Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label Ihaveread. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ihaveread. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 13, 2012

Pernahkah Tertelan Makhluk Ini?

 

As Salam ladies,

 

Hari ini SSL ingin sekali berkongsi secebis ilmu dengan para sahabat sekalian kerana hari ini entry adalah bersifat fakta. Harap semua akan berasa lega sebab mulai  sekarang SSL sedang menimbang untuk mengurangkan sedikit gaya merapu dalam penulisan.  Menurut sumber yang boleh dipercayai, keadaan ini berlaku mungkin sebagai petanda bahawa SSL tersebut bakal mengubah dan mengupgradekan kandungan blog beliau!

 

SSL rasa sudah tibalah masanya untuk beliau berubah. Adalah tidak wajar lagi untuk beliau berkongsi dengan anda kisah-kisah peribadi yang sensasi contohnya seperti  entri Sweet Sewing dan sebagainya  kerana entri sedemikian sungguh kurang menjana minda. SSL ingin jadikan bog ini gedung maklumat yang hanya membincangkan isu-isu secara ilmiah sahaja. Mulai sekarang blog ini akan menjadi blog yang lebih serius.

 

“Blog ilmiah? Ala bosan la macam ni…..SSL, kenapa berlaku macam ni?” Mungkin ada yang tertanya-tanya.

 

“SSL kenapa berlaku macam ni?”

 

“SSL……” Dah, jangan tanya lagi….

 

Ya, benar… saya cuma akan berkongsi isu-isu ilmiah sahaja di blog ini. Bukan senang nak tengok saya menulis gaya ilmiah, bukan? Hanya akan dibuat semasa tak ada modal sahaja…eh…eh terkantoilah pulak. Ha..ha…

 

Oklah malas la nak menipu orang secara keterlaluan. Sebenarnya tengah tak ada modal nak menggoreng dan merapu ni…ha..ha… Kan senang terus terang macam ni. Ya ampun, sungguh tak terpuji menipu orang dalam blog! Smile with tongue out Ah, lastly, merapu jugak. Dasar!

 

Maka tak perlu berselindung lagi. Ye, saya cuma nak berkongsi isu ilmiah sebab saya dah tak ada modal nak menulis ha..ha… Puas duk pikir apa yang nak dikongsikan pada hari ini. Inilah padahnya  bila berangan nak jadi blogger tegar, ada idea ke tak ada idea ke, tetap nak tulis blog walaupun dalam kepala tak ada idea. See, ayat pun dah berbelit-belit!

 

…..jadi, sebelum SSL memandu anda ke jalan yang tidak benar, maka moleklah kiranya kita pergi kepada tajuk di atas tadi. Baiklah, hari ini saya hidangkan anda semua dengan maklumat yang diceduk dari cari.com.my. Harap memberi info berguna kepada kita. Jom layan apa ke benda yang ilmiah bebeno tu…..ngeh3x

 

 

Tahukah anda yang kita selalu termakan atau tertelan sesuatu makhluk secara sedar atau tidak? Kira makhluk ni memang wajib la masuk dalam badan. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. Woow…
Mungkin kalau boleh tengok dengar mata kasar, memang tak sanggup la untuk menelannya. Makhluk ini telah di zoom hingga berpuluh-puluh kali untuk memperlihatkan rupa yang sebenar!

 

1. Bakteria atau kutu debu

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Andai kata kita dapat melihat mereka, memang tak tidur malam lah nampak gayanya! Isk3

 


 

2. Bakteria di bulu kucing dan anjing

Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan makhluk-makhluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope Zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali. Memang menyeramkan! Nampak macam makhluk asing pun ada..haha

 


3. Bakteria di dalam roti

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Cuba bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Classic white yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini.Oleh itu, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

 

4. Larva lalat hijau

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali (100x zoom). Bayangkan bagaimana makhluk ini masuk ke dalam mulut kita?

 

Amacam, agak-agak pernah tertelan tak makhluk nih?Confused smile

 

 

 

Caucincau!

Khamis, Disember 29, 2011

Ah Soo

 

 

Di kawasan perumahan tempat saya tinggal ada seorang ‘ah soo’. Dah tua dah. Mungkin tujuh puluh umurnya. Mungkin lebih. Rambut dia kalau tengok dari jauh semuanya putih dan kalau tengok dari dekat pula dah tak ada hitamnya.

 

Kebanyakan orang yang menetap di perumahan ini tahu di mana dia tinggal. Di sebuah rumah peninggalan suaminya dengan ditemani seorang amah Indon. Saya dapat tahu dua anaknya tinggal di rumah bersebelahan.

 

Sejak bertahun-tahun lalu, setiap pagi dan kadang-kadang setiap petang, ah soo itu akan kelihatan menolak basikalnya. Basikal itu pun special sikit. Pelantarnya dilebarkan dengan bantuan dua batang kayu yang saiznya kira-kira separuh lengan orang gemuk. Basikal itu pun dah tua juga dah. Tak tahulah peninggalan suami atau mendiang bapanya.

 

Dan dia bukan saja-saja menyorong basikal tu. Selalunya dia akan singgah di tempat pembuangan sampah atau di hadapan kedai-kedai. Dia akan menyelongkar. Mencari kotak, surat khabar lama, tin bekas minuman dan botol. Semuanya dikutip dan diangkut dengan basikalnya. Adakalanya jiran-jiran bermurah hati memberikan surat khabar lama atau kotak-kotak terbuang kepadanya.

 

Pernah beberapa kali saya lalu di depan rumahnya dan melihat kawasan rumah itu tidak ubah seperti pusat pengumpulan barang-barang lusuh. Di sana timbunan kotak, di sini timbunan akhbar lama, di sinu longgokan botol dan bekas tin minuman. Tak ada pokok bunga.

 

Kenapa saya bercerita tentang dia? Apakah kehebatannya?

 

Sesungguhnya ah soo itu hanya manusia biasa. Saya percaya dia bukanlah agen CIA yang menyamar sebagai pencari barang terbuang. Dia juga tidaklah boleh menjelma menjadi amoi cantik pada waktu tengah hari rembang atau ketika malam bulan mengambang sehingga melayakkannya masuk ke dalam majalah-majalah misteri yang cukup suka dibaca oleh orang-orang kita.

 

Ada sebab untuk saya menulis tentang dia. Pertama, sebab kerajinannya. Sukar untuk mencari seorang yang setua dia sanggup melakukan kerja-kerja berat segitu. Dah tu, hampir saban hari seolah-olah tidak mengenal penat dan jemu. Kebanyakan orang tua lain pada usia demikian biasanya lebih suka duduk membebel pada anak cucu kalau tak pun bersembang dengan kawan-kawan di tepi pintu.

 

Kedua, saya tertanya-tanya jika dia emak kita dan kita ini kaya sedikit, agak-agaknya sanggup tak kita biarkan dia buat kerja seperti itu? Rasa-rasanya macam tidak. Kita takut orang kata. Kita takut standard kita jatuh. Kita takut orang kata kita tak pandai jaga emak.

 

Dan ketiga, sebab paling utama ialah kerana saya baru dapat tahu ah soo itu sebenarnya seorang pesara yang pencennya pun main ribu-ribu juga.

 

Kata as soo itu, sebenarnya dia malas duduk diam. Mahu buat kerja-kerja part time rasanya sudah tidak rajin sebab tak sanggup nak tempuh jalan yang sesak hari-hari. Jadi dia pilih buat kerja itu. Boleh juga exercise, keluar juga peluh.

 

Ada lagi…….. dan katanya, duit jualan segala macam barang terbuang tu setakat ni taklah banyak sangat. Sekadar cukup untuk membawa dia makan angin ke Taiwan, Singapura, Thailand dan beberapa tempat lain setahun sekali – tanpa mengusik duit pencennya. Paling dekat pun cukup untuk dia pergi ke Langkawi.

 

Apa yang boleh anda pelajari daripada kisah ah soo itu?

 

Mungkin ada dan mungkin tak ada apa-apa.

 

Terserah……

 

 

 

Caucincau!

Rabu, Oktober 05, 2011

Agenda Mereka

 

 

 

 

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran.
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.


Tolong Baca. Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (terus reject).
Sila baca dan edarkan, kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.


Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

 

 

By: MataHati AinulQalbi

Sumber: Facebook

Khamis, September 22, 2011

Membunuh Isteri Menikmati Pencen Lantas Mengecapi Nikmat Kehidupan Betul Ka???

 

Salam ladies,

 

Kira-kira 1 minggu yang lalu saya telah diberikan satu kes untuk siasatan berkaitan kes bunuh, lebih tragis kes bunuh itu melibatkan si suami yang membunuh isterinya sendiri. Ya siasatan kami cukup berbeza dari siasatan pihak berkuasa lain, kenapa ianya berbeza??? Kerana kami bukan untuk menghukum bahkan kami siasat dan melengkapkan beberapa dokumen untuk "membantu pembunuh itu merima apa yang seharusnya beliau terima mengikut peruntukan Akta kami." Membantu pembunuh??? Alangkah kejam sekali!Ya sekali imbas begitulah...


Untuk itu seawal jam 9 pagi saya dan seorang rakan setugas telah berada di penjara Kluang untuk sesi temuduga pesalah kes bunuh tersebut, macam biasa bilamana masuk ke kawasan penjara telefon bimbit dan kemera terpaksa ditinggalkan, maka tak dapat la saya merakam sesuatu untuk kenang-kenangan saya di kemudian hari.


Sebenarnya sebelum berjumpa si pembunuh ini saya sebenar-benarnya amat berat hati dan tidak sanggup untuk menolongnya atas kapasiti peribadi! Untuk apa saya perlu membantu pembunuh!!!! Ya pada hari itu saya berpeluang bertanyakan macam-macam persoalan yang terbuku dihati..pasai pe sesuka hati dia membunuh isterinya??? Mangkuk hayun punyer orang..lu gila ka? Kalu ikutkan lantak ko la brooo..lu bukan manusia ..lu kejam!!! Ramai kawan-kawan saya katakan pada saya jika mereka la..mereka takkan bantu penjenayah semacam ini! Apa nak buat itu hak pembunuh..ya walaupun beliau pembunuh namun bukan semua haknya kita nak nafikan dari sudut perundangan! Itu jelas bro.


Sebaik sahaja masuk pintu utama penjara saya diiring ke penjara lelaki, di situ kawalan ketat dilakukan..nak masuk kedalam penjara utama pintunya macam buka pintu gua dalam cerita Ali Baba, punya la besar pintunya..setelah mendaftar masuk saya diiringi Unit Keselamatan penjara(UKP) ke sel tempat perjumpaan hmmm seingat aku satu bilik khas,peguam pun jumpa kat situlah.


Tak lama kemudian UKP yang mengiringi saya membawa si pembunuh tersebut..hmm sekali tengok banduan ni biasa sahaja, badanya kurus je, nampak baik..kecil aje pelbagai perkara terlintas dihati, bilamana dah ada di depan mata pelbagai soalan saya tanya..tak perlulah dijelaskan apa yang ditanya..ianya sulit kan beb! Namun tak dinafikan saya agak kecewa dengan beliau..walaupun saya faham beliau mempunyai masalah rumahtangga namun jalan membunuh bukan penyelesaiaan terbaik..itulah kata-kata saya padanya.


Agak panjang lebar saya menemubual beliau sambil ditemani rakan setugas dan Unit keselamatan penjara yang langsung tidak meninggalkan kami sendirian.


Saya katakan padanya di Malaysia ini kamu adalah insan yang bernasib baik!!! Cukup bernasib baik!!! Sudahlah kamu membunuh isteri kamu, kamu pulak disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat..hukuman cuma 16 tahun..dan apa yang lagi yang lebih menggembirakan sebaik kamu dibebaskan kamu akan menjadi OKB (orang kaya baru)Saya bagitahu beliau..dalam peruntukan Akta Keselamatan Sosial Perkerja 1969(AKSP 1969) kamu layak mendapat pencen..dengar baik-baik kamu layak mendapat pencen penakat dari kematian isteri kamu yang kamu dengan tangan sendiri telah membunuh isteri kamu!!! Kamu faham tak! Ya..beliau telah lama menjalani hukuman penjara atas kesalahan membunuh tanpa niat..beliau dijatuhi hukuman cuma 16 tahun..2015 bebas la beliau. InsyAllah beliau akan dapat berjumpa saya di luar nanti..jika itu yang beliau mahu!

 

 

Dalam kes ini,beliau walaupun penjenayah, pembunuh isterinya sendiri(tanpa niat)namun disebabkan isterinya adalah PENCARUM PERKESO maka kematian isterinya itu menyebabkan sang suami pembunuh isterinya itu tadi secara automatik layak menerima pencen penakat dari kematian isterinya dan pencen penakat adalah pencen seumur hidup yang akan dinikmati beliau..hebat hebat..namun itu adalah undang-undang dan itu adalah haknya!! Apa nak buat!


Bila sahaja dapat tahu beliau akan mendapat pencen penakat dan tunggakan pencen penakat wahhh bukan main gembira lagi..macam durian runtuh..duit tersepak beb! Ya walau kita geram benci menyampah dan berat hati namun HAK dan undang-undang perlu dijalankan.

Saya sempat bergurau dengannya..lepas ni lu kaya la brooo..bebas penjara 2015 lu dah de puluhan ribu..lu dah leh kahwin baru la..lu dah leh beli kereta besar..lu boleh buat bisnes broo..but jangan ulangi kesilapan bodoh kamu yang dulu!


Saya tanya pasai pa dia dihukum bunuh tanpa niat (seksyen 304 kanun keseksaan), dia jawab dia mabuk itu malam baru balik karoeke maaa..dia kata isterinya curang...hmmm bab rumahtangga..saya tanya macam mana cara lu bunuh lu punya isteri? Dia cakap wa cekik dia....mati looooooo.


Saya sempat memberi nasihat pada beliau..ya itu kesilapan lampaunya..harap sangat ia tak akan diulangi. Ini kali kedua saya ditugaskan ke penjara..kali pertama dulu di penjara Simpang Rengam juga kes sadis seorang bapa merogol anaknya..bermasalah dengan isterinya namun bila isterinya meninggal dunia akibat nahas dalam perjanan ke tempat kerja dan isteri diklasifikasikan sebagai kes bencana kerja beliau banduan ini juga menerima pencen Faedah Orang Tangunggan (FOT)seumur hidupnya ..kejam bukan!!!!!

Namun itu juga adalah haknya yang telah termaktub di dalam Akta..ya hukuman tetap hukuman..kesalahan beliau terhukum dek undang-undang jenayah yang sedia ada, namun pada masa yang sama haknya di sisi perundangan kami tidak harus dinafikan.


Ianya cukup mudah untuk difahami..jika isteri meninggal dan layak menerima pencen penakat atau FOT maka warisnya sudah tentu sang suami..dan anak-anak yang belum mencapai 21 tahun,begitu juga sebaliknya! Jelas dan amat jelas bukan? Langsung tiada kompromi walaupun kematian itu melibatkan pasangan membunuh pasangan!

Nanti la bila ada masa dan kelapangan saya akan huraikan bab dan persolan ini.Namun apa yang saya harapkan kes sebegini tidak menjadi trend..jangan hancurkan institusi kekeluargaan kita..setiap masalah ada jalan penyelesainya.


Akhir pertemuan saya dengan banduan kes membunuh(bunuh tanpa niat)saya sempat pesan padanya..you amat bernasib baik..you tak dihukum seksyen 302..you selamat..you keluar penjara you kaya..namun you ingat la jangan sesekali ulangi perbutan sebegini lagi..tak seumur hidup kamu, kamu sentiasa bernasib baik..gunalah duit pencen ini untuk memulakan hidup baru..ada masa jika saya masih di sini maka berkunjung la ke pejabat dan cari saya jika perlu khidmat nasihat!


 

Sumber : Saya kopipes dari blog Kabutar Diesel…..what say U?

 

 

Caucincau!

Jumaat, April 01, 2011

Lucu Ya!!!

Salam Jumaat semua,

 

Lucu ya......!!!
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke Starhill


Lucu ya..
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Desperate Housewives"


Lucu ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung


Lucu ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan


Lucu ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang


Lucu ya..
Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah


Lucu ya..
Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar


Lucu ya..
Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah


Lucu ya..
Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip


Lucu ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa


Lucu ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali..

 

 

 

Sumber: Unknown

 

Today’s Lesson

Pedih, pedih…..bila nak jadi baik nihhh?!  Meh la kita sama-sama memperbaiki diri  huhuhu

Selasa, Mac 08, 2011

Kita Sangat Istimewa…

Salam Ladies!

Mengapa WANITA sangat istimewa……

Mama dan papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. ‘..I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah….’
Mama pun pergi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ada pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…

Susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kain lap je lah…
Tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

Baru teringat tak semayang lagi…on da way nak pergi bilik, papa tengok tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsema…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak..terlupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

Ternampak pulak beg pergi kerja…emm..besok nak pakai beg Polo coklat lah, asyik-asyik pakai beg hitam ni je…salin jap barang ke beg coklat…ceck sumua 6 poket beg, takut la tertinggal apa-apa..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli beg baru ni…rasanya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni dia..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…’..U buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..’….’..yelah nak tido la ni..nak semayang jap…’

Masuk toilet..buat apa-apa yang patut…cuci muka dulu..2 jenis pulak tu…adoi..gosok gigi…semayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
Nanti orang kata muda lagi tapi dah macam anak 7 pulak…huhuhuhu…

Bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
La, kenapa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …pergi dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok-elok…kemaskan baju gantung-gantung…masukkan seluar papa yang dah kotor ke dalam tempat kotor…ok settle..

Dengar suara papa lagi…’..I dah ngantuk ni..’..dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang-senang je perompak masuk rompak rumah aku…bukak lampu luar..

Ni mainan ni sepah-sepah…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyaknya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …

Ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan dia…la..napa basah ni…emm, tukar la pampers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti pergi Sogo 25 hb ni beli la sekali…Ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

Aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ada meeting..
Ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari Mu Tuhan…papa pun bangun tutup tv…’…I dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…’…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah…setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…emak, isteri, dan kawan-kawan atas keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

 

SELAMAT HARI WANITA

 

Caucincau!

Jumaat, November 26, 2010

Diperkosa Perompak

 
Pagi-pagi lagi dah hangin. Sakit hati, sedih, marah, geram, benci semua ada bila baca berita ni! Orang yang tergamak melakukan perbuatan ni bukan lagi haiwan tetapi kategori syaitan.

Ni haa....

Kejadiannya berlaku di Kampung Melayu Subang, takde la jauh mana dari rumah I. Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit. Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.


Sumber : Harian Metro


Today’s Lesson:
Rasa menyesal pulak tak habiskan belajar seni silat pusaka gayung dulu. Sekarang ni kaum kita dah tak berapa selamat. Semua perempuan tak kira kecil, besar, buruk, lawa, seksi, bertutup habis berpotensi untuk dirogol.  Justeru itu, wahai kaum wanita marilah kita pakat join mana-mana kelas mempertahankan diri : silat, judo, taekwando, karatedo, wushu atau tinju. Pendek kata, sesapa yang ada niat tak baik tuh senang-senang jer kita karate. Saya harap semua penjenayah yang tak berhati perut itu akan mendapat pembalasaan yang setimpal.

Mereka ini bukan manusia. Binatang?


 lembu com
 Pun bukan… sebab lembu kerbau pun tahu mengawal nafsu. Tak pernah kita dengar binatang-binatang tu rogol orang atau sesama bangsa dia sendiri, kan!!

Caucincau! Marah lagi nih!

Eh..eh..lupa plak. Gambar ehsan google, rupa-rupanya dari belog ini. Best gak belog dia…

Khamis, November 25, 2010

Kenapa la perempuan ni malas sangat!!

Berleter jangan tak berleter…..Joyah bukan marahkan sesiapa tapi marahkan cik kak So Shy Lady nih….Ni Joyah nak cerita…. antara keburukan saya  dia tu kan (toleh kiri kanan buat muncung lalu berbisik)  dia tu kan malas betul nak minum air kosong. Macam budak kecik…disuruh baru buat. Eee…apa nak jadi!

Rasanya bukannya dia tak tahu manfaat minum air tuh. OK lah, ni ada Joyah baca satu artikel  dari http://www.iluvislam.com kemudian nak pass kat cik kak So Shy Lady. Bagi dia insaf sikit dan tak malas-malas lagi! Jom baca….

 

gelas

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

 

Today’s Lesson:

Ingat tu….minum 4 gelas air sebelum gosok gigi. Sanggup tak? Ala… bukan minum racun pun. InsyaAllah, moga menjadi amalan kita semua.

 

Weh, Joyah mana pulak interfrem dalam entri I nih?! Sukati dia jer….Caucincau!

Rabu, November 03, 2010

Bila Milah Pergi Ke London

london
  Ini bukan Milah

Milah pergi ke London untuk mengikuti kursus selama 2 minggu. Milah dihantar suaminya ke lapangan terbang.

“Mudah-mudahan perjalanan awak akan selamat dan bermanfaat.” Kata suaminya.

“Terima kasih, sayang. Abang nak buah tangan apa khas dari London?”

Sambil tersenyum penuh makna, suaminya berkata, “Abang mahu seorang gadis berwajah London yang cun habis.”

Dua minggu kemudian suami Milah menjemput kepulangannya di lapangan terbang.

“Sayang, macamana kursus di sana?”

“Sungguh istimewa,” kata Milah.

“Bagaimana dengan buah tangan yang abang pesan?”

“Buah tangan apa?”

“Gadis berwajah London yang cun habis tu.”

“Oh, itu. Abang jangan bimbang, saya sudah usahakan sebaik mungkin tapi kita terpaksalah tunggu dalam masa 9 bulan lagi baru boleh tahu jantinanya lelaki atau perempuan,” kata Milah sambil memegang perutnya.


Today’s Lesson

Haha…Lawak! Sebenarnya situasi yang dipaparkan ini peringatan untuk kita semua. Selagi mungkin, komunikasi kita biarlah jelas. Bukan tidak boleh cakap berselindung atau berlapik tapi biarlah kena pada situasinya. Memahami pemikiran pasangan kita adalah antara proses terpenting dalam satu-satu perhubungan. Apabila kita faham apa yang difikirkannya, kita akan tahu apa yang perlu kita sampaikan.

* Sumber :  Membina Cinta Sayang oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj



Caucincau!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...