Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label Giveaway. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Giveaway. Papar semua catatan

Rabu, April 18, 2012

Bukan Senang Nak Bertuah

 

 

As Salam ladies,

 

Posto! Posto! …..

 

 fmmln 013

Sampai jua akhirnya. Toce toce K Mulan! I lap U!

 

Memang best gle perasaan tiap kali dapat hadiah lalu membuka envelop dengan rakus.

 

 fmmln 016

Tattadaaaa…Wow, FM Pulau Redang!

 

Inilah hasil yang SSL menang jawab soalan eh, eh kalah sebenarnya he..he….

Walaupun jawab salah, tapi k Mulan tetap bermurah hati hadiahkan cenderamata. Baik betul k Mulan neh. Moga sis murah rezeki selalu, ya! Bukan senang nak bertuah kan. Jadi bila dah bertuah tu sudah pastilah daku gembira!

 

 

fmmln 025

Ku gembira
Ku gembira di hari ini

Gembira...
Gembira...

*Ku Gembira – Lagu tema Putera Katak TV3

 

 

Lagi sekali, TQ k Mulan. Daku sangat-sangat la sukahati neh. Winking smile


 

 

Caucincau!

Isnin, Januari 09, 2012

Terima Kasih Daun Keladi

 

As Salam ladies,

 

Blog ni sudah beberapa hari terabai. Malasnya nak menulis. Perasaan malas yang tak mampu ditepis. Tapi kalau tak menulis kang ada pulak yang tercabut nyawa rindu dendam kat SSL pulak nanti kang ngeh3x…….boleh blah!

 

Iye, tengah memaksa diri la ni. Amat jarang sekali saya berblog malam-malam tapi sebab ada cerita yang tak sabar-sabar hendak dikongsikan bersama sampai tak menyempat nak tunggu kedatangan hari esok maka kugagahkan jua menekan butang-butang keyboard di malam yang sunyi tetapi nyaman ini.

 

 

Kisah petang tadi……

 

Petang tadi bosan weh. Saya cuma  habiskan masa bermalas-malasan sahaja di rumah. Sambil bergolek-golekan di atas sofa, sambil layan baca novel. Amboih, macam wanita tak ada komitmen padahal baju dalam bakul bertimbun tak berlipat. Apa nak jadi ambo neh…kwang3x

 

Ketika diri ini sedang asyik-masyuk bergolek-golekan itu tiba-tiba kedengaran ketukan keras di pintu! Ah, tak adalah terkejut mana pun sebab dah  boleh agak dah siapa.

 

Secara automatik kebosanan saya hilang ditelan keterujaan. Ewah ayat … siap bermetafora lagi. Tahu la kau tengah baca novel ha..ha… Saya pun melompat membuka pintu. Eh, takk… saya bergegas capai tudung sambil merapikan wajah yang selekeh di depan cermin buat beberapa saat. Huh, sempat lagi tu… lepas tu baru bukak pintu.

 

Adik poslaju tersengih sambil hulur sebuah bungkusan. Oh yessssss! Perlukah dihuraikan secara detail perasaan saya tatkala itu? Tak perlu kot sebab semua orang pasti tahu perasaan bila dapat hadiah tu macamana, bukan?

 

 

syafm 041

Hoyer! Inilah hadiah fridge magnet pemberian Kak Dinas!

 

 

 

syafm 040 

Biru yang menawan! Bak kata penggila facebook, I like!

 

 

Sungguh terharu. Terima kasih daun keladi, ya. Eh, kenapa berterima kasih kepada daun keladi ….bukan ke Kak Dinas yang bagi? he..he.. Kak Dinas, SSL nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab susah payah menghadiahkan hadiah ini buat saya! Terharu betul ni….merembes air mata. Thank you so much, dear. Bertambah lagi FM saya. Yeayyyyy! eh eh terlompat-lompat pulak dia, tadi sedih…. pandainya berlakon…he..he…

 

Caucin….

 

Oh ya sat, sat…….. sebelum berundur, SSL ingin tokok-tambah sedikit cerita entri lepas. Sebenarnya rasa serba-salah pulak bila ada yang tersalah anggap. Terbit sedikit rasa malu tapi pada masa yang sama tak dapat tahan diri untuk ngekek-ngekek ketawa  sorang-sorang bila baca sesetengah komen yang sangka SSL ini terror menjahit. Kahkahkah… Sorilah, buat yang terpedaya SSL nasihatkan janganlah mudah terpedaya, hokeh! Benar, saya pandai menjahit secara berseni …..er..er…. tapi seni herot-berot maksud SSL sebenarnya! T.T

 

 

Caucincau!

Selasa, November 29, 2011

GA Rush Hour

 

 

As Salam ladies,

 

 

Klik untuk joint

 

Wah beberapa hari SSL tak update blog, duk diam sendiri menyepi tenggelam dalam renungan tup-tup muncul je terus join contest hahaha….

 

Sebenarnya ada 1 lagi contest yang menarik minat SSL untuk join. Ya, memang hati meronta-ronta untuk join GA ni malah perasaan teruja ini sungguh tidak berbelah bahagi sejak pada hari  ia mula dilancarkan lagi. Amboih, macam pelancaran albumlah pulak. Hihihi….. Maka pada hari ini, SSL dengan berbesar hatinya ingin menjoinkan diri dalam GA Rush Hour anjuran anisalya pula. Wahwahwah asyik join contest je lah SSL semenjak dua menjak nih! Hihihi……

 

Bukannya apa, sebab utama penyertaan SSL ni mestilah sebab nak memberi sokongan kepada teman blogger kerana melalui penyertaan beginilah persahabatan di antara blogger mudah-mudahan akan semakin erat, InsyaAllah. Lepas tu dapat pulak hadiah yang menarik, tertarik dan teh tarik siapa yang tak nak, kan!  Yihhhha….sangat seronoknya perasaan dalam hati….. opps, belum menang lagi dah ter over eksaited pulak makcik nih.

 

Ok lah, syarat untuk menyertai GA ini mudah saja iaitu cuma menyertakan GAMBAR AKSI SPONTAN. Nah, inilah gambar yang SSL pertandingkan :-

 

 

 

testing 015

 

Nama pun aksi spontan, SSL main senep aje.  Mungkinkah gambar ini menggambarkan Di Sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya, kah? Ah, kurang relevan rasanya. Aduh, SSL benar-benar sudah lupa dan tidak pasti apakah cerita di sebalik tabir gambar ini.

Hmmm…. mungkin situasinya begini kot…….

*Nyanyah :  Cantiknya rambut baru Along. Boleh mintak snek tu sikit?

*Along      :  Cuba mintak dengan Barack Obama, dia ada ladang sayur kat Iraq tau!

*Nyanyah :  Alah, kalau tak nak bagi cakap je laaaa! Jangan duk berkias dengan pepatah yang  Nyanyah tak faham pulak!!!

 

(* - Bukan dialog sebenar)

 

Ah, apa-apalah. Bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam GA ini bolehlah klik dengan kadar segera ya! Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12/12/2011. Jom kita meriahkan beramai-ramai.

 

 

Caucincau!

Isnin, Oktober 24, 2011

Terima Kasih Thank You Gracias Toce Toce Arigato Merci Xie Xie

 

As Salam ladies,

 

Em....lama dah cerita ni tersimpan dalam draf.... tak publish sebab kamera rosak tak dapat snap gambar uhuk. Tetiba aje rosak. Benci betul. Campak ke laut baru tahu. Mood nak berblogging pun hampir-hampir melayang. Mana best takde gambar. Menyiarkan entri tidak bergambar umpama mencecah biskut marie ke dalam budu… rasa tak yummy!

 

Ok, sebab dah pinjam kamera handphone orang lain dah, maka hari ni saya siarkanlah entri special ini…….

 

Pada suatu petang sebaik sahaja selesai kelas terakhir dan anak-anak didik mulai beransur pulang ke rumah masing-masing, saya pun bergegas menunaikan solat Asar. Usai solat saya pun menyertai model-model tetap. Mereka begitu asyik sekali menikmati milo panas beserta kuih popia sosej sambil mata khuyuk melayan sinetron di layar TV.

 

Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk orang. Ketukan keras bertalu-talu tanpa ucap salam itu benar-benar memberi keterkejutan yang bukan kepalang. Saya mengurut dada. Mujur tak tersembur kuih popia sosej di dalam mulut. Suasana bertukar hening seketika. Anehnya tidak ada  seorang pun di kalangan kami berani melangkah ke pintu. Masing-masing berpandangan di antara satu sama lain.

 

Masing-masing fikir itu hantu……

 

Padahal……..

 

Oh, cik abang poslaju rupa-rupanya ingatkan sape tadi…….. kusss semangat! Cik abang poslaju menghulur sebuah bungkusan buat cik adik manis. Dalam cerita ni cik adik manis merujuk kepada saya la, sape lagi… haktuiiiiiiii

 

Ingatkan untuk siapa rupa-rupanya bungkusan tu untuk cik adik manis haktuiiiii sendiri. Wowowow ole-ole Langkawi dari sahabat blogger kesayangan iaitu adik sz aka mak encik sudah sampai. Alhamdulillah.

 

Wajah model-model tetap yang sedari tadi nampak panik kembali bertukar ceria. Dengan rakusnya mereka merampas bungkusan tersebut dari tangan saya. Masing-masing bukan main struggle lagi nak bukak balutan parcel. Over excited je kami sebab tak tahu kan hadiah apa. Adakah set pinggan mangkuk? Jengjengjeng……tapi macam dapat agak je. Agaknya FM ni..hihi...

 

 

nokifmrt110122 031

kan dah kata…..

 

Nasib baik mak encik guna poslaju, selamat je FM tu takde pecah-pecah atau retak menanti belah..hihi..tqvm ye mak encik! …..cumil…...Dan dan tu jugak model-model tetap berebut-rebut sesama diorang macam la tak pernah jumpa FM selama ni! Isyh isyh… anak sape la niiii….Geleng kepala.


 

nokifmrt110122 037

 

Sekali lagi buat sz aka mak encik, akak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih thank you toce toce arigato gracias merci xie xie dan apa-apalah ucapan yang seangkatan dengannya atas ingatan ini. Moga tali ukwah kita akan terus terjalin kekal berpanjangan. Terharu pulak rasanya dan sekali lagi akak nak minta maaf banyak-banyak ye sebab lambat betul publish entri special ni huhuhu. Sebagai denda akak dah hadiahkan sebijik penumbuk kat pipiku yang gebu nih, adusss!!

 

Nanti akak belanja mak encik laksa pasar malam SU yang best sangat tu, OK! ;D

 

 

Caucincau!

Isnin, November 08, 2010

Follower Bertuah Giveaway

 

Saya telah ditag oleh  si cantik manis nih! Sukanya…

Tiba-tiba rasa teruja untuk join this contest entah apasal entah. Adakah disebabkan tertarik dengan warna purple superb pada banner dia atau adakah disebabkan oleh suara hati yang berbisik petanda saya bakal memenangi hadiah menarik yang ditawarkan itu atau adakah disebabkan oleh perasaan terharu sebab ada kawan yang baik hati sudi mentag I yang tak berapa glamer nih? Oh,isk....isk..airmata berjurai mana tisu?


 

Jom jom jom la kita beramai-ramai join GA aaina nadirah nih....mana la tau kan, hadiah tu tertulis rezeki kita. Penggila contest, silalah teruja.

Syarat penyertaan GA ini adalah:-

1. WAJIB menjadi folowers http://aainaa-nadirah.blogspot.com/

2. Buat 1 entry mengenai GA ini dengan tajuk seperti di atas

3. Letakkan banner di dalam entry serta di sidebar

4. Tag 3 nama rakan blog anda

5. Tinggalkan komen anda di entry aaina

 

Baiklah, di sini saya tag 3 nama jeng…jeng…jeng…

1. http://miraclesoflifeonline.blogspot.com/ 

2.http://pemulihankhasklur.blogspot.com/

3.http://aizahkaman.blogspot.com/

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...