Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label Permata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permata. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 18, 2012

Salah Sebut

 

 

As Salam ladies,

 

SSL tengah gosok baju. Budak Syifa pulak duk ralit  melukis gambar rumah. Tiba-tiba dia tanya:

“Bu, rumah baru kita tu kat Ceramah Agama, kan?”

Saya macam tak faham.

“Apa dia?”

“Rumah baru kita tu kat Ceramah Agama, kan?

(Sambil gelak ternganga-nganga) “ Bukan Ceramah Agama, la dik. Kat Saujana Utama!”

“Ooooooo….”

 

 

hiland mush 024

 

 

 

 

Caucincau!

Khamis, Mei 10, 2012

Puasa

 

As Salam ladies,

 

Memandangkan hari ni cuaca panas maka amatlah sesuai untuk saya kemaskini blog. Aikkk apa kena mengena? Memang tak de kena mengena pon…guraulah….hehe gurau senda membawa bahagia. Semalam adalah hari ketujuh daku berpuasa. Kena ganti lekas-lekas sebab tak lama lagi kan bulan-bulan barakah akan muncul. Makanya, lepas ni eloklah mengerjakan puasa sunat pulak. Jangan lupa ya SSL tarikh-tarikh di bawah:-

 

1. Puasa sunat tiap hari Isnin dan Khamis (kalendar Hijriah/Masihi).

 

2. Puasa Tiga Hari Setiap Bulan (Tanggal 13,14,15 di kalendar Hijriah)
- 8, 9, 10 Disember 2011/Muharram 1433 H
- 7, 8, 9 Januari 2012/Safar 1433 H
- 5, 6, 7 Februari 2012/Rabi’ul Awwal 1433 H
- 6, 7, 8 Mac 2012/Rabi’ul Akhir 1433 H
- 5, 6, 7 April 2012/Jamadil Awwal 1433 H
- 4, 5, 6 Mei 2012/Jamadil Akhir 1433 H
- 3, 4, 5(Nisfu Syaaban) Jun 2012/Rejab 1433 H
- 3, 4, 5 Julai 2012/Sya’ban 1433 H
- Puasa (wajib) Ramadhan 1433 H – 20 Julai – 18 Ogos 2012
- 31 Ogos, 1, 2 September 2012/Syawal 1433 H
- 29, 30 September, 1 Oktober 2012/Zulkaedah 1433 H
- 29, 30, 31 Oktober 2012/Zulhijjah 1433 H. ***29 Oktober = hari terakhir Tasyriq, tidak boleh berpuasa***

 

3. Puasa Sepertiga Bulan – Yakni di bulan Zulhijjah (antara 17 September – 16 Oktober 2012).
Puasa pada 9 Zulhijjah (Arafah) bagi selain orang yang melaksanakan haji. Tanggal 25 Oktober 2012.
Puasa dilakuan 17 September – 16 Oktober 2012, terputus dengan Aidul Adha dan hari Tasyrik, dilanjutkan lagi pada 30 & 31 Oktober 2012.

Tidak boleh berpuasa :
Hari Aidil Adha – 10 Zulhijjah / 26 Oktober 2012.
Hari Tasyriq 11,12,13 Zulhijjah / 27, 28, 29 Oktober 2012.

 

4. Puasa Bulan Muharram – ‘Asyura’ selama 3 hari – 9, 10, 11 Muharram (4, 5, 6 Disember 2011).
Sangat dianjurkan tarikh 9 dan 10 (Tasu’a dan ‘Asyura). Boleh juga dilakukan tarikh 10 dan 11.

 

5. Puasa pada sebahagian bulan Sya’ban
Antara 21 Jun – 19 Julai 2012.

 

6. Puasa pada bulan Syawal – 6 hari
Tidak diperkenankan puasa pada 1 Syawal (19 Ogos 2012)
Antara 20 Ogos – 16 September 2012.

 

7. Puasa Daud – berpuasa selang seli
Berpuasa satu hari lalu berbuka satu hari. *kecuali hari2 yang dilarang berpuasa*

 

sumber: Blog Tausyiah275

 

 

Semalam SSL masak simple jah. Eceh, selama ni mana la pernah masak benda-benda leceh lagipon. Malas lah nak masak nasi sebab nasi ayam menu berbuka hari sebelumnya pun masih lagi berlambak dalam periuk, aduhhh sadisnya…. sungguh mengundang tangis dalam hati bila ada anak yang sangat cerewet bab-bab makan neh. Eh, eh mengumpat anak pulak padahal mereka tak berdosa! Nasib baiklah hari ni daku tak puasa ngeh3x….

 

 

     kt 025

Semalam berbuka dengan Char Kuay Teow Penang. Resepi di sini

 

 

Masa duk sibuk-sibuk masak, datanglah si budak cerewet….

“Ibu masak apa?”

“Kuay teow. Along nak?”

“Boleh jugak tapi Along punya tak nak bawang, tak nak kicap, tak nak sayur, tak nak cili, tak nak udang dan sotong!”

“Camner tuh???!!! Hmmmm…..”

 


 

kteow

OK siap!!!

 

 

Amacam? Zalim tak? Alah. Cakap saja. Ngeh3x…..

 

 

 

Caucincau!

Khamis, April 26, 2012

Berangan Tak Hengat

 

 

As Salam ladies,

 

Maaflah kerana agak lama menyepi. Minggu ini suasana kehidupan SSL agak sendu bila seorang demi seorang anak beranak kami jatuh sakit. Minggu lepas Syifa, kini tiba giliran Along dan Nyanyah pulak mengambil tempat. Bila mereka tak sihat mood SSL pun turut swing. Semenjak hari Isnin lagi, setiap kali hendak menconteng sesuatu di dalam blog tiba-tiba mood bertukar menjadi tidak okay. Mata sekadar terkebil-kebil menghadap skrin laptop sambil hati merungut eee bosan gle lah kau neh! Rasanya skrin pun turut menyampah menghadap SSL. Disebabkan masing-masing dah bosan dan menyampah antara satu sama lain maka SSL pun buat keputusan untuk jauhkan diri buat seketika dari laptop yang bosan gle neh…. maka sebab itulah blog ini tak terblog. Ada faham? Macam pening sikitlah ayat berciri Padayappa ni huhuhu!

 

Dan hari ini, mood swingku sudah beransur hilang. SSL sudah okay sikit dah hari ni. Laptop, laptop…… kita kawan balik nak? Ngeh3x….. Maka pada petang ini, sambil uols mengunyah asam boi tu apakata marilah sama-sama kita ikuti sebuah cerita SSL yang tak semenggah mana dan berciri ‘main hentam saja’ ni! Cerita tentang aktiviti yang dilakukan oleh kami err….bila lah entah..… errr….uols tak payahlah ambil peduli sangat tentang tarikh kejadian okay cukuplah sekadar ambil tahu gitu-gitu saja. Aik? Tak faham kah? Ah, tak payahlah ambil tahu gitu-gitu, cukup sekadar baca sajalah apa yang SSL tulis ni, okay. Hadoi, masih swing lagilah rupanya SSL neh! Ntah apa-apa ntah….

 

Kebelakangan ini kami agak giat mengisi masa dengan mencari kelengkapan untuk rumah baru. Belanja-belanja jugak namun, SSL tetap dapat kekalkan bakat terpendam sebagai seorang pengurus kewangan yang bijaksana dalam menguruskan nafsu iyo la tuuu. Alah, baik ngaku cepat – bukan sebab terror kawal nafsu tapi bajet tak berapa nak ada sebenarnya sebab tulah tak dapat berbelanja dengan sewenang-wenangnya T.T

 

 

Tujuan asal  kami sebenarnya nak ke Houz Depot tapi entah macamana tetiba terbayang cermin hiasan dan aksesori bilik air Ikea yang menawan hati lalu kami termelencong ke Ikea! Nasib baiklah En. HB sporting turutkan saja ragam isterinya yang banyak cengkadak neh!

 

Sesi berangan…..

 

ikea (86)_thumb

Along, lekas kemas bilik tido!

 

 

ikea (1)_thumb

Ala ibu…..Along penatlah! Suruh Nyanyah.

 

 

ikea (3)_thumb

Eh, Nyanyah kena tolong ibu serve makanan. Amboi panjang bebeno meja makan kita ni kan…..

 

 

ikea (2)_thumb

Adoi tak laratttt …..kejap lagilah kemas bilik!

 

 

ikea (10)_thumb  ikea (13)_thumb  ikea (12)_thumb

Dah siap serve, Nyanyah cuci pinggan dan kemas rak pulak ye! Baiklah bu. Err…. ibu buat apa tu?

 

 

ikea (9)_thumb

Cuci baju ni haaaa….

 

 

ikea_thumb

Hmmm… daku bosanlah tak berbuat apa-apa!

 

 

ikea (50)_thumb

Aikk? Sape yang makan minum atas katil neh? Ni mesti angkara Nyanyah….

 

 

ikea (40)_thumb

Buk, semua bilik udah siap dikerjain! Eh, eh terspeaking Indon plak!

 

 

ikea (17)_thumb ikea (95)_thumb ikea (29)_thumb ikea (99)_thumb

Dah siap semua? Ok anak-anak! It’s play time!

 

 

ikea (33)_thumb

Ah, bosanlah main!

 

 

ikea (60)_thumb   ikea (90)_thumb    ikea (87)_thumb

Jom kita buat kecah kat dapur! Ngeh3x…..

 

 

ikea (46)_thumb nikea (37)_thumb

Oi, daripada duk buat kecah lebih baik pergi studi!

 

 

ikea (35)_thumb

Cantik tak meja studi Nyanyah?

 

 

ikea (69)_thumb

Tapi bu…. daripada studi, stido lagi best!

 

THE END

 

Hadoi, berlebih-lebihanlah pulak SSL duk berangan kan padahal ke Ikea cuma nak cari…..

 

 

ikea (64)_thumb

ini dan…..

 

 

ikea (73)_thumb

ini je…… hahaha

 

 

 

Caucincau!

Khamis, April 12, 2012

Kisah Budak Demam Kemudian Kihkihkih

 

 

As Salam ladies,

 

Perjalanan hidup saya sejak kebelakangan ini dipenuhi ranjau dan duri. Ah, bombastiklah pulak bunyinya. Macam ni cerita dia sebenarnya…. dalam hati ini  ada sedikit perasaan resah kerana si kecilku kurang sihat. Beberapa hari lalu, sumpah kencang gila jantung saya dibuatnya. Bila SSL sampai bersumpah-sumpah tu, maksud dia memang terkejut sangat-sangat lah tu. Bukan tipu punya terkejut, tau. Mana tak terkejut, badan si kecik saya bergelumang dengan haba yang tersangat panas. Kelam-kabut cari termometer. 39.3C! Ya Allah, panasnya. Ada rasa nak crying. Dah lama anak beranak kami tak jatuh sakit jadi peristiwa suhu badan dia membahang secara mendadak itu cukup buat saya panik seketika dan jadi tak menentu. Rasa nak aje letakkan dia ke dalam freeze, @#$%!&?!

 

Sejurus suami pulang dari kantor (eh, bahasa apa ni?) terus bawa dia ke klinik dan  Alhamdullillah hari ni saya dah boleh menarik nafas lega sikit. Panasnya dah semakin berkurang walaupun batuk masih lagi kedengaran azab Y.Y

 

Itu ajelah nak update.

 

Apa? Apa yang kihkihkih tu? Ops terlupa pulak tajuk entri di atas. He..he.. sebenarnya sebelum masuk blog sendiri,  sempat tadi SSL menjenguk facebook buat seketika. Dah berkurun lama benda alah tu tak dijenguk. Alah, bukan wajib pon, kan. Dan terbaca perkongsian ini……

 

 

Kihkihkih. OK bai!

 

 

 

 

 

Caucincau!

Rabu, April 04, 2012

WW : Oi, Oi, Dah Pukul 12 Malam!

 

 

 

 

noki 082

Kejap la bu……

 

 

 

 

noki 080

Adik nak main pondok-pondok neh!

 

 

 

 

Caucincau!

Rabu, Februari 15, 2012

WW : Ada Budak Beria-ia Menonton TV……

 

 

 

081020111947

 

 

081020111946

……..di Tesco!

 

 

Kat rumah tiada TV barangkali. Kesian. Anak sape la tuuuu…

 

 

 

Caucincau!

Selasa, Januari 03, 2012

Murah Betul

 

As Salam ladies, HNY!

 

Seruan membeli-belah datang bertalu-talu. Kali ini seruannya datang dari post ajumohit. Jadi, mula-mula mari salahkan ajumohit….. ngeh3x! Nak salahkan orang aje tahu….Smile with tongue out

 

Rasanya baru je beberapa minggu lepas kerja memborong pakaian anak-anak telah saya kerjakan di Sogo namun kali ini saya digoda pula dengan tawaran hebat Hytex Warehouse Year End Sale!  Lets Shop Til You Drop, bebeh!!!! Oh, tidakkkkkk!

 

Ahad lepas, bersandarkan sedikit maklumat dari post aju maka kami akhirnya sampai jua ke sini….. Thanx aju!

 

Family Dec2011 169

 

Lokasi  : Hytex Garments Sdn Bhd, Lot 11 & 12 Taman Ehsan, Jalan E1/1, Kawasan Perindustrian Taman Ehsan, Kepong. (www.hytex.com.my)

Baby and kids items :  Tenderly, Disney, Looney Tunes, Winnie the Pooh and Issue

Adults items : Disney, Puma

 

 

Family Dec2011 161

 

Tanpa menghiraukan suhu gudang yang membahang, masing-masing menggelupur berebut memilih jenama kesukaan. Barangan murah menjadikan aktiviti membeli-belah lebih puas dan kebestannya sungguh tidak terperi.

 

 

Family Dec2011 164 Wajah comot kusut masai bermandikan peluh

 

Setelah hampir sejam setengah  duk tenggelam dalam keasyikan  tiba-tiba saya tersentak lantas tersedar yang diri ini hampir menuju ke ambang muflis. Tiap-tiap minggu kau shopping!! Apa nak jadi neh…. Lalu, dengan perasaan insaf kami pun pulanglah ke pangkal jalan.  Sebaik sahaja selesai membayar, saya tahan saja perasaan paling suci ini ketika melintasi longgokan jeans Disney yang  sungguh murah harganya. Terlalu murah, terlalu! *Pejam mata, ingat Allah*

 

 

Family Dec2011 166 Kanak-kanak di pangkal jalan…

 

 

Sewaktu mahu pulang, model-model tetap mula merengek akibat dahaga di tekak yang sangat kronik lantas kami singgah sebentar ke Restoran Odin. Dan dengan berbekalkan wang yang masih berbaki sedikit, kami  juga mengorder makan tengahari.

 

Family Dec2011 186 Tak nak makan! Jangan membazir, nak. Kita dah miskin ni……

 

 

Family Dec2011 185Air, air….mana air?

 

 

Baiklah, inilah baju basahan yang telah berjaya dibawa pulang :-

 

burhyt 064 

Baju    : RM49.90 setiap satu RM5

Seluar : RM69.90 RM10 & RM8

 

 

burhyt 067 

Baju T : RM49.90 – RM65.00 RM3 – RM5

 

 

burhyt 077

Seluar Trek : RM69.90 setiap satu  RM12

Seluar pendek : RM3

 

 

Murah, kan?  Open-mouthed smileRolling on the floor laughingWinking smile

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...