan EVOO. Apa itu EVOO? No, no, no……ia bukanlah nama kumpulan K-Pop dari Malaysia, ye.  Nak tau pasal EVOO, klik lah entri lama saya yang bertajuk Mek Kelesom Belajar Pakai High Heels. Maklumat tambahan, EVOO mempunyai kandungan antioksida yang sangat tinggi dan dikatakan mampu melambatkan proses penuaan rambut di samping mampu mengelakkan rambut daripada berkelemumur. 

 

 

Saya senaraikan tip-tip di atas sekadar berkongsi saja ye, saya pun tak pasti keberkesanannya tapi Tips 7 itu sudah lama menjadi amalan hidup saya. Mencegah adalah lebih baik dari merawat tapi kalau tak berkesan janganlah rasa kecewa serius amat lantas menyepak tong sampah jiran sebelah rumah  pulak, OK! Masih ada  cara lain lagi untuk mengatasinya. Apakata ubah saja gaya rambut anda seperti mereka ni……

 

 

 

 

Fesyen rambut beruban Lady Gaga

 

 

 

Buat lelaki, fesyen rambut beruban Legolas ni pun stylo mylo jugak….phewwwww

 

 

 

Caucincau!

Isnin, Mei 16, 2011

Bebelan Penuh Hikmah

 

Sesi membebel. Haisyh dulu dia tak macam ni. Belajar elok aje. Walaupun dalam kelas tak pernah dapat tiga nombor teratas namun keputusan peperiksaannya masih lagi boleh dibanggakan. Markah paling busuk pun 90% kecuali Bahasa Arab. Oh ye, Bahasa Arab dia dari dulu mantain lemah. Final exam tahun lepas dia dapat 89%. Yang tu bolehlah dimaafkan sebab dia tak sekolah agama.... tambahan pula ibunya pun blurr jugak lagipun. Lho boleh pulak cam tu...ceh!

Tapi ujian bulanan yang lalu keputusannya memang mengejutkan. Semua subjek merosot. Masih lagi As tapi As tak cantik. Alamak risau dah ni specially subjek Maths. Campur tolak pun banyak salah huhuhu. Di manakah silapnya? Ya, saya akui sejak akhir-akhir ini saya kurang memantau pelajaran dia. Tu la....blogging tak hengat! Baiklah, ya....ibu yang salah! Nangis.

 

 

along

Oh, ya.....lupa nak bagitahu, saya membebel pada budak ni! Dialah suspek utama dalam cerita ni.

 

 

Next week, peperiksaan pertengahan tahun bakal bermula. Dia relaks aje tapi saya dah berpeluh dah ni. Risau takut dia dapat nombor tercorot maklumlah students kelas dia majoritinya baka Einstein belaka. Masa saya ajar Matematik semalam, nampak dia macam memang dah lost gila dalam pelajaran. Hafal sifir pun terkial-kial. Mana saya tak berpeluh. Lagi sedih bila dapat call dari guru kelas merepot semenjak dua menjak ni si Along asyik lupa aje buat kerja sekolah Maths. Eeee…budak ni memanjang je main. Bila ditanya pasal homework tak pernah ada lak tu.

 

 

Picture0161

Markah ujian lepas kurang memberangsangkan. Susah sangat ke Along padahal topik campur tolak aje! Dia jawab, Along tak suka subjek tu! Oh, anakku....

 

Baiklah, sebagai ibu yang sentiasa ingin melihat anaknya menggapai kejayaan, ya saya benar-benar risau kalau dia gagal maka apabila terbit rasa ini, saya akan mengadap dia...pandang mata dia tepat-tepat dan sesi motivasi pun bermula.

 

Meh sini ibu ajar teknik-teknik nak score subjek Matematik.

· Kalau nak pandai Matematik, Along kenalah suka subjek ni. Habis kalau memang dah tak suka macamana? Mula-mula, Along buat-buat la macam suka. Kira macam berlakon aje dulu. Mula buat latihan sikit-sikit. Tak perlulah terus mula dengan 100 soalan takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci. Tak mo gitu. Cuba cakap Along suka Maths. Bila terbit rasa demotivated atau rasa nak mengeluh weh susah la subjek ni, cepat-cepat Along twist – buat muka happy kerek super berlagak kononnya melambangkan yeahhh Matematik ni senang macam kacang aje! Kacang pun tak sesenang Matematik. Harap-harap isyarat itu berkesan dan dihantar ke otak dan seterusnya otak akan bergerakbalas bagi memastikan reaksi tubuh badan selari dengan apa yang diarahkan.

· Seterusnya, jangan belajar matematik dengan membaca! Kena buat latihan. Latihan adalah Matematik dan Matematik adalah latihan! Semakin banyak latihan dibuat, semakin cair otak kiri Along dan semakin cekap Along menguasainya. Ibu tahu, kadang-kadang ada orang score Maths bukan sebab dia genius pun, tapi sebab dia terel hafal sebijik-sebijik. Ini amalan yang kurang sihat. Mana boleh baca dan hafal. Maths perlu difahami. Along faham ke tak faham nih? Maksudnya di sini Along kena banyak buat latihan jangan ngelat buat homework, wokeh!

· Banyak bincang dengan kawan-kawan. Kalau Along salah kemudian kena gelak tak pe. Lebih baik kena gelak sebelum exam at least akan diingat sampai bila-bila mistake yang Along dah buat tu!

· Lagi satu setiap kali jawab soalan, catat masa yang diambil. Cuba latih jawab dengan secepat mungkin. Sepatutnya setiap soalan perlu dijawab dalam masa tidak lebih dari 3 minit. Along faham ke tak? Macam blurr aje ibu tengok...isyh budak ni! Kira laju-laju sikit. Jangan tulis lepas tu padam lepas tu tulis balik. Buang masa tau macam tu!

· Paling penting, HAFAL SIFIR!!!! Hafal sifir bukan sekadar nak tahu 5x7 jawapannya berapa tapi dengan menghafal sifir akan buat otak kiri Along menjadi cair, lebih aktif dan lebih cekap menguasai maklumat bernombor. Kalau sifir pun tak hafal, daya pemikiran semakin lemah sebab tiada usaha dilakukan oleh otak kita. Lihat kawan-kawan Along yang pandai Matematik pasti mereka sangat cekap dalam sifir. Kalau Along malas nak hafal, jangan berangan nak dapat keputusan cemerlang!

· Lastly, Along mesti ada kemahuan dan azam untuk jadi hebat. Kalau diri sendiri kisah tak kisah, hmmm payahlah nak score! Ibu cuma mampu berdoa tapi diri Alonglah yang perlu berusaha. Pastikan tidur cukup bukan berlebihan. Makan makanan berkhasiat. Tepis-tepislah godaan snacks, ada monosodium tuuu tak elok untuk otak. Kismis jangan lupa makan banyak-banyak.

 

Dah. Penat dah ibu membebel ni. Nak pergi buat kerja lain pulak. Sekian. Tolong cakap terima kasih.

 

Today’s Lesson:

Sebenarnya anak-anak kita bukan tak pandai, cuma kadang-kadang mereka lalai dengan potensi sendiri. Sebagai ibu bapa, marilah kita gilap potensi diri anak kita. Semoga teranglah hati mereka, semoga mereka menjadi manusia yang berguna. Amin amin ya rabbal al amin.

 

Caucincau!

 

 

Isnin, April 18, 2011

EVOO

 

Seperti majoriti wanita Malaysia yang lain saya juga ingin kelihatan cantik dan molek. Sendiri rasa puas bila tengok diri cantik. Jadi untuk nampak cantik maka wajah wanita yang tiada natural beauty haruslah ditepek dengan mekap. Tambah-tambah buat orang seperti saya yang semenjak dua menjak ni baru perasan diri semakin tua maka mekap juga menjadi agen penting untuk menutupi ketuaan wajah sob sob sob.

Dengan keajaiban mekap, wajah yang agak kusam kurang menawan tiada tarikan pucat lesi persis hantu Mak Limah dalam sekelip mata boleh berubah rupa menjadi lebih gebu, anggun dan menawan hinggakan bila orang terserempak terus terkejut mak oi engkau ke So Shy Lady (bukan nama sebenar), ingatkan Rozita Che Wan tadi! Kihkihhh!

Kenapakah saya suka bermekap? Adakah untuk menarik perhatian kaum lelaki? Oh, tidakkkk... Nehiii betttyyy nehhhiii... Memang kita sedia maklum lelaki memang suka tengok perempuan bermuka cantik tapi jangan sesekali ingat perempuan yang rajin menjaga kulit siang dan malam, dari jenama MAC, Lancome, Simplicity hinggalah ke jenama Fair & Lovely bekerja keras menghapus segala jerawat, jeragat, pigmentasi,mengatasi tona tidak sekata, menutup segala kedutan semata-mata untuk menjamu mata kaum tersebut. No, no, no! Tak ada maknanya.

Saya suka bermekap kerana ia merupakan terapi minda. Apabila cantik, diri akan rasa ceria dan sekali gus mempengaruhi aktiviti seharian kita. Orang kata, mekap itu adalah sebagai pemangkin kepada keyakinan diri dan senjata kuat dalam memberi semangat untuk melakukan apa-apa kerja. Walaupun hanya mengoles nipis gincu di bibir, kecantikan pasti akan terserlah.

OK sebentar. Hahaha...apa bendalah saya duk merepek nih! Macam dah tak relevan pulak intro dengan isi. Baiklah, macam ni lah lurus ke titik (straight to the point) sebenarnya saya nak tanya uols soalan ni...

Heheh, dah mekap cantik cantik kan sehari suntuk, lepas itu sebelum mengerjakan solat atau sebelum tidur ofcos segala warna kat muka harus ditanggalkan. Sebelum mencuci muka dengan cleanser, uols ada guna make up remover tak? Ha, inilah sebenarnya topik yang hendak kita bincangkan pada hari ini! MAKE UP REMOVER, ya puan-puan. 

Saya pernah baca di internet, mekap yang tidak dibersihkan dengan betul akan menyebabkan lebih banyak sel kulit mati menimbun pada permukaan kulit muka. Sebab tu bila lepas cuci muka, bila kita tenyeh dengan kapas, kat kapas tu masih ada kesan kotoran lagi, macam kulit tak cukup bersih aje, kan! Jadi guna pencuci muka sahaja tidak memadai. Kita perlu guna make up remover dahulu untuk tanggalkan semua solekan sebelum mencucinya dengan cleanser.

Kini terdapat banyak produk khusus untuk remove mekap di pasaran. Uols suka jenama apa? Sebelum ni, saya pernah mencuba beberapa jenis jenama namun keputusannya tidak begitu memuaskan hati. Ada yang tidak menanggalkan sepenuhnya dan ada juga yang agak memedihkan mata. Oh, ya..saya beli jenama cikai aje heheh.

Sehinggalah saya bertemu dengan produk nan satu ini. Nak tau tak, dua tiga bulan kebelakangan ini hati saya sudah terjatuh cinta dengan EVOO!

 

 

happy 033

Inilah EVOO – extra virgin olive oil!

 

Tak perlu susah-susah berbelanja mahal cuma godek dari atas para dapur aje! Hihiiii.

Guna cotton pad, letak few drops kemudian gosok secara lembut ke bahagian mata, mulut dan seluruh muka. Memang mampu menanggalkan mekap dengan senang hatta yang waterproof sekalipun. Gently and effectively dan paling penting sangat menjimatkan wang ringgit anda.

Walaupun agak oily sikit tetapi jangan risau, selain menanggalkan kotoran pada wajah, EVOO juga berfungsi untuk menangani semua problem kecantikan lain terutama kedut. Setelah menanggalkan mekap, urutlah muka perlahan-lahan. Dipercayai minyak ini juga dapat membantu mempertahankan kelembaban dan kekenyalan kulit, melancarkan proses regenerasi kulit sekaligus melambatkan kedutan. Lagi satu, dalam proses memicit dan mengurut muka, tangan dan kuku kita juga turut menyerap khasiat minyak tersebut  dan secara tidak langsung menjadi lebih sihat. So pedicure ke apa ntah sudah tidak diperlukan lagi.

Itulah petua yang saya amalkan. Bagi saya, sesuatu yang berasal dari bahan alami adalah lebih baik. Betul tak? Cuba try test tengok tapi kalau tak sesuai dengan kulit muka uols, harap maaf OK, bebeh!

 

 

Caucincau!

 

 

 

(kawan-kawan, talian internet saya amat slow sejak akhir-akhir ini. Saya mohon maaf ya, jika terlambat membalas kunjungan kawan-kawan semua. Rasa nak tukar Unifi  je lah! Grrrr…..)

Isnin, April 04, 2011

Pentingnya Membodek

 

Sebagai seorang ibu yang berusaha mendidik anak-anak menuju ke arah kegemilangan hidup, maka saya banyak menelaah dan mempraktikkan tips-tips berkaitan parenting skills dalam amalan harian. Salah satu tip yang setiap hari 3, 4x saya amalkan ialah membodek anak-anak.

Eh tapi sebelum itu saya nak terangkan maksud membodek dahulu. Bodek? Gapo gak? Kejadah apa nak bodek anak-anak nih? OK membodek more less mengampu. Maksudnya di sini ialah kita memberi pujian berlebih-lebihan kepada mereka bertujuan untuk mendapatkan faedah-faedahnya. Betul tak? Apa?  Salah?! Hahaha saya pun pening dengan definisi sendiri.

Hmmm whatever! Taktik ini memang terbukti amat berkesan. Sebagai contoh, bila saya minta anak-anak  kemaskan ruang tamu, bila anak berjaya lakukannya kadang-kadang pujian saya agak over sikit seperti……

“O wah terima kasih banyak-banyak ye sebab anak ibu ni cepat betul bila disuruh buat kerja. Best lah.” Seriously muka anak-anak akan happy giler. 

Lepas tu bodek lagi.

“Tak macam sesetengah anak orang lain… kadang-kadang bila mak diorang minta tolong, diorang buat endah tak endah aje atau tarik muka masam macam jeruk. Nasib baiklah ibu dapat anak yang rajin. Dah la rajin manis-manis pulak tuuu.”

Walaupun nampak macam ada agenda tersirat tetapi hasilnya cukup lumayan. Secara automatic (bukan manual) wajah anak-anak akan bertukar ceria. Muka sorang-sorang sungguh teruja.  Lari-lari sana-sini gelak-gelak dan sangat bersemangat seolah-olah meminta supaya saya suruh mereka buat kerja-kerja lain yang lebih mencabar lagi seperti menukar mentol terbakar, menyembat baju kurung, menyapu sawang, membaiki paip bocor atau membersihkan bumbung rumah.

See, betapa hebatnya fungsi membodek dalam mendidik anak. Amalkanlah selalu. Di samping itu dapat meningkatkan self esteem mereka!

 

 

Caucincau!

Jumaat, Februari 25, 2011

Awak Sihat?

Assalam,

Tidak terburu-buru itu SABAR

Jika insaf itu SEDAR

Ucap janji itu NAZAR

Belum makan itu terasa LAPAR

Selepas Zuhur itu ASAR

Usaha itu IKHTIAR

Yang baca ni apa KHABAR????

 Smile

 

Hmmm.. curious sebab malam semalam bila jengah rakan-rakan blogger, ramai pulak duk mengadu demam selsema segala. Alahai…simpatinya. Mungkin akibat perubahan cuaca sejak akhir-akhir ni yang kejap panas kejap hujan, kan.

Okaylah, uols percaya tak kalau saya kata  dah hampir 3 tahun saya tak pernah mengalami demam atau selsema. Tak percaya? Betuuuul….tak tipu.  Alhamdulillah….Syukur sangat-sangat atas nikmatNya. Ini bukanlah bermakna saya tak pernah langsung sakit. Pernah juga sekali dulu saya mengalami batuk dan kadang-kadang ada juga sakit kepala sebab tak cukup tidur.  Tapi demam dan selsema memang dah lama tak kena.

Maka, pada hari ini tergerak pula hati saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian  tips yang saya amalkan untuk kekal sihat sepanjang masa.

 

Ladies and gentlemen, dengan ini saya mempersembahkan……hek eleh..

 

redaxon 015

Macam biasa, gambar tak pernah clear… Sad smile

 

basuh kain 071

 

Hahaha… saya tak adalah baca jampi saripah atau amalkan rahsia-rahsia pelik. Selain tidak putus berdoa di akhir solat, saya cuma amalkan mengambil Redoxon Vitamin C Effervescent sebagaimana gambar kat atas tu haaa.

Kita semua tahu Vitamin C boleh diperolehi daripada makanan yang dimakan setiap hari tapi it’s not enough for our bodies. Sebab itu lah saya selalu amalkan mengambil Vitamin C ini setiap hari especially kalau time rasa penat atau kalau hidung asyik terbersin aje, I will immediately take my Redoxon as soon as possible.

Tablet Redoxon Double Action Effervescent adalah kombinasi Vitamin C berkepekatan tinggi dan Zink yang amat penting untuk mengekalkan sistem immunisasi badan serta menggalakkan pertumbuhan sel dan tisu badan yang sihat. Dikatakan tablet jenis effervescent adalah lebih tinggi kadar penyerapannya berbanding tablet biasa.

 

Vitamin C: bekerja dengan sel darah putih untuk mengekalkan sistem immunisasi yang sihat

  • Antioksida yang meneutralkan radikal bebas  
  • Diperlukan dalam diet setiap hari kerana ia tidak dapat disimpan dalam badan untuk jangkamasa yang lama

Zink: juga membantu mengekalkan sistem immunisasi yang sihat

  • Diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit

 

Setiap tablet mengandungi 1000 mg vitamin C. Rasanya sedap dan saya sangat sukakan perisa oren. Since there is no artificial colours, flavours and preservatives in this product, jadi tak perlulah risau akan kesan sampingannya. CUBA TRY TEST!

 

Uols ada tak, tips lain yang boleh dikongsi untuk kekal sihat?  Jom share!

 

Today’s Lesson:

Mencegah itu lebih baik dari merawat.

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...