Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, Mac 09, 2012

Sepanjang Minggu Ini

 

 

Salam Jumaat ladies, 

 

Hati saya meronta-ronta mahu mengemaskini blog ini namun apakan daya hajat selalu terbantut. Banyak kerja yang di sini menunggu di sana menanti. Minggu ini adalah minggu yang sangat mencabar kerana minggu ini minggu ujian di sekolah. Berapa bayak perkataaan minggu daaaaa ….. Mungkin bukan sangat, tapi agak mencabar jugalah. Manakan tidak, ada di antara anak didik saya yang tahap prestasinya masih kurang memberangsangkan. Berdoa dalam hati agar mereka dapat jawab ujian dengan baik. Saya sedang mengesat peluh ni.

 

Minggu ini juga kesibukan saya berganda - terpaksa luangkan beberapa ketika untuk menemani En. HB menyiapkan assignment beliau. Saya beri sokongan yang mencurah-curah buat beliau. Dengan semangat yang berkobar-kobar saya melangut temankan dia berjaga malam, study bersama-sama korang tahu (tipu giler). Nampak tak tahap kesibukan saya tu? Ececece…. sibuk la sangattttttt walhal….alahai entah macamana malam semalam sedang rancak berdiskusi tetiba saya boleh berdengkur depan laptophahaha jom gelak walaupun tak lucu…..Baru kejap dah lentuk memang tak boleh pakai betul. Sorry, bang! Walaupun tanpa bantuan maksimum dari isterimu ini namun harap-harap beliau dapat buat yang terbaik dan dinda doakan kanda berjaya score 4 flat sebagaimana semester-semester lepas, ya. Amin. Berdinda kanda pulak haha..tak boleh blahlah makcik neh!

 

Kesibukan saya seterusnya ialah…. ah, mari kita saksikan ini gambar!

 

  mar12 053

 

 

Inilah situasi dramatik saya sekarang. Ya, tika ini saya sedang bergelumang dalam dunia arkitek. Bukan calang-calang orang mampu membuatnya. Meluat betul ayat ni kan….Rasa diri bertukar menjadi hensemlah pulak, eh eh…. apa kes? Memang sungguh aneh sebab tak disangka wanita macam saya pun mampu buat design rumah walhal kerja-kerja arkitek ni bukan ke cuma layak jadi kerjaya lelaki hensem yang berkaliber sahaja? Soalan berciri entah apa-apa… so tak perlu jawab!

 

En. HB mengamanahkan kepada saya untuk merekabentuk design ruang yang hendak diubahsuai. Beberapa minggu lepas saya dah design cantik-cantik tahu. Malangnya perasaan saya menjadi sungguh berkecamuk bila cadangan pelan yang dibuat itu telah direject oleh pelukis pelan. Katanya, Majlis Daerah tak akan lulus atau saya mungkin didenda jika teruskan pengubahsuaian dapur dan bilik tingkat atas rumah baru melebihi had yang ditetapkan. Haiyohhh, manyak songellah itu Majlis Daerah. Punah segala kerja-kerja arkitek yang kubuat selama nih. Tensi mak tau!!  Sekarang ini saya masih lagi dalam kebuntuan. Masih lagi merenung helaian pelan rumah dengan perasaan yang sikit lagi hampir nak tumpah air mataku ini. Blur tak tahu nak ubah tang mana lagi dah.

 

Saya masih buntu lagi neh sedangkan masa terus berjalan tanpa kaki. Jam dah hampir menunjukkan pukul 11.00 pagi. Rasanya eloklah saya tidak membuang masa lagi dan membuat apa yang patut dibuat. Kejap lagi nak hantar e-mel kepada pihak kontraktor pulak – submit design plaster siling, table top dan KC pilihan saya serta maklumkan tentang pelan yang tidak lulus itu. Ah, macam bosan lah pulak perenggan ni… Dah, tak payah baca lagi dah.

 

Jom kita sambung buat kerja masing-masing, ok!

 

 

Caucincau!

33 ulasan:

eMMe berkata...

Assalam Sis SSL, bz ke?bz2 pun sempat update kan..fuh! bagus... esok weekend, rehat time kan..kan...hehe.

zara zaman berkata...

Design jgn x design... masa nie la kita nak jadi arkitek, interor design x bertauliah... hihihi...

Kakzakie berkata...

Drawing tak ada chop akitek bertauliah ke SSL. Kalau melibatkan architecture/M & E pun rasanya kena ada chop mereka dulu baru dapat kelulusan. Alah.... selalu memang begitulah...

Nazayiena berkata...

Minggu nie pun anak Nurul ada ujian jugak,pilih material mana utk KC?....

shima wibowo berkata...

nanti amik pic ruang baru ye...mesti cantikkk...;)

Hanis Azla berkata...

sibuk banget ni.. wah, nak renovate rumah.. best2..

Aidah berkata...

Nanti amiklah gambar sebelum dan selepas. Selamat membusykan diri ya.

kakcik berkata...

Rumah kakcik dah tak ada ruang nak diubahsuai. Ketiadaan ruang itu adalah disebabkan ketiadaan wang! Hahaha...

Irfa berkata...

hai..pertama kali singgah kalau tak silap..oh!kak zakie dan kak aidah pun ada sini.

baca pun dah boleh agak tahap kebiziannya ;)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

u keja apa?? sabar ye.. tenang kan hati.. keja lukis2 ne kena tenang2.. baru datang idea..

So Shy Lady (SSL) berkata...

salam gengs,

ssl bukan arkitek lah hahaha... skadar mnyamar je neh, jgn prcaya tau! ekceli tgh nk buat sdkit renovation rmh baru. tgh lakar apa yg nk dtokok dtmbah. cadangn plan ni kmudian akn dsubmit pd plukis plan + dptkn laporan jurutera dlu baru dsubmit kpd phk majlis daerah ;)

kasihibu berkata...

nak ubahsuai rumah pun kena bayar kan? nak buat camno...


nanti nak tengok hasilnya ;p

Munnafendy berkata...

takpe, buat pelan2...nnti kalau dah approve bila dh siap ubahsuai semua msti puas hati sebab design sndri kan?

anisalya berkata...

biasa la tu bila melibatkan majlis daerah. banyak benda yang tak boleh daripada boleh.

cheqna berkata...

jap
cheqna tengah imagine..camana sedang berdiskusi boleh berdengkur ni
kikikkiki
ok..moga dipermudahkan segala urusan ye =)

KhaiRin : anies berkata...

nk renovate ka?? best nyerrr

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu.

Padat juga aturcara sepanjang minggu ye Cikgu..

Sekolah dah mula bercuti.. Nak kemana2 ke? :)

Fatin Mraz berkata...

siapa kata kerjaya akitek untuk lelaki sahaja?
=P

Eye_nee berkata...

pergh super duper mama ko ni shy...jd cikgu cikgi ko jugak...jd tukang cuci cuci the movi ko jugak.. la ni jd arkitek la pulak...ambo tabik spring denghe mu neh...

Puan Kutu berkata...

untunglah dpt design sendiri..selamat menyamar menjadi arkitek.chaiyok!

whitecappuccino berkata...

nak renovate rumah yer? pandainyer design mendesign!

ajumohit berkata...

busy ye SSL, dah tolong hubby kenek mintak gaji tu hehehhe..have a nice weekend

Kamalia berkata...

hehe..tergelak ok sya duk baca entri ni..semoga suami akak berjaya lagi untuk semester nid apat dpt result yg gempak:4 flat..

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ berkata...

cayalah SSL, blh amek alih tugas somi dh tu..
sy phm gak sket baca pelan tu,
dlu pernah amek lukisan kejuruteraan, dptlah credit gak.. heheheh.. =)

Mr.Clive berkata...

ohoho...ingatkann dier architect tadi...hehehe :P

m.u.l.a.n berkata...

pelan2 ya, buat2 bertenang... insyA mudah semua tu nanti...

tak pernah bosan ke sini pon... sokmo2 rindu..

Sha berkata...

all the best utk career awak... busy ruupanya... apa2 pun take gud care

ckLah @xiiinam berkata...

Dah siap rumah nanti nak tengok boleh? Nak cari idea...hehe

Anugerah Insani berkata...

untunglaaaaa oghe ado umah baru nih :)

dwaty berkata...

Dah lm x tgk pelan... Dulu ms kecik2 selalu kacau bapa tgk pelan... Siap tnya itu ini... Hehe

idasm berkata...

ucap tahiah awal2 ye. sebab bakal nak renovate rumah. nanti rumah makin besar dan makin cantik....
bestnyer....

Mr.Clive berkata...

kekadang tangguh tangguh nak kemaskini blog ni boleh sampai berminggu ye tak...hehe :P

ieda berkata...

waa sebuk renovate umah yeeeeeee
hurmm x sabar saya nak tgk kak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...