Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, Januari 13, 2012

Pernahkah Tertelan Makhluk Ini?

 

As Salam ladies,

 

Hari ini SSL ingin sekali berkongsi secebis ilmu dengan para sahabat sekalian kerana hari ini entry adalah bersifat fakta. Harap semua akan berasa lega sebab mulai  sekarang SSL sedang menimbang untuk mengurangkan sedikit gaya merapu dalam penulisan.  Menurut sumber yang boleh dipercayai, keadaan ini berlaku mungkin sebagai petanda bahawa SSL tersebut bakal mengubah dan mengupgradekan kandungan blog beliau!

 

SSL rasa sudah tibalah masanya untuk beliau berubah. Adalah tidak wajar lagi untuk beliau berkongsi dengan anda kisah-kisah peribadi yang sensasi contohnya seperti  entri Sweet Sewing dan sebagainya  kerana entri sedemikian sungguh kurang menjana minda. SSL ingin jadikan bog ini gedung maklumat yang hanya membincangkan isu-isu secara ilmiah sahaja. Mulai sekarang blog ini akan menjadi blog yang lebih serius.

 

“Blog ilmiah? Ala bosan la macam ni…..SSL, kenapa berlaku macam ni?” Mungkin ada yang tertanya-tanya.

 

“SSL kenapa berlaku macam ni?”

 

“SSL……” Dah, jangan tanya lagi….

 

Ya, benar… saya cuma akan berkongsi isu-isu ilmiah sahaja di blog ini. Bukan senang nak tengok saya menulis gaya ilmiah, bukan? Hanya akan dibuat semasa tak ada modal sahaja…eh…eh terkantoilah pulak. Ha..ha…

 

Oklah malas la nak menipu orang secara keterlaluan. Sebenarnya tengah tak ada modal nak menggoreng dan merapu ni…ha..ha… Kan senang terus terang macam ni. Ya ampun, sungguh tak terpuji menipu orang dalam blog! Smile with tongue out Ah, lastly, merapu jugak. Dasar!

 

Maka tak perlu berselindung lagi. Ye, saya cuma nak berkongsi isu ilmiah sebab saya dah tak ada modal nak menulis ha..ha… Puas duk pikir apa yang nak dikongsikan pada hari ini. Inilah padahnya  bila berangan nak jadi blogger tegar, ada idea ke tak ada idea ke, tetap nak tulis blog walaupun dalam kepala tak ada idea. See, ayat pun dah berbelit-belit!

 

…..jadi, sebelum SSL memandu anda ke jalan yang tidak benar, maka moleklah kiranya kita pergi kepada tajuk di atas tadi. Baiklah, hari ini saya hidangkan anda semua dengan maklumat yang diceduk dari cari.com.my. Harap memberi info berguna kepada kita. Jom layan apa ke benda yang ilmiah bebeno tu…..ngeh3x

 

 

Tahukah anda yang kita selalu termakan atau tertelan sesuatu makhluk secara sedar atau tidak? Kira makhluk ni memang wajib la masuk dalam badan. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. Woow…
Mungkin kalau boleh tengok dengar mata kasar, memang tak sanggup la untuk menelannya. Makhluk ini telah di zoom hingga berpuluh-puluh kali untuk memperlihatkan rupa yang sebenar!

 

1. Bakteria atau kutu debu

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Andai kata kita dapat melihat mereka, memang tak tidur malam lah nampak gayanya! Isk3

 


 

2. Bakteria di bulu kucing dan anjing

Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan makhluk-makhluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope Zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali. Memang menyeramkan! Nampak macam makhluk asing pun ada..haha

 


3. Bakteria di dalam roti

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Cuba bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Classic white yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini.Oleh itu, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

 

4. Larva lalat hijau

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali (100x zoom). Bayangkan bagaimana makhluk ini masuk ke dalam mulut kita?

 

Amacam, agak-agak pernah tertelan tak makhluk nih?Confused smile

 

 

 

Caucincau!

31 ulasan:

Asrul "iLham" Sany berkata...

cam horror giler...

munna berkata...

kalau di fikirkan...mmg tak sanggup rasanya....

whitecappuccino berkata...

adeiii!!! geli la tekak akak hehe..kutu hama kucing tu la buat akak tergaru2 gatal kaki tangan,,tapi sekarang semua kucing dah takder..aman sikit. Tapi betulla entah berapa banyak makhluk halus ni masuk dalam mulut/badan kita ek?

- dieyana - berkata...

hahhah, ssl memnag kelakar selamba dieyana suka gaya penulisan ssl. teruskan aje mcm biasa2.

tertelan makhluk2 itu, mesti kan. sesuatu yang kecil dan tk nmpk ada merata2. rambut, bulu, pun kita tertelan gak tu. ping! terbayang bulu2 berserabai dlm perut...yekkk! sgt pantang kalau jumpa rambut/bulu dlm makanan!

RynaHakimi berkata...

huwaaa..seramnya tengok makhluk2 tu..hehe :)

Salina@IbuAqil berkata...

SSL, please sis jgn berhenti dr merapu.. Jgn terlalu serius.. Merapulah dalam keadaan yg lbh seriua.. Ina menyukainya.. Sengeh je bila baca tiap patah pekataan kat atas tu.. Tp bila nengok menatan2 tu jd geli geleman ler pulok.. Pasni kena siapkan kanta pembesar sebelum nak telan roti.. Hik3!!!! Happy weekend sis.. :D

ajumohit berkata...

allahhh sedangkan semut tu pernah masuk mulut apatah lg benda2 halus yang tak nmpk dek mata kasar ni hehehe, tq atas perkongsian ilmu ini SSL, mintak dijauhkanlah hehhhehe

Ati Masrif berkata...

uuwekkk..

tak pernah2...

kita pembersih...haha~
tolonglah..muntah :P

Aidah berkata...

Iiiee! Geli tengok. Tapi kan akak rasa sekarang ni memang banyak dust mite tu kat rumah. Asal nak ganti cadar je, mesti gatal hidung lepas tu bersin tak sudah. Milo dan Moli tu pun penyumbang utama menatang nombor 2 pulak. Alaaaahai.

Hanis Azla berkata...

tak semena2 satu badan rasa gatal2.. thanks yer atas perkongsian yg berilmiah ini.. klu tidak mg tak tahu pun ttg makhluk2 tu..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

kowaii biler tgk pics semua tue....
ludah blk ngeeee

Nazayiena berkata...

Nasib baik le makhluk nie x blh nampak mata kasar.......gelinya

KhaiRin - anies berkata...

kalu blk kg, 1 hal yg plg sy x suka..kn hama..adoiii
da fed up dgn maslah ni

Deru Ombak berkata...

Salam SSL..

Akak dah masuk baca tadi...tapi bila tengok kutu-kutu tu, ilang idea nak tulis ape!.. Dan Dan bangun kebas sana sini... Haha..

Fatin Mraz berkata...

huhuu.. kena jaga makan betul2 nih..

ieda berkata...

adoiiii .. nie yg malas nak tahu nie kakk huhuhuhu

Puan Kutu berkata...

klu hari2 tgok makhluk nie maunya geli..lepas nie kena print gambar bakteria roti tu pastu lekat dekat plastik roti.kompem muntah klu makan.boleh kurus!haha..

*maaf komen sy pun tak berapa membina dan berilmiah..:)

idasm berkata...

ish.. tgk makhluk ni semua rasa mcm tak lalu makan kak oooi...

senang citer tak payah imagine kan... yg penting jaga kebersihan... hehe..

kasihredha berkata...

bughukkk nya rupe...
kalau tau bughukk rupe nya sure x lalu nak telan
agaknya pernah kot tertelan yg ada dlm roti...huhu

MULAN berkata...

eh eehh... ngeri nya tengok makhluk2 ni... nasib halus..

Mama Adam berkata...

Uishhh... Nasib x nampak. Kalo x, mama memang xde kerja lain la. Asik2 nk kena mengemas rumah

Dinas Aldi berkata...

Alamakkk...terkedu nih..terkedu...

Part merapu tu la yg buat akak suka mai sini. Kalau ilmiah saja, alamat..ohh tidaaaaaaaakkk!

Kabutar Diesel berkata...

hahaha lawak rupo2 makluk ni..

Daddylicious berkata...

rasanya banyak kot....hehe

eMMe berkata...

hurm..tah! tak perasan lak..ade kot tertelan, heeeee...

Acik Erna berkata...

Assalam SSL..aduhai..geli acik nengoknya..
mula la rasa tak sanggup nak makan roti..he he

yua berkata...

speechless tengok bakteria2 tu.. mcm tu rupa diorg yer. macam alien erkk...

Bui Junaidi berkata...

UISSSHHH,SERAM2..GELI GELEMAN..NASIB BAIK TAK NAMPAK DGN MATA KASAR KAN,KALAU TIDAK TAK TAULAH MCM MANA..HUHU

محمد رازيق berkata...

rasa2, pernah tertelan kak.. hehe.. ye lar, sbb tak nampk.. hikhik.. free2, jmput singgah blog sy , jmput bc entri BURUNG BIRU SI PEMALU :)

~izan~ berkata...

mesti pernah telan kak ekeke.konfiden giler izan cakap kan haha.sbb mmg mata kasar tak nampak suma2 ni,kalau nampak,rasanya mau tak makan,tak tdo.haha

Tanpa Nama berkata...

SSR mau jd kecil supaya dapat ditelan SSL Hahaha :) add me fb Shah Shah Ril

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...