Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Februari 13, 2012

Cerita Cuci Kain

 

As Salam ladies,

 

Tidak seperti  rutin Sabtu saya yang normal di mana bermulanya dari awal pagi hingga menjelang waktu Zohor diri bertungkus-lumus memberi pendidikan tambahan kepada anak-anak didik namun pada Sabtu lepas rutin hidup saya agak berganjak sedikit. Sementelah mereka semua termasuk anak-anak sendiri patuh dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia agar wajib menghadiri kelas ganti di sekolah pada hari tersebut maka secara automatik waktu pagi saya telah menjadi lapang. Jadi untuk mengisi masa yang lapang itu saya telah melibatkan diri dalam arena washing washing.

 

Ya, puan-puan sekalian hari ini kita akan bercerita tentang aktiviti mencuci kain. Eleh, cerita cuci kain? Tak de modal la tuuuu. Bisik hati kecil kalian sambil menjuihkan bibir laksana bibir Kila Fairy. Kenal tak Kila Fairy? Kalau tak kenal sila google hokeh he..he….

 

Ya, pada hari tersebut saya sudah berjaya membasuh sebanyak 4x pusingan stok baju kotor, siap sidai dan siap berlipat. Hebatlah bukan? Tolong take note kecemerlangan saya tersebut walaupun pada hakikatnya perangai mulia sebegitu tidaklah bertahan lama. Ya, kerja membasuh dan melipat kain adalah kerja sengsara buat diri saya sebenarnya T.T

 

 

 

Anda semua pasti bersetuju kalau saya katakan di sebalik kain-kain yang tersidai cantik di ampaian rumah kita tu tersirat seribu cerita. Bermula dari proses memilih jenama pencuci hinggalah selesai basuhan tersebut.

 

 

laundry 043_thumb[6]Meh saya tayangkan produk pencuci pilihan saya. OK tak perlu kagum.

 

 

Tahukah anda, saya adalah peminat tegar pelembut fabrik Downy. Kenapa saya sukakan Downy? Sebab saya tak suka pakai perfume. Itu je sebab dia haha… ceh, macamlah ada orang kesah!

 

Baiklah, sekarang mari kita ke perbincangan yang lebih serius. Kita kupas apakah permasalahan-permasalahan yang sering berlaku dalam proses mencuci kain. Mari kita lihat satu-persatu. Untuk memulakan langkah pertama pencucian, adakalanya kita dikejutkan dengan beberapa kejutan. Contohnya……..

 

 

  

Oksigen! Oksigen!

 

Aduh, boleh semput dibuatnya. Kejadian-kejadian tidak bermoral macam gambar di atas itu memang kerap terjadi. Kadangkala mereka yang berkenaan ikut sesedap rasa saja  nak buka seluar atau baju kat mana yang disukai. Selepas itu tinggalkan berlonggok di situ padahal bakul kain betul-betul ada di depan mata. Memang sungguh kurang asam mereka itu dan kejadian sebegini boleh membuatkan darah para bonda tersirap bak air sirap!

 

Lebih mencabar lagi, untuk memastikan kain tersebut bersih atau sebaliknya kadang-kadang kita terpaksa guna deria bau….. mana satu baju bersih mana satu baju kotor  entah lah… semuanya bercampur-baur. Adusss!

 

Pernah tak terjadi kes sebegini? Bilik tidur teratur dan kemas kemain  tapi pintu tiba-tiba tak boleh rapat ke dinding pulak. Apa kes?

 

 

Laaa….nah ambik! Belakang pintu pula yang dijadikan sasaran!

 

Mahu tak beristighfar panjang para ibu bila terjebak dalam insiden ngeri sebegini!

 

Permasalahan seterusnya, walaupun teknik basuhan sekarang semakin canggih di mana kita tidak lagi perlu memberus kain di tepian sungai sambil bernyanyi lagu tuai padi antara masakkkkkk, esok jangan rindu-rinduannnnnn namun, kadang-kadang kita juga kena pantau  dari masa ke semasa proses pencucian tersebut. Manalah tahu dengan tak semena-mena mesin basuh kita ditimpa malapetaka.

 

 

nokifmrt110122 023_thumb[1]

La…. duit syiling rupanya! Patut la bunyi macam gempa bumi.

 

 

Demikianlah antara kejutan-kejutan yang biasa dialami oleh para ibu dalam arena pencucian kain. Ada banyak lagi kejutan-kejutan lain sebenarnya seperti kes poket penuh berisi gula-gula, tisu berhingus yang lupa hendak dibuang serta kes kain pengesat kaki termasuk sekali dalam mesin basuh! Aneh tak aneh, la kan he…he…. Begitulah alkisahnya cerita cuci kain. Nampak saja remeh namun  banyak juga cabarannya.

 

 

 

 

 

Caucincau!

 

 

 

Demi tidak menjejaskan maruah diri sendiri, semua siaran gambar yang tidak berwatermark di atas diambil dari Google. So jangan pandang serong hokeh! Harap maklom.

15 ulasan:

Aidah berkata...

Dalam banyak2 kes tu yang paling akak hangin ialah tisu yang tertinggal dalam poket. Haru je bila tengok t-shirt hitam macam kena salji putih. Nak mengibas satu2 tu macam nak tercabut lengan. Huhuhu.

cheqna berkata...

betul2 hehehe
cheqna setakat ni x de masalah r..tapi tak tahu r bila ada suami nanti camana..memang kena chek r poket seluar poket baju...hehehehe

qemaishak berkata...

qema basuh asing..baju kerja suami, baju ammar & baju harian..tapi selalu gak kejadian cam duit syiling tu terjadi hehe

εïз mummyHaza εïз berkata...

xdapat bayang cam ner la keadaan husband ngan anak2 bila ibu ini tiada... :)

ainnoraini berkata...

Mmg selalu pun duit kecik tu ada kat poket seluar pas tu siap la bunyinye tuu...

♥MAMASYAZA♥ berkata...

akak paling tension kalo ada tisu dlm poket sluar. slalu sebelum masuk mesin akak akan check tapi kengkdg tu terlepas pandang, habis cebisan tisu melekat di seluar, ni dah mendatangkan kemarahan. geram sgt slalunya itu keja ami. grrrrrr

Eye_nee berkata...

Semua kejadian itu pernah akk tempuhi dgn perasaan angry bird pun seram nak pdg muka akk....satu lagi adalah bila dgn secara tidak sengaja terendamkan baju yg turun kaler...amik ko ada corak pelbagai warna pada baju kaler cerah yg lain..terkdg bagaikan rasa nak buat kain pengelap kaki jer baju tu walhal baru sekali dua memakainya.....nak2 baju tu kaler putih pulak.....

Dinas Aldi berkata...

Sebelum upacara basuh membasuh dimulakan, akak selalu raba2 poket seluar dulu. Mana tau berjumpa rezeki yg tak berbunyi..hehe..

Acik Erna berkata...

Assalam SSL..terima kasih acik suka N3 ni buat acik tersenyum sepanjang membacanya..he he..cuma satu je..kita serupa tang downy tu

ajumohit berkata...

SSL, Aju tak payah panggil technician repair klu syiling masuk celah mesin tu, smpi pandai wat sendiri kekdahnya hihi

Puan Kutu berkata...

hahaha anak sy jarang buat perangai sbb sy didik dia soh letakkan baju kotor dalam bakul baju kotor.yg jadi masalahnya en suami.wp bajunya tak berlonggok sana sini tp bersidai merata tempat.kt kerusi meja makan,dekat ampai dlm bilik..kadang tak tahu mana yg nak guna mana yg nak basuh.sy klu membasuh pantang nmpk baju bersidai semua sy basuh pastu kena marah sbb en suami kata baru pakai,belum nak basuh.(cthnya kain pelikat utk solat)..sy belasah jer basuh semua.haha..

budak kecik lg senang terima didikan dr org tua tak makan saman walau ditegur byk kali..hehe..

ummiarissa berkata...

paling tak leh tahan tapi kena buat nak bau satu-satu baju yang dah bersepah tu kan?...kalau terbasuh baju yang dah basuh, rugi air dan sabun..itulah besarnya pengorbanan seorang ibu...sebab itulah yang sering saya lakukan bila keadaan begitu terjadi...hu hu hu

Nazayiena berkata...

Mencuci baju nie x boleh juga dipandang remehkan.....byk juga cabarannya dlm mencuci baju tu...

idasm berkata...

hahaha.. entry ringan tp penulisan bukan main berat lagi... lawaklah akak ni...

Tanpa Nama berkata...

Adakah gambar-gambar di tempat kejadian sebenar? Paling cantik gambar terakhir, ampaian dibawah sinaran matahari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...