Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Mac 30, 2011

Hari ini Hari Rabu, Jom Kita Makan Kerabu

Petang nanti tak ada kelas, dapatlah berlama-lama sikit di dapur main masak-masak yeay. Dah lama saya mengidam nak makan kerabu. Entahlah semenjak dua menjak ini lidah saya ghairah betul nak merasa masakan Kelantan ala-ala Siam, tak tahu kenapa. Hek eleh kot ya pun, tak perlulah nak berghairah ghairah pulak kat sini. Geli orang membacanya.

Puan-puan jangan khuatir. Kalau acara masak-memasak bersama So Shy Lady confirm simple giler punya. Main campak campak aje sesuka hati. Masak lemak santan berlada tak mainlah. Sebab memang saya kurang makan makanan bersantan. Alahai terus terang je la tak reti buat sebenarnya. Ya, ya saya mengaku di sini...skil memasak saya agak lemah! Tapi sekarang dah OK dah sikit berbanding waktu baru kahwin dulu. Skil tahap zero...Nasib baiklah Allah jodohkan saya dengan suami yang tidak cerewet. Goreng telur mata kerbau letak kicap dan sos pun dia bilang sodapppp. Heheh. Bestkan dapat suami macam tu. Saya perhatikan, ramai perempuan yang tak reti masak akan bertemu jodoh dengan lelaki yang tak cerewet makan manakala perempuan yang terror masak tahap terrorist Allah jodohkan dengan lelaki yang agak cerewet. Perasan tak? Jadi anak-anak dara di luar sana janganlah risau kalau tak tahu memasak, ya sebab  pasti anda akan bertemu jodoh lelaki yang tidak cerewet nanti…..percayalah cakap saya.

Hahaha tak baiknya makcik blog nih. Suka suka hati aje cipta teori sendiri. Sila jangan percaya, ya adik-adik sekalian!

OKlah, haisyhhh saya ni suka benar menceceh. Ingat orang suka ke baca entri meleret-leret nih. Sekeh kang. Yalah, yalah…. tanpa membuang masa lagi jomlah kita mencuba resepi kerabu kaki ayam idaman kalbu nama diberi. Maaflah ya tajuk resepi dia mengada-mengada sikit, heheh. OK senang saja nak membuatnya. Cara-caranya puan-puan….

 

 

dh ka 024

 

Bowl Mula-mula kaki ayam dibersihkan terlebih dahulu, nak potong 2 pun boleh. Dah potong jangan bakar dan campak dalam sungai pulak. Kejam tuuu…. Kita letak garam sikit dan rebus sehingga empuk. Kemudian toskan.

 

kantan

  Alahai, bini sape la yg rajin duk kat dapur tu, ya! Diamlahh.

 

Bowl Bawang besar,  cili padi, bunga kantan, daun kesum sikit dan serai dihiris nipis.

BowlHiris juga mangga, kacang panjang dan tomato. Tabur  juga sedikit taugeh.

BowlCampurkan kesemua bahan yang telah dihiris bersama kaki ayam tadi dan digaul sebati.

BowlTambahkan garam, gula secukup rasa. Rasanya masam manis  dan pedas sikit. Adjust sendiri, ya puan-puan.

Bowl Kalau tak ada mangga boleh juga ganti dengan perahan air limau.

BowlDah siap bolehlah makan dengan penuh ghairah….. oppppssss!!!

 

 

 kerabu1

Tattada! The greatest kerabu kaki ayam idaman kalbu

 

 
 

Today’s Lesson:

Di dalam kaki ayam banyak mengandung protein yang tardapat pada kulit, otot, tulang dan kolagen. Wah, ada kolagen tuuu….Sape nak awet muda makanlah kaki ayam banyak-banyak, ya heheh! Dan salah satu bahan yang dapat mencegah kerapuhan  tulang selain dari kalsium adalah antigen imunogenik juga terdapat pada kaki ayam. Jadi, jangan sesekali meremehkan kaki ayam walaupun ia bersisik dan tidak berdaging, ok!

 Red rose

 

            Caucincau!

Isnin, Mac 28, 2011

Tak Ada Kena Mengena Dengan Mamee…(Part 2)

Salam ladies,

How are you today? I’m fine. Thank you….Winking smile

(Entry ni dah agak lama tersangkut dalam draft. Habis nak buat camno sejak kejadian bencana alam silih berganti, kelajuan internet saya agak kurang menyenangkan; lembab …lebih slow dari si Gary Spongebob tuhhh. Adoi la…rasa nak klekuk aje laptop nih. Hilang mood kita nak berblogging tapi nasib baiklah petang ni agak OK sikit, lega!)

 

Pada suatu petang yang best. Saya telah sempat luangkan masa melayan manusia-manusia berharga dalam hidup; siapa lagi kalau bukan si model-model tetap bucukmacam kesayangan.

  0706201063207062010633    07062010635  

Model tetap 1: Along

 

 07062010634 07062010636 07062010637

Model tetap 2: Nyanyah

 

07062010574  07062010576  07062010577

  Model tetap 3: Adik

 

Wei, wei apa motif tempek gambar berulang-ulang nih? Hek eleh, ni tak lain tak bukan nak minta orang puji  anak dia comel la tuu. Ye la tuuu….ye la tuuu…Hmmm dah tahu dah taktik kotor makcik blog so jangan duk layan, wokehh!!

 

Terima kasihlah pada empunya diri sebab insaf jua akhirnya. OKlah, ya lah, baiklah, fine saya berjanji akan jadi ibu mithali, bukan ibu pejabat. OK, janji! Huhuhu... Sebagai usaha menebus kesilapan lalu maka pada suatu petang yang best, saya telah memperuntukkan lebih 1 jam mengadap Youtube dan menggoogle banyak gambar-gambar berkaitan tsunami untuk diterangkan kepada mereka. Kesian budak-budak tu, kan… sebelum ni asyik kena shut up shut up aje. Heheh…Nyanyah lagi la mati-mati ingatkan tsunami itu sejenis makanan. Alahai comelnya tapi amat menyedihkan sekali. Aduh rasa bersalahnya saya. Teruknya mak diaorang nih! Sob sob sob.

Setelah bermuhasabah diri lalu saya cuba memperbetulkan mana-mana salah faham mereka itu. Tengah mereka bersemangat nak tahu, sebagai ibu bapa yang prihatin sepatutnya ambillah peluang tersebut untuk beri pengajaran yang sebaik-baiknya kepada mereka, mengertiiii? Herdik satu suara ghaib. Ya, ya baiklah saya mengertikkk! 

OK, anak-anak! Sebab semua excited sangat nak tahu pasal tsunami jadi ibu akan terangkan tentang kejadian gempa dan tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini dan perbandingannya dengan gempa dan tsunami yang berlaku di Aceh tidak lama dahulu.

Wah bunyinya terlalu ilmiah tapi takde la ilmiah mana pun. Banyak fakta-fakta penting saya terangkan tetapi kesemuanya menerusi gambar. Maklumlah, otak budak-budak  kan lebih mudah faham kalau disertakan gambar-gambar.  Baiklah semua sila beri perhatian  ketika ibu mengajar ya, kalau tak…. confirm tak faham!

Anak-anak,

Istilah tsunami berasal dari bahasa Jepun. Tsu bererti “pelabuhan”, dan nami bererti “gelombang”, jadi tsunami dapat diertikan sebagai “gelombang pelabuhan”. Buat masa sekarang kalau blurr tak apa. Lama-lama fahamlah nanti. Gempa dan tsunami Jepun, mengingatkan kita akan gempa dan tsunami yang melanda Aceh pada Disember 2004 lalu. Kedua gempa dan tsunami ini menimbulkan kerosakan yang sangat parah. Mari kita buat perbandingan.

 

 

Tsunami Aceh : 26 Dis 2004.  Dasyat…. rumah kita pun turut  sama bergegar tau. Cemas betul. Waktu ni Adik belum ada lagi.

 

Tsunami Jepun : 11 Mac 2011 lalu. Syukur rumah kita tak terkena tempiasnya sebab kedudukan Jepun jauh dari Malaysia.


 

 

Aceh: detik-detik cemas ketika ombak maut mengganas

 

Jepun : begitu juga tatkala gelombang besar melanda bahagian  timur Jepun. Dasyat sekali.

 

 

Membandingkan Tsunami Aceh & JepangMembandingkan Tsunami Aceh & Jepang

Aceh: Semuanya hilang sekelip mata

 

 

Jepun: hal yang sama juga terjadi….hanya sedikit bangunan tersisa

 

 

Aceh: korban lain ialah kapal

 

Membandingkan Tsunami Aceh & Jepang

Jepun: jumlahnya lebih banyak

 

       

Aceh:  korban jiwa hingga 128,000 orang!

 

Jepun: setakat ini dilaporkan hampir 28, 000 orang mangsa terkorban dan masih hilang

 

 

Aceh: kesedihan penduduk Serambi Mekah

 

Membandingkan Tsunami Aceh & Jepang Jepun: kesedihan rakyat Negeri Sakura

 

 

Along tau kenapa Allah turunkan tsunami?

Sebab Allah nak tegur dan beri peringatan kepada seluruh umat manusia supaya jangan buat jahat, jangan buat dosa dan merosakkan alam.  Kena rajin solat, rajin mengaji, banyak berdoa, buat baik pada orang….barulah Allah tak murka lagi pada kita. Faham?

Dan Nyanyah pulak….lepas ni jangan fikir  lagi tsunami tu makanan hanya sebab bunyinya macam Mamee. Ingat ya! Tsunami dan Mamee tak ada kena mengena, wokehh!!!

Demikianlah sebahagian daripada pengetahuan tentang tsunami yang sempat saya kongsi dengan model-model tetap. Harap-harap mereka faham.

 

Today’s Lesson:

Lima minit yang kita luangkan secara aktif dengan anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik kepada mereka untuk jangka panjang.  Jadi sentiasalah berinteraksi dengan anak-anak sekerap mungkin. Kalau nak anak-anak dengar cakap kita, maka kita juga kena dengar cakap anak-anak. Dan semasa sedang bercakap dengan mereka, jangan pula muka ibu bapa mengadap TV atau lappy atau menoleh ke tempat lain pulak, ya. (Adoi terasanya! Dah tahu tapi selalu buat begituuu….huhu). Renunglah mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap kerana ia akan memberi kesan emosi yang sangat mendalam.  

 

Caucincau!

 

 

Update: Dilaporkan gempa bumi berukuran 6.2 pada skala ritcher  kembali menggegar Jepun pada pukul 7.20 pagi tadi (sumber: Buletin 1.30 TV3). Ya Allah ampunkanlah dosa kami, Ya Allah…

Selasa, Mac 22, 2011

Tak Ada Kena Mengena Dengan Mamee… (Part 1)

Sepanjang minggu lepas, acap kali model-model tetap asyik kena marah aje dek suka membuat bising tatkala laporan tsunami sedang rancak disiarkan di Buletin Utama. Sebenarnya si ibu pun rasa pelik juga. Manakan tidak, asal keluar aje berita pasal tsunami, dan dan tu lah diorang memekak buat bising. Asal aje diorang buat bising, dan dan tu lah keluar berita pasal tsunami. Macam Apek Senario lah pulak. Pelik betul. Adakah ianya satu suratan atau mungkinkah hanya satu kebetulan?  Haisyh, manalah I tahu, tanyalah Kenny Rogers Kenny, Remy dan Martin. Suasana hingar-bingar yang tercetus akibat fenomena luar biasa tersebut akhirnya telah menyebabkan berlakunya tindak balas kimia dalam badan si ibu. Si ibu pun mulalah berasap. Haisyh, nak tengok berita pun tak senang, tau. Disebabkan tumpuannya sering terganggu maka dan dan itu jugalah wajah vogue si ibu secara automatik bertukar menjadi monster. Grrr…..Angry smile 

 

Model tetap 1: Ibu, ibu ke….

Monster: Shyyyyhhhhhh!!!

Model tetap 2: Apa yang berla……

Monster: Diamlah! Sibuk je!!!

Model tetap 1: Apasal ru……

Monster: (jeling ) Haisyhh!

Model tetap 2: Tsunami tu ap……

Monster: Hei, diammmm boleh, tak?!!!! 

Model tetap 3: Ibu, adik nak pe…..

Monster : Nak apaaaa?!!!!!!

Model tetap 3: Adik nak pemadam…..

Monster: Haisyh budak ni, nah! Ambik ni…pergi main jauh-jauh! Kacaulah!!! Tak nampak ke ibu tengah tengok berita tsunami. Penting nihhhh!!!…Grrrrr…..

 

Alahai, malang sungguh nasib model-model tetap dilayan sebegitu rupa. Setelah dimarahi beberapa kali oleh si ibu dan menyedari kehadiran mereka kat ruang tamu itu sekadar melukut di tepi gantang aje so masing-masing dengan wajah yang sangat hampa perlahan-lahan beredar membawa diri masuk ke dapur membiarkan si ibu menghayati berita tragis tersebut sorang-sorang diri.

Model tetap 1 (nada sebak dan kecewa): Nampaknya ibu langsung tak mempedulikan kita lagi. Ibu lebih pentingkan TV berbanding kita. Jomlah Nyanyah, adik…… kita buat kecah kat dapur!

*

*

*

*

*

*

*

Begitulah, alkisahnya……. Kesian kan mereka, kan. Haisyhh teruk betullah si ibu tu! Nampak sangat parenting skill terlalu lemah. Patut ke anak tanya soalan dia buat derkkkk aje! Tak patut, tak patut. Dah tu garang melampau. Macam mana nak jadi ibu mithali macam nih?! Lain kali kalau tak reti jadi ibu mithali jadi ibu pejabat je lah senang. 

*

*

*

*

*

*

*

Ya Rabbi….apa saya dah buat? Suddenly I feel so bad.  Ye lah, teruknya saya nih. Memang tak patut saya melayan anak-anak begitu. Perlahan-lahan saya menyesali diri. Crying face 

 

07062010631

mangsa

 

 

 

Bersambung….

 

 

 

Isnin, Mac 21, 2011

This Song Just Made My Day

Salam ladies,

Hai, apa khabar? Sihat? Dah lunch?

Pagi tadi saya agak biru. Maka itu saya telah mulakan Isnin saya yang biru dengan youtube session. Heheh…

Jap, jap… sebelum tu nak tanya uol dah baca ke paper hari ini? Sesiapa yang dah belek tu pasti dah terbaca berita pasal AS buat kerjasama dengan Britain, Perancis, Kanada dan Itali lancarkan serangan peluru berpandu terhadap tentera Libya semalam, kan? Ngokngek! Saja nak menangguk di air yang keruhlah depa nih. Alahai, perang lagiiiii…..Penat tau baca berita pasal pergolakan di negara-negara Arab tu.  Sampaikan sekarang saya dah tak rasa terkejut lagi dah. Tak habis-habislah mereka tu, kan.

Jiwaku letih menatap dunia yang semakin hancur. Apakah sudah tiada kerja lain ke yang lebih baik selain dari menumpahkan darah sesama manusia di muka bumi ini?  Tidak adakah kata damai selain dari menggunakan senjata dan menumpahkan darah orang-orang yang tak berdosa? Sedangkan Allah mencipta  manusia untuk beribadah, bukannya berperang. Mengapa mesti berperang? Mengapa?! Mengapa?!!!! Haa tengok tu, saya dah membebel sorang-sorang dah.

OKlah, malas nak elaborate panjang-panjang pasal konflik kat Libya tu. Buat sesak dada aje. Jom kita dengarkan single terbaru dari Maher Zain, "Freedom"….lagi enak dan menenangkan.  According to him, this song was inspired by the political crisis in the Arab countries. Jom layanzzzz…….

 

 

 

FREEDOM (Maher Zain)

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call …ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall… oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our home
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

 

 

Itu sahaja buat hari ini.

Harap saya dapat jadikan hari ini satu Isnin yang produktif! Please, wake up! Golden day to find. No blues blues, orait!

 

Caucincau!

Selasa, Mac 15, 2011

Rozita Che Tu Bercinta dengan Awang Hitam

Sejak abang polis kerap buat rondaan di kawasan perumahan saya, bayangan kesatria baja hitam Awang hitam kini sudah semakin susut bilangannya. Lega…. Kalau tak, mak aiii….bersepah. Dulu, kami warga penduduk pening kepala betul dengan ragam makhluk besar gedabak kaler hitam tu.....Biarpun mereka orang asing, tapi suka buat kecoh kat tempat orang. Besar kepala. Haisyh… memang menyampah betullah dengan spesis nih!! Dah tak boleh bersangka baik lagi dah. Dah la kurang beradab. Teguk arak, mabuk, buat bising, buat sampah, bergaduh, kacau perempuan, langgan pelacur, dadah, black money, rape. Pernah sekali tu time orang baru balik kerja diorang bergaduh sesama sendiri siap dengan aksi tembak-menembak lagi di tempat awam. Tak ke bengong tu. 

Lagi satu habit diorang ni, suka kacau isteri orang! Gila.

Dulu, ada la something extraordinary happened in my neighbourhood…..

Seorang jiran saya telah dikelar muka dan badan setelah suaminya dapat tahu rahsia hubungan sulitnya dengan si Awang Hitam. Akibat malu dan dah tak dapat tahan sabar, sang suami hilang pertimbangan lalu mengelar wajah cun isterinya itu dengan sebilah pisau rambo. Dasyatnya.

Eee..entah apa-apa la. Memang tak sangka betul hal begitu boleh berlaku di kejiranan saya. Sebelum ini, asyik baca berita-berita gempar sebegitu dalam paper aje.

Saya memang kenal akak tu. Walaupun tak pernah bertegur sapa tapi kalau terserempak, kami selalu berbalas senyum. Friendly jugaklah saya ni kan walaupun sebenarnya agak malu-malu rimau orangnya. Hahaha ye la tuuu….! Tak tahu pun apa namanya tetapi saya gelar dia Rozita Che Two coz dia ni memang super duper lawa. Kalau tengok dia, mata saya pasti tak berkelip. Eh, eh….lain macam bunyinya. Jangan salah sangka! Hobi saya suka lihat sesuatu yang indah tak kira apa saja. Lelaki kacak pun saya tengok jugak. Isyhh, sungguh gatal bini sapalah nih! Epppps, jangan berfikiran negatif. Sekadar ingin menjelaskan tahap kenormalan saya saja! Haha..

Nak puji dia lagi. Orang pasti tak akan percaya yang akak tu dah beranak 7. Akak tu memang lawa, jelita dan cantikkkkk sangat sangat. Tak tipu. Memang saya admire dia. Suka sangat tengok dia. End up, rupa-rupanya dia....Dem!

Frustnya saya. Kan dah kena kelar laki?! Aduhh...ngeri! Entah-entah dia dah terkena black magic, saya rasalah. Ramai juga yang beranggapan begitu. Kesian betul tengok anak-anak dia yang comel tu. Ibu sakit, bapa di penjara. Sungguh huru-hara. Yang si negro tu pun satu hal! Hey, kau pegi kacau isteri orang, pesal?! Benci betul. Memang saya cukup hot…. tapi dalam hati aje la.

 

 

ehsan google

 

Berhampiran kediaman saya memang ada sebuah kolej swasta antarabangsa. Jadi bila disoal, mereka akan keluarkan pas pelajar. Belajar konon. Muka baya pakcik pakcik introduce as students, confuse! Mula-mula guna pas student ...pastu menetap terus. Kalau terserempak dengan diaorang ni, mulalah mulut saya terkumat-kamit baca ayat Kursi. Macam terserempak hantu pat pat siku lipat lah pulak. Relaks, buat muka confident. Dalam hati, jangan berani dekat ya, aku ada black belt color black! Finally, saya rasa seolah-olah takut berada di negara sendiri. Sadisnya.

Kadang-kadang saya perhatikan, sikap kita yang terlalu mengalah dan baik sangka terhadap warga asing telah dimanipulasi oleh kumpulan terbabit. Senang cakap, bagi muka pijak kepala. Hmm...memang tak gunalah negro!!

Tapi sejak akhir-akhir ini dah jarang dah nampak kelibat mereka di kejiranan kami. Dengar cerita, kumpulan mereka kini dah bergerak ke kawasan Ampang pula. Lega lah sikit…. Rasanya pihak kerajaan elok hentikan saja pengeksportan pelajar-pelajar Afrika ke negara kita. Bukannya datang nak belajar pun. Buat semak jelah!

Sekian saja keluh-kesah saya pada hari ini….

To lose heat, jom kita layan gambar perempuan jelita kat bawah ni....Oh, ya…tajuk entry kat atas tu tak ada kena-mengena langsung dengan Rozita Che Wan, ya!

 

rozita_2

Gambar ehsan google. Super anggun. Perfect! Wokeh, saya nak pose ala-ala RCW lah nanti!   

 

Today ‘ s lesson :

Berhati-hatilah dengan mat-mat Negro yang memang pandai mengayat. Dasar pengacau! Mereka pakai black magic, kita lawan dengan ayat Kursi, orait!!

 

 

Caucincau!

 

 

 

 

 

Sabtu, Mac 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Salam ladies,

Buat apa tu? Burppp…Alhamdulillah kita baru selesai sesi minum petang dengan model-model tetap kesayangan.   Winking smile

Ni saya ada satu soalan nak tanya ni…. uols tahu tak kenapa lelaki berblog? Nape ekk?  OK tak payah jawab! Haisyhh makcik blog nih…cakap je terus-terang  kau nak menjoinkan diri dalam segmen terbaru En. Ben Ashaari tuh. OK, OK!

Heheh…sebenarnya saya nak join segmen BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN. Nak join jugak? Sila klik.

 

 

 

Soalan ini dijawab oleh blogger PEREMPUAN

  1. Dalam memberi pendapat dalam entri, apakah blogger lelaki benar-benar ikhlas ?

    --> Heheh….rasanya ikhlas kot. Kita kan kena bersangka baik sesama insan  Winking smile

  2. Blogger lelaki malu nak letak gambar? Kenapa ?

    --> Ntah apasal ntah…. saya pun tak faham. Mungkin leceh nak upload gambar kot, ye laa….kerja-kerja leceh ni kan kerja perempuan.. atau mungkin juga mereka nak low profile … heheh saya bersangka baik lagi ni.. Winking smile 

  3. Pada pendapat anda, kenapa lelaki berblog. Secara umum ..

    --> Sama jugalah dengan puak kami…sharing is caring…. nak meluahkan pendapat, nak meminta pendapat dan juga menambahkan pendapatan Winking smile

  4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan? Kenapa?

    --> Itu la pasal… jeles tau. Senang senang diorang dapat ramai follower. Tapi apa yang saya perhatikan kebanyakan header diaorang tu cantik cantik dan lebih kreatif. Mungkin secara tidak langsung hal ini turut dapat menarik kedatangan ramai pendatang asing pengunjung ke blog mereka di samping penggunaan bahasa mereka yang lebih sempoi dan mudah hadam. Haisyh... tiba-tiba rasa segan pulak dengan stail penulisan sendiri yang tak seberapa nih Embarrassed smile

  5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..

    --> Blog Kabutar DieselAsrul "Ilham" Sany, Nasron Hasyim dan beberapa orang lagi…..

  6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..

    --> Eh, ada soalan lagi? Hmmmm…apa ye? Yang pasti of koslah  takde gambar bunga-bungaan hahaha hmm…mungkin juga saya akan letak gambar tengah posing dalam gym kot hahaha…

 

Hahaha dah habis dah soalannya. Legaaaa…….

 

OKlah permisi dulu ya, nak layan cerita kartun ngan anak-anak pulak!

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...