Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, April 20, 2012

Batuk Extreme

 

As Salam ladies,

 

Sangat kesian dekat diriku 2,3 hari ni. Diri terasa lemah dan lembik.  Beberapa hari ni saya kurang sihat tapi tak demam. Saya cuma diserang gejala batuk aje tapi bukan jenis batuk-batuk lunak manja tu. Saya diserang batuk yang sungguh extreme - hasil jangkitan dari si kecil saya yang demam tempohari. Maka sekarang rumah kitaorang tidak lagi diserikan bunyi batuk secara solo malah kali ini secara berduet pulak. Kolaborasi suara kitaorang sungguh mantap hingga membentuk bunyi batuk  yang ngeri dan paling kronik pernah dihasilkan setakat ini huhuhu….

 

Pagi tadi pun, SSL bangun tidur secara seksa.  Tekak terasa gatal serta perit yang amat al maklumlah semalam kan buat konsert duet. Nak teguk air pun derita ni. Badan sungguh tak larat sebab malam-malam macam tak berapa tidur. Kualiti tidur langsung terjejas dek diganggu bunyi yang keluar melengking-lengking keras (macam tak betul istilah neh, hentam sajalah labu)  tanpa henti hingga dada dan perut pun terkecut-kecut dibuatnya. Pendek kata, hidup saya sekarang diselubungi penderitaan saja. Alahai azab bebeno bunyinya, kan!

 

Telan ubat? Oh, SSL tak pernah menelan ubat batuk dari klinik. Memang tak mboh sebab kalau telan jugak ia bakal membuatku tidur secara mati-matian. Tak pun, pasti menyebabkan SSL buat kerja secara lalok macam drug addict. Ah, tak nak, ah. Lalu awal pagi tadi sambil terbatuk-batuk (hingga tempias sikit-sikit pada skrin) saya berusaha on kan laptop dengan harapan dapatlah bertanyakan pakcik Google kot-kot beliau ada tak petua merawat batuk tanpa penggunaan dadah.  Syukur, ada jawab beliau. Oi, sudah-sudahlah merepek tu!

 

 

Petua Merawat Batuk

 

  • Ambil setengah genggam daun pegaga dan rebus daun tersebut dengan 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi tinggal separuh. Tapiskan dan minum segelas, dan amalkan meminumnya 2 kali sehari. Sumber di sini.

 

 

 

 

  • Ambil 2 kuntum bunga raya dan potong halus bunga tersebut. Ambil setengah gelas air masak dan sedikit garam lalu campurkan dengan potongan bunga itu tadi. Perah dan tapiskan. Minum air tapisan 2 kali sehari. Sumber di sini.

 

 

 

  • potong bahagian atas oren. Letakkan ½ camca kecil garam di dalam oren, kemudian letakkan kembali bahagian atas yang telah dipotong itu tadi.Letakkan oren di dalam mangkuk, dan stimkan selama 10-20 minit. Setelah itu, makan kesemua isi oren tadi. Sumber di sini.

 

 

 

 

  • Makan madu dicampur minyak habbatussauda. Sumber di sini.

 

    

 

 

  • Air suam + limau nipis + madu + gula batu

 

 

 

 

  • ambil segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji perahan air limau nipisdan empat camca besar kicap masin.

 

 

 

  • minum air rebusan epal merah. Sumber di sini.

 

 

Tak pasti nak cuba yang mana satu mungkin cuba petua pucuk pegaga tu dulu kot. Sangat-sangat  berharap biarlah saya cepat pulih. Amin.

 

 

Caucincau!

31 ulasan:

eMMe berkata...

terima kasih atas petua ini... harap dpt membantu.. termasuk diri saya jugak kak SSL, meh la komen kat entry saya.. petua yg ada di entry kak SSL ni boleh jugak jadikan komen utk saya...anyway, thx Kak SSL...

mak encik | SZ berkata...

mana nak cari bunga raya tu kak?

makan ubat eh...semoga Allah cepat sembuh kan akak anak beranak ...

kasihibu berkata...

banyak petua petua yg berguna kan?
sya kalau dah lama sangat batuk, baru cari ubat batuk
tu tandanya dah kena tegur dgn enpakwe lah tu, kalau idak biar je baik sendiri

Kakzakie berkata...

Kakak 2 minggu lepas kena satu keluarga juga. Ubat batuk klinik telan juga + yg petua pun buat juga. Kakak buat yg lemon+madu+gula batu itupun sampai 2 minggu baru betul-betul sembuh. SO tak tahu ubat batuk atau madu+lemon yg mujarab.

Yg pasti Allah dah bagi kesembuhan.

SSL selamat mencubalah ye kakak doakan aje..

munna berkata...

munna kaedah pertama dgn kedua tu tak sanggup... mmg tak tertelan rasanya....

Puan Kutu berkata...

batuk memang menyeksakan.klu secara extreme kadang2 boleh terkucil.haha..

klu ay pilih yg sedap saja.madu n habatulsauda juga air limau tu boleh kot masuk tekak sy.

klu makan ubat tido mmg lalok..rasa macam diawang2an..

kasihredha berkata...

amin
semoga cepat sembuh neh

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

mmg susah if batuk x lega ni
my darl almost sbln baru ok
dia mix ngan honey!

Salina@IbuAqil berkata...

Samalah kita sis..
Batuk2!!! ;(
Cpt sembuh ye sis..
Take care & happy weekend yer.. ;)

Cik FaRiZaM berkata...

tq for the petua...sy leh follow air limau tu kot....yg madu sy tak suka...sy jenis tak suka makan ubat....hehehehe tak sedap....dr dulu mmg tak makan ubat batuk ke. demam ke ...melainkan dah teruk, baru makan

:)

Ijah EmoTemo berkata...

sama mcm ijah hari tu batuk tak berhenti smpi hilang suara. lepas minum air asam jawa baru berhenti batuk hehehe

zara zaman berkata...

Yg mana satu jadi pilihan...hihihi

Semoga akak dan anak2 sihat... take care...

KhaiRin : anies berkata...

madu+limau+ habbatussawda tu..try yg ni..mmg cpt cure..

Aidah berkata...

Kesiannya SSL. Akak cukup takut batuk extreme macam tu. Gatal sangat sampai rasa macam nak masuk tangan dan garu je. Akak kalau batuk camtu, akak makan lozenge kelapa laut tu. Kdg2 sampai pijar lidah. Semoga Allah izinkan petua SSL tu memulihkan batuk tu ya.

~daRLee ZuRiS~ berkata...

batuk kahak ek?
memang susah nak lega kalu camtu
btw..semoga cepat sembuh ye

Nazayiena berkata...

Byk juga ya petua nak hilangkan batuk tanpa ubat batuk nie,SSL boleh cuba satu2 yg mana agaknya mujarab....

Kasih Salina berkata...

semoga cepat sembuh dengan banyak petua yg boleh dicuba kan..

ieda berkata...

biasa saya minum limau dan madu kak .. tapi kalau dah kuat sgt saya amik antibiotik sbb risau jadi tonsil ..
semoga cepat sembuh kak ....
take care ..

Dinas Aldi berkata...

Terima kasih bagi petua ni, dik SSL. Akak kalau pasal jadi ubat, ku tutup hidung & telan jugak sampai habes.

Semoga SSL akan segera sembuh, akak doakan naa.

Kabutar Diesel berkata...

semoga SSL cepat sembuh hehehe batuk nak naik rumah baru ka SSL

Aju Mohit berkata...

siannya SSL, semoga segera elok ye batuk tu, tq jugak berkongsi petua yang mudah untuk dicuba ini

m.u.l.a.n berkata...

get well soon..

Ada doctor Chinese yg tua kt Kuantan dulu cakap jgn amik langsung buah2.. air buah ke, buah ke.. dia kata jgn amik langsung buah.. alhamdulillah berkesan utk kami..

MulutPayau berkata...

semoga cepat sembuh ya SSL..

Terima kasih berkongsi tips ya...

Cik FaRiZaM berkata...

masih batuk ke???uhuk2

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Thx for sharing..
Moga cepat sembuh kak..

LYAfrina berkata...

kalo bab batuk mmg xtahan..smpai xleh nk tdo mlm sbb batuk ni.. btw, tq for sharing:-)

qemaishak berkata...

qema penah cuba petua airsuam+limau tu mujarab gak tapi kena selalu minum la..moga cepat sihat ye.

:: Mrs.Eady :: berkata...

izwa minum air masak je minggu lepas sb dah 2 minggu batuk teruk...akhir nyer baik jugak!fuhh...itu pun jenuh kene pantang mkn!

sis intan berkata...

salam ziarah, akak dh folow blog ni. akak pnya petua nak hilang batuk, makan gula batu... :)

c'axoera ヅ berkata...

1 sudu makan madu + perahan limau = kompeeeeeem!

mama aini berkata...

thanks SSL sudi share info2 begini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...