Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, September 28, 2011

Just For Laughs

 

 

 

image

 

 

Tip of the Day

If your kids are giving you a headache, follow the directions on the aspirin bottle, especially the part that says, "keep away from children." …… Kihkihh

 

 

 

 

 

 

Rolling on the floor laughingRolling on the floor laughingRolling on the floor laughing

 

Caucincau!

Isnin, September 26, 2011

Mari Menjadi Slim

 

Salam ladies,

 

image

epp epp ni bukan perut I!

 

Bulan ini memang betul-betul  mendajalkan bentuk badan. Baru je beberapa minggu lepas bentuk badan SSL ala-ala JLo uwekkks tapi sekarang ni ya ampun sekali pandang macam bentuk tong, dua kali pandang macam seekor elephant, tiga kali pandang dah macam sebuah bulldozer dah. Lemak-lemak tepu bukan main bermaharajalela lagi di bahagian perut. Perut semakin membuncit, makkkk! Itu la makan tak beringat. Main bedal je apa saja yang nak dimakan.

 

Ni tak boleh jadi ni. Maka tindakan drastik perlu dilaksanakan sebelum masalah menjadi lebih parah.

 

Konon-konon hujung minggu yang lalu berazam tak nak jadikan perut mangsa kerakusan nafsu makan yang meluap-luap lagi dah. Tapi sayang seribu kali sayang. Misi untuk menjadi slim telah gagal. Sabtu lepas kakak SSL dan famili dari Kelantan berkunjung ke rumah sebab nak hadiri Majlis Konvokesyen kakak di UKM yang berlangsung semalam. Seronok betul dapat luangkan masa bersama sebab sebelum ni kami memang jarang jumpa. Maka untuk meraikan tetamu special itu maka dengan berat hati (berat hati la sangatttt) SSL terpaksalah melupakan misi suci sesuci lebaran itu buat seketika sebab kalau tak de acara mencekik melantak mentekedarah segala memang tak sah. Inilah senarai menu kami.

Pagi: Nasi Lemak

Tengahari: Soto

Petang: Laksam Kelantan

Malam: Ulang makan makanan sama berulang kali

 

Kakak SSL dan familinya makan ciput aje sebab masing-masing dah melantak masa dalam perjalanan. Jadi siapakah yang telah menjadi mangsa meghabiskan makanan berlambak-lambak tuh? I jugakkkkk. Sambil borak sambil bergendut-gendutan. Sambil memenuhkan perut sambil bergurau-gurauan. Lastly bersandar kekenyangan tahap dewa. Macam tulah cerita dia. Tragis sungguh! T_T

 

Dan hari ni tiba-tiba…..Eh, eh bakpo nih?!

 

Hek eleh SSL tak payah la mu buat-buat terkejut bila butang baju kebaya mu tiba-tiba tercabut dan kain tiba-tiba sendat tak boleh nak tarik zip. Sedarlah wahai SSL. Mulai sekarang mu janganlah makan rasuah lagi. Ehhh, mu janganlah makan banyak lagi!

 

Huhuhu baiklah dah insaf dah niii…

 

Marilah menjadi slim. Tips untuk menghilangkan perut buncit :

Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum basuh muka atau buang air kecil.

 

Ok, malam ni janji akan buat sambil tak lupa berdoa mudah-mudahan perutku slim dan potongan badan kembali seperti lekukan gitar Sepanyol, ewah.

 

 

imageimage

contoh bentuk badan seperti lekukan gitar Sepanyol

 

 

Caucincau!

Khamis, September 22, 2011

Membunuh Isteri Menikmati Pencen Lantas Mengecapi Nikmat Kehidupan Betul Ka???

 

Salam ladies,

 

Kira-kira 1 minggu yang lalu saya telah diberikan satu kes untuk siasatan berkaitan kes bunuh, lebih tragis kes bunuh itu melibatkan si suami yang membunuh isterinya sendiri. Ya siasatan kami cukup berbeza dari siasatan pihak berkuasa lain, kenapa ianya berbeza??? Kerana kami bukan untuk menghukum bahkan kami siasat dan melengkapkan beberapa dokumen untuk "membantu pembunuh itu merima apa yang seharusnya beliau terima mengikut peruntukan Akta kami." Membantu pembunuh??? Alangkah kejam sekali!Ya sekali imbas begitulah...


Untuk itu seawal jam 9 pagi saya dan seorang rakan setugas telah berada di penjara Kluang untuk sesi temuduga pesalah kes bunuh tersebut, macam biasa bilamana masuk ke kawasan penjara telefon bimbit dan kemera terpaksa ditinggalkan, maka tak dapat la saya merakam sesuatu untuk kenang-kenangan saya di kemudian hari.


Sebenarnya sebelum berjumpa si pembunuh ini saya sebenar-benarnya amat berat hati dan tidak sanggup untuk menolongnya atas kapasiti peribadi! Untuk apa saya perlu membantu pembunuh!!!! Ya pada hari itu saya berpeluang bertanyakan macam-macam persoalan yang terbuku dihati..pasai pe sesuka hati dia membunuh isterinya??? Mangkuk hayun punyer orang..lu gila ka? Kalu ikutkan lantak ko la brooo..lu bukan manusia ..lu kejam!!! Ramai kawan-kawan saya katakan pada saya jika mereka la..mereka takkan bantu penjenayah semacam ini! Apa nak buat itu hak pembunuh..ya walaupun beliau pembunuh namun bukan semua haknya kita nak nafikan dari sudut perundangan! Itu jelas bro.


Sebaik sahaja masuk pintu utama penjara saya diiring ke penjara lelaki, di situ kawalan ketat dilakukan..nak masuk kedalam penjara utama pintunya macam buka pintu gua dalam cerita Ali Baba, punya la besar pintunya..setelah mendaftar masuk saya diiringi Unit Keselamatan penjara(UKP) ke sel tempat perjumpaan hmmm seingat aku satu bilik khas,peguam pun jumpa kat situlah.


Tak lama kemudian UKP yang mengiringi saya membawa si pembunuh tersebut..hmm sekali tengok banduan ni biasa sahaja, badanya kurus je, nampak baik..kecil aje pelbagai perkara terlintas dihati, bilamana dah ada di depan mata pelbagai soalan saya tanya..tak perlulah dijelaskan apa yang ditanya..ianya sulit kan beb! Namun tak dinafikan saya agak kecewa dengan beliau..walaupun saya faham beliau mempunyai masalah rumahtangga namun jalan membunuh bukan penyelesaiaan terbaik..itulah kata-kata saya padanya.


Agak panjang lebar saya menemubual beliau sambil ditemani rakan setugas dan Unit keselamatan penjara yang langsung tidak meninggalkan kami sendirian.


Saya katakan padanya di Malaysia ini kamu adalah insan yang bernasib baik!!! Cukup bernasib baik!!! Sudahlah kamu membunuh isteri kamu, kamu pulak disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat..hukuman cuma 16 tahun..dan apa yang lagi yang lebih menggembirakan sebaik kamu dibebaskan kamu akan menjadi OKB (orang kaya baru)Saya bagitahu beliau..dalam peruntukan Akta Keselamatan Sosial Perkerja 1969(AKSP 1969) kamu layak mendapat pencen..dengar baik-baik kamu layak mendapat pencen penakat dari kematian isteri kamu yang kamu dengan tangan sendiri telah membunuh isteri kamu!!! Kamu faham tak! Ya..beliau telah lama menjalani hukuman penjara atas kesalahan membunuh tanpa niat..beliau dijatuhi hukuman cuma 16 tahun..2015 bebas la beliau. InsyAllah beliau akan dapat berjumpa saya di luar nanti..jika itu yang beliau mahu!

 

 

Dalam kes ini,beliau walaupun penjenayah, pembunuh isterinya sendiri(tanpa niat)namun disebabkan isterinya adalah PENCARUM PERKESO maka kematian isterinya itu menyebabkan sang suami pembunuh isterinya itu tadi secara automatik layak menerima pencen penakat dari kematian isterinya dan pencen penakat adalah pencen seumur hidup yang akan dinikmati beliau..hebat hebat..namun itu adalah undang-undang dan itu adalah haknya!! Apa nak buat!


Bila sahaja dapat tahu beliau akan mendapat pencen penakat dan tunggakan pencen penakat wahhh bukan main gembira lagi..macam durian runtuh..duit tersepak beb! Ya walau kita geram benci menyampah dan berat hati namun HAK dan undang-undang perlu dijalankan.

Saya sempat bergurau dengannya..lepas ni lu kaya la brooo..bebas penjara 2015 lu dah de puluhan ribu..lu dah leh kahwin baru la..lu dah leh beli kereta besar..lu boleh buat bisnes broo..but jangan ulangi kesilapan bodoh kamu yang dulu!


Saya tanya pasai pa dia dihukum bunuh tanpa niat (seksyen 304 kanun keseksaan), dia jawab dia mabuk itu malam baru balik karoeke maaa..dia kata isterinya curang...hmmm bab rumahtangga..saya tanya macam mana cara lu bunuh lu punya isteri? Dia cakap wa cekik dia....mati looooooo.


Saya sempat memberi nasihat pada beliau..ya itu kesilapan lampaunya..harap sangat ia tak akan diulangi. Ini kali kedua saya ditugaskan ke penjara..kali pertama dulu di penjara Simpang Rengam juga kes sadis seorang bapa merogol anaknya..bermasalah dengan isterinya namun bila isterinya meninggal dunia akibat nahas dalam perjanan ke tempat kerja dan isteri diklasifikasikan sebagai kes bencana kerja beliau banduan ini juga menerima pencen Faedah Orang Tangunggan (FOT)seumur hidupnya ..kejam bukan!!!!!

Namun itu juga adalah haknya yang telah termaktub di dalam Akta..ya hukuman tetap hukuman..kesalahan beliau terhukum dek undang-undang jenayah yang sedia ada, namun pada masa yang sama haknya di sisi perundangan kami tidak harus dinafikan.


Ianya cukup mudah untuk difahami..jika isteri meninggal dan layak menerima pencen penakat atau FOT maka warisnya sudah tentu sang suami..dan anak-anak yang belum mencapai 21 tahun,begitu juga sebaliknya! Jelas dan amat jelas bukan? Langsung tiada kompromi walaupun kematian itu melibatkan pasangan membunuh pasangan!

Nanti la bila ada masa dan kelapangan saya akan huraikan bab dan persolan ini.Namun apa yang saya harapkan kes sebegini tidak menjadi trend..jangan hancurkan institusi kekeluargaan kita..setiap masalah ada jalan penyelesainya.


Akhir pertemuan saya dengan banduan kes membunuh(bunuh tanpa niat)saya sempat pesan padanya..you amat bernasib baik..you tak dihukum seksyen 302..you selamat..you keluar penjara you kaya..namun you ingat la jangan sesekali ulangi perbutan sebegini lagi..tak seumur hidup kamu, kamu sentiasa bernasib baik..gunalah duit pencen ini untuk memulakan hidup baru..ada masa jika saya masih di sini maka berkunjung la ke pejabat dan cari saya jika perlu khidmat nasihat!


 

Sumber : Saya kopipes dari blog Kabutar Diesel…..what say U?

 

 

Caucincau!

Rabu, September 21, 2011

Resepi Puding Triffle

 

Salam ladies, 

 

Seperti dijanjikan meh kali ni SSL nak tunjukkan cara buat Puding Triffle pulak. Resepi pimple simple ni sangat sesuai untuk sesapa yang dasar pemalas tahap gaban macam SSL….hehehe…. Silakanlah try ye… senang macam kacang je, masak kacang pun tak sesenang ni okeh.

 

Jap jap.. tengok hasilnya dulu..

 

resepi110919 073

resepi110919 072

hmmm…OK la kan….

 

 

Bahan-bahannya:

- Swiss Roll

- Kristal Jelly

- 1 tin susu cair

- 1 tin fruit cocktail & nata de coco

- Tepung Castard

- Gula

 

Cara membuatnya puan-puan,

 

 

resepi110919 060 resepi110919 059 

Susun kek swiss roll ke dasar bekas. Gelas  pun boleh. Yang ni SSL guna perisa kopi. Tapi rasanya perisa pandan lagi sedap. Seelok-eloknya gunalah bekas transparent baru nampak cantik mengancam puding kita tapi  SSL takde T_T.  Nantilah, balik Klate lain kali nak cari sebijik kat Rantau Panjang.

 

 

resepi110919 057  resepi110919 065

Dah susun kek cantik cantik, kita masak kastard pulak. Jangan panik ya, cara masak kastard ni takde la susah mana pon. Masukkan 7 sudu tepung kastard, 7 sudu gula, 1 tin susu cair, 1 tin air masak guna bekas tin susu tadi dan tak lupa masukkan lebihan air dari 1 tin fruit cocktail. Kacau kacau sampai pekat. Tutup api. Dah! siapppppppppppp dah tepung kastard kita. Tuangkan ke dalam bekas dan sila tunggu sehingga keras.

 

 

 

resepi110919 003  resepi110919 069

Bila kastard tu dah keras, kita letak lah apa-apa jenis buah. SSL letak 1 tin fruit cocktail dengan nata de coco. Buah je ye…airnya dah dimasukkan dalam kastard tadi.

 

 

 

resepi110919 007 

Akhir sekali, masukkan jeli. SSL guna jeli perasa strawberi jenama Nona. Cara-cara nak masak jeli ada dalam belakang kotak. Alaaa masak jeli ni senang je. Panaskan air dalam kuali, masukkan serbuk jeli kacau hingga hancur. Tutup api pastu bolehlah tuangkan ke atas fruit cocktail tadi. Tunggu jeli keras sikit kemudian simpan dalam peti ais. SIAP.

 

 

Juadah ni sangat digemari oleh budak-budak sebab rasanya yummy!! Licin diorang bedal sampai tuan rumah pun tak sempat merasa….Hahaha suka, suka.

 

 

Caucincau!

Isnin, September 19, 2011

Resepi Mi Kari

 

Salam ladies,

Sepanjang bulan Syawal ni ada la beberapa kali SSL buat open house. Buat beberapa kali sebab lebih suka jemput tetamu sikit-sikit dan masak pun sikit-sikit aje, taklah membazir.

So, sempena kedatangan segerombolan tetamu-tetamu VVIP beraya ke rumah baru-baru ni, maka SSL telah menyediakan juadah istimewa buat mereka iaitu mi kari, bihun hailam dan pudding triffle. Nasi impit, kuah kacang, rendang segala tak buat sebab dah muak! So dengan bersemangatnya hari ni SSL nak share resepi mi kari dulu. Resepi lain, esoklah pulak OK. Muahhaha... juadah simple pun ada hati nak share resepi, kan..muahahha.. bioooo lerr.. ada mak kesah...

 

RESEPI MI KARI

Bahan- bahan

Kari:

- isi ayam (dihiris)

- 2 ulas bawang besar (kisar halus)

- 4 ulas bawang putih (kisar halus)

- 1 inci halia (kisar halus)

- 2 paket kecil serbuk kari ayam/daging (dibancuh dalam air panas)

- 1 sudu besar cili boh

- santan kelapa dari 1 biji kelapa

- 50 gm udang kering (dikisar)

- 1 paket bebola ikan (dipotong 2)

- kentang

-air asam jawa sikit

- garam

- gula

- minyak

- daun kari

bahan sampingan:

- tauhu yang digoreng dan dipotong

- kek ikan yang digoreng dan dipotong

- daun sup

- cili merah

- telur rebus

- bawang goreng

- memandangkan tetamu adalah dari golongan VVIP, maka saya tak letak taugeh

cara-cara:

Mula-mula panaskan minyak dulu. Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili sikit, kari, daun kari dan sedikit air.

Lepas tu masukkan ayam, udang kering, garam dan gula. Bila ayam separuh masak, masukkan santan dan masukkan bebola ikan pulak. Kari mestilah cair sedikit.

Bila kari sudah masak, hidangkan bersama mi kuning dan letakkan bahan sampingan.

 

 

Ok, mari kita lihat hasilnya!

 

resepi110919 103

Laaa..terlupa letak telur rebus daa

 

resepi110919 016 resepi110919 020nokia11912 479 resepi110919 042

tetamu VVIP

Mi kari ni  sebenarnya dah sedap pada lidah saya tapi hari tu ada 2, 3 orang anak-anak komplain terkurang garam doh. Amboi, yang peliknya dalam pada tawar-tawar tu. bertambah jugak mereka makan. Dahsyat tak dahsyat lah kan, tengah lapar mungkin. Alaa next time makcik SSL letak lebih garam. Lepas ni mesti menjilat jari. Bukan takat jari, pinggan pinggan nanti jilat tau!!!

 

 

Caucincau!

Selasa, September 13, 2011

Hari Raya Dua Tiga Puluh Tahun Lagi. Bincangkan.

 

Salam ladies,

 

Amboi beraya sakan SSL sampai tak ingat dah nak update hahaha. Mesti hampa gila orang datang jenguk blog ni, kan. Ehem ye la tu hampa gila lah sangattt! Nasib baik lah Aidilfitri setahun sekali. Kalau setahun ada banyak kali, sahih saya kena upah Kak Eye_nee lapkan habuk-habuk kat sini… Sanggup tak, kak?

 

Eye_nee

...ingatkan nak bawak mop...bulu ayam sekali..nak tolong mu bersihkan umah ni....

 

Hmmm… sanggup nampaknya. Ngeh3x….

 

Hari ni SSL baru terhegeh-hegeh nak update hari raya punya cerita. Tajuk entri adalah seperti di atas. Woh, dasyat kemain tajuk macam soklan periksa la pulak siap bincangkan segala bagai hihihi….mentang-mentang sekarang ni musim periksa. Ahhhh lantaklah…kalau rasa nak baca, baca je senyap-senyap, kalau tak nak, sudah….. pergi main jauh-jauh! Ceh, garang.

 

Oh, ye sebelum kita ke perbincangan yang lebih serius, sebagai mukaddimah SSL nak selitkan satu cerita yang tak kurang menariknya yang berlaku ketika cuti raya di kampung tempohari. Nak dengar tak cerita menarik ni? Gini ceritanya, pada satu malam masa tengah havoc berborak sambil mentekedarah Nasi Dagang buatan ibu kandung tiba-tiba seorang adik telah menegur…..

 

“Bakpo kak So Shy Lady (buke namo sebena) napok koho haluh dan napok koho mudo loni?”

 

Makkkk nasib tak tersembur Nasi Dagang dalam mulut time tu. Wei dengar tu…..si adik menegur si kakak….

 

-setelah dialihsuara- “kenapa kak So Shy Lady (bukan nama sebenar) nampak makin kurus sekarang?”

 

Biar betikkk? Owwhh, walaupun macam tak boleh nak percaya sangat statement dia namun  diameter hidung si kakak sempat jugalah mengembang sehingga mencecah ukuran tujuh puluh tiga cm. Sape tak bangga. Dan sebelum berpisah tempohari robek jugalah dompet si kakak sediakan duit raya special untuk si adiknya itu huahuahua. Sekian, itu aje ceritanya. Weh menarik tak cite tu?

 

Isyh melencong jauh la pulak. Hahaha adat la tu, kan cerita Melayu memang gitu. Tak kira apa genrenya ia memang sering meleret-leret dan kehilangan fokus. Okaylah, berbalik kepada perbincangan asal kita iaitu….Hari Raya Dua Tiga Puluh Tahun Lagi. Bincangkan. Letih la taip tajuk banyak kali nihhh…(buat anak didik, jangan risau tajuk ni tak masuk exam punya, okay!!)

 

Ingat tak saat yang paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang kita setiap kali menyambut Aidilfitri……

 

Sudah tentulah petang terakhir Ramadhan. Petang di mana orang membakar lemang dan merebus ketupat. Petang di mana iblis dan syaitan tersenyum lebar kerana rantai masing-masing dah mula terasa longgar. Bagi mereka yang masih ada kampung halaman, petang itu selalunya membawa seribu erti yang tersendiri. Tak terbayang seronoknya dapat berkumpul dengan orang tua, adik-beradik, ipar-duai dan saudara-mara. Bagi yang kena beraya di rumah keluarga sebelah suami atau isteri, nikmatnya masih ada walaupun adakalanya lirikan senyum di bibir berselang-seli dengan muncung panjang sedepa. Huhuhu sapelah agaknya tu ye?!

 

nokia11912 432 nokia11912 418

Raya di rumah keluarga mentua

 

nokia11912 446 nokia11912 450

Raya di rumah keluarga kandung

 

Bau asap dari unggun api pembakar lemang, didih air dari periuk besar berisi ketupat, gelak tawa budak-budak yang berkejar di sekitar, gossip tentang saudara itu, saudara ini yang berlegar dari mulut ke mulut, semuanya mencetuskan suasana hari raya yang tak dapat ditukar ganti dengan apa pun jua. Suasana seperti itu masih lagi berlaku sekarang tetapi dari pengamatan rambang saya dari tahun ke setahun menunjukkan bahawa skala keceriaannya sudah semakin berkurangan.

 

Lihat sajalah kelibat orang lelaki mencari buluh dan membakar lemang. Ada lagi ke? Langsung tak nampak. Yang jelas kelihatan muka kegembiraan abang abang pakcik pakcik membeli lemang yang dah siap dimasak di tepi-tepi jalan tu ada lah ramai.

 

lemangbeli aje……

 

Yang perempuan pun sama, dulu masing-masing pakat seronok duduk menganyam ketupat beramai-ramai namun dengan kepesatan industri ketupat segera, ditambah pula dengan industri rendang dalam plastik dan kotak, segala bentuk keseronokan itu sudah mula berubah.

  ketupat

senang…..

 

Bagi golongan kanak-kanak pula, keriangan semasa berkumpul dengan sepupu-sepapat mereka juga sudah diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza. Ia tidak lagi dihiasi dengan kejar-mengejar, usik-mengusik, bermain sembunyi-sembunyi atau berbasikal di sekeliling rumah datuk dan nenek. Sebaliknya semua itu telah digantikan dengan keseronokan baru. Yang kecik, yang besar balik-balik mengadap benda tu….

 

nokia11912 422

nokia11912 441 

tu dia…..

 

 

nokia11912 364  nokia11912 366

Alahai si kecik pun dah terikut-ikut

 

Hai, tak dapat nak bayangkan raya dua tiga puluh tahun nanti. Waktu itu mungkin semakin sedikit orang yang mempunyai kampung halaman. Malah semakin sedikit rumah yang mempunyai halaman. Waktu itu, kebanyakan datuk dan nenek merupakan penghuni apartmen dan kondominium yang bukan sahaja tidak menyediakan ruang untuk upacara pembakaran lemang dan perebusan ketupat malah juga tidak ada ruang untuk anak-cucu berlari.

 

Dua tiga puluh tahun lagi kita tidak tahu bagaimana bentuk permainan kanak-kanak. Namun satu perkara yang hampir pasti ialah kebanyakan alat itu akan lebih menjurus kepada nilai-nilai individualistik. Dengan kata lain, ia akan mendorong anak-anak bermain sorang-sorang dengan nilai keseronokan yang lebih berbanding bermain dengan banyak orang!

 

Dua tiga puluh tahun lagi juga barangkali harga minyak akan berkali ganda mahal dan kadar tol semakin meningkat. Dan kerana ia berlaku, amalan balik kampung -bagi yang ada kampung- mungkin kian berkurang.

 

Dua tiga puluh tahun lagi, barangkali satu-satunya yang menggembirakan kita ialah saat melalui sessi video conference dengan anak cucu menerusi skrin kecil di tapak tangan. Mungkin…….Hmmm mari kita fikir-fikirkan.

 

Okaylah, sebelum berpisah, jom kita saksikan pose ayu si adik yang berjaya mengepaw duit raya kakaknya dalam cerita selingan tadi.

 

nokia11912 463

Mahukan tips cara untuk tetap kelihatan vogue tanpa secalit bedak? Tanyalah dia sebab kulit dia ni tersangatlah gebus *saje je bodek!*nyehnyehnyeh ;P…alameks mati la.. mesti dia ngamuk coz tak delete gambar ni hahaha….lariiiiiiiii

 

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...