Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Februari 29, 2012

Isnin, Februari 27, 2012

Irma Hasmi, Hood dan Hob

 

As Salam ladies,

 

Tumpang tanya, jenama hood dan hob apa yang uols pakai? Bagus tak?

 

Hujung minggu lalu, SSL pergi ke sebuah kedai yang jual peralatan elektrik. Terkasima pulak tengok kecomelan hood dan hob model Rubine. Tanya sales assistant, katanya harga dalam RM2000 + tapi boleh kurang hingga RM1500.

 

Persoalannya di sini, OK ke jenama Rubine tu? Sekarang ni SSL pakai jenama merepek Golden Fuji ke apa entah namanya, made in Italy …entah-entah Balakong hahaha... time tu main beli aje tapi untuk rumah baru kelak nak pakai yang baru lah pulak. SSL pun tak faham kenapa tetiba letak gambar Irma Hasmi dalam entri ni…… aikk? aikkk? Sebab comel macam Rubine kah? Eh..eh, ke situ pulak. Tapi betullah memang comel si Irma ni, kan….

 

 

 

cantik

 

jernih je air muka

 

ceria


 

Tujuan utama post entri ini…..semata-mata hanya ingin tahu pasal hood dan hob je. Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum beli hood dan hob, eh? Bantu, please bantu. Sangat terkapai-kapai ni. Gambar Irma tu tak ada sangkut-pautlah sebenarnya, sekadar perhiasan semata-mata tanpa motif.

 

 

Caucincau!

Khamis, Februari 23, 2012

Fasa Berjimat-Cermat

 

 

“Hello, abang ada kat Jejantas Sg. Buloh ni…singgah solat jap. Malam ni kita makan KFC nak?

“Oloh tak payahlah…”

“Kenapa?”

“Kita kan tengah dalam phase berjimat-cermat, dah lupa?”

“Habis nak makan apa malam ni?”

“Ibu dah masaklah!”

“Oh ye ke? Masak apa?”

“Masak nasi tapi lauknya cincai-cincai je – ayam masak kurma, ikan goreng, acar kubis dan sambal belacan. Kita kan kena berjimat-cermat, dah lupa?”

“Oklah. Molek juga tu. Kejap lagi sampai!”

 

Sikit-sikit jimat-cermat, sikit-sikit jimat cermat? Sebab apalah agaknya tu ye? …...Winking smile

 

Bersyukurlah apabila isteri tersebut seorang yang berjimat cermat, bijak menguruskan wang, bersederhana serta tidak meminta berlebih-lebihan…. Tazkirah hari Khamis.

 

Eceh! Sengaja letak tazkirah agar kedengaran lebih solehah walhal macam tak de sangkut-paut pun tazkirah tu dengan motif sebenar SSL berjimat-cermat ni. Ya, adik-adik dan kakak-kakak sekalian, maka janganlah cepat terkagum hokeh sebab realitinya diri ini bukanlah berciri isteri sehebat itu, errrr..maksud saya belum lagi. Namun, esok lusa siapalah tahu, bukan. Doa-doakanlah, ye. Aminnn…

 

 

 

200120122662 

 

Nak masuk rumah baru memang costly. Bikin kami tak mampu nak  makan sedap-sedap lagi dah sebab harus berjimat-cermat. Ya, kala ini kami betul-betul tengah mengikat perut hingga perut pun dah merajuk dan bersedih. Argggggghhhh! Boleh ramping pinggangku macam niiiii…..

 

 

Caucincau!

Selasa, Februari 21, 2012

Berus Gigi

 

 

Hari Selasa yang cool. Saya sangat ketawa hari ini. Laugh like a drain. Sekali-sekala jom kita bergelak ketawa sebab gelak ketawa itu membawa bahagia!

 

 

Gigi-gigi saya comel gile…..Kahkahkah!

 

 

Lawak betul si Farady neh! Videonya semua mengarut tapi boleh bikin kita gelak sampai keluar hingus!

 

 

 

 

Caucincau!

Jumaat, Februari 17, 2012

Mencerdaskan Otak

 

As Salam ladies,

 

Eeee pelupa betul saya semalam. En. HB call dari ofis minta sms kan nombor akaun pinjaman rumah kami kepadanya sebelum pukul 4 petang. Punyalah leka dan lalai, langsung saya tak ingat. Haduh, tak tahulah sekarang ni kenapa mudah betul lupa. Terkena gejala tekanan otakkah? Hurmmm rasanya tidak. Otak saya relax aje memanjang. Tu ah….. mungkin sebab terlebih makan semut api cicah coklat kot…..

 

Ada sape-sape mempunyai masalah macam saya tak? Pernah tak kekadang kan korang rasa cam otak tu kurang cerdas, pelupa sangat-sangat. Contohnya terlupa letak kunci kat mana, lupa password sendiri, nak keluar rumah tiba-tiba lupa pakai tudung,  ralit mengadap lappy langsung lupa nak tutup api dapur, pergi Jusco mahu beli sos sampai sana dah tak ingat lalu terbeli lipstik, eh eh? Sekadar contoh sajelah, kan. Pernah tak mengalami situasi macam tu? Nak kata Alzhiemer, rasanya usia ni belumlah terlalu tua. Isyyhhh.. Ya Allah, minta dijauhkan. Sedih I tell you.

 

 

lupa      lupa 

lupa      lupa

 

Buat mereka yang senasib, maka jangan tunggu lagi. Marilah kita bertindak!

 

So, kejap tadi sajalah kan saya google  TIPS TERBAIK BAGAIMANA UNTUK MENCERDASKAN OTAK. Meh saya kongsikan beberapa tips tersebut yang diceduk dari pelbagai sumber  dengan korang :-

 

  • Kurangkan melihat perkara-perkara yang lagha/maksiat. Setiap kali melihat maksiat, seperti melihat aurat manusia setiap kali itu ingatan makin lemah.

 

  • Jangan makan makanan yang haram/shubhah. Juga merupakan salah satu cabaran kepada seorang pentahfiz al Quran. Setiap kali terlihat maksiat, makin susah dia nak hafal al Quran.

 

  • Sediakan satu buku kecil & pensel so kena jot down apa benda yang perlu diingat. Bila lupa boleh refer balik.

 

  • Makan supplement yang boleh menguatkan daya ingatan - Siberian Ginseng & Ginkgo Biloba.

 

  • Setiap pagi makan 7 biji kismis, tak pun kurma dan minum madu.

 

  • Ada beberapa jenis makanan dan minuman yang menjadi pelincir otak agar dapat bekerja lebih baik seperti kopi, susu, kacang-kacangan, biji labu, brokoli dan buah-buahan seperti anggur, epal, blueberry, pear dan peach.

 

  • Makanan laut seperti tiram mampu meningkatkan konsentrasi  manakala ikan tuna mempunyai kandungan DHA atau omega-3 yang tinggi serta mampu mendorong tubuh untuk membentuk lebih banyak sel-sel otak.

 

  • Bagi yang tidak bermasalah dengan kolestrol dan jantung disyorkan untuk mengambil telur 2 butir sehari.

 

  • Baca lah selawat dan zikir banyak-banyak. Baca Ya Rahman-100X selepas sembahyang fardhu, & Ya Hakim - 300X setiap hari.

 

  • Kalau tua nanti tak nak nyanyuk banyakkan baca al-Quran di masa muda. Carilah dalam setiap masa renggang baca satu lembar pun jadilah. Insya-Allah…  jangan sampai terlebih 3 hari tak baca. Banyakkan pandang al Quran.(side note: kepada sesiapa yang tak tahu, memandang al Quran pun dah dapat pahala.)

 

Jom kita pakat-pakat amalkan.

 

 

Caucincau!

Rabu, Februari 15, 2012

WW : Ada Budak Beria-ia Menonton TV……

 

 

 

081020111947

 

 

081020111946

……..di Tesco!

 

 

Kat rumah tiada TV barangkali. Kesian. Anak sape la tuuuu…

 

 

 

Caucincau!

Selasa, Februari 14, 2012

Someone Like You

 

 

 

 

 

Sapa minat Adele, jom kita pekena teh tarik! Kekdah minum secara sendiri-sendiri, asing-asing, nak?

 

Toingggg…..!

 

 

 

 

Caucincau!

Isnin, Februari 13, 2012

Cerita Cuci Kain

 

As Salam ladies,

 

Tidak seperti  rutin Sabtu saya yang normal di mana bermulanya dari awal pagi hingga menjelang waktu Zohor diri bertungkus-lumus memberi pendidikan tambahan kepada anak-anak didik namun pada Sabtu lepas rutin hidup saya agak berganjak sedikit. Sementelah mereka semua termasuk anak-anak sendiri patuh dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia agar wajib menghadiri kelas ganti di sekolah pada hari tersebut maka secara automatik waktu pagi saya telah menjadi lapang. Jadi untuk mengisi masa yang lapang itu saya telah melibatkan diri dalam arena washing washing.

 

Ya, puan-puan sekalian hari ini kita akan bercerita tentang aktiviti mencuci kain. Eleh, cerita cuci kain? Tak de modal la tuuuu. Bisik hati kecil kalian sambil menjuihkan bibir laksana bibir Kila Fairy. Kenal tak Kila Fairy? Kalau tak kenal sila google hokeh he..he….

 

Ya, pada hari tersebut saya sudah berjaya membasuh sebanyak 4x pusingan stok baju kotor, siap sidai dan siap berlipat. Hebatlah bukan? Tolong take note kecemerlangan saya tersebut walaupun pada hakikatnya perangai mulia sebegitu tidaklah bertahan lama. Ya, kerja membasuh dan melipat kain adalah kerja sengsara buat diri saya sebenarnya T.T

 

 

 

Anda semua pasti bersetuju kalau saya katakan di sebalik kain-kain yang tersidai cantik di ampaian rumah kita tu tersirat seribu cerita. Bermula dari proses memilih jenama pencuci hinggalah selesai basuhan tersebut.

 

 

laundry 043_thumb[6]Meh saya tayangkan produk pencuci pilihan saya. OK tak perlu kagum.

 

 

Tahukah anda, saya adalah peminat tegar pelembut fabrik Downy. Kenapa saya sukakan Downy? Sebab saya tak suka pakai perfume. Itu je sebab dia haha… ceh, macamlah ada orang kesah!

 

Baiklah, sekarang mari kita ke perbincangan yang lebih serius. Kita kupas apakah permasalahan-permasalahan yang sering berlaku dalam proses mencuci kain. Mari kita lihat satu-persatu. Untuk memulakan langkah pertama pencucian, adakalanya kita dikejutkan dengan beberapa kejutan. Contohnya……..

 

 

  

Oksigen! Oksigen!

 

Aduh, boleh semput dibuatnya. Kejadian-kejadian tidak bermoral macam gambar di atas itu memang kerap terjadi. Kadangkala mereka yang berkenaan ikut sesedap rasa saja  nak buka seluar atau baju kat mana yang disukai. Selepas itu tinggalkan berlonggok di situ padahal bakul kain betul-betul ada di depan mata. Memang sungguh kurang asam mereka itu dan kejadian sebegini boleh membuatkan darah para bonda tersirap bak air sirap!

 

Lebih mencabar lagi, untuk memastikan kain tersebut bersih atau sebaliknya kadang-kadang kita terpaksa guna deria bau….. mana satu baju bersih mana satu baju kotor  entah lah… semuanya bercampur-baur. Adusss!

 

Pernah tak terjadi kes sebegini? Bilik tidur teratur dan kemas kemain  tapi pintu tiba-tiba tak boleh rapat ke dinding pulak. Apa kes?

 

 

Laaa….nah ambik! Belakang pintu pula yang dijadikan sasaran!

 

Mahu tak beristighfar panjang para ibu bila terjebak dalam insiden ngeri sebegini!

 

Permasalahan seterusnya, walaupun teknik basuhan sekarang semakin canggih di mana kita tidak lagi perlu memberus kain di tepian sungai sambil bernyanyi lagu tuai padi antara masakkkkkk, esok jangan rindu-rinduannnnnn namun, kadang-kadang kita juga kena pantau  dari masa ke semasa proses pencucian tersebut. Manalah tahu dengan tak semena-mena mesin basuh kita ditimpa malapetaka.

 

 

nokifmrt110122 023_thumb[1]

La…. duit syiling rupanya! Patut la bunyi macam gempa bumi.

 

 

Demikianlah antara kejutan-kejutan yang biasa dialami oleh para ibu dalam arena pencucian kain. Ada banyak lagi kejutan-kejutan lain sebenarnya seperti kes poket penuh berisi gula-gula, tisu berhingus yang lupa hendak dibuang serta kes kain pengesat kaki termasuk sekali dalam mesin basuh! Aneh tak aneh, la kan he…he…. Begitulah alkisahnya cerita cuci kain. Nampak saja remeh namun  banyak juga cabarannya.

 

 

 

 

 

Caucincau!

 

 

 

Demi tidak menjejaskan maruah diri sendiri, semua siaran gambar yang tidak berwatermark di atas diambil dari Google. So jangan pandang serong hokeh! Harap maklom.

Jumaat, Februari 03, 2012

Tinggalkan A Kerana B Tiba-tiba Terjebak Dengan C Pulak!

 

 

Apakah yang patut saya  buat Cik Sri Siantan? Baiklah, biarlah saya bercerita dari mula. Begini ceritanya………

 

Sebagaimana dalam entri terdahulu, saya telah menggembar-gemburkan tentang misi saya  mencari liquid foundation. Hampir dua tahun saya begitu selesa dengan Angelfit Liquid Foundation Maybelline NY. Saya rasa, saya gembira pakai Angelfit. Kalau diikutkan, rasa nak pakai produk jenama yang sama jah sampai bila-bila. Kalau boleh tak nak try yang lain… tak berani ah. Tapi baru-baru ni kesetiaan saya sudah tergugat dek terpengaruh dengan entri LadyLovesLeisure tentang Garnier BB Cream. Kagum dengan rakaman gambar  menunjukkan bukti keberkesanan krim hebat itu menutupi kondisi kulit yang bermasalah. Fikir punya fikir, rasanya tak salah untuk saya bertukar jenama demi mendapat manfaat terbaik dari yang terbaik in the market, bukan? Walaupun demikian, saya masih belum kiss goodbye secara total dengan Angelfit Maybelline NY. Konon-konon sekadar curang  untuk seketika saja ni ;P

 

Tapi sayang seribu kali sayang, langit tidak selalunya cerah dan hidup ini tidak selalunya indah. Bila diajukan pada sales assistant Guardian, katanya produk tersebut baru saja kehabisan stok. Huk aloh, potong stim betul. Macamana boleh tak ada pulak? Langsung membekukan semangat saya untuk mencuba produk baru. Oh, saya kecewa secukup rasa. Padan muka saya, kan Cik Sri Siantan… itulah siapa suruh berlaku curang? Luluhnya hati ini rasa nak menangis teresak-esak dan dan tu juga. Bak kata Yuna, ini tidak adil tidak adil bagiku…….

   

Atas kesedihan yang melampau tersebut  itulah lantas membawa diri saya ke rak skincare product yang lain sambil mengenang untung nasib diri.  Frustnya sebab hajat di hati untuk memiliki Garnier BB Cream tidak kesampaian.  Punah segala harapan yang dibina sebelum ini. Untuk kembali semula kepada Angelfit Maybelline NY terasa segan-silulah pulak.

 

Dalam keadaan serba tidak kena, bingung dan sedikit buduh itu, tiba-tiba mata saya tertancap pada sesuatu. Saya membeleknya buat seketika. Silky Girl Magic BB cream. Ahhhh…. dia datang tepat pada masanya, try sajalah! Bisik hati saya yang paling dalam. Tanpa berfikir panjang, saya sambar lalu terus membayarnya di kaunter. Syukur, akhirnya saya menemui jalan penyelesaiaan terhadap kekusutan yang dialami.

 

 

   susu 022Terjebak dengan dia secara tiba-tiba

 

 

Ya, saya baru beberapa hari terjebak dengan  Silky Girl Magic BB cream ini. Kesannya belum dapat dikesan lagi tapi apa yang menggembirakan ianya tidak berminyak! Wow, I like!

 

Persoalannya di sini, wajarkah perbuatan saya ini, wahai Cik Sri Siantan?

 

 

Caucincau!

Rabu, Februari 01, 2012

Dulu Hot Sekarang Suam-suam Kuku

 
As Salam ladies,
 
*Embekkkkkk! Embekkkkkk! Alahai lamanya saya berhibernasi….hingga bertukar menjadi seekor kambing? Oh, bukan begitu.
*I ‘m back!
 
Oklah tanpa melengah-lengahkan masa, mari kita dengar ini satu cerita. Eh, ternyanyi lagu Anita Sarawak la pulak haisyh! Pada suatu hari, saya dan anak bongsu saya berjalan-jalan di Jusco. Kalau nak tahu, saya ni memang kaki Jusco. Sebut betul-betul, kaki Jusco…. bukan kaki disco tau! Tujuan utamanya ialah hendak mencari liquid foundation sementelah isi botol lama sudah hampir menuju ke titisan yang terakhir. Saya menuju ke Guardian. Ketika sedang mengusya produk yang dikehendaki di rak Maybelline, secara tak sengaja saya telah tercuri dengar perbualan dua orang wanita yang sedang leka mencuba lipstik di sebelah. Adat perempuan, kalau bersembang tak sah tak sentuh bab mekap, beg tangan, kasut dan seumpamanya. Tapi cerita mereka berdua ini lain sedikit bunyinya walaupun hal kasut, beg tangan dan mekap tetap disebut.
 
Kata salah seorang dari mereka, semasa zaman cemerlang, gemilang dan terbilang dahulu pantang dia kalau pakai barangan tak ada brand. Amboih, kemain! Otak saya mula berprasangka. Mungkin kasut dan beg tangan dia paling tidak Prada, Ferragamo atau Gucci, pewangi jenama CK atau Chanel 5 sementara set rawatan muka jenama SKII kot. Dengan tak sengaja saya terus memasang telinga lagi. Tak sengaja lah sangattttt! Ngeh3x….
 
Tapi kata wanita itu lagi sekarang ni sejak dah kahwin, dia dah tak berselera dah nak pakai macam dulu-dulu. Aikk, apa kes pulak? Katanya, sekarang ni pakai lipstik harga RM12 pun dia tak kisah, asal nama pakai! Tambahnya lagi, baju pula kalau dulu pantang yang berharga bawah RM200, sekarang harga bawah RM50 pun jadi, asal OK! Dulu beli barang-barang mesti di kompleks-kompleks ternama, sekarang terserempak di pasar malam pun tak apa, asal murah!
 
Tiba-tiba saya terkedu. Otak mula berfikir. Eh, tang membeli barangan murahan…..lebih kurang macam cerita aku aje neh?! Hihi….
 
Mengapa kita berubah?
 
Hmmm… perasan tak kebanyakan wanita selepas berumahtangga akan mengalami perubahan penampilan yang agak ketara? Saya pun tidak terkecuali. Dulu hot sekarang suam-suam kuku. Cehhhh bajet hot la sangattt…dow. Apa, adakah zaman cemerlang, gemilang dan terbilang seseorang wanita itu sudah berakhir apabila dia mengambil keputusan untuk berumahtangga? Mengapa boleh jadi begitu? Apakah sesudah kahwin wanita tak perlu lagi bergaya seperti anak dara? Kalau ya, apa sebabnya? Apakah kerana sudah tiada sesiapa lagi yang hendak digoda? Maklumlah, sudah ada suami. Yang dikejar sudah dapat, tak perlu lagi nak jaga mekap segala.
 
Ya, saya pasti ramai yang tahu kenapa wanita berubah penampilan setelah berumahtangga, bukan? Tak ada sebab lain melainkan sebab keluarga. Ya, sebab keluargalah ramai wanita sekarang ni sudah tidak hot lagi. Bagi kaum wanita apabila sudah berumahtangga, keluarga adalah no.1. Keluarga adalah priority dalam berbelanja. Bukan tak teringin bergaya dengan barang-barangan mahal dan berjenama macam dulu tapi tiap kali nak beli, mesti teringat lebih baik duit yang ada itu dihabiskan untuk belanja keluarga. Betul tak?
 
Misal kata, harga sebuah beg tangan Bonia yang berharga RM400. Bandingkan dengan wang sebanyak itu, berapa pasang baju anak-anak yang boleh dibeli? Setiap kali hendak membeli keperluan diri sendiri pasti persoalan yang sama menjelma dalam kotak fikiran. Akhirnya yang dibeli adalah seluar baju anak-anak, sehelai dua kemeja suami dan kalau ada baki baru beli sehelai dua baju untuk diri sendiri. Yang branded tetap juga tidak dibeli. Betul tak? Betul tak?
 
 

 
Caucincau!


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...