Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Oktober 27, 2011

Merawat Demam Denggi

 

As salam ladies,

 

Pada suatu hari yang dingin…………

 

Saya terus terjaga dari tidur terbongkang yang lena tak sedar apa apabila tiba-tiba dapat satu panggilan telefon. Malas betul nak angkat mulanya sebab bantal terasa empuk sangat dan selimut pulak terasa hangat almaklumlah di luar hujan turun mencurah-curah namun kugagahkan jua mencapai dan menjawab panggilan tersebut tanpa ragu.

 

Rupa-rupanya panggilan dari seorang sepupu. Prok prak prok prek bertanyakan khabar. Terkejut ungka bila dikhabarkan dia tak sihat dan rasa macam ada simptom-simptom demam denggi. Biar betul? Tak guna punya nyamuk aedes berani dia hinggap kat badan sepupu aku tuh! Aisehhhh risau eden tiba-tiba. Cepat-cepat saya suruh dia  buat medical check up.

 

Hmm sekarang ni ramai orang keliling saya mengidap demam. Haa demam jangan diambil mudah tau sebab kita tak tahu demam tu jenis apa kan.  Saya pun risau gak ni sebab kat rumah pun semenjak dua menjak ni ada nampak kelibat nyamuk namun bersyukur sangat walaupun kaki selalu kena gigit tapi saya tak pernah hidapi demam denggi. Moga dijauhkan, amin.

 

Apa yang SSL tau vaksin demam denggi sudah ditemui tapi hanya akan masuk pasaran Malaysia pada tahun 2014/15. Sekarang ni kalau masuk hospital pun rawatan yang digunakan cumalah dengan air botol saja.

 

Sebab dah janji dengan sepupu nak cari penawar kalau betul dia disahkan mengidap penyakit tu maka seharian saya mencari maklumat tentang demam denggi. Di sini teruja pula nak share dengan uols beberapa petua yang saya baru discover:-

 

Sekiranya kita ataupun orang sekitar kita diserang  demam denggi, amalkan hari-hari…..

 

 

imageimage

* hirup sup ketam  / * sup belut

 

 

* minum sesudu jus daun betik matang (tumbuk dan perah airnya)

 

 

 

      image       

image             imageimage

* minum jus pegaga / * air barli + garam / * jus tembikai / * blend kurma 10 - 20  biji bersama segelas air suam, bagi minum setengah gelas pagi, setengah gelas petang / * jus kiwi / * susu kambing  / *minum ECPI atau air kosong banyak-banyak setiap 5 minit

 

 

imageimage

* makan jambu batu / * anggur hitam

 

 

image

*minum minyak kelapa dara

 

 

 

image

* amalkan baca beberapa ayat dari surah Al Baqarah Ayat 1-25 dan Ayat 244-255 .

 

 

O yessss petua terakhir itulah yang paling utama sebenarnya iaitu kita jadikan al Quran sebagai rutin amalan harian. Peringatan buat diri sendiri juga andainya ditimpa kesakitan atau kerunsingan, jangan sesekali lupa bahawasanya Pencipta kita yang Maha Penyembuh itu sentiasa ada di sisi jadi janganlah putus memohon padaNya. Wallahu’Alam. Itu saja perkongsian kita untuk hari ini Open-mouthed smile

 

 

Caucincau!

 

(semua gambar kredit untuk Google, tq)

Isnin, Oktober 24, 2011

Terima Kasih Thank You Gracias Toce Toce Arigato Merci Xie Xie

 

As Salam ladies,

 

Em....lama dah cerita ni tersimpan dalam draf.... tak publish sebab kamera rosak tak dapat snap gambar uhuk. Tetiba aje rosak. Benci betul. Campak ke laut baru tahu. Mood nak berblogging pun hampir-hampir melayang. Mana best takde gambar. Menyiarkan entri tidak bergambar umpama mencecah biskut marie ke dalam budu… rasa tak yummy!

 

Ok, sebab dah pinjam kamera handphone orang lain dah, maka hari ni saya siarkanlah entri special ini…….

 

Pada suatu petang sebaik sahaja selesai kelas terakhir dan anak-anak didik mulai beransur pulang ke rumah masing-masing, saya pun bergegas menunaikan solat Asar. Usai solat saya pun menyertai model-model tetap. Mereka begitu asyik sekali menikmati milo panas beserta kuih popia sosej sambil mata khuyuk melayan sinetron di layar TV.

 

Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk orang. Ketukan keras bertalu-talu tanpa ucap salam itu benar-benar memberi keterkejutan yang bukan kepalang. Saya mengurut dada. Mujur tak tersembur kuih popia sosej di dalam mulut. Suasana bertukar hening seketika. Anehnya tidak ada  seorang pun di kalangan kami berani melangkah ke pintu. Masing-masing berpandangan di antara satu sama lain.

 

Masing-masing fikir itu hantu……

 

Padahal……..

 

Oh, cik abang poslaju rupa-rupanya ingatkan sape tadi…….. kusss semangat! Cik abang poslaju menghulur sebuah bungkusan buat cik adik manis. Dalam cerita ni cik adik manis merujuk kepada saya la, sape lagi… haktuiiiiiiii

 

Ingatkan untuk siapa rupa-rupanya bungkusan tu untuk cik adik manis haktuiiiii sendiri. Wowowow ole-ole Langkawi dari sahabat blogger kesayangan iaitu adik sz aka mak encik sudah sampai. Alhamdulillah.

 

Wajah model-model tetap yang sedari tadi nampak panik kembali bertukar ceria. Dengan rakusnya mereka merampas bungkusan tersebut dari tangan saya. Masing-masing bukan main struggle lagi nak bukak balutan parcel. Over excited je kami sebab tak tahu kan hadiah apa. Adakah set pinggan mangkuk? Jengjengjeng……tapi macam dapat agak je. Agaknya FM ni..hihi...

 

 

nokifmrt110122 031

kan dah kata…..

 

Nasib baik mak encik guna poslaju, selamat je FM tu takde pecah-pecah atau retak menanti belah..hihi..tqvm ye mak encik! …..cumil…...Dan dan tu jugak model-model tetap berebut-rebut sesama diorang macam la tak pernah jumpa FM selama ni! Isyh isyh… anak sape la niiii….Geleng kepala.


 

nokifmrt110122 037

 

Sekali lagi buat sz aka mak encik, akak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih thank you toce toce arigato gracias merci xie xie dan apa-apalah ucapan yang seangkatan dengannya atas ingatan ini. Moga tali ukwah kita akan terus terjalin kekal berpanjangan. Terharu pulak rasanya dan sekali lagi akak nak minta maaf banyak-banyak ye sebab lambat betul publish entri special ni huhuhu. Sebagai denda akak dah hadiahkan sebijik penumbuk kat pipiku yang gebu nih, adusss!!

 

Nanti akak belanja mak encik laksa pasar malam SU yang best sangat tu, OK! ;D

 

 

Caucincau!

Rabu, Oktober 19, 2011

Minggu Peperiksaan Makan Paru Goreng Pedas

 

Salam ladies,

 

Mula-mula sekali, mari salahkan broadbandku yang dah seminggu asyik buat hal - balik ke perangai lama slow giler mengalahkan siput Spongebob, apa ke nama dia… hah, Si Gary tuh! Grrrrrrr…… Dan minggu ni juga adalah minggu saya menggabrakan diri, minggu saya cepat hilang sabar dan minggu saya stress secara tiba-tiba. Manakan tidak, final exam sudah bermula hohoho! Gabra ibu, nak oi!!

 

Hari ni dah masuk hari ketiga dah mereka berjuang. Harap-harap masing-masing dapat melakarkan kejayaan yang boleh dibanggakan.

 

Mereka yang berjuang……

 

 

basuh kain 042

Muka macam mayat hidup, sampai juling mata si Along sebab dah cuak dah banyak benda dia tak faham huhuhu… manakala si Nyanyah pulak riang gembira nampaknya. Harap-harap result pun gempak. InsyaAllah.

 

 

 cek285 030

Eh, eh…. si Adik pun tekun jugak macam dia la pulak yang ambik exam kihkihhh.

 

 

Buat anak kandung dan anak-anak didik, jangan menyerah kalah dan buatlah sehabis baik OK…good luck bebeh! THE END….

 

…….. habis dah cerita budak-budak exam. Kini kita beralih pula ke stori lain, cerita masak-memasak ler pulak. Ya ampun, sebenarnya dah lama jugak  SSL tak jenguk dapur ni….ceh dasar pemalas bini sapa la ni, ye!!! Nah ambik kau penumbuk Rajinikanth, bedebusyhh terpelanting 35 meter! Hohoho……

 

Ni saya nak tanya….. suka tak makan paru? Saya suka ok! Sebelum ni memang tak pernah pun masak lauk ni. Kalau teringin sangat, SSL  beli aje sebab …. kan sudah ku bilang sedari tadi diriku ni kan chef pemalas heheh…..  lagipun tak de sorang pun dalam anak beranak kami yang membuak-buak seleranya terhadap benda alah eksotik ni melainkan diriku. Tapi semalam diriku ini tiba-tiba rasa gelenya la pulak nak try masak sendiri heheh.  Kiranya inilah first time SSL masak paru, tau! *Bangga.

 

Ladies and gentlemen,  dengan perasaan bongkaknya maka tibalah masanya untuk diriku mempersembahkan jengjengjeng….. masakan Paru Goreng Pedas Kali Pertama hehehe…. Nama resepi sudah semestinya gempak, OK!

 

 cek285 055

nampak macam yek tapi sedap sebenarnya

V

V

V

V

 

cek285 063

gaul sehingga sebati

V

V

V

V

 

cek285 069

Siap. Wohooooo!!!! Siap ada toncet...

 

Nampak macam kelakar tak lauk paru ini? Biasalah, nama pun first trial kan, banyak terserlah kelemahannya di sana-sini…… tapi masa saya makan semalam rasanya sedap jugak macam yang jual kat kedai lah. Not bad. Licin pinggan tau..ngehngehngeh.....Syabas Inspektor Sahab!! Syabas!!!!!

 

Huh lebih-lebih pulak puji diri sendiri…… eeeeee meluat tau orang baca. OKlah sebelum sesiapa mintak-mintak resepi…di sini SSL dengan bongkaknya..eh..eh..tak, dengan sincere nya nak share dengan uols. Perhatian : resepi ni untuk adik-adik yang baru nak belajar main masak-masak aje OK. Akak-akak otai baca diam-diam sudah. Jangan gelak. Bukannya apa kalau akak-akak gelak, saya jadi malewwwwww tawwwww! 

 

RESEPI PARU GORENG PEDAS KALI PERTAMA

 

Bahan-bahannya, adik-adik :

paru
kunyit serbuk
2 sudu besar cili kering yang dimesin
4 ulas bawang putih dimesin
bawang besar sebelah (ukuran saiz besar) dimesin
garam dan gula secukup rasa
sesudu kecil sos tiram

Cara-cara :

Rebus paru dalam 10 - 15 minit atau hingga empuk. Sejukkan kemudian potong nipis nipis. Gaulkan kunyit dan garam. Goreng. Ketepikan paru yang telah digoreng, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering. Sesudah naik minyak, masukkan sos tiram, garam dan gula. Selepas itu masukkan paru tadi, kacau hingga sebati.

 

Kemudian bolehlah kita letak dalam pinggan, hias, hidang dan....makannnnnnnn! Ewah macam iklan Oreo la pulak!

 

 

Caucincau!

Khamis, Oktober 13, 2011

Macam Bihun

 

As Salam ladies,

 

Menjawab pertanyaan mamaNoriz dan Lily@MummyQistina dalam entri askhoyfxzhdhjsagsd yang lalu, petua kecantikan artis manakah yang menjadi pilihan saya?

 

Jawapannya ialah…. hatiku tertawan dengan petua Nur Fasha Sandha!  (Asrul : dik, akak tau kau suka dia tapi jangan duk buat lompat empat segi katak, hokeh!! Bawak bertendang ye :P )

 

Malam tadi……

 

noki 079

 

Dah perap rambut dengan santan ni,

balut dengan kain,

biarkan ia basi semalaman,

bangun pagi,

shampu.

 

 

Malam karang……..

 

image

 

nak lumur dengan minyak zaitun ni pulak.

 

 

 

Wowww…..

Gigih tak makcik SSL?

Gigih kan? Kan? Kan? Kan?

Hei, orang tanya ni….. kan ke tak kan?

 

 

 

imageimageimageimage

 

 

 

Harap-harap rambutku lepas ni tak  lagi keras kejung macam bihun.

 

 

 

 

Caucincau!

Rabu, Oktober 12, 2011

WW : Reason Why Kids Need A Mother In Their Life

 

 

noki 063

Hajat di hati nak peluk gunung capai suis, apakan daya tangan tak sampai!

 

 

Caucincau!

Selasa, Oktober 11, 2011

Semua Orang Nak Nampak Cantik, Kan!

 

As Salam ladies,

 

Itu realitinya. Memang tak ada perempuan di muka bumi ini yang tak mempedulikan soal yang satu ini – kecantikan Winking smile.

 

Tak kiralah siapa dia, apa darjat dan keturunannya, bagaimana rupa bentuk dan rupa parasnya samada bujur sireh atau empat segi sireh atau sireh empat segi, kecantikan tetap mendapat tempat teristimewa di hati.

 

Yang berbeza cuma darjah kepedulian kita terhadap aspek itu. Ada yang boleh mengadap cermin berjam-jam, ada yang setiap sejam sekali, dan ada yang pantang nampak cermin. Begitulah lumrah menjadi seorang perempuan.  Lain halnya dengan lelaki. Kekadang iri hati juga dengan kaum mereka nih. Mereka bukan kisah mana pun soal kekacakan diri, soal diet, rebonding, pergi spa, pedicure, makan jamu atau ubat pengempis perut!

 

Bagi mencapai kepuasan diri, ada di kalangan kita sanggup berbelanja besar. Ya lah, mana ada nyonya gila dalam dunia ini yang sanggup rebonding rambut kita atau buat facial dengan percuma. Tak ada tauke jamu meroyan yang sanggup berikan segala pil dan jamu tanpa sebarang harga. Semua berbayar dan bayaran itu pula jarang sekali murah.

 

Tapi jangan risau, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak kita juga masih lagi boleh kelihatan cantik. Kalau tak caya jom kita lihat bagaimana amalan kecantikan menggunakan produk yang tidaklah begitu mahal diamalkan oleh perempuan-perempuan kedekut cantik di bawah ini……

 

 

Petua Kecantikan Erra Fazira

 

Untuk kekal cantik, kalau dulu saya buat senaman sekali dalam seminggu tetapi sekarang saya perlu gandakan kepada dua kali. Saya turut mengamalkan suplemen seperti vitamin untuk kesihatan badan, memperbanyakkan memakan ulam-ulaman, kurangkan makanan bersantan, minum banyak air putih dan tidur dengan cukup.

 

 

Petua Kecantikan Sarimah Ibrahim

 

clip_image003

Saya suka makan nasi lebih-lebih dengan lauk ayam madu. Tetapi saya mengamalkan makan nasi selang sehari. Jika makan nasi beriani, elakkan ambil lauk yang bersantan sebaliknya pilih yang bergoreng. Minuman pula, saya pilih air milo tanpa gula, juga melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot yang lemah serta menggunakan mesin senaman.

 

 

Petua Kecantikan Zila Bakarin

 clip_image004

Kulit Zila memang licin putih dan melepak. Beliau seringkali mandi bersama lulur susu, tepung beras dan juga santan kelapa. Ketiga-tiga bahan tersebut mampu melembutkan kulit, membuang daki-daki hitam di bahagian dan celah-celah badan yang tersembunyi di samping mencerahkan kulit secara semula jadi. Kadang kala Zila turut mencampurkan bahan–bahan tersebut bersama hirisan kunyit atau limau nipis kerana bahan tersebut juga mempunyai khasiat yang boleh digunapakai untuk menyegar dan mengembalikan keremajaan kulit.

 

 

Petua Kecantikan Lisa Surihani

 

Saya sentiasa mengamalkan minum air suam. Tidak ketinggalan, saya juga amalkan minum pati teh hijau dan buah-buahan. Semestinya, saya tak minum kopi dan ambil minuman berkarbonat. Petua ini, saya amalkan selepas habis sekolah. Minuman berkarbonat saya tak sentuh sejak zaman kanak-kanak lagi.

 

 

Petua Kecantikan Nur Fasha Sandha

 

Pelakon cantik penuh kontroversi ini gemarkan makanan Jepun yang ala-ala mentah. Katanya baik untuk dalaman dan juga mencantikkan kulit. Selain itu beliau turut makan royal jelly yang dibeli daripada kedai tabib cina. Beliau akan mencuci rambut bersama syampu sekerap dua hari sekali dan adakalanya akan menggunakan minyak zaitun untuk disapukan pada rambut. Bau minyak zaitun mungkin kurang selesa, namun khasiatnya kepada rambut memang berkesan! Ada kalanya dalam tempoh setahun dua kali beliau akan menggunakan santan basi untuk diperapkan ke rambut selama semalaman. Dipercayai ini dapat mengembalikan kekuatan, melebatkan dan memperbaiki akar rambut yang telah rosak.

 

 

Petua Kecantikan Datuk Siti Nurhaliza

   

Difahamkan Siti punya cara tersendiri untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Menggunakan tepung pulut yang dicampurkan dengan air lalu dijadikan masker pada muka sebelum tidur. Keesokan harinya barulah dibilas. Selain itu, Siti juga gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur turut  dijadikan masker selama lebih kurang setengah jam, kemudian dibilas. Hampas kelapa yang dicampur dengan air asam jawa juga boleh disapukan pada muka bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah.

 

 

Petua Kecantikan Datin Nor Juma

 

Less is more, tak perlu mekap lebih-lebih. Saya dididik sedari kecil sentiasa mengambil suplemen seperti vitamin B kompleks  selepas bersarapan pagi. Juma turut mengakui bahawa pengambilan air suam sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah amalan wajibnya bagi menjamin kesihatan badan dan agar kulit tidak menjadi kering.

 

 

 

Hmm… bagaimana? Senang dan tak mahal, bukan? Nak cuba jugalah nanti especeli petua minum air suam tu. Nampaknya mereka juga lebih selesa mengguna cara tradisional  dan semulajadi. Sebetulnya inilah cara yang lebih baik dan selamat daripada duk cucuk botox atau bahan kimia yang boleh memudaratkan! Teringat kata-kata pelakon Maria Farida, apabila hati bersih, tiada hasad dengki maka kecantikan kita pasti akan berkekalan! Yes, itulah definisi kecantikan yang sebenarnya.

 

Oh, ye tadi saya ada google pasal skin care anti aging product.  Rupanya ada produk di pasaran yang boleh jadikan kita cantik dan awet muda tanpa ada sebarang kesan sampingan.  Bila pakai produk ni kita akan nampak lebih muda 30 tahun daripada usia sebenar! Wowowow biar betik?!! Jomlah kita mencubanya jugak. Produk apakah itu?

 

 

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

 

 

 

 

clip_image001

 

 

Caucincau!

Jumaat, Oktober 07, 2011

Macamlah Perempuan Boleh Mengandung Sendiri!!!!

 

Salam ladies,

 

imageKes buang bayi di Selayang Baru. Glamer si ibu ni masuk paper…. si bapanya mana? Dah Lari?

 

Semua orang yang ada hati perut pasti akan rasa geram, sakit hati, kasihan dan terkilan setiap kali baca berita pasal bayi baru lahir kena campak dalam longkang atau dibuang tepi jalan. Kalau ada orang yang tak rasa apa-apa tu, besar kemungkinan dialah bapak kepada bayi tersebut!!

 

Semua orang kemudiannya pakat-pakat menyalahkan si ibu yang tergamak membuang anak sendiri. Berpikul-pikul kita maki dan keji dirinya. Kita tuduh dia macam-macam. Sudahlah tidak berlaki, beranak dan buang anak sendiri pula. Murah. Gatal. Tak ada maruah. Jahat. Ya, kata-kata itulah yang selalu dilemparkan kepada mereka. Lalu ramailah pula yang mengharapkan agar si ibu kejam ini dihukum seberat-beratnya atas perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

 

image

Huhuhu…putih melepak budak nih! Sayangnya…

 

Tetapi tidak ramai pula yang menyumpah dan mengeji si bapa, tukang yang bertanggungjawab menyebabkan anak itu lahir. Sebabnya, yang selalu tertangkap dalam kes-kes begini cumalah perempuan. Yang lelakinya awal-awal lagi dah menghilangkan diri. Hmmm tak de lah takjub sangat kan. Bab lari dari masalah dan tanggungjawab ini memanglah salah satu kepandaian kaum mereka. Sila panas bontot, okeh!

 

SSL ni bukanlah berat sebelah. Ya, lah apa saja perbuatan tidak berperikemanusian sepatutnya diberi hukuman setimpal – walaupun yang melakukannya perempuan. TETAPI, ada TETAPInya! Dalam kes begini, SSL memang amat tak setuju seandainya satu pihak saja dijatuhkan hukuman. Dan selalunya pihak itu ialah pihak  perempuan. Perempuan je la yang keluar masuk paper dan glamer sorang-sorang kat TV. Mana aci macam ni? Manakala si pembuat onar dibiarkan terlepas dan bermaharajalela ikut suka hati mak bapak mertua dia! Lepas tu pergi buat onar kat anak dara lain pulak.

 

Patutnya merekalah yang mesti dikenakan hukuman lebih berat. Mereka kan khalifah!! Tak kira la, penjara 60 tahun ke, sebat 100x ke, potong kaki sebelah ke, asal yang berat-berat atau himpun semua pesalah-pesalah seks (bapa bayi yang dibuang, perogol, pencabul, peliwat dll) jadikan mereka buruh bina bangunan ganti segala mat-mat Indon dan Bangla yang mana ada sekarang ni. Ada la jugak sumbangan diorang kat negara kita ni nanti. Okey tak cadangan ni?

 

Kesimpulannya kita memang kutuk dan hina sekeras-kerasnya kedua-dua mereka yang terlibat sebab perbuatan buang anak ni bukan perangai manusia tak kisah lah betapa susah nak  kawin ke ape ke. Tak kisah lah apa alasan nak diberi, banyak lagi  solution lain sebenarnya. Even kalau kena rogol pun buatlah laporan polis dan pergi hospital. Kalau dah terlanjur, pegi pusat kebajikan. Kemudian bertaubatlah. Buang dan bunuh anak bukanlah jalan penyelesaian! Lagi sekali wahai golongan khalifah, silalah bertanggungjawab, jangan tahu nak lari saja.

 

 

Today’s Lesson :

Ramai ibu bapa dan muda-mudi hari ini mengabaikan agama dan moraliti. Dunia dah semakin tenat. Hanya undang-undang Allah sajalah yang mampu memandu manusia ke arah jalan yang benar tetapi apsal ramai menolak, ek? Tak faham betullah!!! Segala yang datang dari Allah itu bukan ke bertujuan untuk membawa kebaikan kepada manusia? Dah ada jalan penyelesaian pun masih buat-buat tak nampak! Musykil!!! Maaf, ini bukan politik.

 

 

Caucincau!

Rabu, Oktober 05, 2011

Agenda Mereka

 

 

 

 

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran.
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.


Tolong Baca. Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (terus reject).
Sila baca dan edarkan, kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.


Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

 

 

By: MataHati AinulQalbi

Sumber: Facebook

Selasa, Oktober 04, 2011

Hatiku Milikmu

 

Salam Ladies,

 

Walaupun gambar blur tak menarik namun lauk-pauk ku wah memang gempak!

 

food22811 062   food22811 068 

 

Hek eleh main masak–masak macam ni pun dah kecoh gila. Dua lauk je pulak tu! Cuba intai blog Wan Ryna dan Anna Qawina tengokkkk! Heheh …. alamak tutup muka malu kat orang kampung. Ooo reti gak malu ya.

 

Semalam memang malas betul masuk dapur. Eh, bukan ke hari-hari? Huhuhu memang hari-hari SSL malas sebenarnya. Huh perangai…… Just because tak nak bagi model-model tetap kebuluran di rumah maka seseorang terpaksalah merajinkan diri. Nak harapkan bibik? Owh berangan je la…. nak harapkan siapa lagi kalau bukan si ibu perasan vogue ini awww. Syuh syuh pergi masuk dapur syuh!

 

Resepi Tomyam Ayam Mudah

 

food22811 053 

Campak semua sekali  1/2 ekor ayam, 4 ulas bawang putih ditumbuk, 1 biji bawang besar dipotong empat, sehiris lengkuas, sesudu kecil cili boh, 2 biji tomato, 3 batang serai dititik, garam,  patahkan batang daun bawang dan sedikit air. Biarkan mendidih. 

Tambah air lagi dan biarkan mendidih lagi. Setelah itu masukkan 3 helai daun limau dan sedikit pes tomyam, sayur karot, cendawan dan bunga kobis.

Akhir sekali, masukkan cili padi, garam, jus limau, kacau sekejap dan matikan api. Sebelum hidang, tabur  daun bawang yang dipotong sepanjang 2cm. Siap.

 

Resepi Sotong Goreng Kunyit

 

food22811 066

4 ekor sotong dipotong dan digaul dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada sulah sikit. Perap sekejap.

Panaskan minyak di dalam kuali. Bila dah panas, tumis 3 ulas bawang putih yang ditumbuk sampai naik bau. Masukkan sotong dan kacau sebentar. Letak air sikit, tak letak pun tak pe. Tambah garam lagi jika perlu. Masak kejap je. Tabur daun bawang. Siap.

 

Hah tu dia! Walaupun masak lauk simple aje tapi masing-masing makan bertambah. Alhamdulillah…

 

Kelakar betul la si Adik. Lepas makan nasi SSL hidangkan kudapan popular sepanjang zaman iaitu biskut bantal pedas sebagai peneman tengok TV. Bukan main excited lagi dia… wah sedap la ibu buat biskut ni ….esok buat lagi, ya! Hahaha….Baiklah nak!  

 

 image

  Nanti nak google resepi cara buat biskut bantal pedas!  (-_-")

 

 

Sementara diorang tengok TV si ibu pulak melayan video clip di bawah. Fuyyo berjiwang sorang-sorang nampak!

 

 

Lagu feveret minggu ini memang sedih betul. Hwaaaaaaaaaaaa nak nangis!!!

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...