Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Januari 31, 2011

Maher Zain, Siapa Yang Ajar Awak BM?

 

Salam semua,

Pagi tadi dalam sibuk sibuk nak pergi sidai kain, sempat pula saya melayan nyanyian seorang selebriti yang paling banyak dicari di Google Search Engine sepanjang tahun 2010 iaitu tak lain dan tak bukan,  saudara Maher Zain.  Alahai, sedap sekali  suaranya menyanyikan lagu InsyaAllah dalam bahasa Melayu. Sebutannya sangat jelas dan langsung tiada kesilapan. Kagum akak, dik.

 

hai, hasben sape la ni….. 

 

Heheh... saja nak warwarkan  kepada anda semua walaupun saya pasti ramai yang sudah tahu... pada 25 & 26 Februari 2011 nanti, Maher Zain akan kembali ke Malaysia membuat konsert di Stadium Malawati Shah Alam bersama-sama dengan Mesut Kurtis (Macedonia),  Irfan Makki (Canada) dan Inteam (Malaysia). Wah, confirm ramai peminat-peminat hardcore dah beli tiket dan  sudah tidak sabar-sabar lagi nak tengok Maher Zain secara live, kan.

Lirik Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

 

 

OKlah, jom kita layan lagu Insya Allah  malay version nih… Sebelum tu saya nak cari serviette dululah! Sob sob sob Crying face

 

Maher Zain, siapa yang ajar awak BM, heh?

 

 

Caucincau!

Khamis, Januari 27, 2011

Ben Ashaari Blog

 

 

 

 

Salam semua,

 

Wah, saya sangat teruja nih! Sebenarnya dah banyak kali saya berhasrat untuk join bloglist En Ben tapi last last tak jadi. Bukannya apa…..malu weh,  rasa macam tak layak  aje. Ah, memang ponnn….Tetapi hari ini saya nak mencuba nasib jugalah.  Kali ini En Ben  akan bubarkan blog list dia untuk penyegaran katanya dan memberi peluang kepada blog-blog baru pula….yes…yes! Suka…suka!  Teruja walaupun sedar  diri ini tak cukup syarat heheh.

 

Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini?

Huhuhu….dulu saya update  3, 4,5 hari sekali tetapi InsyaAllah sekarang sedang berusaha untuk update sekerap mungkin sebab bilangan follower pun sudah semakin  bertambah… heheh….jumlah entri 38. Syyyyh, jangan gelak.

 

Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list Ben Ashaari ?

Sebab En. Ben kan sangat popular, baik hati dan suka membantu blogger-blogger baru. Harap-harap adalah sorang dua daripada ribuan follower En. Ben  menyedari kewujudan  http://coratcoretsoshylady.blogspot.com 

 

Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
Hoyyyerr…. sudah pasti saya akan berterima kasih kepada En. Ben dan nak buat bloglist jugalah nanti heheh….. bagi mempromote blog lain pula.

 

Sesiapa yang berminat , silalah  klik di  sini dengan segera ya!

 

Caucincau!

Rabu, Januari 26, 2011

Terkena Sindrom Lagi

Saya ada satu soalan nak tanya ….er...er… tetapi sebelum tu biarlah saya bercerita masalah yang saya hadapi ini.

Sejak berjinak-jinak dengan dunia blogging, saya perasan dari hari ke hari sepasang mata ini kelihatan agak kurang bermaya, tidak segar dan sudah tidak semenawan dahulu lagi. Ecece….  Ni tak lain  tak bukan tak ada sebab lain lagi dah niiii…………udah kau bukan main lama  berjam-jam duk hadap komputer sampai mata pun rasa tertekan, siapa suruh? Sad smile

Adakah saya sudah dijangkiti  Computer Vision Syndrom???   Makkkkkkkk! (jeritan diiringi special effect  Lightning  Lightning Lightning  kilat petir  sabung-menyabung kebabommm wah, macam cerita Tamil gitu!)

Ekceli, saya memang pakai spek. Dah lama… sejak form 3 lagi tapi asyik pakai bukak, pakai bukak. Masuk matrik malu la orang asyik  tegur hei, minah skima nak pegi library ke? Haisyh, apa nih panggil orang minah skima, tak rugged langsung lalu saya terus tukar pakai contact lens.  Tiap-tiap tahun  memang power naik sikit-sikit cuma 2 tahun lepas  ajaibnya tiba-tiba power saya menurun.

Tetapi sekarang saya perasan pandangan mata makin kabur  ….. Sahih power melonjak naik semula di papan utama. Huhuhu Crying face

Risau laaa…. nak kena check mata ni! Kejap lagi nak pergi makan carrotlah.

Oh, ya tadi sebenarnya saya nak tanya soalan ni…. pati Inner  Shine, tu OK ke?!   Itu aje nak tanya.

 

Udah, udah le tu Nek Jah oii… (ehsan google)

 

Caucincau!

Isnin, Januari 24, 2011

(Gambar) Seriyes, Saya Sudah Tidak Stress Lagi

Alkisahnya bermula  di sini…….

 

 

 

wm 005

hai, hai, hai………

 

 

wm 008

bye , bye,bye…………

 

 

 

Gambar aje  ….so tak perlu tulis apa-apakan! Heheh….hepi…hepi  Winking smile

 

 

 

Caucincau!

Isnin, Januari 17, 2011

Sindrom Sedang Ingin Bercinta

Saya mempunyai masalah perasaan dengan kaum Adam.... masalah saya ialah terlalu mudah jatuh cinta. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya mudah sangat jatuh cinta. Setiap kali terserempak atau terjumpa dengan lelaki kacak, mesti hati saya berdebar-debar..... Tatkala terpandang si dia, dada pantas berdegup laju. Serasa jantung mahu keluar dari dada dan di saat itu juga rasanya ada getaran arus elektrik yang menjadikan tubuh saya bergetar. Dari mata turun ke hati, siang dan malam asyik terbayang-bayang wajah si dia. Saya mengakui belum pernah lagi bercinta dan terlalu ingin merasai perasaan bercinta. Ya, Saya ingin sekali bercinta! Desperatekah saya? 

 

gambar lelaki kacak
 

Begitulah luahan hati seorang gadis dalam satu ruangan forum. Alahai.....
Perhatian : Jika anda jatuh cinta kepada seseorang, pasti yang berdebar-debar kencang itu adalah jantung, bukannya hati.

Ok, kita tinggalkan masalah gadis tersebut dan marilah kita ikuti masalah saya pula.

Beberapa bulan yang lalu, saya juga telah mengalami satu perasaan yang sangat pelik...lebih kurang sama seperti dialami oleh gadis tersebut. Dada saya sering berdebar-debar kencang. OMG! Bukan setakat lelaki kacak, nampak pakcik tua, kucing lalu-lalang atau tengok budak tengah lap hingus  pun dada saya tiba-tiba pantas berdegup laju. Apasal entah! Aneh sungguh. Mengapa? Mengapa? Mengapa? Adakah saya juga telah terkena sindrom sedang ingin bercinta? Miang. Sambar petir, kang. Mana mungkin...saya kan sudah berpunya....
Oh, please stop it! Saya sudah tidak tertahan lagi menanggung kekeliruan itu. Untuk meleraikan perasaan luar biasa itu lalu saya memutuskan untuk berjumpa doktor pakar cinta.
Saya ke sebuah pusat perubatan swasta buat love screening. Sangat teruja untuk mengetahui adakah saya in love, eh..eh? Atau adakah saya mengalami .....? Please doctor, help me!! Risau dan konfius dah nih! 

 
19052010359
Tengah berkawad cari pintu masuk hospital. Nyanyah cuba candid. Aikk, apesal ibu nampak slim berbanding original nih?!! See... Hairannye…
 

Saya memutuskan untuk buat pemeriksaan menyeluruh agar mendapat keputusan yang lebih efisyen.

 

Buat  Xray. Ok lulus…..takde susuk.
 
191220101246
Check tulang ……… lulus tapi atas pagar. Banyakkan exercise.
 
 
 Mammogram……belum cukup umur lagi, buat ultra sound saja. Gambar google
 
 

Ujian pap smear juga lulus. Gambar en google
 
 
Full blood count, liver and renal function test, lipid profile,  diabetic screen, rheumatoid studies, tumour, thyroid and bla bla bla semua lulus…… Alhamdulillah…..
Kemudian, menunggu untuk buat stress test pulak.
 
 
                                
19052010339

Lama tunggu....dah bermisai berjanggut dah ni. Kita cheese cheese dululah.
 
 
 
  19052010340     
 
         19052010341 
Kesian model-model tetap saya sudah kehabisan gaya berposing. Muka dah boring dah. Anak-anak, turun ke kafe dululah! 


19052010352
  19052010356


Sementara model-model tetap di kafe, saya pula tetap setia menunggu dan……………….

Aduhh...debaran di dada saya menyerang lagi seolah-olah …oh, apakah?  Adakah ia memberi satu petanda saya bakal bertemu lelaki kacak nanti?  Suspen. Adoi la, mental disorder ko apo makcik blogger nih?! Betapa tak senonohnya daya imaginasi dia tu, kan…huh!

“Madam So Shy Lady (bukan nama sebenar)!!!!!” Tiba-tiba suara laungan nurse mematikan lamunan tak sentel saya tadi.  Maka tibalah masanya untuk saya  membuat  stress test pula. Hasilnya lulus cuma……….

Seperti yang dijangka, nurse terkejut beruk tengok bacaan degupan jantung saya. Mak aiii...laju semacam. BP okey je!

Si adik nurse yang peramah tu interview macam-macam.
“Degupan jantung akak cepat betul. Kenapa kak? Adakah akak sedang ingin jatuh cinta atau mungkinkah akak baru terserempak dengan lelaki kacak?” Soalnya dengan muka berkerut.

Eeeh! Tak....tipu! Soalan cipta sendiri. Sebenarnya nurse tu tanya macam ni..............

“Degupan jantung akak cepat betul. Kenapa, kak? Akak stress ke?”
“ Entahlah, dik.......akak happy je sokmo! Cuma lately akak perasan dada asyik berdebar-debar sahaja walaupun dalam keadaan relaks. Tengok cerita Spongebob pun dada akak berdebar-debar, pelik betul. Ni yang akak risau dan terus datang buat check up.”
“Ye ke....”

Kemudian dia sentuh pasal my eating habit.

“Prok prak prok prek prok prak prek......” Jelas saya dengan panjang lebar.
“Oooo..patut la. Sebenarnya, akak tiada apa-apa penyakit yang serius cuma akak kurang mengamalkan pengambilan makanan seimbang dalam diet harian.”

Si adik nurse beri beberapa tips untuk kurangkan debaran yang berlebihan yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

“Mula-mula akak kena kurangkan minum kopi.”
“ Apa? Oh,heIp!!!! Susah tu….I think I m d coffee zombie la, dik!”
“ Kafien yg berlebihan dalam tubuh boleh berkumpul di sistem saraf hingga buat kita mudah gelisah, panik atau cemas. Lama-lama ia boleh mengganggu sistem jantung.”
“Kedua, akak jangan biarkan perut kosong. Tak elok....isi perut dengan makanan berkarbohidrat nasi ke, bijirin ke. karbohidrat ada zat yang menenangkan.”
“Akak juga kena banyak minum air kosong. Dehidrasi juga boleh buat kita cepat rasa cemas.”
“One more thing, bersenam. Akak kena banyak bergerak supaya otot menjadi lebih relaks. Banyakkan buat exercise.”

Dan macam-macam lagi lecture adik nurse tu yang saya rasa berjela-jela kalu nok tulih! Anyway, tengkiu tengkiu tengkiu dik lupa la nama dia….for your kind info. Doktor pun tak prihatin macam awak tau! Ooo...lagu tu ceritanya. Rupa-rupanya debaran berlebihan yang saya alami selama ini bukan petanda saya sedang ingin jatuh cinta, cheese keju.
 
Tidak lama kemudian saya mengikuti sesi konsultansi dengan doktor pula. Menurut doktor secara keseluruhannya saya tidak mengalami apa-apa penyakit berbahaya, cuma kena banyakkan exercise. Mungkin doktor tu kepenatan kut dia buat review ala kadar aje. Dah selesai  kami pun balik……..

 
19052010354

Today s lesson
Siapa lagi yang nak jaga tubuh badan kita kalau bukan diri kita sendiri, betul tak?! So......kaum wanita elok sesangat buat pemeriksaan berkala di hospital untuk mencegah dan mengesan penyakit yang berbahaya especially penyakit yang membunuh dalam senyap. Mencegah lebih baik dari merawat....ingat tu! Kalau anggota badan mengalami gejala luar biasa contohnya macam perempuan kat atas tu yang mengalami debaran berlebihan jangan pula duk perasan anda di alam percintaan. Jangan bertangguh,cepat-cepatlah buat pemeriksaan di hospital untuk mengesan sebarang penyakit kronik.
Selain itu, kurangkanlah mengambil minuman kopi segera 3 dalam 1 kerana ia boleh menjejaskan kesihatan.

TAMAT. Eh..eh belum.
 
On the way balik, singgah makan nasi beriani di restoran kegemaran. Sebab doktor pakar cinta kata saya sihat, so bolehlah saya melantak dengan penuh perasaan.
Hek eleh...Konon nak tiru blogger lain tempek gambar makanan sedap tetapi sorry la...tak senonoh sikit sebab kami semua dah kelaparan yang teramat sangat. See... darjah kelaparan kami boleh diukur berdasarkan bilangan kuah yang menitik di sana sini dan sudu yang berterbangan entah ke mana.  

 
19052010362
Ni sebenarnya gambar ayam masak merah…..aiyyakkk

19052010363
Ni pula gambar daging masak beriani…..aiyyakkkk

19052010366
Aiyakkk….budak pembenci nasi tiba-tiba makan nasi? Hairan………….

19052010373
Tak habis-habis dengan isyarat keamanan……….




Itu jelah yang berjaya dirakam. So begitulah kesudahannya kisah dongeng sedang ingin jatuh cinta saya tu. Macam tajuk lagu Indon, kan…hahaha….tetapi janganlah pula ambil serius dengan tajuk di atas  ye kerana ia sekadar jenaka penyedap cerita sahaja. TAMAT SETAMAT-TAMATNYA.



Caucincau!

Selasa, Januari 11, 2011

Hantu Mak Limah Melawat KLCC

Saya mulakan entry hari ini dengan ucapan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera buat semua.....

Cantik molek mukaddimah I, kan.

Lebih seminggu saya tidak mengupdate blog. Ada sesapa yang rindu? Kuikuikui...Perasan diri blogger popular, hak tuii..

Saya tidak berblog bukannya apa. Apakah masalah saya sebenarnya? Ekceli sejak akhir-akhir ini saya agak kebizian setelah diri ini menerima watikah pelantikan oppss...bukan dari yang Dipertuan Agong atau dari mana-mana Pesuruhjaya Tinggi tetapi dari En. Hubby yang telah melantik saya menjadi Ku Li untuk membuat assignment MBA beliau.

Memang saya sangat sibuk tak tipu. Adoi, demi hasben terchenta nampak gayanya terpaksalah saya mengurangkan sedikit aktiviti berblog. Ada beberapa entry yang telah saya karang dalam kepala terpaksa ditunda tarikh siarannya. Sebenarnya hari ni pun saya belum lagi betul-betul berkesempatan untuk seriyes mengadap lappy lagak blogger tegar sebab tugasan Organizational Behaviour sudah lama menanti nun di meja study.  Nasib baik saya pernah mengajar subjek ni di zaman dulu kala so harap-harap saya tidak akan berdepan dengan masalah untuk menggorengnya nanti. Di samping itu saya juga turut terjerat dengan urusan anak-anak didik yang sudah mula melaporkan diri untuk pembelajaran sesi baru. Nampakkan saya terlalu sibuk, kan? Kan?

Walaupun demikian, saya berusaha juga untuk menulis entry walaupun sekadar update ringkas. Mana la tau kan ada sorang dua pembaca atau blogger  tersinggah blog saya hari ni at least ada la juga bahan baru  untuk dibaca. Ecece…macam la ada orang folo kamu hari-hari. Kuikuikui…
Ok mula update sekarang... eh, eh, baru nak mula ke? Intro bukan main berjela lagi. Jap, jap saya haus, nak minum air jap.
.
.
.
.
.
Ok, dah. Saya cuma nak kongsi sedutan aktiviti kami Ahad lepas. Kantoi, tadi kata sibuk tapi masih  sempat  lagi buat outdoor activities. Ikutkan hati memang malas  tapi tiba-tiba rasa  kesianlah pulak tengok wajah bosan tahap gaban model-model tetap terperap dalam rumah jadi, kami pun keluarlah ambil angin sikit-sikit. Here a few pics of what’s happening on that day.

Belah pagi kami pergi Jusco yang jaraknya dari rumah cuma 5 minit aje  kalau jalan kaki tapi kalau naik kereta ambik masa 15 minit . Magik, kan?

 
281120101090
OK, gambar makcik blog sedang  kontrol ayu. Beliau ada iras Lisa Surirumah Surihani, tak? Buwekkkk! Perhatikan dengan teliti, kalau  muak  scroll down cepat-cepat.

 
281120101093
Comel sangat mereka teruja dapat keluar dari sangkar. 


281120101094 
Anak-anak, orang panggil menda ni LCD. Ooooo……


  281120101097 
Tak beli pun sekadar cuci mata sebab ibu saya sangat kedekut suka berjimat-cermat.
 
 
Tidak lama kemudian kami dengan gembiranya pergi makan di salah sebuah gerai berhampiran. Sebab dah melantak kat rumah, so kami order menu simple aje.

 
281120101100 

Adik nak makan ikan 3 rasa, daging goreng kunyit, kailan ikan masin, sup ayam, telur dadar, kerabu mangga dan  lala masak halia        

   


281120101112 

Siap! Alameks, tak muat meja daaa….



Setelah kekenyangan, kami pun pulang semula ke rumah  sebab En. Hubby kata nak sambung study manakala si model tetap pula ada yang mahu kapur kasut sekolah dan ada yang mahu tidur. Belah petang kami bergerak pula ke  Hotel Palace of the Golden Horses sebab En. Hubby perlu berjumpa seseorang di sana. Apa ni, hari sudah petang masih mahu keluar? Folo je lah…..


Here we are finally!


191220101251 
Aksi pelancong Vietnam


191220101255
Aksi rombongan sekolah


 191220101253
Aksi coach baru pasukan bola sepak Malaysia

   
191220101252
Aksi budak tak pernah tengok kuda


Banyak lagi gambar tapi letih la nak tempek…. hahaha….Eh, cepat taip So Shy Lady kau dah nak kena siapkan assignment dah. Yelah, yelah!

Okay nantilah saya akan update lagi tentang  kisah-kisah lain lagi antaranya kisah saya terkena sindrom……ah, lain kalilah saya cerita! Apa? Kisah Hantu Mak Limah? Maaf ye….kisah tu takde kena-mengena langsung dengan post. Saja nak letak tajuk gempak sikit.  Jangan marah, ya….heheh.

Today’s Lesson

Seorang isteri harus selalu menolong tugas-tugas suaminya demi untuk kebaikan  keluarga.
 
 
Caucincau!

Isnin, Januari 03, 2011

Seriyes. Saya Benar-benar Stress

(Entri ni sepatutnya dipublish semalam tetapi memandangkan penulis mengalami situasi stress tahap kronik maka beliau telah membatalkan penyiarannya tapi tiba-tiba pagi ni beliau decide nak publishkan lah pulak. Hai, entah apa-apalah beliau nih. Sabar je la….harap maklum)

 

Mengapakah tahun 2011 saya bermula dengan episod lara? Mengapa? Mengapa?! Mengapakah perkara ini terjadi kepada saya? Saya benar-benar tertekan. Secara tiba-tiba dia buat hal. Alangkah kecewanya hati ini. Memang sejak akhir-akhir ini saya perasan akan perubahan dirinya. Dia tidak seperti dulu lagi. Saya benar-benar khuatir. Berbagai prasangka buruk bermain di kotak fikiran.  Namun, saya cuba untuk bersikap positif. Wahai  So Shy Lady, janganlah kau berfikir yang bukan-bukan. Bertenang, problem sementara aje nih.

Tapi hari demi hari keadaannya semakin membimbangkan. Kadang-kadang saya perasan dia seolah-olah bersikap seperti mahu meninggalkan saya. Kami sudah 10 tahun hidup bersama….apa,  sudah jemukah dia pada saya?  Sakit sekali rasa hati diperlakukan begini…………

Dan segala persoalan yang bermain di minda ini akhirnya terjawab sudah. Benar, tanpa sepatah kata akhirnya pagi tadi dia telah pergi meninggalkan saya.

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tidakkkkkkk!  Jangannnnn! Oh, hancur-luluhnya hati ini! Manakan tidak, setelah hampir 2 minggu saya menahan sabar melayan karenahnya - boleh basuh tapi tak boleh bilas, kadang-kadang boleh bilas tapi tak boleh spin akhirnya  pada pagi yang hening beberapa jam yang lalu, dia tiba-tiba langsung sudah  tidak mahu berfungsi lagi. Kiok. Dia sudah menamatkan operasinya  sama sekali dan mungkin juga untuk selama-lamanya. Puas sudah jari-jemari lentik ini menekan kesemua punatnya beberapa puluh kali namun langsung tiada respon. Untuk beberapa saat saya tenggelam punca. Akhirnya saya sedar. Dengan rasminya nampaknya dia sudah menjadi arwah. Oh, Tidakkkkk!  Jangan tinggalkan daku, my dear!!!!!!! 

Sampai hati dia meninggalkan saya dalam keadaan begini. Bagaimanakah nanti seorang perempuan  dasar pemalas cuci kain seperti saya mampu hidup tanpanya di sisi? Weh, siapa yang akan basuh 3 gunung-ganang dalam bilik tu, weh?!!! Jawab?!!!  Adoi  la tensionnya!

*

*

*

*

*

*

*

Walaupun perit namun akhirnya saya pasrah. Saya harus belajar menerima kenyataan. Yang bermula sudah pasti akan berakhir manakala yang tinggal usahlah bermuram durja. Wahai So Shy Lady, ayuhlah dan bangkitlah. Usah lagi larut dalam kesedihan kerana hidup ini perlu diteruskan. 

Dengan langkah yang lemah-longlai maka saya sedaya-upaya cuba mencari sedikit kekuatan. Nampaknya mulai hari ni terpaksalah saya bekerja keras membanting tulang empat kerat mencuci baju secara tradisional....eh, hello bukan kat tepi sungai sambil nyanyi lagu tuai padi antara masak, ya puan-puan sekalian. Kat bilik kecik je haaa.... Adoi, bertambahlah lagi satu kerja dalam senarai things to do saya hari ini. Menciiiii!!!!  Dan sudah pastinya saya akan kelewatan menjengah blog hari ni. Huhuhu…. 3 gunung-ganang, weh! Banyak tau!

 

basuh kain 088

 

Ok,  fine, cukup-cukuplah  meratap dan merintih segala bagai tuh. Jangan buang masa lagi. Ayuh, So Shy Lady mula bertindak  sekarang! (Muzik Latar: Ultra 7)

Angkut sebahagian gunung-ganang  dan rendamkan mereka ke dalam buih-buih cinta. Jangan lupa tambahkan 1 skop Vanish untuk memudahkan proses penyentalan. Tinggalkan buat seketika agar adunannya lebih sebati.

 

basuh kain 095

Weh, korang duk diam-diam kat situ, faham!

 

Sementara menunggu mereka bergaul mesra, lakukanlah kerja berfaedah yang lain dahulu.

Baiklah, tanpa melengahkan masa saya masuk ke dapur untuk menyediakan brunch sebab dah nak masuk tengahari dah. Bagaikan tahu ibu mereka dalam kemurungan terlampau, tanpa dipinta  model tetap  kesayangan saya telah segera menghulurkan bantuan.

 

                                                                                                               redaxon 035redaxon 036

                                                                                                                                                Bibik model cute menunjukkan skill menumbuk bawang

 

redaxon 044

Apa motif ambik gambar ni, ek? Lupa la…Oh, ya…..cuci dulu sebelum guna sebagai usaha membasmi kuman.

 

basuh kain 051

 

Nah! Superb brunch makanan terenak buat anak-anak pemboikot nasi! Makan makan makan sampai buuuuurrrp! Dah kenyang barulah ada tenaga nak berpencak silat dalam toilet.

Selesai makan salah seorang model tetap  bertanya “Ibu, boleh tak Nyanyah cuci semua pinggan?” Oh.... alahai, anakku. Takkan lah saya nak say no pulak, kan….tapi sebelum tu sengaja buat-buat berat hati nak izinkan.“ Tak payahlah susah-susah, basah pulak  baju tu nanti……. tapi kalau Nyanyah nak jugak tolong, bolehlah apa salahnya….. tapi pakai apron ye!?” Hikhikhik…. Hek eleh, sekejap tak boleh, sekejap boleh. Gedik. Potong satu kerja dalam senarai things to do saya hari ini.

 

redaxon 041

Bakal menantu sapa lah agaknya ni yekk?! Gelenya la mak dia. Eh, mana apron?

 

Itu jelah ceritanya. Tak boleh menceceh lama-lama. Orang bizi  nak sambung cuci kain nih. Sebelum berundur, saya tinggalkan anda dengan video budak terlebih rajin di bawah nih! Ahaks..... lawaklah! Boleh mengurangkan stress. Kita masuk toilet dulu ye...ada sesape nak tolong? Ehh...

 

 

Rajinnye dia ……heheh

 

Today’s Lesson

Pertama, sekiranya ingin meminta pertolongan dari anak-anak, mintalah  dengan cara yang baik dan bukannya dengan mengarah-arah.  Mintalah dengan nada, intonasi yang gaya yang sesuai. Ada ke orang nak tolong kalau kita minta tolong sambil marah-marah? Tetapi sekiranya anak kita menolak, janganlah kecewa. Jika mereka rajin membantu, sentiasalah berikan pujian atau ganjaran. Paling kurang, ucaplah “Rajinnya anak ibu ni”, atau “Pandailah anak ibu cuci pinggan ni. Bersihnya”. Atau jika sedikit berkemampuan, hadiahkanlah sesuatu yang istimewa  sebagai ganjaran dan katakan pada mereka kita menghargai pertolongan yang diberikan. Ataupun tiap kali makan sedap-sedap di luar katakanlah “Ini ganjaran buat anak  ibu yang rajin!”  Walaupun nampak kecil tetapi amat besar maknanya buat anak-anak.

Kedua, janganlah malas cuci baju…heheh!

 

Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...