Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan

Isnin, Julai 04, 2011

Mana Ada Perempuan Membebel

Salam ladies,

 

Hari ini mari kita bersembang-sembang kosong, jom? Saya terfikir topik perempuan membebel. Uols suka membebel tak? Hihihi…. Haisyh….mana ada perempuan membebel. Kan? Kan?

Saya rasa tak wajarlah label perempuan membebel sebab perempuan sebenarnya bukan membebel tapi menegur. Menegur tu tandanya sayang, tau. Cuba kita ambil contoh mak-mak, itu ini dia tegur..sebab apa? Sebab sayang.

“ Baju kotor letak dalam bakul, ingat ibu ni lori Alam Flora ke nak kutip baju bersepah.”

“Gosok gigi, berapa kali nak cakap prok prek prok…”

“Lepas main, kemas balik menan tu bla bli blu..”

“Nampak sampah ada pulak kuis pakai kaki, cuba tolong kutip dan buang..bla bli blu”

Kalau anak-anak tetap juga buat aktiviti kecah, sekali dua kali patploh kali, jadi tongkang pecah lah rumah jawabnya. Pengsan mak! Nak tak nak memang perempuan terpaksa menegur tambah-tambah pada yang jenis jenuh duk bercakap berbuih mulut tapi masih tak reti-reti lagi maka lagi panjanglah ceritanya.

Kalau nak harap kaum bapak, jarang sekali bapak-bapak yang buat macam tu. Semua serah kat mak, sampai selalulah kan kita dengar, baik lelaki, baik perempuan cakap bapak dia orang tak ambil peduli hal dia orang, bulat-bulat semuanya serah kat mak.

Tapi memang lumrah  pun, perempuan kalau nak terangkan sesuatu, suka memberi maklumat berjela-jela. Jadi terang benderang ni semua memang aktiviti perempuan sebab tu kebanyakan cikgu terdiri daripada orang perempuan. Maka itu, makin menyerlah lah lagi fakta perempuan sinonim dengan bercakap off track yang kalau hati tak puas tak akan diam punya.

Kalau dengan suami pulak, kadang-kadang isteri terpaksa menegur.

“Abang….. kan saya dah cakap banyak kali bla bli blu…”

 

 

Alahai, encik-encik suami….kalau semua baik-baik saja isteri akan diam tapi kalau ada yang tak kena, isteri memang kena tegur...bukannya untuk apa, bukan kerana siapa, untuk kebaikan bersama juga. Betul! Memang macam tulah wanita, naluri kewanitaan dan keibuan tetap tebal, yang dah berumah tangga, sayang suami, sayang anak; yang berteman, sayang teman lelaki.

Lagi pun sunyilah hidup kalau perempuan diam, kan. Jangan sampai tahap buatlah apa pun, katalah apa saja, perempuan diam je, uk tidak, ek tidak. Satu, mungkin sebab malas nak panjang cerita, malas nak gaduh-gaduh. Kalau sebab ni, tak apa lagi..tapi kalau sampai tahap senyap sebab dah tak kuasa, tahap `ada aku kisah’...haaaa...ni bahaya ni. Jadi lelaki, cubalah bersikap empati.

Cuba kita hayati kisah di bawah ni:-

Ada seorang pemuda datang rumah Khalifah Umar Al-Khattab untuk mengadu masalah isteri kuat berleter hinggakan mereka selalu bergaduh. Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tadi tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, "Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Jadi buat para suami sekalian, seandainya tidak mahu isteri anda bertukar jadi DJ Hot.fm, bercakap tanpa henti hingga tiada ruang untuk iklan maka cuba-cubalah perbaiki keadaan. Jadilah a good listener, mendengar dengan teliti apa yang isterimu cakap dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan berasa tidak puas hati dan tidak akan diam.

Alangkah cairnya hati seorang perempuan andai mendapat lelaki yang memahami. Yang kalau kita nak bercerita, dia serius mendengar, bila diajak berbincang, buah pendapatnya bernas, masuk akal; kalau sedih, dia pandai menceriakan, kalau marah, dia pandai meredakan; bila merajuk, dia laju memujuk. Lagi best, tanpa perlu berkata-kata, tak payah bercerita, tanpa perlu buat muka, tarik muncung, dia tahu apa yang kita fikir, apa dalam otak kita, apa isi hati kita. Dengan lelaki sebegini sahih perempuan tak akan pot pet pot pet punya! Betul, seriyes!

   

 

Caucincau!

Selasa, April 26, 2011

Tayang Cincin

 

 

   

Cincin permata shapphire 18 carat diikat dengan 14 batu berlian ini merupakan cincin pertunangan Lady Diana dengan Putera Charles pada 1981.

   

Pangeran William & Kate Middleton (Google)  

Prince William kemudiannya memberikan cincin warisan mendiang Lady Diana kepada Kate Middleton semasa majlis pertunangan mereka pada tahun 2010.  Harga cincin dikatakan bernilai lebih kurang RM240 000! 

 

Hek eleh, nak menyelit jugak…….

scan0001 cin26411 037

Dipercayai cincin permata sapphire berkarat  juga turut menjadi pilihan anak raja keturunan Batu Bara untuk melamar Lady So Shy (siap tukar nama, sabar je laaa…) sedekad yang lalu. Khabarnya cincin tersebut bernilai ratusan ribu rupiah.

 

GEDIK SUNGGUH! Ah, tak payah cakap……dah taip dah pun. Hihiiii

 

OK, jangan lupa semua ya! Jom  kita raikan detik bersejarah perkahwinan antara dua ikon dunia, Putera William dan Kate Middleton yang akan berlangsung pada 29 April ini. Laporan eksklusif oleh kru ntv7 di London bakal disiarkan secara langsung pada Jumaat ini, dari jam 3 petang hingga 8.30 malam.

 

 

Caucincau!

Rabu, April 06, 2011

Tak Baik La Wei!!!!

 

Salam sejahtera buat semua kengkawan best yang selalu menjenguk dan berkongsi rasa di sini…. I lap U! Juga salam sejahtera buat pembaca  senyap bucuk cayang saya yang sering singgah dalam diam, haiiii!

Baru-baru ini, last week ke bila ntah….saya ada singgah blog kengkawan =sz= dan Hanis Azla…. haisyhhh tiba-tiba aje hati ini cukup sentap baca entri diorang! 

Eh, relaks aaaa…. jangan buruk sangka ye! Diorang tak buat salah pape pun cuma hati saya rasa sebal sangat-sangat tatkala baca entri tentang kisah KECURANGAN yang mereka paparkan. Rasa kesian membuak-buak mengenangkan nasib isteri-isteri yang teraniaya dek  perangai kongkalikong suami masing-masing sebagaimana nasib kawan Hanis yang terpaksa menelan kepahitan dicurangi suami buat kesekian kalinya, tak serik-serik walaupun sudah diberi peluang kedua. Benci la!

Wei tok tok laki, apa curang curang ni ehhh?!!!! Tak baik la wei…… Why do men cheat on women?! Walaupun kaum perempuan pun ada juga yang curang tetapi berdasarkan statistik yang saya buat sendiri kebanyakan kes keruntuhan rumahtangga hari ini adalah berpunca daripada sikap kaum lelaki yang sungguh tidak bertanggungjawab! Sila panas bontot ye….

Sekali lagi, wahai tok tok laki mengapa mesti curang dan mengapa sampai hati melukakan hati bini mu? Tidak ingatkah janji mu pada yang tersayang dulu-dulu? Mula-mula kawin dulu segalanya manis tetapi lama-lama hilang dah yang manis-manis tu… yang tinggal cuma kencing manis! Brengsek!

                                             

 

Senario sejurus selepas nikah..

 Suami : Ya, akhirnya tibalah jua saat yang aku tunggu sejak sekian lama.

Isteri : Apakah kau rela berpisah denganku?

Suami : Tentu Tidak!! Jangan pernah kau berfikiran seperti itu.

Isteri : Apakah kau mencintaiku ??

Suami : Tentu!! Selamanya akan tetap begitu.

Isteri: Apakah kau pernah ingin berlaku curang??

Suami : Tidak!! Aku tak akan pernah melakukan hal buruk itu.

Isteri : Mahukah kau setia padaku??

Suami : Ya.

Isteri: Sayangku.......

Senario sesudah 5 tahun nikah....sila baca dari bawah ke atas!

 

Wahai tok tok laki…..best ke berlaku curang? Rasa macam hebat sangat ke dapat simpan lebih daripada sorang? Kenapa curang….ke sebab saje nak test market heh? Benci lah @#$%^& !! Hei janganlah hanya fikirkan nafsu sendiri je hingga perasaan isteri dan anak-anak langsung diabaikan. Tak kesiankah pada mereka? Tidakkah anda tahu betapa hancur luluhnya hati mereka. Pedih tau! Pedihnya macam pada suatu hari, kita sedang sibuk-sibuk kat dapur menyiapkan kerabu kaki ayam hek eleh, tak de contoh lain ke? lepas tu masa kita leka mayang  bawang tiba-tiba terhiris jari. Berdarah. Dalam pulak tu. Adedehhh sakitttt! Tapi sebab nak cepat, kita tak balut luka tu then kita terperah limau. Wei, pedih  pedih jari aku. Tolong! Tolong! Haa….macam tu lah rasa dia! Lalu kerabu tersebut pun dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tamat.

Lagi menambahkan rasa menyampah ialah bila dengar penjelasan tok laki bila dah terkantoi. Dah la menganiaya anak isteri lepas tu bila kena tangkap mulalah beri pelbagai alasan yang tak munasarawak langsung. Rasa nak sekeh aje kepala diorang  bila bagi alasan:-

U dah tak cantik, berlemak sana sini….hilang selera I!! Badan sendiri boroi macam bai jual roti tak cermin pulak!

U asyik dengan anak aje. Badan U pun dah bau muntah baby…jijik I! Dengan anak hasil sperm sendiri pun nak berkira.

U sibuk dengan kerja, kerja, kerja! I langsung U tak endahkan!! Habis kalau tak kerja camno nak bayar instalment kereta, rumah, bil, diapers bla bli blu…..

Asal I balik rumah aje, U membebel. Asal U membebel aje, I balik rumah! Mana I tak bosannnn…Ah! Alasan. Habis yang duk merungut serba tak kena, ingat isteri tak bosan ke…

Seriyes memang spesies suami sedemikian ialah spesies yang cetek ilmu munakahatnya, kurang bertanggungjawab.

Jadi, kesimpulannya tak kira suami atau isteri hari ini jagalah rumahtangga masing-masing sebaik-baiknya. Tak payah lah nak test test market. No curang curang, ok. Sedap memanglah sedap tetapi cuma sementara sahaja. Isteri dan anak-anak adalah amanah Allah. Sang suami jangan hanya cuba nak mencari kekurangan anak dan isteri sahaja tetapi sebagai seorang khalifah, jalankan tugas membentuk dan membimbing mereka sebaik-baiknya. Jadikan dirimu contoh terbaik dalam rumahtangga.

 

 

Caucincau!

Khamis, Disember 09, 2010

Jom Kita Ketawa…..Hik!Hik!Hik!

 

nana sein

Bagaikan terkena badi, satu demi satu rumah tangga pasangan yang pernah menyertai program hiburan realiti, Sehati Berdansa berdepan krisis yang berakhir dengan perceraian. Terbaru, pasangan juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam. 

Sein dan Nana merupakan pasangan ketujuh program realiti Sehati Berdansa yang bercerai setelah rumah tangga mereka dilanda badai. 

Menyedihkan…. 

Apa-apa pun hikmah sudah sepastinya ada, "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan". Insyallah, mudah-mudahan mereka belajar dari kesilapan dan semoga turut menjadi pengajaran kepada kita semua supaya mencari jalan untuk mempertahankan ikatan suci dengan pasangan masing-masing! 

Ok, supaya tak terkeluar tajuk, nanti kena potong markah….ada beberapa tips kerukunan rumahtangga ingin saya kongsi dengan anda anda semua. Ececeh…. macam perunding perkahwinan la pulak. Heheh… boleh la, kan!

 ketawa

Tahukah anda, perceraian boleh dielakkan dengan ketawa. Ini bukan saya yang kata tetapi teori ni dinyatakan oleh Kaunselor perkahwinan, Nancy Wasson, Ph.D

Menurut beliau, unsur-unsur humor yang kena pada tempatnya boleh menjadi penawar terutamanya ketika perbalahan antara pasangan. Menurut beliau, salah satu cara untuk mengelakkan perceraian ialah dengan melebihkan ketawa. Tambah beliau lagi, faktor utama yang menyebabkan runtuhnya ikatan perkahwinan ialah kemarahan dan kekecewaan. Dan ubat kepada masalah-masalah berikut adalah ketawa.

Pasangan yang tahu bagaimana untuk menggunakan ketawa untuk meleraikan konflik sesungguhnya mempunyai kaedah yang amat bagus untuk mengekalkan keintiman emosi dalam sesebuah perkahwinan. Ini adalah benar kerana ketawa bertindak sebagai injap keselamatan bagi mengelakkan terjadinya perselisihan faham dalam perhubungan. 


suami_isteri
 
Today’s Lesson :
Jom kita praktikkan tips-tips di atas. Mulai sekarang saya nak ketawa dengan En. Hubby banyak-banyak. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan, malahan ketawa juga ubat untuk menghilangkan stress, melawan sel pembunuh tumor dan virus semulajadi, memberi manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit serta mengawal tekanan darah dan kadar degupan jantung. Wah, banyak sungguh kelebihan ketawa.

laughter

Jadi uols jangan lupa untuk ketawa selalu tetapi  janganlah keterlaluan pulak Kah!Kah!Kah! cukup sekadar Hik!Hik!Hik! sahaja, ok.

 
kucing-ketawa
Hik!Hik!Hik! Cute tak saya ketawa?


Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...