Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Mac 21, 2012

Kisah Talam

 

 

As Salam ladies,

 

Mood tak berapa molek. Grrrr….Beberapa hari ni mood saya and the geng macam gangster. Hoho ganasnya…. Kami rasa nak gi simbah cat merah jambu jah kat rumah seseorang tu! Namun apakan daya fikir-fikir balik membazir duit kami le pulak beli cat. 

 

Uols pernah tak ada pengalaman bersama orang jenis talam dua muka?

 

 

talam 

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik.

 

 

Terlalu banyak kejadian  berciri musibah telah dilakukan oleh pembuat onar yang berpenyakit hati itu. Merosakkan komuniti betullah dia tu!

 

 

backstab1

Wahai orang yang bertalam dua muka insaf-insaflah cepat!!!

 

 

Uols pasti nak tahu  kejadian sebenar yang buat saya duk hot bebeno neh, bukan? Ah, malaslah nak cerita panjang-lebar sebab ceritanya tak boleh dicerita secara kelakar. Kalau cerita jugak nanti buruk padahnya.

 

Cuma hari ni saya mahu kongsi ini  : Cara-cara Mengenalpasti ciri-ciri orang yang bertalam dua muka:-

 

  • Perwatakannya nampak baik, pertuturannya lembut-lembut seperti Dato’ Siti. Cara dia bercakap pijak semut pun tak mati.
  • Dia suka puji kita melampau-lampau di depan kita sendiri tapi jangan mudah terpedaya, ….orang macam ni jugak akan kutuk kita kaw-kaw depan orang lain. Oh, tipu terpipah!
  • Suka mengata orang lain depan kita…… hohoho kena ingat, tidak mustahil dia juga suka mengata kita depan orang lain!
  • Tagline dia, “tak minat nak masuk campur hal orang”, "Saya tak suka cakap hal orang sebenarnya….”, “tapi ni ada orang lain yang cakap…." Hek eleh sebenarnya itulah yang dia minat sangat-sangat.
  • Mimik muka dia actually kita boleh kesan… air muka dia nampak kurang bersih.

 

Tips berhadapan dengan orang jenis talam dua muka neh:-

 

  • Jauhkan diri beberapa meter dari orang tu, beberapa kilometer lagi bagus!
  • Cari peluang untuk tidak bercakap/berhubung.
  • Jangan lawan sebab orang macam tu sampai ke sudah pun takkan rasa diri dia bersalah.
  • Bersabar dan berdoa banyak-banyak…buang jauh-jauh niat nak simbah cat tuh, SSL! Berdoa sajalah… Ya Allah, jauhilah aku daripada anasir-anasir pemusnah ni. Amin.

 

Setakat ini saja contengan untuk kali ini sebab kondisi saya di saat ini adalah sangat kurang baik, ada gangguan emosi yang agak kritikal dalam diri hahaha! eh, eh.. tetiba gelak. Memang betullah  ada gangguan emosi makcik neh. Moga beliau cepat pulih.

 

 

 

Caucincau!

 

 

 

Red rose Maaf, belum sempat balas kunjungan beberapa blog kegemaran sebab sejak kebelakangan ini SSL agak sibuk macam lebah - bantu En. HB wat assignments. Harap jangan kecik hati, ye!

 

 

Jumaat, Mac 16, 2012

Motivasi Pagi



Salam Jumaat ladies,

Setelah beberapa hari internet saya terkena penyakit semput, tiba-tiba ada sedikit kejutan pagi ini apabila kelajuannya sungguh luar biasa.  Ya, pagi ini internetku laju macam apa. Rugi lah sangat kalau tak jengah youtube. Jadi atas kejadian fenomena luar biasa ini maka sempatlah SSL melayan video kejap tadi.




Uols kenal tak sapa ni?
 
Inilah Professor Dr. Muhaya Hj. Mohamad. Yang selalu ke udara di radio Ikimfm setiap hari Rabu @ 10.00 pagi / Khamis @ 1.00 pagi (Ulangan) tu. Suka betul dia. Suka rancangan bual bicara bersama dia.

Kalau ada masa jom layan video Motivasi Pagi bersama Prof. Dr. Muhaya neh! Sangat best, okOpen-mouthed smile



                              


“Hidup Jangan Untuk Penghargaan Manusia” 



Caucincau!

Selasa, Mac 13, 2012

Kurang Tidur

 

As Salam ladies,

 

Pagi tadi saya bangkit dari tidur dengan tenaga yang sangat kurang – gara-gara semalam bersengkang mata hingga larut malam. Apa saya buat? Ah, malaslah nak cerita. Nak buat kerja hari ni pun macam kurang  produktif. Saat ini saya cuma fikir mahu baring aje, memejamkan mata dan celik semula pada hari Rabu. Huh, melampau…….

 

Kejap tadi tengok-tengok wajah dekat cermin. Sudah ada tanda lebam di bawah mata….. macam Zombie, oh no! Wajahku sungguh lesu dan tak bermaya dan berkerut dan…..tua! …..ngangis-nangis secara icon…. Haisyh nasib baik korang tak dapat tengok muka saya ni tau! Kalau tak, pasti korang pun akan rasa annnoying sampai rasa macam nak hadiahkan set Safi Rania Gold je untuk hari jadi saya yang akan datang.

 

Beginilah kita bila sudah menginjak usia. Bila masa tidur terganggu, tidur menjadi kurang lena dan tatkala bangun pagi kita akan berperangai tua yang kuat membebel entah apa-apa dan sering mengadu sakit belakang dan menceceh aje  sepanjang hari samada dalam blog mahupun di luar blog.

 

 

Saya rasa nak bukak Yayasan Tido lah sekarang. Menguap dah tiga belas kali kalau tak silap. Sengsara rasanya ni. End of update.

 

Caucincau! …..zzzzzzzzzz …..tidur dengan serta-merta.

Jumaat, Mac 09, 2012

Sepanjang Minggu Ini

 

 

Salam Jumaat ladies, 

 

Hati saya meronta-ronta mahu mengemaskini blog ini namun apakan daya hajat selalu terbantut. Banyak kerja yang di sini menunggu di sana menanti. Minggu ini adalah minggu yang sangat mencabar kerana minggu ini minggu ujian di sekolah. Berapa bayak perkataaan minggu daaaaa ….. Mungkin bukan sangat, tapi agak mencabar jugalah. Manakan tidak, ada di antara anak didik saya yang tahap prestasinya masih kurang memberangsangkan. Berdoa dalam hati agar mereka dapat jawab ujian dengan baik. Saya sedang mengesat peluh ni.

 

Minggu ini juga kesibukan saya berganda - terpaksa luangkan beberapa ketika untuk menemani En. HB menyiapkan assignment beliau. Saya beri sokongan yang mencurah-curah buat beliau. Dengan semangat yang berkobar-kobar saya melangut temankan dia berjaga malam, study bersama-sama korang tahu (tipu giler). Nampak tak tahap kesibukan saya tu? Ececece…. sibuk la sangattttttt walhal….alahai entah macamana malam semalam sedang rancak berdiskusi tetiba saya boleh berdengkur depan laptophahaha jom gelak walaupun tak lucu…..Baru kejap dah lentuk memang tak boleh pakai betul. Sorry, bang! Walaupun tanpa bantuan maksimum dari isterimu ini namun harap-harap beliau dapat buat yang terbaik dan dinda doakan kanda berjaya score 4 flat sebagaimana semester-semester lepas, ya. Amin. Berdinda kanda pulak haha..tak boleh blahlah makcik neh!

 

Kesibukan saya seterusnya ialah…. ah, mari kita saksikan ini gambar!

 

  mar12 053

 

 

Inilah situasi dramatik saya sekarang. Ya, tika ini saya sedang bergelumang dalam dunia arkitek. Bukan calang-calang orang mampu membuatnya. Meluat betul ayat ni kan….Rasa diri bertukar menjadi hensemlah pulak, eh eh…. apa kes? Memang sungguh aneh sebab tak disangka wanita macam saya pun mampu buat design rumah walhal kerja-kerja arkitek ni bukan ke cuma layak jadi kerjaya lelaki hensem yang berkaliber sahaja? Soalan berciri entah apa-apa… so tak perlu jawab!

 

En. HB mengamanahkan kepada saya untuk merekabentuk design ruang yang hendak diubahsuai. Beberapa minggu lepas saya dah design cantik-cantik tahu. Malangnya perasaan saya menjadi sungguh berkecamuk bila cadangan pelan yang dibuat itu telah direject oleh pelukis pelan. Katanya, Majlis Daerah tak akan lulus atau saya mungkin didenda jika teruskan pengubahsuaian dapur dan bilik tingkat atas rumah baru melebihi had yang ditetapkan. Haiyohhh, manyak songellah itu Majlis Daerah. Punah segala kerja-kerja arkitek yang kubuat selama nih. Tensi mak tau!!  Sekarang ini saya masih lagi dalam kebuntuan. Masih lagi merenung helaian pelan rumah dengan perasaan yang sikit lagi hampir nak tumpah air mataku ini. Blur tak tahu nak ubah tang mana lagi dah.

 

Saya masih buntu lagi neh sedangkan masa terus berjalan tanpa kaki. Jam dah hampir menunjukkan pukul 11.00 pagi. Rasanya eloklah saya tidak membuang masa lagi dan membuat apa yang patut dibuat. Kejap lagi nak hantar e-mel kepada pihak kontraktor pulak – submit design plaster siling, table top dan KC pilihan saya serta maklumkan tentang pelan yang tidak lulus itu. Ah, macam bosan lah pulak perenggan ni… Dah, tak payah baca lagi dah.

 

Jom kita sambung buat kerja masing-masing, ok!

 

 

Caucincau!

Khamis, Mac 01, 2012

Terbosan-Bosan

 

Salam ladies,

 

Hujan turun rintik-rintik di luar sana. Mata pula terasa sungguh berat semacam. Rasa nak aje membaringkan sekujur tubuh ini ke pembaringan. Best kan kalau dapat tidur diulit hujan. Inilah keenakannya jika hari hujan, dapat tidur secara puas. Tapi ah, mana mungkin….. Kang terlajak tidur  terbabas pulak masa kang. Dah lah kejap lagi nak mendidik anak orang. Kelas paling melelahkan pulak tu. Daripada tidur lebih baik daku duduk termenung di tepi jendela menikmati titisan air hujan sambil mendengar alunan instrumental dari Youtube. Sambil-sambil tu boleh jugak layan perasaan blues. Ceh, banyaklah kau punya blues, makcik!

 

Hai, terbosan-bosan diri ini sebenarnya. Bosan melayan hujan, jom berblog pulak. Mahu menulis tapi nak tulis apa, ye? Menulis pun tiada arah tujuan ni. See, intro dah gaya cerpen pulak! Ah, biasalah…. SSL memang macam tu. Dulu kempunan sangat nak jadi penulis namun apakan daya hajat tak sampai. Akhirnya jadi penulis blog je. Phew~

 

Oh, ya kejap tadi baru aje selesai menengok facebook. Banyak juga perkongsian menarik dapat dikutip hari ini. Antaranya, yang ini…..

 

Sekadar Penghayatan ……

LEMBU : Aku makan rumput, tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. Kita tak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas tilam. Engkau tidur dalam kandang..mana nak sama.

TIBA-TIBA KEDENGARAN LAUNGAN AZAN...

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Samalah jelah kita..=p

 

Sumber :             

                      Ustaz Zamri

 

Huhuhu….ada sape-sape berperangai 2x5 lelaki di atas? Eh, bukan lelaki yang berkopiah tu tapi maksud SSL yang bercakap dengan lembu tu…. Ramai juga yang SSL kenal berperangai sebegitu. Teringat ungkapan seorang ustaz, “Orang tak solat dan tak tunai suruhan Allah serta langgar suruhanNya ialah orang yang tak memerlukan Allah langsung atau Allah tak perlu campurtangan langsung dalam kehidupan mereka. Memang dalam bahaya lah mereka itu.” So mari kita saling menjaga solat masing-masing, ye. Winking smile

 

Oklah kejap lagi SSL nak layan youtube aerobic, lepas tu nak tengok youtube cara buat origami pulak. Eh, eh ke manalah hala tuju  entri ni sebenarnya neh?! Garu-garu kepala yang tak gatal. Empunya blog pun dah keliru. Kejap jadi penulis cerpen, kejap jadi ustazah. Lepas tu nak share tutorial origami dan aerobic  pulak ke? Makin ke laut dah nampak gayanya.

 

Nampak sangat terbosan-bosannya hidup SSL petang ni, kan! Kesian…..

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...