Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Februari 28, 2011

Street Basket Ball

Aktiviti Sabtu lepas.  Terlompat-lompat saya main.  Walaupun penat tetapi seronok gila weh. Seumur hidup tak pernah pun main basket ball nih. Setelah bermain permainan itu, saya berasa lebih seronok daripada permainan lain yang pernah saya main sebelum ini.

Ketika bermain permainan street basket ball, kita harus beri seluruh tumpuan pada bola yang berada dalam tangan supaya kita boleh shoot bola itu tepat pada jaring. Dan yeh yeh, kita harus melompat depan dan belakang  sekiranya bola itu berjaya masuk ke dalam jaring sebab bukan senang nak shoot, tau. Sungguh mencabar. Tapi memang tak sangka betul saya yang cinonet macam hobbit ni boleh sumbat banyak gol. Cayalah!

Ketika perlawanan berlangsung, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memasukkan bola di jaring lawan..heheh kacang aje. Walaupun En. HB bantai gelak tengok saya main tapi ah, peduli apa.  Heheheh saya suka. Kelas, gitu!

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

 

nokiafeb11 185

 

nokiafeb11 178

Inilah permainan street basket ball yang menambat hati saya

 

nokiafeb11 187

Main dengan model-model tetap sungguh menyeronokkan!

 

nokiafeb11 188

Jaringnya dekat aje hahaha mana tak score…… cheese cake betul!

 

nokiafeb11 200

  Selain street basket ball, mereka main macam-macam termasuk ini.

 

nokiafeb11 197

Permainan ini sangat menambat hati si kecil

 

 

nokiafeb11 195 

Bu, nak main lagiiiiiii! Boleh la bu. Boleh la buuuu….Masing-masing buat muka sedih mohon simpati bila diajak pulang. Hahaha…

 

 

 

Today’s Lesson:

Bagi seseorang anak, bermain barangkali adalah aktiviti yang amat penting dan menyeronokkan. Oleh itu ibu bapa perlu mencari sedikit masa untuk bermain dengan anak-anak mereka.  Apabila ibu bapa menaruh minat di dalam permainan si anak dan cuba sedaya upaya untuk ikut serta, pasti anak akan selesa memandang ibu bapa sebagai rakan.Tapi ibu bapa jangan terover main lebih dari anak pulak, ye… macam orang kat atas tu ngehngehngeh…..

 

Caucincau!

Jumaat, Februari 25, 2011

Awak Sihat?

Assalam,

Tidak terburu-buru itu SABAR

Jika insaf itu SEDAR

Ucap janji itu NAZAR

Belum makan itu terasa LAPAR

Selepas Zuhur itu ASAR

Usaha itu IKHTIAR

Yang baca ni apa KHABAR????

 Smile

 

Hmmm.. curious sebab malam semalam bila jengah rakan-rakan blogger, ramai pulak duk mengadu demam selsema segala. Alahai…simpatinya. Mungkin akibat perubahan cuaca sejak akhir-akhir ni yang kejap panas kejap hujan, kan.

Okaylah, uols percaya tak kalau saya kata  dah hampir 3 tahun saya tak pernah mengalami demam atau selsema. Tak percaya? Betuuuul….tak tipu.  Alhamdulillah….Syukur sangat-sangat atas nikmatNya. Ini bukanlah bermakna saya tak pernah langsung sakit. Pernah juga sekali dulu saya mengalami batuk dan kadang-kadang ada juga sakit kepala sebab tak cukup tidur.  Tapi demam dan selsema memang dah lama tak kena.

Maka, pada hari ini tergerak pula hati saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian  tips yang saya amalkan untuk kekal sihat sepanjang masa.

 

Ladies and gentlemen, dengan ini saya mempersembahkan……hek eleh..

 

redaxon 015

Macam biasa, gambar tak pernah clear… Sad smile

 

basuh kain 071

 

Hahaha… saya tak adalah baca jampi saripah atau amalkan rahsia-rahsia pelik. Selain tidak putus berdoa di akhir solat, saya cuma amalkan mengambil Redoxon Vitamin C Effervescent sebagaimana gambar kat atas tu haaa.

Kita semua tahu Vitamin C boleh diperolehi daripada makanan yang dimakan setiap hari tapi it’s not enough for our bodies. Sebab itu lah saya selalu amalkan mengambil Vitamin C ini setiap hari especially kalau time rasa penat atau kalau hidung asyik terbersin aje, I will immediately take my Redoxon as soon as possible.

Tablet Redoxon Double Action Effervescent adalah kombinasi Vitamin C berkepekatan tinggi dan Zink yang amat penting untuk mengekalkan sistem immunisasi badan serta menggalakkan pertumbuhan sel dan tisu badan yang sihat. Dikatakan tablet jenis effervescent adalah lebih tinggi kadar penyerapannya berbanding tablet biasa.

 

Vitamin C: bekerja dengan sel darah putih untuk mengekalkan sistem immunisasi yang sihat

  • Antioksida yang meneutralkan radikal bebas  
  • Diperlukan dalam diet setiap hari kerana ia tidak dapat disimpan dalam badan untuk jangkamasa yang lama

Zink: juga membantu mengekalkan sistem immunisasi yang sihat

  • Diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit

 

Setiap tablet mengandungi 1000 mg vitamin C. Rasanya sedap dan saya sangat sukakan perisa oren. Since there is no artificial colours, flavours and preservatives in this product, jadi tak perlulah risau akan kesan sampingannya. CUBA TRY TEST!

 

Uols ada tak, tips lain yang boleh dikongsi untuk kekal sihat?  Jom share!

 

Today’s Lesson:

Mencegah itu lebih baik dari merawat.

 

Caucincau!

Selasa, Februari 22, 2011

Sejenak Bersama Saya……

Hari ini anda semua akan disajikan dengan kisah ‘Sejenak Bersama So Shy Lady Membuat Pemeriksaan Mata ’. Ceh, bunyi macam gempak padahal cuma nak update kehidupan saya yang berlaku last weekend aje... hahaha.

Sebenarnya entri hari ini adalah rentetan daripada entri hari itu....

Ingat tak perihal saya terkena sindrom dulu? Tak ingat? Tak ingat tak pe la saya pahammm...heheh. Hari tu kan, saya beria-ia kata nak cuba pati prune Innershine tapi sebenarnya sampai ke la ni saya belum membelinya lagi.

En.HB (bukan HeartBeat) kata better saya pergi buat pemeriksaan mata dululah mungkin power dah naik kot. Ni kes BW tak hengat la ni sampai letih lesu biji mata saya dibuatnya. Tapikan, memang dah dekat 2 tahun dah saya tak pergi check mata lagipun. OMG Ya Tuhan, ye lah baru saya ingat. So hari Sabtu lepas saya pun pergilah ke satu optical shop to check my eyes.

 

   nokiafeb11 081                  

  Ini lah dia kedainya. Wow, ada promotion la. Gambar disnap oleh Along....boleh tahan.

 

nokiafeb11 039

Mula-mula check mata kanan, lepas tu check mata kiri. Hahaha....detailnya explain. Hmmm...dah agak dah. Agak sedih juga sebab power saya zassss.....melonjak naik di papan utama. Patutnya bila usia dah lanjut, power semakin menurun....kata anonymous.

 

 

nokiafeb11 053

Selesai check, maka saya disuruh pula untuk memilih bingkai cermin kesukaan. Alahai, mana satu nak ni? Oh, well, wanita vogue macam saya ini sudah tentulah inginkan yang nampak glam dan sophisticated. Chait! Sape-sape rasa nak muntah, silalah muntah atas riba masing-masing, ya.

 

 nokiafeb11 046 

Kusyuk

 

nokiafeb11 047

Syhhh jangan kacau...Anak-anak pergi main jauh-jauh!

 

nokiafeb11 040

Yang mana satukah idaman qalbu? Isyh, isyh rambang mata pulak dah! Cak klepuk klepuk klepa.......

 

        nokiafeb11 044   

          nokiafeb11 051  

Ok tak, yang ni?

 

Memandangkan ada promosi - mana-mana pelanggan yang menderma kepada Tabung Persatuan Bulan Sabit Merah akan dapat satu lagi spec percuma wah, apalagi....maka saya pun tidak sesekali melepaskan peluang keemasan tersebut. Jadi sekarang saya ada dua specs, 1 untuk window shopping manakala 1 lagi bolehlah saya guna untuk blogwalking heheh......

Ketika sedang sibuk mengisi borang maklumat, rupa-rupanya model-model tetap saya juga sedang sibuk beraksi sesama mereka. Lihat....

 

nokiafeb11 052

Let me teach you how to calculate total cost…

 

    nokiafeb11 084   

Nyanyah si shy shy cat

 

nokiafeb11 059

Along si photographer ni pun sibuk nak menerai jugak!

   

Selepas selesai segala urusan, kami pun baliklah  ke rumah……. hahaha tak ke comel ayat nih?! Macam karangan Along.

Kalau tak selitkan info ini rasanya tak sempurna pulak entry saya hari ini. Eceh...Baiklah, setelah tercampak ke dalam permasalahan mata dan saya pasti antara faktor penyumbang kepada permasalahan ini tak lain tak bukan adalah disebabkan oleh penyakit yang banyak dihidapi oleh ramai penggila komputer di era digital ini iaitu Computer Vision Syndrome. Jadi kini saya akan kongsikan dengan anda semua cara-cara untuk mengelakkan diri daripada jangkitan sindrom tersebut.

Setkan dalam minda masing-masing – blogging, blogging jugak tapi kesihatan anggota badan kita pun nak kena jaga jugak, ya!

-Sebelum terjadi ketegangan pada mata, pastikan keadaan pencahayaan cukup optimal di kawasan kerja kita.

-Breaks are important! Berhentilah beberapa minit setelah 1 jam di depan skrin. Jangan berlama-lama di depan komputer kalau memang kerja terpenting kita sudah selesai. Offkan komputer dan pergi buat kerja lain dahulu. Ingat weh So Shy Lady kalau dah siap kerja jangan ngada-ngada layan Youtube pulak.

-Buat beberapa latihan sederhana pada mata. Latihan ini memerlukan sekurang-kurangnya setengah jam dan kita digalakkan membuatnya secara berterusan.

  • Duduk atau berbaring dengan posisi relaks, gosokkan kedua tapak tangan bersama-sama selama beberapa saat kemudian tutup mata. Letakkan tapak tangan dekat mata tetapi tidak menyentuh mata.
  • Duduk selama sekitar dua minit, kita akan mulai melihat kegelapan yang akan memberikan terapi pada mata.
  • Pejamkan mata selama 3-5 saat kemudian buka kembali selama 3-5 saat. Ulangi langkah ini beberapa kali.

Dan banyak lagi tips-tips penjagaan mata boleh diperolehi dari sini!

 

nokiafeb11 133

Spec baru kiterrr…..ngada-ngada, takde la sophisticated mana ponnnn Smile with tongue out

 

Today’s Lesson:

Mata adalah anggota badan yang yang sangat-sangat bernilai dalam kehidupan. So marilah kita jaga anugerah Ilahi ini baik-baik!

 

 

Caucincau!

 

 

Jumaat, Februari 18, 2011

Dapat Hadiah!

Ahaaa….maaflah ye, kali ini no entry tentang Mr. Right sebab Dr. Love MC hari ni hahaha…

Eh, eh  jangan bunuh diri! Jangan risau sebab  beliau tetap akan kembali lagi pada lain siaran, wokeh?  Rolling on the floor laughing 

Hari ini saya cuma nak beritahu perkara ini. Ingat tak lagi, sebelum ni saya ada join contest Darlee Zuris. Ingat tak? Apa, tak ingat?! Hmmm…. tak ingat, tak pe laaa. Iye……. saya pahammm. Disappointed smile Crying face

Tapi kan, sungguh tak disangka first time saya join contest terus dapat tempat  ke-3, awakkkk!! Surprised smile  Sila buat muka terkejut beruk semua.

Dan ini la dia Gift with a bow yang saya dapat...jeng jeng jeng.  Bertuahnya saya. Zuris, tqvm….Thumbs up  Suka, suka! Sangat-sangat sweet! Tapi, lambat sangat post entry ni heheh, sorry ye, dik!!! Disappointed smile

 

present 001

inilah rupa hadiahnya…. maap gambar tak cantikkk!

 

 

happy 048l

cuba lagi sekali, letak atas riba….huhuhu kecewa! Sape nak hadiahkan saya Canon PowerShot SD940 IS, heh?

 

 

 happy 040

Abaikan urat-urat yang berselirat itu….

 

Zuris, serius akak suka gelang tu! Simple n nice. Tambahan pula, ecece…. ayat skima, gelang kesayangan akak  pun sudah lama putus terlerai kasih …. dan dan dapat pengganti dah heheh Winking smile happy happy.  Perfume tu pun best jugak…..sangat menarik tertarik dan teh tarik. Tengs ya!!

 

 

happy 081 

gelang lama yang malang namun bak kata penyanyi mana ntah, Notepatah tumbuh hilang berganti….mengertilahhh!Note

 

Lagi sekali terima kasih, Zuris. Tenkiu, tenkiu! Toce, toce! Lain kali buatlah contest lagi, ya! I like… Open-mouthed smile

 

 

Caucincau!

Rabu, Februari 16, 2011

Mencari Mr. Right Lagi

Kalau nak baca entri ni, kena baca  yang ni dulu, faham?! Sape-sape tak ikut arahan, kena potong markah!!!Angry smile 

Hahaha...garangnya.  

Dah seminggu blog ni tak berupdate. Bukannya malas tapi saya tersangat bizi. Maaflah ya  buat  mereka yang ternanti-nanti akan sambungan entri lepas. Tiba-tiba sahaja muncul kerja bertubi-tubi tiada henti. Eh, sepatutnya sekarang ni pun saya kena tolong En. Hubby siapkan assignment dia juga, tau. Oklah  saya taip cepat-cepat nih.

Sambung kat mana hari tu?

*

*

*

*
Masih berkisar lagi tentang soal mencari jodoh. Hmm...sebenarnya saya pun kurang pasti ciri-ciri lelaki idaman gadis zaman sekarang. Maklom la, dunia kini semakin berubah dengan penguasaan teknologi yang canggih maka taste mereka dalam memilih jodoh juga mungkin sudah semakin canggih. Saya ada bertanyakan Cik Mas bagaimanakah ciri-ciri Mr. Right yang dia impikan. Apakah dia mendambakan seorang lelaki setampan budak kat bawah ni? 

 

 

.... atau yang hebat bersukan seperti budak ni? 

 

 

…......atau elok agamanya seperti budak ni? Aikk, dia ni lagiiiii…

 

….atau yang hormat orang tua seperti dia ni? Haisyh, takde gambar budak lain dah ke?

 

Ok, Ok lah saya gugel gambar orang lain la pulak…..

 

Atau mungkin ramai yang mendambakan jejaka yang tinggi keintelektualannya hingga mencecah angkasa seperti doktor hensem ni?

 

…..atau mungkin juga ada yang mahukan jejaka soleh seperti imam muda? Eh, eh….akak pun su…! Epp… Gedik. Amaran: Wahai makcik blog kalau tak nak kena lempang duk diam-diam, ye! Ye laaaa…..Embarrassed smile

 

... atau mungkinkah yang kaya-raya  harta bertimbun seperti budak jejaka sweet ini? Hahaha….shut up.

 

 

Jadi, ciri-ciri mana satukah yang menjadi pilihan utama? Bila diajukan pertanyaan ini kepada Mas, pengsan sekejap bila dia jawab “Saya nak yang ada semua sekali.”  What the…? Isyh…isyh…Hai, demandnya hang ni patut la ______________. Isi  tempat kosong tu sendiri.  

Pada pendapat akak, di akhir zaman ni rasanya cuma ada 1% saja lelaki sempurna yang mempunyai kesemua ciri-ciri tersebut . Oppss....tak, 5%. Up sikit hehehe. Wei, sukahati je letak statistik.

Forget about that. Kalau ikutkan hati memang semua perempuan inginkan pasangan yang serba-serbi hebat bukan? Tapi Mas, kita kenalah berpijak di bumi yang nyata.……

First and foremost, perkara paling penting sekali dalam usaha mencari Mr. Right ialah to be Ms. Right yourself. Kita asyik duk fikir nak lelaki yang serba-serbi sempurna walhal diri kita pun bukanlah sempurna mana pun. Macam artis wanita Malaysia bila ditanya ciri-ciri lelaki idaman mereka of course nak yang beriman tetapi diri sendiri pun tidak berusaha menonjolkan diri dengan ciri-ciri iman  -  tidak malu mendedahkan aurat, meneguk air syaitan, peluk anjing erkk, clubbing, berposing dengan aksi……OMG n bla bli blu.

Finding the right man is not going to change you into a better person than you already are. Kalau anda seorang tahi hidung masin, mencari pasangan yang pemurah bukanlah jalan penyelesaiannya. Anda kena belajar bagaimana untuk mengubah diri sendiri menjadi pemurah. Faham tak?

Bagaimana menjadi Ms. Right? Carilah role model wanita yang anda admire. Macam saya yang agak susah nak sayang orang, dulunya tak reti nak senyum nampak macam sombong eheh, lepas tu suka sangat mengkritik macamlah diri tu sempurna sangat, huh. Lepas tu sangat berlagak, aksyen, tak fikir perasaan orang, bongkak, perilaku menyakitkan, perompak, pengganas, pisau cukur, pisau lipat.... Amboii, teruknya saya ni macam watak penjahat dalam drama sinetron la pulak. Makanya saya jadikan guru saya sebagai role model - Cikgu BM semasa di MRSM dulu orangnya cukup penyayang, wajah yang sentiasa terukir senyuman cantik berseri umpama lampu chandelier dan berpersonaliti menarik. Berada hampir dengannya cukup terasa selamat kerana aura penyayangnya ikhlas dan tersangat magnet. Dalam meniti usia, I learnt how to be interesting, kind and caring. I tried to work hard at changing my character defects. Eh, hello.....Why you focus to yourself? Ini bukannya karangan AKU SUDAH BERUBAH JADI BANDUAN BAIK, wei.  Laaa….sori! Saya melalut lagi. Dah sampai ke Lautan  Hindi kita rupanya!

OK, secara ringkasnya Mas, hang kena jadi Miss Right dulu sebelum mencari Mr.Right. Belajar banyak benda-benda positif. Learn to be happy with yourself, first. Hang hanya akan bahagia dalam perhubungan kelak jika dalaman hang juga bahagia. Hiasilah diri dengan ciri-ciri lampu chandelier kerana aura yang menarik boleh menarik perhatian Mr. Right yang sejati. Tidak mustahil, bukan.

Ok, persoalan lain ialah kenapa kita asyik berjumpa Mr. Wong Mr. Wrong?  Adakah lelaki bertitle Mr. Right juga sudah menerima nasib sama dengan Saltasaurus yang pupus dari dunia ini? Untuk mengetahui jawapannya, jeng jeng jeng……. ikutilah  episod akan datang sebab  alamak, nak kena sambung buat kerjalah pulak huhuhu….Haisyh, tak tahu la nak sambung cerita ni sampai berapa episod. Gilalah Doctor Love nih. Hahaha…

 

Caucincau!

Rabu, Februari 09, 2011

Usaha Mencari Mr. Right

Kalau uols nak tahu, salah satu sikap positif So Shy Lady ialah beliau adalah seorang yang sangat prihatin, terlalu empati dan sangat suka membantu insan-insan yang bermasalah. Ecece… tekan lif naik sendiri nampaknya. Booo…  Am I like that?! Bukan yang tekan lif tu,  yang prihatin dan empati tu….. ye ke? Ke ye? Entahlah, dalam zodiak tulis cenggitu!

Sebenarnya the thing is dah beberapa hari benak ini asyik non stop duk fikir tentang masalah seseorang. Ni haa…masalah ex-officemate saya ni. Dia seorang andalusia. Hahahah gilanya berterus terang. Alamak, dah cuak... agak-agak lepas ni dia delete tak nama I dalam friend list dia? Mas (bukan Mas yang sebenar) tolong jangan seranah akak, ok sebab akak rasa word andalusia tu agak lebih berhemah sedikit berbanding ADT, kan, kan? Pada pendapat akak lah heheh.

 

Adakah ini gambar Mas? Takkkk….ini emas la, bongok.

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. (Muzik Latar: lagu tema Bersamamu TV3). Tiba-tiba muncul Zakiah Anas. Minggu ini anda bersama saya lagi. Kali ini kita akan menghayati kisah seorang gadis malang yang amat menyayat hati. Pastikan raut wajah anda dilimpahi rasa simpati dan jangan lupa sediakan sekotak tisu di sisi. Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, marilah sama-sama kita ikuti luahan hati gadis yang mahu dikenali sebagai Mas itu.

Susah betul nak jumpa MR. RIGHT…

Mandi bunga, sudah, buat aura treatment pun sudah

……. but I still get problem with guy.

Mungkinkah sebab kulit saya yang gelap dan badan saya yang agak berisi ini……

punca lelaki kurang berminat kepada saya?

Adakah lelaki suka perempuan cantik, seksi dan nampak macam model sahaja?

Walaupun diri mereka sendiri pun rupa macam bai jual roti?

Kat mana nak cari lelaki yang ikhlas menyayangi kita?

Any advice or tip?

Sekian, terima kasih.

 

Kembali semula ke studio bersama pengacara anda, So Shy Lady. Haha tiba-tiba pulak saya berada dalam studio. Sabar je laaa……

…..Hmmm…sungguh sedih, pedih dan ngilu sekali kita mendengar luahan hati Mas itu, bukan? 

Tapi…... alahai…… hang minta tips dari akak, dik? Macam tak sesuai aje! Weh Mas, hang tersilap biro pengaduanlah. Lainlah kalau nak tahu bagaimana cara nak kira break even point ke, nak tanya resepi buat tart mini tuna ke, (oh ye akak baru belajar buat tart dengan jiran kalau hang nak resepi nanti akak emel)…..atau ingin mengetahui berita-berita terkini tentang Maher Zain ke, heheh terrorlah juga akak menjawabnya tapi kalau hang tanya soal mencari MR. RIGHT.... sorry, memang akak blur .... takde pengalaman, serius!

Al maklumlah, dolu-dolu urusan jodoh akak segala-galanya diatur oleh orang tua. Akak cuma mengikut saja pilihan mereka. Langsung tidak membantah karena  akak percaya jodoh yang ditetapkan oleh orang tua itu lebih baik. Tak retilah nak cari-cari sendiri. Hang tak percaya? Tak nak percaya, sudahhhh….sebab memang akak tipu pun hahaha. Tak lawak pun.

Ok, serius, serius. Memang sahih saya tidak ada formula Matematik yang tepat untuk menangani masalah sejagat ini but anyway, oleh kerana zodiak kata saya ni manusia yang cukup kaya dengan sifat simpati dan empati makanya dengan penuh daya dan usaha akan saya cuba memerah otak geliga ini beserta membuat beberapa rujukan ilmiah untuk mencari tip-tip supaya Mas cepat bertemu Mr. Rightnya. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hari ini saya mahu jadi Dr.Love. Cewah!

OK, mula-mula sekali dalam misi mencari Mr. Right, akak eh..eh Dr. Love sarankan agar Mas hendaklah mencari kawan seramai mungkin. Kemudian dalam ramai-ramai tu pilihlah saja satu yang sesuai. Macamana nak kumpul calon ramai-ramai nih? Weh, apalah susah sangat, facebook kan ada.

Amboi, amboi Dr. Love…..senangnya cakap ….. tetapi realiti tidaklah semudah itu, bukan? Dr. Love, sila letak jawatan!

Bagi sesetengah orang, mencari jodoh yang tepat lebih sukar daripada menduduki ujian kelas memandu treler, lebih susah daripada menjawab soalan Financial Accounting atau mungkin lebih payah daripada apply contact lens for the first time. Hahaha saya la tu. Ingat dulu pertama kali mengenakan lens memang pengalaman perit yang tidak dapat dilupakan. Hampir dua jam mengadap cermin dengan air mata bercucuran di pipi. Cuba untuk tidak berputus asa. Masukkan perlahan-lahan. Yes, yes Malaysia boleh. Ok, fine dah masuk. Alamak lens jatuh atas karpet berdebu pulak. Cuba lagi berkali-kali. Payahnya. Hmm... situasi kritikal yang sangat-sangat menguji kesetiaan. Eh, relevan ke cerita contact lens nih? Huh, melalut lagi!

Sat, sat…..ada orang nelefon!

*

*

*

*

*

*

*

*

Bersambung daaa………………….

Isnin, Februari 07, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

 

Jom kita kasi gegarrr….

 

BEN ASHAARI

 

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Apa yang menggegarkan itu? Anda ingin tahu?  Klik aje di sini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...