Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Mac 01, 2012

Terbosan-Bosan

 

Salam ladies,

 

Hujan turun rintik-rintik di luar sana. Mata pula terasa sungguh berat semacam. Rasa nak aje membaringkan sekujur tubuh ini ke pembaringan. Best kan kalau dapat tidur diulit hujan. Inilah keenakannya jika hari hujan, dapat tidur secara puas. Tapi ah, mana mungkin….. Kang terlajak tidur  terbabas pulak masa kang. Dah lah kejap lagi nak mendidik anak orang. Kelas paling melelahkan pulak tu. Daripada tidur lebih baik daku duduk termenung di tepi jendela menikmati titisan air hujan sambil mendengar alunan instrumental dari Youtube. Sambil-sambil tu boleh jugak layan perasaan blues. Ceh, banyaklah kau punya blues, makcik!

 

Hai, terbosan-bosan diri ini sebenarnya. Bosan melayan hujan, jom berblog pulak. Mahu menulis tapi nak tulis apa, ye? Menulis pun tiada arah tujuan ni. See, intro dah gaya cerpen pulak! Ah, biasalah…. SSL memang macam tu. Dulu kempunan sangat nak jadi penulis namun apakan daya hajat tak sampai. Akhirnya jadi penulis blog je. Phew~

 

Oh, ya kejap tadi baru aje selesai menengok facebook. Banyak juga perkongsian menarik dapat dikutip hari ini. Antaranya, yang ini…..

 

Sekadar Penghayatan ……

LEMBU : Aku makan rumput, tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. Kita tak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas tilam. Engkau tidur dalam kandang..mana nak sama.

TIBA-TIBA KEDENGARAN LAUNGAN AZAN...

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Samalah jelah kita..=p

 

Sumber :             

                      Ustaz Zamri

 

Huhuhu….ada sape-sape berperangai 2x5 lelaki di atas? Eh, bukan lelaki yang berkopiah tu tapi maksud SSL yang bercakap dengan lembu tu…. Ramai juga yang SSL kenal berperangai sebegitu. Teringat ungkapan seorang ustaz, “Orang tak solat dan tak tunai suruhan Allah serta langgar suruhanNya ialah orang yang tak memerlukan Allah langsung atau Allah tak perlu campurtangan langsung dalam kehidupan mereka. Memang dalam bahaya lah mereka itu.” So mari kita saling menjaga solat masing-masing, ye. Winking smile

 

Oklah kejap lagi SSL nak layan youtube aerobic, lepas tu nak tengok youtube cara buat origami pulak. Eh, eh ke manalah hala tuju  entri ni sebenarnya neh?! Garu-garu kepala yang tak gatal. Empunya blog pun dah keliru. Kejap jadi penulis cerpen, kejap jadi ustazah. Lepas tu nak share tutorial origami dan aerobic  pulak ke? Makin ke laut dah nampak gayanya.

 

Nampak sangat terbosan-bosannya hidup SSL petang ni, kan! Kesian…..

 

 

Caucincau!

27 ulasan:

~ yus ~ berkata...

tak kisahlah akak taip pasal apa pun. Entri akak ttp buat yus senyum sengsorang ptg ni hihi. Sejuk2 nak beraerobik ke tu?

Acik Erna berkata...

sama macam yus..acik pun senyum sendiri..
acik tak laratdan nak erobik

ajumohit berkata...

Amboi ssl tajuk tak boleh blah hihi, rajinnya tgk YouTube aerobik ye, jgn tgk je tau ngeee

Dinas Aldi berkata...

Entri yg ada macam2 mesej, bagus :)

KhaiRin : anies berkata...

hahahahahah..bleh thn ke tu kak? hehehe

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu..

Kalau tido boleh membantu kepada kebosanan, maka
Tido jek la Cikgu...

Kakya pun Ada kalanya terasa sgt2 bosan...mmg hanyut
melayan mata. :)

anisalya berkata...

hahaha... nak beraerobik pulak ke SSL?

nur anis berkata...

bestnya belajar buat origami..:)

Nazayiena berkata...

xpelah n3 satu ada macam2.....jgn bukak je youtube aerobic tu,beraerobiklah sekali dlm hujan2 nie...

Aidah berkata...

Teringat cerita bagaimana risaunya Nabi Musa bila Allah memerintahkan kpd umat Nabi Muhammad saw untuk sembahyang 50 waktu sehari lalu dia suruh Rasulullah saw minta diskaun lagi dgn Allah. Tapi dah diskaun pun kita manusia susah nak jaga. MasyaAllah.

mamaNoriz berkata...

fuhh, terbaek lah lawak lembu tu...hahaha

sebijik kena!

Mr.Clive berkata...

cara buat origami? aerobic?heheh macam macam la...setailo! :D

Kakzakie berkata...

Majoriti lembu masih sayang anak - manusia sudah ada yg tidak - lebih dahsyat kan.

Hanis Azla berkata...

yg penting, entry ni tak membosankan pun.. harap2 kita sama2 dpt menjaga solat kita..

Bui Junaidi berkata...

HAHAHA..LAWAK PART LEMBU TU..TP DLM LAWAK TERSELIT PENGAJARAN KAN..HUHU

Hanis MY berkata...

nice sharing kak... solat tiang agama...

Mr.Clive berkata...

hi hi selamat malam! :)

Maya Mayana berkata...

ohw akak ni cikgu rupanyat,.tk larat yana nk aerobik laa ni,bdn pun mkin kembang ...


buat origami cukup tk pandai,silap2 hancur...hehe

thanks komen akak kat belog tu..sgt bernas ;)

Puan Kutu berkata...

menarik juga cerita lembu tu ye..biarpun tanpa arah tujuan,moralnya smp ke sy..:)

kasihredha berkata...

bosan ? siannya...jom sini minum teh sama2 :)
solat tiang agama :)

MaryaYusof berkata...

Salam SSL,

Baru tahu, rupanya SSL seorg cikgu... ramai betul blogger guru :)

Guru2 mmg bijak menulis padanlah menjadi seorg guru... Jgn risau saya baca & tak rasa bosan :)

ckLah @xiiinam berkata...

Selamat berhujung minggu...moga tak bosan juga hari ini...

Eye_nee berkata...

mu taip apa pun ambo baco...hatta jika mu cuma taip A..ambo baco jugok...hehehe...

m.u.l.a.n berkata...

moga kita semua teguh imannya, kini & selamanya.. dirahmati & dilindungi dari godaan syaitan & fitnah manusia..

ngapa tak roger awal2 boring tu, boleh kita duduk sama2 potpet2...

Ros berkata...

Salam So Shy Lady,

he.he.he....memang nampak terserlah sangat kebosanannya tuh...he.he.he....lawak la cerita lembu ngan tuan dia tu...

Betoi tu SSL......kalau kita tak ingat kat Allah...macam mana Dia nak ingat kat kita kan.....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

hehe.. nak solatlah tak mo jadi lembu kiki

Cik SHiNJU berkata...

Nak erobik gak..jom!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...