Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, April 28, 2011

LOL

 

Beberapa minit sebelum kelas berakhir, seorang anak didik datang lalu bertanya….

“OMG tu maksudnya apa?”

“Oh my god.”

“OTW?”

“On the way.”

“Oooo. BFF pulak?”

“Best friend forever.”

“asap?” Eh, tak habis-habis lagi tanya…

“As soon as possible.”

“brb?”

“Be right back.”

”lol?”

“Lots of love!”  Wah confident betul saya menjawab.

Tapi pagi tadi tiba-tiba rasa termalu lah pulak bila baca ini di sini.

 


clip_image001

 

Alameks.....saya pun dah tersilap daaaa. Sorry, nak oi! Terbagi ajaran sesat pulak kat kamu. Huhuhu… Biasa la orang tua kan, sebenarnya bukannya faham sangat pun short form bebudak zaman sekarang nih!

Hihiiii... sorry, ya Haiqal!

 

 

Today’s Lesson:

Sila kurangkan penggunaan short form dalam entri. Pesan Abang Kamus Dewan.

 

Caucincau!

Selasa, April 26, 2011

Tayang Cincin

 

 

   

Cincin permata shapphire 18 carat diikat dengan 14 batu berlian ini merupakan cincin pertunangan Lady Diana dengan Putera Charles pada 1981.

   

Pangeran William & Kate Middleton (Google)  

Prince William kemudiannya memberikan cincin warisan mendiang Lady Diana kepada Kate Middleton semasa majlis pertunangan mereka pada tahun 2010.  Harga cincin dikatakan bernilai lebih kurang RM240 000! 

 

Hek eleh, nak menyelit jugak…….

scan0001 cin26411 037

Dipercayai cincin permata sapphire berkarat  juga turut menjadi pilihan anak raja keturunan Batu Bara untuk melamar Lady So Shy (siap tukar nama, sabar je laaa…) sedekad yang lalu. Khabarnya cincin tersebut bernilai ratusan ribu rupiah.

 

GEDIK SUNGGUH! Ah, tak payah cakap……dah taip dah pun. Hihiiii

 

OK, jangan lupa semua ya! Jom  kita raikan detik bersejarah perkahwinan antara dua ikon dunia, Putera William dan Kate Middleton yang akan berlangsung pada 29 April ini. Laporan eksklusif oleh kru ntv7 di London bakal disiarkan secara langsung pada Jumaat ini, dari jam 3 petang hingga 8.30 malam.

 

 

Caucincau!

Jumaat, April 22, 2011

Guess What I Cooked Last Night?

Salam Jumaat  semua!

Walaupun anak-anak sudah menjerit kelaparan namun sebelum mentekedarah, hidangan adalah wajib disnap terlebih dahulu. Sabar la nak, ibu kan blogger! Smile with tongue out

 

  cek14411 070

Nasi lemak panas California SSL Copyright Reserved nama diberi

 

Eat heavy at night? Oh apakah? Hahaha inilah masa yang sesuai untuk menggemukkan badan buat seorang perempuan berjisim 43kg. Sebenarnya tak de la kurus manapun hihiii… sebab ketinggian/ kerendahan saya pun tak seberapa. Ada la separas Hobbit! Kira berat dan tinggi ngam-ngam la kan.

Sebelum ni asyik beli aje nasi lemak..... jadi dengan terharunya nak bagitau, inilah nasi lemak pertama yang saya masak sendiri untuk tahun ini. Hihiii... Aplause applause. Tengkiu tengkiu. Air mata bergenang.

Orang lain makan belah pagi tapi kitaorang pulak makan belah malam. Ikut pesen orang California la ni. Mengikut fakta sejarah, penduduk California amat gemar makan nasi lemak pada waktu malam agar otot-otot badan mereka menjadi lebih pejal dan mantoppp. Tak caya? Cuba call gabenor diorang si Arnold Schwarzenegger tu? Ce tanya ce tanya..

Ahaks....Tipulah! Hihii…alameks mati la kalau betu-betul ada orang call dia. Cuak dah niiiii!

Nasi lemak yang saya masak ini agak berbeza sedikit rupanya. Nampak tak warnanya agak yellowish sedikit, kan. Nak kata nampak eksotik pun boleh la jugak kot, saya redha.

Sebenarnya saya tak pakai santan. Guna susu cair aje 1 tin, lepas tu masukkan 2 sudu EVOO atau dalam bahasa klasiknya, minyak zaitun. Selingan jap…Pakai minyak zaitun? Zaitun bt apa, bu? Hahaha.. ini soalan dari Along, anak teruna saya masa saya kerah dia masuk dapur pada satu ketika dahulu. OK berbalik  pada topik asal, yang lain-lain sama aje ya, puan-puan...masukkan halia, secubit garam dan daun pandan. Untuk lebih menampakkan lagi ciri-ciri keCaliforniaan, setelah nasi hampir masak saya tabur sedikit kismis California. Motif: supaya otak kami anak-beranak lebih cekap hafal surah Yasin.

Resepi sambal nak? Ahh..tak payah la kot. Senang aje…melampau la kalau tak reti buat, kan!

Baiklah, nak selitkan juga gambar ini. Ini ketika kerja-kerja menilik ketulenan telur yang sedang dijalankan oleh seorang nutritionist di makmal beliau.

 

cek14411 056

Ada ruang udara. OK Lulus!

 

 

cek14411 063

Kuning telur juga bulat molek tidak bercampur dengan putih telur. See…. ai tulen, bangggg!

 

 

cek14411 067

Zoom out sikit. IT IS REALLY LAZAT GOSH! Ayat nak menggoda ni sebenarnya hahaha......

 

Sape nak? Meh sini nak suap.

OK, nganga luas-luas. Ololo…..cayang bucuk bucuk!

 

 

Caucincau!

Rabu, April 20, 2011

Pengikut Paling Setia

Acap kali jugak dia jenguk blog saya.  Katanya, entri yang paling digemarinya yang bertajuk Senyum Jangan Tak Senyum. Katanya lagi, entri tu best. Dan katanya lagi, dialah follower paling setia saya. Eleh, setia la sangatttt macam la orang tak tahu dia jenguk blog ni pun cuma nak baca  entri itu aje berulang-ulang ….entah apalah yang best sangat saya pun tak pasti.  Mungkin sebab ada lagu tu kot!

Petang tadi dia bertanya sesuatu…..

“Kenapa tak update blog hari-hari?” soalnya dengan muka comel.

“Mana la ada masa….” ujar saya dengan muka tak comel.

“Malam ni update, ya!”

“Tak ada ide lah.”

Ala, tulis je simple-simple…” Amboi pandainya dia cakap. Pengikut setia saya ni masih tak faham-faham. Orang kata tak ada ide, tak ada idelah! Bukannya tak nak tulis, tapi nak cerita pasal apa? Buntu. Susah juga kan kalau dipaksa-paksa gini! 

“Kejap lagi tulis ya!”

“Haisyh nak tulis pasal apa?”

“Apa-apa laaa…” desaknya lagi.

“Ye lahhh, ye lahhh… nak sangat..kejap lagilah buat entri… tajuknya  ‘Blog Ini MC 3 hari. Harap Maaf

Dia gelak.

“Tulis la Today’s Lesson!” usulnya. Masih tak putus-putus berharap.  Tension la layan pengikut yang sorang ni. Degil. Konfius dah…ini pengikut setia blog SSL ke, pengikut setia blog Ayah Pin?!

“OKlah, baiklah nak tulis la ni…. Dahhhhh, pegi main jauh-jauh! Syuh syuh!”

Jadi untuk memenuhi permintaan pengikut paling setia saya itu, maka hari ini saya cuma mahu tulis ini, nah ambikkk :-

 

 

Today’s Lesson:

Hai! takekoputaa! AN AN AN tottemo daisuki DORAEMON….AN AN AN tottemo daisuki DORAEMON….

 


261220101268

Harap-harap pengikut  paling setia saya ini sudah pun terhibur! Hahaha…kan dah kata dah, ibu tak ada ide, la nak!!!!!

 

 

Caucincau!

Isnin, April 18, 2011

EVOO

 

Seperti majoriti wanita Malaysia yang lain saya juga ingin kelihatan cantik dan molek. Sendiri rasa puas bila tengok diri cantik. Jadi untuk nampak cantik maka wajah wanita yang tiada natural beauty haruslah ditepek dengan mekap. Tambah-tambah buat orang seperti saya yang semenjak dua menjak ni baru perasan diri semakin tua maka mekap juga menjadi agen penting untuk menutupi ketuaan wajah sob sob sob.

Dengan keajaiban mekap, wajah yang agak kusam kurang menawan tiada tarikan pucat lesi persis hantu Mak Limah dalam sekelip mata boleh berubah rupa menjadi lebih gebu, anggun dan menawan hinggakan bila orang terserempak terus terkejut mak oi engkau ke So Shy Lady (bukan nama sebenar), ingatkan Rozita Che Wan tadi! Kihkihhh!

Kenapakah saya suka bermekap? Adakah untuk menarik perhatian kaum lelaki? Oh, tidakkkk... Nehiii betttyyy nehhhiii... Memang kita sedia maklum lelaki memang suka tengok perempuan bermuka cantik tapi jangan sesekali ingat perempuan yang rajin menjaga kulit siang dan malam, dari jenama MAC, Lancome, Simplicity hinggalah ke jenama Fair & Lovely bekerja keras menghapus segala jerawat, jeragat, pigmentasi,mengatasi tona tidak sekata, menutup segala kedutan semata-mata untuk menjamu mata kaum tersebut. No, no, no! Tak ada maknanya.

Saya suka bermekap kerana ia merupakan terapi minda. Apabila cantik, diri akan rasa ceria dan sekali gus mempengaruhi aktiviti seharian kita. Orang kata, mekap itu adalah sebagai pemangkin kepada keyakinan diri dan senjata kuat dalam memberi semangat untuk melakukan apa-apa kerja. Walaupun hanya mengoles nipis gincu di bibir, kecantikan pasti akan terserlah.

OK sebentar. Hahaha...apa bendalah saya duk merepek nih! Macam dah tak relevan pulak intro dengan isi. Baiklah, macam ni lah lurus ke titik (straight to the point) sebenarnya saya nak tanya uols soalan ni...

Heheh, dah mekap cantik cantik kan sehari suntuk, lepas itu sebelum mengerjakan solat atau sebelum tidur ofcos segala warna kat muka harus ditanggalkan. Sebelum mencuci muka dengan cleanser, uols ada guna make up remover tak? Ha, inilah sebenarnya topik yang hendak kita bincangkan pada hari ini! MAKE UP REMOVER, ya puan-puan. 

Saya pernah baca di internet, mekap yang tidak dibersihkan dengan betul akan menyebabkan lebih banyak sel kulit mati menimbun pada permukaan kulit muka. Sebab tu bila lepas cuci muka, bila kita tenyeh dengan kapas, kat kapas tu masih ada kesan kotoran lagi, macam kulit tak cukup bersih aje, kan! Jadi guna pencuci muka sahaja tidak memadai. Kita perlu guna make up remover dahulu untuk tanggalkan semua solekan sebelum mencucinya dengan cleanser.

Kini terdapat banyak produk khusus untuk remove mekap di pasaran. Uols suka jenama apa? Sebelum ni, saya pernah mencuba beberapa jenis jenama namun keputusannya tidak begitu memuaskan hati. Ada yang tidak menanggalkan sepenuhnya dan ada juga yang agak memedihkan mata. Oh, ya..saya beli jenama cikai aje heheh.

Sehinggalah saya bertemu dengan produk nan satu ini. Nak tau tak, dua tiga bulan kebelakangan ini hati saya sudah terjatuh cinta dengan EVOO!

 

 

happy 033

Inilah EVOO – extra virgin olive oil!

 

Tak perlu susah-susah berbelanja mahal cuma godek dari atas para dapur aje! Hihiiii.

Guna cotton pad, letak few drops kemudian gosok secara lembut ke bahagian mata, mulut dan seluruh muka. Memang mampu menanggalkan mekap dengan senang hatta yang waterproof sekalipun. Gently and effectively dan paling penting sangat menjimatkan wang ringgit anda.

Walaupun agak oily sikit tetapi jangan risau, selain menanggalkan kotoran pada wajah, EVOO juga berfungsi untuk menangani semua problem kecantikan lain terutama kedut. Setelah menanggalkan mekap, urutlah muka perlahan-lahan. Dipercayai minyak ini juga dapat membantu mempertahankan kelembaban dan kekenyalan kulit, melancarkan proses regenerasi kulit sekaligus melambatkan kedutan. Lagi satu, dalam proses memicit dan mengurut muka, tangan dan kuku kita juga turut menyerap khasiat minyak tersebut  dan secara tidak langsung menjadi lebih sihat. So pedicure ke apa ntah sudah tidak diperlukan lagi.

Itulah petua yang saya amalkan. Bagi saya, sesuatu yang berasal dari bahan alami adalah lebih baik. Betul tak? Cuba try test tengok tapi kalau tak sesuai dengan kulit muka uols, harap maaf OK, bebeh!

 

 

Caucincau!

 

 

 

(kawan-kawan, talian internet saya amat slow sejak akhir-akhir ini. Saya mohon maaf ya, jika terlambat membalas kunjungan kawan-kawan semua. Rasa nak tukar Unifi  je lah! Grrrr…..)

Khamis, April 14, 2011

Sampai Ceri-beri Dengar Dia Nyanyi

 

 

……. sebab suaranya tersangat sedap! 

Waduh-waduh hari ni tak tahu berapa kali dah saya duk tekan replay button tuuu….Hihiiiii alameks malu la pulak ngaku!

Suka na na na na na na-nya dan Rossa pun super comel. Tapi lagu ini agak kontroversi juga sebab saling tak tumpah lagu Ella dan Shah. Similar melody with different lyric…..

Ah, apa-apalah, but I really like both songs Winking smile

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Sebenarnya saya saje berlama-lama layan Youtube sebab hari ini rasa kurang ceria sikitlah. Sepanjang hari ni perut rasa mcm cramp aje. Aduh, on-off memulas.  Lepas tu ke toilet dah masuk 5 kali dah ni. Huhuhuuu... Orang yang tengah ceret-beret memang tak ceria, kan. Tulis entry ni pun dengan muka kelat aaarghhhh! Tak tahan tapi yang peliknya masih sempat lagi layan lagu Rossa. Ngada!

 

 

cek14411 083

Pernah tak cuba teh hijau Natural Clenx Tea NH Detoxlim? Heheh nak terber pun saya masih gigih upload, hebat kan?

 

Ya, benda alah nilah sebenarnya yang menjadi punca saya terceri-beri hari ini. Saya baru mencubanya pagi tadi. Bukan sebab nak slim ke apa sebab berat badan saya pun sebenarnya tak sampai 45kg pun tapi saya teruja sangat nak mendetoksifikasikan usus saya.

Maklumlah dah tua-tua ni kan, kenalah jaga usus betul-betul. Ya,lah kebanyakan penyakit hari ini puncanya datang dari usus yang kotor. Bila usus kotor, darah pun kotor. Orang kata bila buat detoks, najis kering pada dinding usus dapat disingkirkan secara mudah dan selamat. Bila semua najis kering dah disingkirkan dari usus, tiada lagi toksin dan angin dalam badan. So senanglah usus menyerap khasiat dan nutrien makanan yang kita makan. Badan pun akan jadi lebih sihat. Jadi sebab itulah saya teringin benar nak buat detoksifikasi, nih!

Tapi masalahnya saya rasa tak tahanlah asyik berkejar-kejaran ke toilet….adoi, penatlah!

Uols pernah ke mencuba NH Detoxlim nih?  Nak tanya.. Opppsss maaf lah kalau geli sikit. First time minum memang terceri-beri ke atau everytime kita minum sure ceri-beri?

Alamak rasa nak pergi membuang lagi lah. Haisyh sorry entri saya hari ini memang busuk!!!

 

Caucincau!

Selasa, April 12, 2011

Jangan Naik Komuter Ituuuuu…..

 

(Tajuk agak scary but don’t worry, ini bukan cerita hantu OK…ngeh3x)

 

07062010619

Hai, saya Nyanyah.

 

DSCN3537

Umur saya sudah 700 tahun.

 

DSCN3528

Hihiii....juz kidding! Mentang-mentang tajuk seram kan, saje nak bagi goosebumps horror segala…Dok ehh, saya masih muda lagi lah. Masih anak kecil.

 

Sebenarnya entri ini saya tujukan khas buat Suti kesayangan saya. Hai, Suti!

Haa...Kenal tak sape Suti? Apa? Tak kenal? Haisyh mana boleh tak kenal. Siapa tak kenal maknanya tak cinta, tau...ehhh salah.

Ala takkan la tak kenal Suti anak Kak Yah Rorine dari Kampung Potpet sebelah Kampung Mbekmbek tu. Masih tak kenal? Isyh isyh isyh....

Hahaha... . Ofcos la semua orang tak kenal kan sebab Suti tu bukanlah public figure pun. Apa la Nyanyah nihh. Suka menganiaya orang. Hihiii... Baiklah, OK nak tahu tak sape Suti yang sebenar-benarnya? Sape nak tahu sila angkat tangan, tutup ketiak!

OKlah jangan salah faham, ya…Suti sebenarnya bukanlah nama seorang artis dan bukan juga nama seorang bibik yang berasal dari Jawa Barat. No, no, no. Kalau nak tahu Suti sebenarnya ialah nama mak saudara Nyanyah yang belajar kat salah sebuah IPTA nun jauh di sana, di ceruk mana ntah Nyanyah lupa....Suti sebenarnya adik bongsu ibu Nyanyah lah. Hihiiii....

Hai, Suti! Lagi..

Tujuan Nyanyah (dengan bantuan ibu) tulis entri ini di hari yang mulia ini ewah macam raya pulak sebenarnya nak bertanyakan sesuatu. Nyanyah nak tanya, bila Suti nak kahwin? Eh, eh....takkkk. Guwau jerr hihiiiii.... Ni kami nak tanya bila Suti nak datang rumah? Dah lama Suti tak datang KL. Hari tu beria-ia kata nak datang. Nyanyah rindu sangat sama Suti, tau. Nanti semester break datanglah rumah kitaorang, ye! Bila ekk semester break? Hai, tak sabar rasanya. Ingat tu, datang KL! Psst....Suti jangan pergi Kluang tau... sebab KL lagi best. Kuikuikui jangan marah, ya orang Kluang itewww nanti cepat tua! Hihiiii.....

OK, cuma satu je pesanan Nyanyah, bila Suti sampai KL nanti, Suti tak payah naik komuter lagi dah. Naik teksi je senang. Bukannya apa.... Nyanyah kesian sangat kat Suti. Ingat tak dulu abah tak dapat ambil Suti sebab abah dah pergi kerja, Suti pun naik komuter dan tak sedar dah terlajak sampai ke Rawang sebab tak biasa. Ingat tak? Ingat tak? Hahaha...Oppps! Terketawa pulak! Sorry...

Adoi kesian Suti waktu tu, kan! Tak pe lah. Bak kata cerdik pandai... pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Tak gitu, Suti? Pssssst nak bagitau, ni rahsia kita berdua aje, tau! Sebenarnya bukan Suti sorang aje yang tak reti naik komuter, ibu Nyanyah pun tak reti, tau...Dia lagi jakun. Hihiiiiii. Lawak, kan! Alamak, dah bukan jadi rahsia kita berdua lagi dah, mesti ibu baca ni! Dan mesti Nyanyah kena marah lepas ni, makkkkkkkkk!

Ingat ye, Suti. Naik teksi tau, jangan naik komuter, OK!

Baiklah, di sini Nyanyah nak berkongsi dengan Suti cara-cara yang betul untuk menaiki teksi. Bukannya apa, Nyanyah sekadar nak pastikan Suti tidak menghadapi masalah lagi di kemudian hari. OK mula-mula, pastikan Suti tunggu teksi di tempat yang sepatutnya iaitu di perhentian teksi, bukan kat airport atau kat stesen bas OK. Bila dah nampak teksi, cepat-cepat tahan.

Pastikan betul-betul yang Suti tahan tu teksi, bukannya keretapi. Kang tak pasal-pasal kena gilis.

Masa nak tahan teksi tu, Suti jangan sesekali tahan dengan badan, yang ni memang saja je nak menempah maut namanya. Tahan saja dengan tangan. Lagi satu,tak perlulah sengih-sengih senyum-senyum manis sebab hanya bapuk aje buat stail macam tu!

Dah masuk, sebaiknya Suti duduk di seat bahagian belakang, bukannya atas riba pemandu teksi ataupun duduk kat dalam bonet. Kat dalam bonet, panas sikit sebab tak ada aircond.

Oh, ya jangan lupa tutup pintu teksi setelah masuk, ya. Ingat, naik teksi kat KL tak sama dengan naik teksi (beca) Pak Him jiran kat kampung Suti tuuu.

Sekarang ni semua teksi pakai meter jadi bila dah sampai, Suti dilarang sama sekali tawar-menawar ketika bayar tambang. Tawar-menawar harga teksi tersebut pun lagi la tak boleh.

Demikianlah serba-sedikit tips-tips menaiki teksi yang sangat berguna untuk Suti gunakan. Apa? tak nak guna? Tak nak guna sudah.

 

DSCN2955

Inilah dia Suti yang dimaksudkan. Suti belum tengok lagi gambar ni, kan….Ololo……sweet tak?!… maksud Nyanyah, sweet tak orang yang snap gambar nih? 

 

Sebelum kita berpisah, Nyanyah ada satu teka-teki buat Suti. Bunyinya begini,

Kalau SUTI berkaki DUA, berapakah pula bilangan kaki SURTI?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Jawapannya ialah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Jengjengjeng

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

DRUA!

*

*

*

*

*

*

*

*

Update terkini: nanti bila Suti datang abah kata dia akan ambik, so Jangan Naik Teksi Ituuuuu………. jugak!

OK deh. Along dah ajak Nyanyah pergi ngaji. Caucincau!

Ahad, April 10, 2011

Suami Yang Bijak Vs Isteri Yang Bijak

 

 

Suami yang bijak ialah suami yang sering meminta pendapat isterinya manakala isteri yang bijak ialah isteri yang sering meminta pendapatan suaminya.

 

 

 

 

 

 

Ahaks…..guwau jerrr. Selamat Hari Ahad semuaaa!!!

 

 

Caucincau!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rabu, April 06, 2011

Tak Baik La Wei!!!!

 

Salam sejahtera buat semua kengkawan best yang selalu menjenguk dan berkongsi rasa di sini…. I lap U! Juga salam sejahtera buat pembaca  senyap bucuk cayang saya yang sering singgah dalam diam, haiiii!

Baru-baru ini, last week ke bila ntah….saya ada singgah blog kengkawan =sz= dan Hanis Azla…. haisyhhh tiba-tiba aje hati ini cukup sentap baca entri diorang! 

Eh, relaks aaaa…. jangan buruk sangka ye! Diorang tak buat salah pape pun cuma hati saya rasa sebal sangat-sangat tatkala baca entri tentang kisah KECURANGAN yang mereka paparkan. Rasa kesian membuak-buak mengenangkan nasib isteri-isteri yang teraniaya dek  perangai kongkalikong suami masing-masing sebagaimana nasib kawan Hanis yang terpaksa menelan kepahitan dicurangi suami buat kesekian kalinya, tak serik-serik walaupun sudah diberi peluang kedua. Benci la!

Wei tok tok laki, apa curang curang ni ehhh?!!!! Tak baik la wei…… Why do men cheat on women?! Walaupun kaum perempuan pun ada juga yang curang tetapi berdasarkan statistik yang saya buat sendiri kebanyakan kes keruntuhan rumahtangga hari ini adalah berpunca daripada sikap kaum lelaki yang sungguh tidak bertanggungjawab! Sila panas bontot ye….

Sekali lagi, wahai tok tok laki mengapa mesti curang dan mengapa sampai hati melukakan hati bini mu? Tidak ingatkah janji mu pada yang tersayang dulu-dulu? Mula-mula kawin dulu segalanya manis tetapi lama-lama hilang dah yang manis-manis tu… yang tinggal cuma kencing manis! Brengsek!

                                             

 

Senario sejurus selepas nikah..

 Suami : Ya, akhirnya tibalah jua saat yang aku tunggu sejak sekian lama.

Isteri : Apakah kau rela berpisah denganku?

Suami : Tentu Tidak!! Jangan pernah kau berfikiran seperti itu.

Isteri : Apakah kau mencintaiku ??

Suami : Tentu!! Selamanya akan tetap begitu.

Isteri: Apakah kau pernah ingin berlaku curang??

Suami : Tidak!! Aku tak akan pernah melakukan hal buruk itu.

Isteri : Mahukah kau setia padaku??

Suami : Ya.

Isteri: Sayangku.......

Senario sesudah 5 tahun nikah....sila baca dari bawah ke atas!

 

Wahai tok tok laki…..best ke berlaku curang? Rasa macam hebat sangat ke dapat simpan lebih daripada sorang? Kenapa curang….ke sebab saje nak test market heh? Benci lah @#$%^& !! Hei janganlah hanya fikirkan nafsu sendiri je hingga perasaan isteri dan anak-anak langsung diabaikan. Tak kesiankah pada mereka? Tidakkah anda tahu betapa hancur luluhnya hati mereka. Pedih tau! Pedihnya macam pada suatu hari, kita sedang sibuk-sibuk kat dapur menyiapkan kerabu kaki ayam hek eleh, tak de contoh lain ke? lepas tu masa kita leka mayang  bawang tiba-tiba terhiris jari. Berdarah. Dalam pulak tu. Adedehhh sakitttt! Tapi sebab nak cepat, kita tak balut luka tu then kita terperah limau. Wei, pedih  pedih jari aku. Tolong! Tolong! Haa….macam tu lah rasa dia! Lalu kerabu tersebut pun dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tamat.

Lagi menambahkan rasa menyampah ialah bila dengar penjelasan tok laki bila dah terkantoi. Dah la menganiaya anak isteri lepas tu bila kena tangkap mulalah beri pelbagai alasan yang tak munasarawak langsung. Rasa nak sekeh aje kepala diorang  bila bagi alasan:-

U dah tak cantik, berlemak sana sini….hilang selera I!! Badan sendiri boroi macam bai jual roti tak cermin pulak!

U asyik dengan anak aje. Badan U pun dah bau muntah baby…jijik I! Dengan anak hasil sperm sendiri pun nak berkira.

U sibuk dengan kerja, kerja, kerja! I langsung U tak endahkan!! Habis kalau tak kerja camno nak bayar instalment kereta, rumah, bil, diapers bla bli blu…..

Asal I balik rumah aje, U membebel. Asal U membebel aje, I balik rumah! Mana I tak bosannnn…Ah! Alasan. Habis yang duk merungut serba tak kena, ingat isteri tak bosan ke…

Seriyes memang spesies suami sedemikian ialah spesies yang cetek ilmu munakahatnya, kurang bertanggungjawab.

Jadi, kesimpulannya tak kira suami atau isteri hari ini jagalah rumahtangga masing-masing sebaik-baiknya. Tak payah lah nak test test market. No curang curang, ok. Sedap memanglah sedap tetapi cuma sementara sahaja. Isteri dan anak-anak adalah amanah Allah. Sang suami jangan hanya cuba nak mencari kekurangan anak dan isteri sahaja tetapi sebagai seorang khalifah, jalankan tugas membentuk dan membimbing mereka sebaik-baiknya. Jadikan dirimu contoh terbaik dalam rumahtangga.

 

 

Caucincau!

Isnin, April 04, 2011

Pentingnya Membodek

 

Sebagai seorang ibu yang berusaha mendidik anak-anak menuju ke arah kegemilangan hidup, maka saya banyak menelaah dan mempraktikkan tips-tips berkaitan parenting skills dalam amalan harian. Salah satu tip yang setiap hari 3, 4x saya amalkan ialah membodek anak-anak.

Eh tapi sebelum itu saya nak terangkan maksud membodek dahulu. Bodek? Gapo gak? Kejadah apa nak bodek anak-anak nih? OK membodek more less mengampu. Maksudnya di sini ialah kita memberi pujian berlebih-lebihan kepada mereka bertujuan untuk mendapatkan faedah-faedahnya. Betul tak? Apa?  Salah?! Hahaha saya pun pening dengan definisi sendiri.

Hmmm whatever! Taktik ini memang terbukti amat berkesan. Sebagai contoh, bila saya minta anak-anak  kemaskan ruang tamu, bila anak berjaya lakukannya kadang-kadang pujian saya agak over sikit seperti……

“O wah terima kasih banyak-banyak ye sebab anak ibu ni cepat betul bila disuruh buat kerja. Best lah.” Seriously muka anak-anak akan happy giler. 

Lepas tu bodek lagi.

“Tak macam sesetengah anak orang lain… kadang-kadang bila mak diorang minta tolong, diorang buat endah tak endah aje atau tarik muka masam macam jeruk. Nasib baiklah ibu dapat anak yang rajin. Dah la rajin manis-manis pulak tuuu.”

Walaupun nampak macam ada agenda tersirat tetapi hasilnya cukup lumayan. Secara automatic (bukan manual) wajah anak-anak akan bertukar ceria. Muka sorang-sorang sungguh teruja.  Lari-lari sana-sini gelak-gelak dan sangat bersemangat seolah-olah meminta supaya saya suruh mereka buat kerja-kerja lain yang lebih mencabar lagi seperti menukar mentol terbakar, menyembat baju kurung, menyapu sawang, membaiki paip bocor atau membersihkan bumbung rumah.

See, betapa hebatnya fungsi membodek dalam mendidik anak. Amalkanlah selalu. Di samping itu dapat meningkatkan self esteem mereka!

 

 

Caucincau!

Jumaat, April 01, 2011

Lucu Ya!!!

Salam Jumaat semua,

 

Lucu ya......!!!
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke Starhill


Lucu ya..
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Desperate Housewives"


Lucu ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung


Lucu ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan


Lucu ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang


Lucu ya..
Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah


Lucu ya..
Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar


Lucu ya..
Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah


Lucu ya..
Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip


Lucu ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa


Lucu ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali..

 

 

 

Sumber: Unknown

 

Today’s Lesson

Pedih, pedih…..bila nak jadi baik nihhh?!  Meh la kita sama-sama memperbaiki diri  huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...