Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, April 02, 2012

Misi Memulihkan Akuarium Yang Terbiar

 

 

As Salam ladies,

 

Petang ini cuaca mendung. Pagi tadi pun hujan turun mencurah-curah. Namun begitu, saya tak hibernate lama-lama. Rutin tetap dilaksanakan macam biasa - bangun pagi gosok gigi cuci muka mandi. Pakai baju minum susu eh, eh ternyanyi lagu kanak-kanak pulak….anyway harap anda semua terhibur hendaknya ngeh3x!

 

Sebenarnya petang ini bukan nak cerita pasal keadaan cuaca mahupun berkongsi lirik lagu kanak-kanak tapi saya nak cerita pasal benda lain. Pasal akuarium. Di rumah SSL ada sebuah akuarium tapi dah agak lama  benda alah empat segi tersebut hidup terbiar tanpa diberi belaian kasih sayang yang sewajarnya. Hidupnya kosong. Eeee kejam lah kau SSL, tuduh pembaca di dalam hati ;P

 

 

 

aqua 004

Aquariumku yang sungguh kasihan…seekor ikan pun tak dak!

 

 

Memetik kata-kata siapa entah,  …….an aquarium needs fish  like a man needs a woman. Ya, betul. Memang tepat sekali ungkapan itu. Setiap akuarium perlukan ikan. Kalau tak dak ikan, takyahlah ada akuarium. Err….macam lelaki perlu kawin dengan perempuan. Kalau tak dak wang, takyah lah kahwin…erkk?!! Saya tokok tambah sendiri je lah. Sila abaikan.

 

 

 aqua 007

Kosong. I need fish!

 

 

Ya, tahuuuuuuuuuuu!  Mulai sekarang kami janji tak akan abaikan kamu lagi. Dengan penuh iltizam dan semangat yang berkobar-kobar misi untuk memulihkan aquarium terbiar pun bermula.

 

Lewat petang di suatu hari di hujung minggu, kami sampai ke sebuah kedai ikan yang terletak di Jalan Kuching. Nama kedai tersebut dah tak ingat sebab macam biasa, waktu tu SSL tiba-tiba diserang gejala malas berfikir.

 

 

281120112118

 

 

Anak-anak memang teruja betul tengok ikan. Masuk je kedai terus buat kecoh jerit sana ada ikan cantik, sini ada kura-kura apa semua pun jerit.

 

 

281120112124

 

281120112122 

 

281120112126

 

 

281120112130

 

 

Dipendekkan cerita, kami pon membeli beberapa ekor ikan piranha dan seekor sotong kurita untuk dibawa pulang. Eh, tak, tak… saya merepek. Kami cuma beli beberapa ikan kecik je lah serta seekor udang hahaha… kalau boleh nak beli semua jenis ikan yang ada kat situ sebab semuanya comel-comel. Kalau dapat bela di rumah bila ada masa lapang bolehlah jamu mata menatap kecomelan mereka. Bila mereka dah besar kelak bolehlah ditangkap untuk jamu selera pulak %$#^&%@  Memang kamu makcik suka betul berimaginasi yang bukan-bukan! Sumpah menjengkelkan perangai kamu tuh. Kalau anak-anak tahu……

 

Sebaik sahaja selesai berurusniaga, sambil tangan menjinjit beg plastik berisi haiwan peliharaan maka kami pon melangkah keluar dari kedai ikan tersebut  dengan penuh bergaya. Setibanya di luar kedai, dengan tidak semena-mena langkah si adik terhenti……

 

 

281120112136

meow

 

281120112137

hello

 

281120112135

Ibu, adik nak beli kucing ni jugak!

 

Isyhh nak kucing pulak. Tak boleh,  dik. Tajuk entry ni ialah misi memulihkan akuarium yang terbiar. Binatang kucing tak ada sangkut-paut, tahu. Kalau cerita pasal kucing nanti terkeluar tajuk kang kena potong markah pulak hahaha….guwau sajelah!

 

Si adik neh, kalau boleh semua haiwan yang halal dekat muka bumi ni semua dia nak angkut bawak balik jaga. Sebenarnya dah lama dia pupuk cita-cita untuk memelihara kucing tapi saya tak benarkan. Tak payah pupuk-pupuklah, dik! Petang itu, puas dia duk merayu merengek suruh beli namun rengekannya langsung tak dilayan. Percubaannya gagal. Kesian adik. Sorry, please try later hahaha…

 

Sewaktu pulang, masuk je kereta terus dia diam. Untuk mengembalikan mood cerianya itu kami adakan sesi photo shoot bajet artis  ;P

 

281120112144

senyum dik!

 

281120112142

senyum dalam paksa

 

281120112139

ok dah molek sikit

 

281120112140

say kobisssssssssss! (trademark dia)

 

 

Baiklah. Hei, lihat akuarium saya sudah kembali ceria. Mempersembahkan….

En. Lampam, En. Udang, Kak Patin, dan geng ikan kecik yang saya dah tak ingat namanya ….. diserang gejala malas berfikir lagi!

 

aqua 001     aqua 002

aqua 009    aqua 003

 

 

Tapi depa semua camera shy. Penat tahu saya mengejar-ngejar depa dengan kamera di tangan. Rasa nak aje buat aksi renang sekali dalam akuarium tuh semata-mata untuk dapatkan  gambar mereka yang paling menarik. Ah, macam poyo lah bukan SSL duk dalam akuarium?! Haisyh!

 

 

 

Caucincau!

24 ulasan:

kasihredha berkata...

kat rumah akak cuma ada ikan guppy aje unk elak nyamuk...letak dalam pasu :)

ieda berkata...

ekekek akhirnya aquarium ceria kembali
saya bab2 ikan dan aquarium nie kak suami lah yg mencarakanye .. saya tgk kan aje ;) jgn sampai matii eekeke

whitecappuccino berkata...

cantiknya hiasan dalaman akuarium ni..dah ada ikan tu tambah cantik la.

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ berkata...

waa.. comel la akuarium SSL ni..
mcm2 ada tu, siap ngan udang..
bestttt.. muat mcm2..

yg laya punyer dh jd tukun..
asal bela aje mati.. huhuhu

cheqna berkata...

dlm akuarium cheqna ada ikan puyu....
suka tau tgk ikan2 yg berenang2 ni

m.u.l.a.n berkata...

saya suka... tapi tak tahan penghuni rumah ni yg suka kasi ikan makan tanpa henti.. takut konon ikannya lapar.. sampai arwah semua ikan2 tu..

Acik Erna berkata...

SSL..acik harap panjang la umur ikan2 tu..dan membesar dengan baik..

mama aini berkata...

assalam SSl..dah berseri rumah SSL dgn ikan & udang..cantik sgt !!...mama pula bela kucing ..hu2x..

Kasih Salina berkata...

salam pekenalan SSL..tenang jer tengok2 gambar camni, sejuk mata memandang..saya suka juga bela ikan dlm aquarium tapi malas nk membersihnya..

zara zaman berkata...

waa... macam best la plak...mcm nak sruh en. hubby beli akuarium pulak lah... nak tiru SSL ...bole gitu...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

kat umah ai ader beli 4 ekor ikan
but now dah tinggai 3 ekor jer sebab sekor dah mati...sobs...ituew yg malas nak beli binatang ni...uwaaaaa

Mr.Clive berkata...

wahhhh aquarium revival!heeee....sukaa letak banyak banyak pokok tipu pastu tengok ikan ikan tu sembunyi...heee~

Kakzakie berkata...

SSL rumah kakak pun ada ikan berjenis-jenis tau. Tapi semuanya ikan mati untuk digulai/goreng aje hihi...

Bilik (ofis) kakak ada juga akuarium tapi dah 2 bulan kosong bukan aje tak ada ikan dgn air-airnya sekali kakak suruh pakcik bersihkan - dah malas...

kasihibu berkata...

udang pun ada
seronok menatap ikan berenang tenang ni, sya suka

kakcik berkata...

Masa ke rumah Dato' LF Ahad lepas, beliau ada menawarkan kakcik dan suami untuk membawa balik akuriumnya yang besar gedabak bersama isi2nya sekali. Tapi sekarang suami kakcik (kakcik apatah lagi) sudah tidak berminat 'membelai akuarium dan isi perutnya'. Yang pernah ada pun sudah habis di'faraid'kan...

Puan Kutu berkata...

sy macam adik,suka kucing..tp en suami mmg bercita2 nak beli akuarium n bela ikan.nti tak pasal2 sy yg kena jaga.beliau tahu bela je..makan n cuci semua serah sy..say tak nak.sila cuba lain kali.hahaha..

Aidah berkata...

Dari ikan menjangkit pulak ke kucing ya. Tak pe lah adik, bela je kucing dalam blog auntie ni. Datang dan tengok puas2. Tak payah susah2 cebok dia lepas dia membuang dan bagi makan sume tau. Akuarium tu nampak meriah sangat. Sebelum tu macam rumah tinggal je. Nasib baik tak berpenunggu pulak. Hahaha.

Ros berkata...

Assalamualaikum SSL,

Wahh...cantiknya dan indahnya bila tengok akuarium ni...sejuk ja mata memandang..

Memang bestkan kalau ada akuarium kat dalam rumah ni...kak Ros pun ada jugak la cita2...tapi tak pandai la pulak nak bela dan menjaganya tu....

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu..

Waaa...akuarium dah ada ikan...cantik!!

Dinas Aldi berkata...

Akak dulu adalah penggila ikan. Suka sangat. Malangnya masa akak pi kursus kat KL selama setahun suatu masa dulu, ikan2 akak mati beragan rindukan akak. Akak kaciwa dik. Kaciwa.

Sekarang akuarium tu mak akak bela ikan puyu :)

Misimu telah berjaya dik! :)

KhaiRin : anies berkata...

sejuk mata memandang..

Nazayiena berkata...

Cantiklah perhiasan dlm aqurium tu,memang patut kena ada ikan dlm tu kan,sian adik nak beli kucing,rumah aunty ada nak x?

Kabutar Diesel berkata...

hehehe comel akuarium tu..rumah kita orang ikan tak dah..tapi cicak boleh tahan adehhh tak payah pelihara pun kekekeke

mamaNoriz berkata...

cantiknye aquarium awak...

byk hiasan ek..

sya harap je ada aquarium besar tpi sehelai daun pun takde...huhuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...