Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan

Jumaat, November 25, 2011

Contest Syrena

 

As Salam ladies,

 

Petang ini tergerak  pula hati mahu meramaikan jemaah untuk join Contest Syrena yang dianjurkan oleh seorang penulis berbakat, Asrul Ilham Sany. Kalau Asrul yang buat haruslah akak tak lepaskan peluang kan….. mesti join punya, mesti!!!

 

Ok lah untuk menyertai Contest Syrena ni tak adalah susah mana pun cuma :-

 

1. Nyatakan satu hadiah yang diidamkan (owl ring, candy necklace @ novel)

OK, akak pilih novel!

 

2. Buat entri dan pilih satu moment yang disukai dalam siri kontroversi beliau Amer+Ashraf dan bagitahu sebab suka.

Akak suka semua moment yang melibatkan watak Puan Sya ecececece dalam short Catfights sebab moment tu agak geli hati macam nak mati. Adoi, memang sampai terhafal-hafal karakter Puan Sya yang imejnya tersangatlah sopan dan elegan tetapi rupa-rupanya poyo. Kihkihkih! Akak ke tu?

Moment paling poyo sekali apabila Puan Sya membuka beg Pradanya dan mengeluarkan bekal yang dibawa - nasi lemak bersama sambal paru! Kihkihkih!

Ini dialog yang memang tak boleh blah………

"Kawe lapa! Tok de, de kawe nok make. Kito make dulu!" Puan Sya makan bekalnya dan langsung gaya 'sopan'nya hilang. 

Selepas kenyang, dia sendawa dengan kuat.

"Nasib baik ore lain tok nampok. Mampuh kawe. Imej keno jago!"

 

Kihkihkih! Memang gila dan happening ‘ah sampai akak tersengih-sengih sorang diri baca siri tu.

 

OK, itu saja. Kalau uols nak menyertai contest ni pun boleh. Klik perkataan berwarna ungu di atas. Klik tau! Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 November 2011.

 

 

 

 

Caucincau!

Selasa, Julai 12, 2011

Hot FM

Salam semua,

 

Oh, yesssss saya kembali setelah beberapa hari menyepi. I have left the bloggosphere for like hmmm (menghitung hari…) eh, apasal rasa sangat lama tak berblog padahal baru 5 hari je tak online? Energy saya kebelakangan ni agak lemah. Sibuk+busy+sibuk+busy+…. Baru-baru ni ada Urusan Seri Paduka Baginda yang perlu saya bereskan dan Alhamdulillah kini semuanya sudah settle, moga tiada lagi perkara yang berbangkit lepas ini. Harap-harap begitulah. Mohon maaf sesangat buat kawan-kawan yang masih belum sempat saya balas kunjungan mereka. Memang rasa rindu betul. Kejap lagi saya akan terjah uols OK… don’t worry ;D

 

Ini adalah entri tertangguh…..

 

Alhamdullilah….baru-baru ni  saya telah selamat terima hadiah daripada Kak Ieda. Oh, ya lupa pulak nak bagitau, pasti ramai yang tertanya-tanya pasal berita ni, bukan? Buat pengetahuan semua warga Malaysia yang masih belum lagi mengetahui… sebab berita eksklusif ni tak disiarkan di mana-mana akhabar al maklumlah saya tak sempat buat press conference…kan dah cakap tadi saya  sibuk+busy+sibuk+busy+.. tak faham-faham lagi kah? Eh, eh termarah pulak…sorry, heheh! Maka di sini buat pertama kalinya biarlah saya menguar-uarkan berita gembira tersebut iaitu baru-baru ini saya telah memenangi 1st GA BDAY RIENA & IBU yang dianjurkan oleh K ieda. O em jiiii! Betul ke?! Macam tak caya. Yeeeeha! Akibat terlalu seronok saya telah berjaya membuat lompat katak segi empat dan lompat bintang sebanyak 20 kali tanpa sedar (penipu). Happy, happy, happy hour! Isyhh.. sukanya dia! Perempuan berumur bila overecxited nampak buruk kan, kan?

 

 

 

ga 008

Jeng jeng jeng…. inilah hadiah yang saya dapat dari Kak Ieda… terharu saya kak! TQ

 

 

 

ga 014

  Fridge Magnet dari Cambodia…jauh tu weh! Hmmm gambar terpaksa diblurkan sebab ada pecah-pecah sikit kat tepi sebelah kanan tu..hehe..posmen ni bukannya boleh percaya sangat..main campak-campak je sesuka hati, biasa dia!!  Hek eleh…padahal memang gambar tu dah blur pun sebab kau pakai kamera berapa megapixel ntah!

 

 

 

ga 017

FM ni memang hot  hingga jadi rebutan ketiga-tiga model tetap saya dan akhirnya nasib menyebelahi Nyanyah setelah si comel itu berjaya dalam permainan wantujus.

 

 

 

Thanx again Kak Ieda, its so nice ..bertambah lagi koleksi FM saya.. nak lagi FM..seriyes ni nak lagi, nak lagi hehe….

 

 

Caucincau!

Khamis, Jun 16, 2011

1st GA BDAY RIENA & IBU

 

Pantun ini ditujukan khas buat Kak Ieda dan Riena……

 

Sweet melon is honeydew,
Blueberries are purplish blue,
Sorry these wishes are so overdue,
Happy Belated Birthday to both of you.

 

Heheh sorry kak… terlambat join.

 

clip_image002

Jomlah wahai semua bloggers Malaysia, kita terjah sini OK! Tarikh tutup : 30 Jun 2011.

 

Saya nak tag orang-orang tersibuk di bawah inilah:-

Kak Dinas

sz

azatiesayang

 

 

Caucincau!

Khamis, Mei 12, 2011

Senarai Pemenang Hadiah Sumbangan Cendol Penyejuk Hati

 

Ini adalah rentetan daripada entri semalam. Ngeh3x....Winking smile

Jawapan bagi teka-tekuk semalam ialah.....

Tattadaaaa!

(Ceh, sape la yang nak surprise)

 

 

 

  lontong 033 

  KUETIAW

 

Heheh tak sangka ramai la pulak yang berjaya menekanya dengan betul. TAHNIAH BEBEH! Berikut ialah senarai nama pemenang-pemenang tersebut:-

*Sz

*Maya Mayana

*Cik Dah Ganu Kiter

*Cik Pah 

*Lily@Mummy Qistina

*Yus

*Rina AVAIL aka Cik Betty

*Ina Nazir

* mzhany

Sorry deh tak sempat nak buat link, nak cepat ni heheh

 

Tahniah, tahniah!

 

Para pemenang akan menerima hadiah sumbangan cendol penyejuk hati siap dikirim malam ni jugak. Patutnya janji nak hantar semalam kihkihhh…. tapi ngantuk la pulak. OKlah sila tunggu ya, akan ku datang dalam mimpi malam keliwonmu! Hihiiiii…….

Kepada yang gagal, jangan sedih dan jangan bunuh diri…. Cuba lagi lain kali, orait!  OK deh nak layan cite ni pulak kejap lagi……Hihiiiiiiiiiiiiiiii….

 

 

Caucincau!

Sabtu, Mac 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Salam ladies,

Buat apa tu? Burppp…Alhamdulillah kita baru selesai sesi minum petang dengan model-model tetap kesayangan.   Winking smile

Ni saya ada satu soalan nak tanya ni…. uols tahu tak kenapa lelaki berblog? Nape ekk?  OK tak payah jawab! Haisyhh makcik blog nih…cakap je terus-terang  kau nak menjoinkan diri dalam segmen terbaru En. Ben Ashaari tuh. OK, OK!

Heheh…sebenarnya saya nak join segmen BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN. Nak join jugak? Sila klik.

 

 

 

Soalan ini dijawab oleh blogger PEREMPUAN

  1. Dalam memberi pendapat dalam entri, apakah blogger lelaki benar-benar ikhlas ?

    --> Heheh….rasanya ikhlas kot. Kita kan kena bersangka baik sesama insan  Winking smile

  2. Blogger lelaki malu nak letak gambar? Kenapa ?

    --> Ntah apasal ntah…. saya pun tak faham. Mungkin leceh nak upload gambar kot, ye laa….kerja-kerja leceh ni kan kerja perempuan.. atau mungkin juga mereka nak low profile … heheh saya bersangka baik lagi ni.. Winking smile 

  3. Pada pendapat anda, kenapa lelaki berblog. Secara umum ..

    --> Sama jugalah dengan puak kami…sharing is caring…. nak meluahkan pendapat, nak meminta pendapat dan juga menambahkan pendapatan Winking smile

  4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan? Kenapa?

    --> Itu la pasal… jeles tau. Senang senang diorang dapat ramai follower. Tapi apa yang saya perhatikan kebanyakan header diaorang tu cantik cantik dan lebih kreatif. Mungkin secara tidak langsung hal ini turut dapat menarik kedatangan ramai pendatang asing pengunjung ke blog mereka di samping penggunaan bahasa mereka yang lebih sempoi dan mudah hadam. Haisyh... tiba-tiba rasa segan pulak dengan stail penulisan sendiri yang tak seberapa nih Embarrassed smile

  5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..

    --> Blog Kabutar DieselAsrul "Ilham" Sany, Nasron Hasyim dan beberapa orang lagi…..

  6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..

    --> Eh, ada soalan lagi? Hmmmm…apa ye? Yang pasti of koslah  takde gambar bunga-bungaan hahaha hmm…mungkin juga saya akan letak gambar tengah posing dalam gym kot hahaha…

 

Hahaha dah habis dah soalannya. Legaaaa…….

 

OKlah permisi dulu ya, nak layan cerita kartun ngan anak-anak pulak!

 

Caucincau!

Jumaat, Februari 18, 2011

Dapat Hadiah!

Ahaaa….maaflah ye, kali ini no entry tentang Mr. Right sebab Dr. Love MC hari ni hahaha…

Eh, eh  jangan bunuh diri! Jangan risau sebab  beliau tetap akan kembali lagi pada lain siaran, wokeh?  Rolling on the floor laughing 

Hari ini saya cuma nak beritahu perkara ini. Ingat tak lagi, sebelum ni saya ada join contest Darlee Zuris. Ingat tak? Apa, tak ingat?! Hmmm…. tak ingat, tak pe laaa. Iye……. saya pahammm. Disappointed smile Crying face

Tapi kan, sungguh tak disangka first time saya join contest terus dapat tempat  ke-3, awakkkk!! Surprised smile  Sila buat muka terkejut beruk semua.

Dan ini la dia Gift with a bow yang saya dapat...jeng jeng jeng.  Bertuahnya saya. Zuris, tqvm….Thumbs up  Suka, suka! Sangat-sangat sweet! Tapi, lambat sangat post entry ni heheh, sorry ye, dik!!! Disappointed smile

 

present 001

inilah rupa hadiahnya…. maap gambar tak cantikkk!

 

 

happy 048l

cuba lagi sekali, letak atas riba….huhuhu kecewa! Sape nak hadiahkan saya Canon PowerShot SD940 IS, heh?

 

 

 happy 040

Abaikan urat-urat yang berselirat itu….

 

Zuris, serius akak suka gelang tu! Simple n nice. Tambahan pula, ecece…. ayat skima, gelang kesayangan akak  pun sudah lama putus terlerai kasih …. dan dan dapat pengganti dah heheh Winking smile happy happy.  Perfume tu pun best jugak…..sangat menarik tertarik dan teh tarik. Tengs ya!!

 

 

happy 081 

gelang lama yang malang namun bak kata penyanyi mana ntah, Notepatah tumbuh hilang berganti….mengertilahhh!Note

 

Lagi sekali terima kasih, Zuris. Tenkiu, tenkiu! Toce, toce! Lain kali buatlah contest lagi, ya! I like… Open-mouthed smile

 

 

Caucincau!

Isnin, Februari 07, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

 

Jom kita kasi gegarrr….

 

BEN ASHAARI

 

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Apa yang menggegarkan itu? Anda ingin tahu?  Klik aje di sini!

Khamis, Januari 27, 2011

Ben Ashaari Blog

 

 

 

 

Salam semua,

 

Wah, saya sangat teruja nih! Sebenarnya dah banyak kali saya berhasrat untuk join bloglist En Ben tapi last last tak jadi. Bukannya apa…..malu weh,  rasa macam tak layak  aje. Ah, memang ponnn….Tetapi hari ini saya nak mencuba nasib jugalah.  Kali ini En Ben  akan bubarkan blog list dia untuk penyegaran katanya dan memberi peluang kepada blog-blog baru pula….yes…yes! Suka…suka!  Teruja walaupun sedar  diri ini tak cukup syarat heheh.

 

Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini?

Huhuhu….dulu saya update  3, 4,5 hari sekali tetapi InsyaAllah sekarang sedang berusaha untuk update sekerap mungkin sebab bilangan follower pun sudah semakin  bertambah… heheh….jumlah entri 38. Syyyyh, jangan gelak.

 

Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list Ben Ashaari ?

Sebab En. Ben kan sangat popular, baik hati dan suka membantu blogger-blogger baru. Harap-harap adalah sorang dua daripada ribuan follower En. Ben  menyedari kewujudan  http://coratcoretsoshylady.blogspot.com 

 

Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
Hoyyyerr…. sudah pasti saya akan berterima kasih kepada En. Ben dan nak buat bloglist jugalah nanti heheh….. bagi mempromote blog lain pula.

 

Sesiapa yang berminat , silalah  klik di  sini dengan segera ya!

 

Caucincau!

Khamis, Disember 23, 2010

8 Fakta Tentang Darlee Zuris

Salam semua,

Saya sedang menyertai contest Darlee Zuris nie. Hope I’m lucky heheh. Antara syarat-syarat untuk menyertai contest ni ialah setiap peserta atau blogger diwajibkan menulis satu entri bertajuk 8 Fakta Tentang Darlee Zuris.  Sesiapa yang berminat, klik sini ya!

Ehem-ehem...hadiah yang ditawarkan cukup menarik tertarik semuanya. Antara hadiah yang paling kuidam-idamkan ialah…….

tatttadaaaa.....

 

 

Formal handbag from Piere Cardin + gelang mutiara Sabah

 

Nak! Nak! Nak!

Haha..amik ko! Eksaited sungguh. Dah lama tak tukar handbag teruja sangat-sangat nih! Cantik kan? Gelang tu pun sweet gak! Syoknya kalau dapat tayang kat jiran tetangga. Hek eleh, belum menang lagi dah berangan.

 

Okey la selepas dengan gigihnya membuat sedikit research berdasarkan entri-entri beliau yang terdahulu maka di bawah ini saya senaraikan 8 Fakta Tentang Darlee Zuris:-

 

1) Darlee Zuris adalah isteri kepada Mr.Sharil dan mempunyai seorang baby omey bernama Maya Kaleysha. Pasangan sama cantik sama chubby ni sudah melayari bahtera perkahwinan hampir 1 tahun 7 bulan.

 

2) Orangnya kecik come lote, time belajar dulu-dulu orang suka panggil dia budak kecik sampai junior pun panggil dia kakak kecik. Heheh, sama species la kita.

 

3) Oooo cik dik ni takut cicak rupanye.... ..geli kembang tengkuk suma katanya.... hahaha

 

4) Katanya dia kurang makan nasi untuk mengelakkan kemontelan. Weh, akak pun tengah belajar nak kurangkan makan jugak sebab perut dah boroi nih!

 

5) Zuris juga tidak sukakan perokok dan cuba sedaya upaya untuk melindungi si kecilnya dari asap rokok.

 

6) Zuris mempunyai adik-beradik yang handal membuat food carving and decoration. Memang cantik-cantik tak tau la diaorang belajar kat mana...

 

7) Kadang-kadang sampai tergelak sorang-sorang baca n3 pasal perangai si Zuris ni yang kadang-kadang suka merajuk kadang-kadang suka marah-marah. Yang selalu jadi mangsanya tak lain tak bukan Mr Bumblebee dia. Hihihi...eh, kadang-kadang dia ni jiwang gak orangnya.

 

8) Antara feveret Zuris ialah dia ni suka beno bershopping, patut la kepala Mr. Sharil botak….kesiannn…hahaha

 

Wokeh, dah cukup 8. Bagi lebih kang kena potong markah pulak. Harap-harap betul semua.  Kepada teman blogger yang lain jangan malu jangan segan, marilah  kita semua pakat memeriahkan contest kawan kita ini.

 

 

Caucincau!

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...