Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, April 17, 2012

Mengapa Kau Buat Begitu?

 

As Salam ladies,

 

Saya malas nak memicit keyboard hari ini semata-mata untuk luahkan ketidak puasan hati ini tentang seseorang. Perlukah saya berterus-terang pada pihak yang berkenaan tu atau lebih baik duk diam berzikir dalam hati dan ikutkan saja karenah dia? Namun hati ini tetap terasa nak luahkan juga di sini.

 

Ini cerita pasal kontraktor yang buat kerja ubahsuai rumah baru kitaorang. Pada peringkat awal, kitaorang memang dah bersetuju dengan jumlah kos yang mereka tetapkan. Beberapa hari kemudian, SSL dan suami ambil keputusan untuk tambah lagi ruang bilik untuk diubahsuai. Sepatutnya kontraktor tu cuma perlu tambah kos ubahsuai bilik tersebut pada jumlah yang sedia ada aje. Tapi tanpa kitaorang sedar, kontraktor tu dah ubah semula jumlah kos yang sudah dipersetujui sebelum ini dan tup tup berikan jumlah keseluruhan yang baru. Selesai discuss segala, balik rumah baru tersedar akan kenaikan yang sangat kurang munasabah itu. Haiyyoh!

 

Dia ngokngek. Kitaorang pun ngokngek. Dia memang ngokngek sebab cuba memperdaya. Kitaorang pun ngokngek jugak sebab sudah terperdaya. Y.Y

 

Sesungguhnya SSL memang kurang puas hati betullah dengan taktik pihak berkenaan yang secara sulit menaikkan harga tidak mengikut quotation asal. Memang sungguh tak mulia betul punya perangai. Lepas kejadian tu, saya hubungi dia. Time saya dok sms, dok beremail tanya pasal kos sebenar ubahsuai bilik, kemain lagi alasan dia. Katanya dia bagi jumlah lamsam, tak boleh bagitahu detail sebab nak kena semak bil lah, nak kena kira balik lah dan macam-macam alasan lagilah. Dia cuma asyik duk tekan yang dia sudah bagi banyak diskaun pada kitaorang. Haiyyoh!

 

Sekarang, apa perlu kitaorang buat? Nak bertegas ke atau ikut sahaja karenah dia? Nak bertukar kontraktor sudah terlambat sebab dia dah pun mulakan kerjanya. Huhuhu …Oh, mengapa kau buat begitu? Mengapa? Tak fahamlah dengan sesetengah orang neh…dengan memperdaya orang ingat berkat ke rezeki yang kita akan dapat nanti? Orang kata, kita kalau buat kerja tak jujur memang lembab la sikit rezeki nak masuk lepas ni.

 

Argggh stressnya! Oh, Anuar Zain….. tolonglah hiburkan saya, please. Saya tengah stress neh!! Anuar Zain nyanyikanlah lagu ‘Sedetik Lebih’ sebab saya sukakan lagu tu. Anuar Zain……..? Aik?! Macamana Anuar Zain tetiba tersesat dalam entri SSL yang super serius neh? Ngokngek betul… Itu la pasal, berurusan dengan orang ngokngek, kita pun dah jadi ngokngek. Argggh, tak naklah jadi ngokngek!

 

Apa perlu kitaorang buat, ek? Buat masa sekarang SSL cuma nak lupakan buat seketika pihak yang tak berpatutan itu. Lebih baik malam nanti buat solat hajat. Mohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan moga dibukakan pintu hati orang itu agar berlaku jujur dan ikhlas dalam pekerjaan! Aminnn. Uols ada apa-apa saranan?

 

 

 

Caucincau!

 

 

Red roseSaya baru terima hadiah best dari Mulan! Wahhhh baiknya dia….TQ Mulan! Esok cerita  ;D

25 ulasan:

KhaiRin : anies berkata...

tkr je sbb kita ada hak nk tkr..kalu x akk g report kt pihak berkuasa (persatuan pengguna)

whitecappuccino berkata...

Kalau kerja macam ni tentu tak lama bisnes dorang tapi betul tu, buat solat hajat supaya dipermudahkan kerja..

Salina@IbuAqil berkata...

ermmm ada jgk diorg jenis nak kaut untung smpai buat aniaya kat org erk sis.. sabar lah ye.. nk bg pendapat x ada pengalaman utk benda mcm ni.. ;)

kakcik berkata...

Cubalah bawa berbincang semula dengan kontraktor tersebut. Semoga ada penyelesaian yang terbaik buat kedua2 pihak. InsyaAllah.

Aidah berkata...

Akak pun baru terkena dgn orang repair aircon akak ni. Dia main teka2 je masalahnya aircon ni tak sejuk. Tapi buat2 konfiden. Lepas tu caj akak beratus. Aircond masih tak sejuk. Lepas tu bila akak tanya camana ni? Dia boleh suruh ganti baru padahal sebelum tu kata gerenti sejuk lepas ganti barang. Ramai orang tak jujur sekarang ni SSL. Akak sangat fedap rasanya bila asik tertipu. Mohon je pada Allah agar dorongkan kita buat keputusan terbaik.

Acik Erna berkata...

walau pun dah mula kerja..SSL tetap berhak minta harga setaip satu,,harga lama kan ada ada..kalu tak kata..kansel yang nak bilik tu..guna yang lama jugak..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

bincang face to face dgn lepa dulu..tngk apa lepa nak kata...kalau nampak2 mcm dah tak leh selesai...tukar ja lah kontrakter lain...gertak lepa dulu..heheheh...boleh ka mcm tu?

zara zaman berkata...

SSL sorry lupe nak balas pertanyaan ari tu... saya kat jalan Selasih SU3. Klu dak ari tuh bole gak jumpe kejapkan...

SSL amik contractor mane?... ape kata klu banyak sangat beza, hold dulu yg tang bilik... then cube tanye contractor lain plak... eee geramnye klu dapat contractor yg x jujur mcm nie. berkire sangat.

Aju Mohit berkata...

nnti SSL try nego lagi, jgn tertipu, diorg ni pandai buat duit, sikit2 caj, keje and finishing kalau hebat takpe kan.

Aju Mohit berkata...

SSL kene nego lagi tau, diorg ni pandai buat duit, kalau keje ok takpe kan

Kakzakie berkata...

Kena bincang semula SSL. Kakak rasa tak boleh bersms/email sebab quoatation asal mesti ada lagi kan, so just tanya kos utk yg additional berapa? Kalau tak reasonable tak mahu buat. Tunggu dia siapkan yg asal kemudian baru cari quoatation lain utk buat yg additional...

mak encik | SZ berkata...

ku dapat rasakan perasaan tu kak...
tahun lepas ada buat renovation kat umah mak di kampung ...
mula2 mmg quotation plg rendah la dapat tup2 buat itu ini naik hampir seganda gak la.. hangen tak hangen bayar juga la kang tak siap2 plak rumah tu ... huhuhuhu

Hanis Azla berkata...

rasanya setiap kali kami buat renovation tak kiralah minor ke major, mesti ada aje masalahnya.. tentang kos tu dah tentu2.. minta tambah sikit, mmg mencanak harganya naik.. ada yg kita bayar mahal, kerjanya hampes.. yg murah jgn cakaplah.. 2,3 bulan kena buat semula.. saya pun tak faham dgn org yg menekan org lain.. tak patut betul.. eh..eh.. sori.. terluah perasaan pulak kat sini.. tak membantu kan komen saya ni.. minta maaf yer.. saya doakan renovation SSL di permudahkan hendaknya dengan hasil yang memuaskan hati..

Nisa berkata...

Kita mempunyai pengalaman yang sama Kak. Saya rasa, some of the contractors punya attitude macam tu. Tapa Kak, jika itu yang dia nak, proceed sahaja, sebab takut hal yang lebih teruk akan berlaku nanti. Jika dia menipu dalam costing, serahkan sahaja pada Allah SWT. Maybe dia lepas di dunia, tetapi di akhirat kelak (wallahu'alam).

P.S. Saya rasa kontraktor kita ni orang yang sama :O Haha, rasa saja.

Nazayiena berkata...

SSL solat hajatlah minta dipermudahkan urusan,samalah ngan Nurul,ni kes buat pagar skrg nie tgh terbengkalai disbbkan masalah main dan sub.con. yg jadi mangsa kitaorg.Entry nurul yg kitar semula tu bukan rumah Nurul yg baru tp quarters tpt tinggal skrg.....

Puan Kutu berkata...

memang ada cubaan nak memperdaya disitu.kena tegas sikit ssl.at least minta kurang sikit.hehe..

MulutPayau berkata...

Aduhhh...mmng geram jugak kalau macm ni...SSL kena bncang semula ngan kntrktor tu...tak patut laaa dia orang buat macam tu....

m.u.l.a.n berkata...

isshh.. awat jd lagu tu depa tu.. tak baik la camtu.. moga dipermudahkan segalanya lepas ni..

Dinas Aldi berkata...

Kalau akak pun stress jugak gitu..baca saja pun dah serabut, inikan pulak dik SSL yg menanggungnya..haisy..

Semoga semua urusan dipermudahkan olehNya, dik.

idasm berkata...

apa kata akak cancel yg ubahsuai bilik yg akak tambah last minit tu. balik pada asal. so dia x leh ngelak dah...

smoga akak dipermudahkan....

Mr.Clive berkata...

ckp aje direct kak...jangan hold back...ajar sikit...hehehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

crik kontraktor lain.. dia dah mula keja ke??

Eye_nee berkata...

Kalau ubah suai bilik yg nak ditambah tu belum dibuat lagi..baik ko hentikan jerlah dulu SSL since ko kata harga tambahan tu tak munasabah....

ieda berkata...

pening gak kan kak
rasa tertipu .. x salah kalau mereka discuss dulu ngan kita , jgn dah siap ubahsuai baru cakap harga tu harga nie .. mana nak cekoo duit kalau budget asal dah lari huhuh
kes naya tu kak ..
kena discuss jugak kak ..

Kabutar Diesel berkata...

kasi tukar itu kontraktor la SSL..itu kontraktor berlesen ke kontraktor haram???hehehe haram tak dak lesen..lau tak dal lesen susah sikit nak ambil tindakan...lau berlesen dan ada hitam putih le bawa keske tribunal tuntutan pengguna hehehe...now 1 pun nak kena berhati dalam renovation hahaha ..cool@bukit gambang la SSl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...