Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Jun 30, 2011

RESEPI SAYUR LODEH dan RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Salam  kengkawan,

 

Bulan ni semua orang gigih ganti puasa kan. Saya pun masih on the way lagi ni. Tinggal 3 hari lagi yang perlu diqada’. Yok kita puasa yokk! Anyway, di bawah ialah masakan yang telah disediakan oleh puan chef SSL sebagai juadah bersahur beliau. Jom kita saksikan. Harap-harap tidak menjejaskan air liur sesiapa!

 

 

julie11 122

Main hentam je snap gambar…..cepat SSL, wei sahur time dah nak habis la

 

 

Tak perlulah ber WOW WOW WOW terlebih kagum dengan usaha gigih tak berbelah-bahagi puan chef duk klepang klepung kat dapur sebelum sahur, ya. Hahaha……sebenarnya nasi impit, sayur lodeh dan sambal sotong tu udah siap-siap dimasak malam semalam lagi. Pagi cuma perangatkan saja.  OK hari ni puan chef tak nak berapi-api cerita tentang kelazatan ke, kesedapan wallaweh ke, keawesomean ke apa. Yang pasti semuanya udah selamat dihadam dengan jayanya oleh usus puan chef ni heheh….

 

Berikut ialah RESEPI SAYUR LODEH untuk rujukan diri sendiri sebab raya nanti ingat nak buat lagilah….

 

julie11 121

dalam proses

 

 

Bahan-bahan:

  • cili boh
  • 1 biji bawang besar – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 jari kunyit hidup – kisar
  • 1 hiris halia – kisar
  • 2 sudu udang kering
  • 2 batang serai – dititik
  • udang hidup ( tak letak, alergik)

 

  • Bahan sayur dipotong :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang (tak letak, tak suka)
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 biji terung panjang (tak letak, tak suka)
  • 1 keping tauhu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil
  • 2 keping tempe - dipotong
  • 1 ikat su'un - direndam
  • lada merah - dipotong serong
  • 2 liter santan pekat dan cair - drpd 1 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

 

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan udang kering dan tumis lagi kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tauhu kering dan tempe, sayur-sayuran bermula dengan yg keras dulu, tauhu basah, tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh suun, garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Bolehlah hidang sayur lodeh dengan nasi himpit dan juga sambal tumis.
 

 

Ini pula puan chef SSL nak sebarkan RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG pulak.

 

 

julie11 118

pekat likat nih

 

Bahan-bahan:-

  • 1 ekor sotong kembang
  • cili boh
  • garam
  • gula letak lebih sikit
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • Bahan Dikisar Halus:-
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • sehiris halia
  • sedikit belacan

Cara-cara:-

  1. Sotong, dipotong sederhana besar, celur dalam air mendidih 2 - 3 minit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili boh dan terus menumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga rata. Masukkan sotong tadi dan gaul hingga semua mesra. Biar masak 10 - 15 minit hingga menjadi pekat tetapi tidak kering.

 

 

julie11 134

Sebelum  makan puan chef gemar tabur ikan bilis celup tepung sebab puan chef rasa cruncy cruncy tu menambahkan lagi kesedapan

 

 

Kalau sesiapa nak puji, dipersilakan, ya jangan malu-malu! Sekurang-kurangnya dapatlah memotivasikan puan chef pemalas ni untuk lebih kerap masuk ke dapur hahaha……eh, eh harap tiada siapa yang meluat, ok. Itu saja buat hari ini. Tugasan seterusnya ialah membizikan diri meronda blog kawan-kawan pulak.

 

 

Today’s Lesson:

Oh, ye semalam sempat google pasal ISRA’ DAN MIKRAJ dan saya jumpa ini…….

 

Jangan Tangguh Taubat

 

 

……di sini. Moga mendatangkan insaf dan taubat dalam diri kita. Amin.

 

 

Caucincau!

Isnin, Jun 27, 2011

Yang Warna Putih Putih Tu

Assalamualaikum!

 

Rumah uols ada cermin tak? Kalau ada cepat pergi amik. Tak kiralah cermin besar ke, cermin kecil ke. Cermin solek boleh, cermin pengasah pensel pun boleh. Eh, ada jugak yang tak ada cermin? Isyh isyh isyh…..mana-mana yang tak ada cermin tu, sesak-sesak sangat carilah mana-mana lopak air. Erk, boleh ke?

 

Bila dah ada cermin, apa yang perlu dibuat ialah cerminkan rambut uols. Tilik puas-puas. Adakah masih  solid black atau ada seurat dua yang dah luntur kalernya?  Ada tak yang warna putih putih tuuuu.  Alaaa itu…..

 

Kepada mereka yang baru tersedar rupa-rupanya dah ada seurat dua warna putih putih di celah-celah rambut hitam, mula-mula sekali dinasihatkan janganlah cepat rasa panik, rasa down atau rasa kecewa serius amat lantas menyepak tong sampah rumah jiran sebelah, OK. Bawa bertenang ya, puan-puan. Bawa bertenang.

            

Uban!

 

Ya, benar…. sudah pasti semua orang tidak ada yang menginginkannya. Manakan tidak, apabila tumbuh uban samada ketika remaja atau tua, kita kelihatan lebih tua dari usia. Cakap pasal uban, pernah dengar tak satu cerita ni? Kisah seorang anak ternampak ada uban di kepala ibunya lalu dia pun bertanya, "Mak kenapa rambut mak warna putih?" Dengan rasa malas si ibu pun menjawab "Setiap kali anak mak buat mak menangis, sehelai rambut mak akan bertukar jadi putih" jawab ibunya. Kemudian si anak pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya berwarna putih? Mak selalu buat nenek menangiskah?"  Hahaha….terkelu mak dia tak boleh jawab. THE END. Ok, cerita tak berapa relevan.

 

Berbalik kepada topik sebenar, kita tidak mampu mencegah kemunculan uban bila itu sudah menjadi kehendak Tuhan. Antara penyebab rambut cepat beruban ialah faktor keturunan. Di samping itu, faktor tekanan juga turut mempengaruhi. Pada saat kita stres, tubuh akan mengeluarkan hormon yang mengambil vitamin B12 yang ada pada tubuh sehingga mengganggu pengeluaran pigmen rambut dan menyebabkan rambut memutih. Faktor lainnya adalah kerana faktor genetik, kelainan metabolisme, dan akibat penggunaan zat kimia yang terdapat pada pewarna rambut atau shampo bersulfur. Zat kimia tersebut meresap ke pori-pori rambut dan mengganggu terbentuknya warna hitam pada rambut. Info selanjutnya, silalah buka di sini.

 

Namun demikian, janganlah kita kecewa kerana harapan masih ada. Tuhan memberikan kebebasan untuk kita berikhtiar mencegah tumbuhnya uban sebelum waktunya kecualilah jika anda sudah berpangkat nenek atau datuk…yang ni dah tak dapat tolong lagi dah. Kalau yang dah beruban satu kepala tu anda dinasihatkan janganlah mencabut uban tersebut sebab uban juga mempunyai rahmatnya tersendiri. Bagaimanapun, ada juga individu yang mempunyai rambut hitam berseri walaupun sudah berusia emas seperti arwah nenek saya. 

 

Ok maka dengan ini,  hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa petua yang sangat berguna untuk diri sendiri iaitu TIPS MENCEGAH UBAN yang penat lelah saya peroleh dari beberapa sumber hasil bantuan Pakcik Google.

 

Tips 1 :

Untuk mencegah rambut beruban, lumurkan rambut dengan santan kelapa yang dicampur dengan kelapa parut. Pakailah 2x seminggu. Oh! Senang sekali tips ni….harus dicuba ni.

 

Tips 2 :

Di sini kita memerlukan hati ayam 2 potong, ragi/yis 2 sudu teh dan kicap secukupnya. Hati ayam tersebut dipanggang seperti sate. Lakukan kebiasaan makan hati ayam ini setiap dua atau tiga hari. Insya Allah uban di kepala tidak akan muncul. Hmmm tips ni tak sesuai kot, saya kurang gemar makan hati ayam!

 

Tips 3 :

Cuba larutkan satu sudu teh garam dapur dalam air kelapa segar. Biarkan selama beberapa minit di kepala sambil diramas-ramas. Kemudian bilas dengan air bersih. Tips ini pun senang jugak! Nak cubalah.

 

Tips 4 :

Sangrai/goreng tanpa minyak 30 gram biji betik, tumbuk hingga halus. Tambahkan 1 sudu makan minyak kelapa, adun rata. Oleskan rata pada rambut, biarkan selama 1-2 jam. Cuci bersih rambut. Lakukan 1 kali seminggu. InsyaAllah mujarab. Ok, nak pergi beli betik nanti!

 

Tips 5 :

Makan makanan yang banyak mengandungi vitamin B12 kerana vitamin ini dapat mencegah timbulnya uban. Kita boleh menemukan vitamin ini pada susu, telur, atau pada daging berwarna merah. Yelah, yelah….akan minum susu banyak-banyak  T.T

 

Tips 6 :

Merokok juga menyebabkan rambut cepat menjadi putih. Maka berhenti merokok dapat menjadi penyelesaiannya.  Selamat…..saya tak merokok. Anda?

 

Tips 7 :

Urut rambut dan kulit kepala dengan EVOO. Apa itu EVOO? No, no, no……ia bukanlah nama kumpulan K-Pop dari Malaysia, ye.  Nak tau pasal EVOO, klik lah entri lama saya yang bertajuk Mek Kelesom Belajar Pakai High Heels. Maklumat tambahan, EVOO mempunyai kandungan antioksida yang sangat tinggi dan dikatakan mampu melambatkan proses penuaan rambut di samping mampu mengelakkan rambut daripada berkelemumur. 

 

 

Saya senaraikan tip-tip di atas sekadar berkongsi saja ye, saya pun tak pasti keberkesanannya tapi Tips 7 itu sudah lama menjadi amalan hidup saya. Mencegah adalah lebih baik dari merawat tapi kalau tak berkesan janganlah rasa kecewa serius amat lantas menyepak tong sampah jiran sebelah rumah  pulak, OK! Masih ada  cara lain lagi untuk mengatasinya. Apakata ubah saja gaya rambut anda seperti mereka ni……

 

 

 

 

Fesyen rambut beruban Lady Gaga

 

 

 

Buat lelaki, fesyen rambut beruban Legolas ni pun stylo mylo jugak….phewwwww

 

 

 

Caucincau!

Isnin, Jun 20, 2011

Sedapnya Wallaweh!!!

Salam semua, holla!


Walaupun terciptanya manusia di muka bumi ini bukanlah hidup untuk makan namun kita juga terpaksa menerima hakikat bahawa makanan adalah salah satu sumber kenikmatan hidup yang harus dihargai, betul tak? Setuju tak? Sape-sape setuju sila angkat tangan macam saya.....kita bakor!






Contoh sumber kenikmatan hidup buat si tekak kampung



Semalam try la kuetiaw kungfu. Lokasi di Taman Ehsan, Kepong tapi nama kedai tak ingat la pulak…..apa daaaa….


Sedapp arr! Sungguh! Hmmm macamana nak cerita ni…..Sesape yang makan especeli kuetiaw lovers macam saya ni kannn...gerenti mengaum-ngaum kesedapan mabeles awesome wah delicious tak hengat...... syok dowh, betullll! amboi beria-ianya menggembar-gembur….


Sayur-sayuran tak layu, kuah adalah likat ngam-ngam. Lauk ayam dan sotong tiptop, pedas sikit-sikit. Tak pasti pulak kuetiaw tu dicelup tepung apa…macam rasa tepung beras, ntah la dan ada rasa telur sikit-sikit tapi memang sedaplah hingga menjilat kepala lutut. HB ngendeng-ngendeng nak rasa pun  saya boleh buat-buat tak nampak. Ngeeeee…..kedekut!



Ni haruslah minggu depan pergi lagi ni. Nanti nak order 3 pinggan. Baru puas makan.


Caucincau!



Khamis, Jun 16, 2011

1st GA BDAY RIENA & IBU

 

Pantun ini ditujukan khas buat Kak Ieda dan Riena……

 

Sweet melon is honeydew,
Blueberries are purplish blue,
Sorry these wishes are so overdue,
Happy Belated Birthday to both of you.

 

Heheh sorry kak… terlambat join.

 

clip_image002

Jomlah wahai semua bloggers Malaysia, kita terjah sini OK! Tarikh tutup : 30 Jun 2011.

 

Saya nak tag orang-orang tersibuk di bawah inilah:-

Kak Dinas

sz

azatiesayang

 

 

Caucincau!

Selasa, Jun 14, 2011

Today’s Pic (Koleksi Peribadi) : Phew! It’s Hot!!!

 

Salam ladies,

Adoi sejak akhir-akhir ini banyak betul cerita-cerita panas didedahkan samada di dada-dada akhbar mahupun di laman-laman blog.Annoyed

 

Terpengaruh dengan entri panas kak ainnoraini, kak dinas dan kak iedamimi beberapa hari lalu maka hari ini makcik So Shy pun tak nak ketinggalan  jugaklah nak sajikan entri bertajuk panazzz….  wah daring gituuuu !!! Hahahaha gelak jahat. Tapi hari ini bukan nak ungkit pasal isu  gambit ke, gambir ke, gambut ke....takkkkk!! Makcik cuma nak berkongsi satu gambar panas terbaru. Owh gambar hot gerangan selebriti manakah itu? Koleksi peribadi?  Haisyhhh suspennya.

 

Jangan buang masa marilah kita sama-sama mengusya gambar hot tersebut serta suspek-suspek yang terlibat....

 

Waktu kejadian: Ahad lepas masa otw nak gi shopping @ Pavilion. Wei jangan percaya...Tesco je sebenarnya!

 

Baiklah, inilah gambar yang dimaksudkan......

 

*

*

*

*

*

*

*

*

   *  

 

  14062011 062

  Phew.... It’s hot!!! 

 

Masing-masing kepanasan mana taknya, semua penumpang yang duk belah kiri terkena efek nur dari jendela kaca. It’s really hot and sangat silau mata hitamku namun camwhore tetap camwhore.

 

Walaupun panas tapi masing-masing langsung tidak menggelepur malah redha, sabar dan tetap profesional  memberi pose terbaik dari ladang.  Murni sungguh akhlak mereka tu kan ….macam minyak masak Seri Murni aje.

 

Sekian saja perkongsian gambar panas untuk hari ini! Jumpa lagi di lain siaran. Caucincau!

 

Alahai diri sendiri pun naik loya baca tajuk kat atas tuh haktuiiii...ptuiiii ptuiiii!!!

 

 

Jumaat, Jun 10, 2011

Nasi Matomato

 

Demi memenuhi nafsu makan yang membuak-buak di musim percutian, maka pada hari Jumaat  penghulu segala hari ini saya telah sediakan juadah kegemaran model-model tetap kesayangan saya iaitu Nasi Matomato (ni ikut sebutan si bongsu ) Nasi Tomato sebenarnya heheh.

Kalau ikutkan tekak kami anak beranak, Nasi Matomato memang sedap pergggghhhh hingga menjilat siku rasanya. Ni pada tekak kami la, tekak orang lain mungkin tak lah kot heheh. Nak nangis pun ada masa telan sebab rasa best sangat-sangat wallaweh!!! Tengahari tadi bersungguh-sungguh kitaorang makan macam tak malu betul. Makan sampai gendut.

Amboi berlebih-lebihan pulak explain. OK, cakap banyak tak guna, jom salin resepi sekarang!

 

NASI TOMATO

Bahan-bahannya puan-puan,

  • 3 cawan beras
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • sedikit garam

Bahan tumis

  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • Bawang besar dihiris
  • Sedikit halia dihiris
  • 1/2 tin kecil puri tomato
  • 1 helai daun pandan

Hiasan

  • Bawang goreng
  • Daun sup

 

 

 cek285 089

 

Cara-cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun pandan serta rempah-ratus dengan majerin/minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan puri tomato, gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan bahan tumis, beras, air, sedikit garam dan susu cair ke dalam rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur. Saya guna garfu.

 

 

AYAM MASAK MERAH

 

cek285 096 sungguh menawan hati perut

 

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam dipotong dan bersihkan.
  • bubuh kunyit & garam dan goreng.


Bahan untuk ditumis

  • sedikit cili boh
  • 3 tangkai cili merah dikisar
  • 3 cm halia dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 labu bawang besar dikisar
  • 1/2 tin puri tomato
  • daun pandan
  • kayu manis, cengkih dan bunga lawang
  • minyak masak
  • Garam dan gula

 

 

                                      cek285 095

mmmmmm……semerbak

 

 

Cara-cara
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan rempah serta bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Masukkan puri tomato dan letak air sedikit 
3. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

 

 

 

DAGING GORENG HALIA

Plan nak buat daging masak beriani tapi bahan-bahan tak cukup pulak so buat daging goreng halia udah le…..

 

cek285 093renung-renungkanlah

 

Bahan-bahan

  • daging boneless dihiris nipis 
  • 1/2 buku halia saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos tomato
  • sedikit garam
  • sedikit hirisan bawang besar
  • 2 biji buah tomato

 

Cara-cara

  1. Mula-mula kisar halia, bawangg putih dan sedikit garam hingga hancur kemudian perap pada daging selama setengah jam.
  2. Kemudian panaskan daging dalam kuali hingga airnya kering.
  3. Dah kering, masukkan minyak masak, goreng daging hingga garing pakai api besar.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis serta gula.
  5. Masukkan buah tomato dan bawang besar.

 

 

 

DALCA

 

cek14411 032meriah meriah

 

Bahan hiris

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 cm halia

 

Bahan tumbuk

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 cm halia

 

Bahan lain

  • 1 kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • minyak secukupnya 
  • sepeket rempah kari daging, boleh campur sedikit jintan kalau suka
  • air asam jawa secukup rasa
  • daging, limpa dan kaki  ayam  (terpulang)
  • patutnya letak 1/2 cawan kacang dhal tapi saya tak letak heheh
  • sayur seperti terung, karot, kacang panjang, ubi kentang dan lada
  • sedikit kiub
  • santan
  • garam dan gula secukup rasa
 
Cara-cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan rempah ratus.
  2. Gaulkan rempah kari daging di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air kemudian tumis.

  3. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.

  4. Tambah air asam jawa.

  5. Masukkan daging, lauk lain, kiub dan ubi kentang.

  6. Tambahkan santan, tidak terlalu pekat ye.

  7. Masukkan semua sayur. Tambah garam secukup rasa.

 

SIAP.

 

cek285 104

Amacam? Nak rasa jemputlah datang ke rumah cepat-cepat sementara stok masih ada!!

 

 

Caucincau!

Rabu, Jun 08, 2011

Tawar Hambar Tiada Garam

Kejam! Kejam! Diorang tu memang tak de hati perut langsung!

Eh, belum apa-apa lagi dah nak berdrama. Sabar, sabar. Ok ceritanya macam ni...

Jumaat lepas kami sekeluarga sepatutnya sudah berada di kampung sebab ada kenduri kawin adik lelaki saya malangnya HB diminta menunda cutinya ke hari Sabtu sebab pada hari Jumaat dia terpaksa buat presentation di salah sebuah bank di ibu negara. Walaupun frust tapi OKlah fine. Habis nak buat macamana.

Tapi yang cukup memanaskan hati malangnya, presentation tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir. What the.....Tak ke mengong! HB saya punyalah bengang. Kalau awal-awal lagi dimaklum tak jadi dah pasti dah kami tak akan terlepas majlis perkahwinan adik saya tu. Dan dah pasti juga kami tak perlu bertolak keesokan harinya sekadar untuk mencuci periuk belanga menghabiskan sisa-sisa lauk kenduri. Crying face

Kejam la diorang tu! Benci!!!  Wei kenapa tak plan betul-betul?

Okay malam tu saya membebel sikit punya hancur punah harapan segala, then baru tidur. Esok pagi kami pun bertolaklah pulang ke kampung dengan hati yang sebu sambil mulut beramai-ramai dengan model-model tetap nyanyi lagu oooo balik kampung ooooo balik kampung hati riang. Hahaha macam tu lah kami rawat perasaan yang bengang. Sangattttttttttt la kan! Maka kami pun redha.

Itu aje nak cerita. Tak ada cerita sebenarnya tapi sengaja paksa diri kemaskini blog. Hari ini saya masuk account blogger tanpa benda spesifik nak diluahkan. Makanya penulisan saya hari ini agak tergantung. Eloklah saya pen off di sini sajalah ye (eh pakai pen ke?). Nak lunch la pulak. Uols makan apa tengahari ni? Malaslah nak makan nasi. Saya kunyah keropok lekor je....beli banyak-banyak masa on the way balik KL tempohari. Oh ye sebenarnya kami dah sampai KL dah pun.

 

Tajuk tawar hambar tiada garam merujuk kepada percutian kami itu lah! Crying faceCrying faceCrying face

 

Caucincau!

Jumaat, Jun 03, 2011

Pagi Jumaat yang Misteri

 

Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita misteri dengan puan-puan sekalian. Nak dengar tak? Cerita ini disampaikan oleh seorang rakan menerusi emel. Buat muka serius sekarang. Kening kena rapat, dahi biar ada kerut sedikit. Ok, are you ready?

Begini ceritanya......

Ada kejadian aneh telah berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di mana para pesakit selalu meninggal di katil yang sama, di bilik yang sama dan selalunya pada hari Jumat pagi, tanpa mengira umur, jantina ataupun keadaan kesihatan mereka. Hal ini membingungkan para doktor. Malahan mereka berfikir kejadian tersebut ada hubungannya dengan supernatural. Mengapakah kejadian tersebut selalu berlaku pada hari Jumat dan pada katil yang sama?

Lalu para doktor memutuskan untuk menyelidik punca beberapa kejadian itu. Begitu tibanya hari Jumaat, semua orang di hospital tersebut dengan suspen menunggu samada kejadian buruk akan terulang kembali. Lalu terbaringlah seorang pesakit baru. Beberapa orang doktor dan jururawat sudah memegang tasbih, Qur'an, Bible bahkan sebagian lagi memegang benda-benda suci lainnya untuk menangkal iblis. Sementara sang pesakit masih lagi terbaring di sana. Masih lagi bernafas. Seiring waktu berputar... pukul 07:00... 07:30... tepat sebelum waktu keramat itu tiba... Pintu bilik itu terbuka...

Kemudian masuklah Ratih, part timer cleaning service untuk hari Jumaat. Dia lantas mencabut kabel alat untuk bantuan pernafasan dari suis utama lalu menggantinya dengan vacuum cleaner dan mula membersihkan bilik tersebut.

Tamat.

 

Heheh...faham tak? Faham tak? Sape-sape yang tak faham cerita ni, sila hubungi saya di talian 1800-800-800000000 untuk sebarang pertanyaan. OK bye nak keluar pergi membeli-belah sekarang.

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...