Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, Disember 27, 2011

Samun dan Bakar

 

 

As Salam ladies,

 

   nb 003

    Feeling feeling mat saleh breakfast with spaghetti bologneseWinking smile

 

Oh jangan risaulah… pagi ni SSL bukan nak mentulis cerita pasal spaghetti pun. Kisah spaghetti akan dikisahkan pada masa akan datang, itu pun kalau rajin hahaha… Sambil melantak, saya baca paper online. Uols dah baca paper tak pagi ni? Kalau belum, silalah baca berita di bawah. Berita ini saya cetak rompak dari myMetro.

 

 

MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.
MUSNAH...satu daripada dua banglo yang dibakar pencuri.

 

KAJANG: Samun dan bakar. Itulah tindakan kejam kumpulan penyamun yang memecah masuk dan mencuri barangan berharga sebelum membakar dua banglo di Bandar Rinching, Semenyih di sini, dipercayai bagi menghapuskan bukti dalam kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kumpulan terbabit tidak menghiraukan kehadiran anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berusaha memadam kebakaran di rumah pertama, sebaliknya mereka terus membakar rumah kedua yang kedudukannya hanya bersebelahan.

Difahamkan, akibat perbuatan itu jumlah kerugian membabitkan kedua-dua banglo berkenaan dianggarkan mencecah RM1 juta namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penghuni ketika insiden berlaku.

Sumber polis berkata, kumpulan terbabit dipercayai menggunakan pemotong besi untuk memotong mangga bagi memecah masuk ke rumah pertama.

“Selepas mencuri barangan berharga di rumah pertama, kumpulan terbabit kemudian membakar rumah itu dan meninggalkannya.

“Kumpulan terbabit kemudian memecah masuk rumah kedua yang terletak bersebelahan dengan rumah pertama dipercayai menggunakan kaedah sama,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat yang menerima laporan mengenai kejadian itu segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum usaha memadamkan kebakaran itu dilakukan.

“Ketika bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di rumah pertama, anggota bomba ternampak rumah kedua turut dijilat api,” katanya yang menyatakan anggota bomba mula mengesyaki punca kebakaran itu bukannya disebabkan masalah teknikal sebaliknya kegiatan jenayah. Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian manakala anggota bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran di rumah kedua itu.

Sumber berkata, selepas meninggalkan rumah kedua, kumpulan itu dilaporkan cuba memecah masuk ke rumah ketiga yang terletak selang tujuh rumah dari lokasi pertama dan kedua.

“Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila sistem penggera rumah berkenaan berbunyi menyebabkan kumpulan terbabit segera melarikan diri,” katanya.

 

Sumpah menakutkan dan betul-betul sadis. So, kita-kita semua just be extra careful lah eh! Ini jam ramai desperado di luar sana. Yang sanggup berbuat apa saja untuk hidup senang cara mudah. Untuk keselamatan diri marilah kita praktikkan amalan-amalan yang diterima syara’ seperti di bawah (kuasa ikan ke, kuasa lidi ke, jangan percaya hokeh!) :-

 

1. Baca doa berikut:

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

 

2. Ayatul Kursi

Puan Saffiah Mohd Yusof – “Saya memang mengamalkan setiap kali selepas solat dan bila hendak keluar rumah tetapi sekarang saya amalkan 18 kali sehari kerana fadhilatnya lebih besar, InsyaAllah. Baru-baru ini rumah jiran sebelah rumah saya dimasuki pencuri, malam yang sama saya pergi ke bandar jadi rumah saya juga kosong. Alhamdullilah rumah saya tidak dimasuki pencuri, tetapi di dua tempat (cermin) rumah saya terdapat bekas tangan orang hendak membuka tingkap. Polis mengesahkan bekas tapak tangan itu masih baru. Kebesaran Allah jua melindungi rumah saya pada malam itu. Oleh itu, bolehlah saudara muslim yg lain amalkan untuk perlindungan diri, keluarga dan harta benda.”


3. Juga amalkan selalu membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas.
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.

 

Waalahu a’lam.

 

Ok, bai… SSL nak sambung makan spaghetti lagi. Caucincau!

33 ulasan:

Aidah berkata...

Itulah masalahnya bila cost of living semakin tinggi dan manusia kejam macam ni malas nak bersaing cari rezeki cara halal. Mintak pada Allah agar jauhkanlah kita semua dari penjenayah kejam ni. Amin.

mama aini berkata...

manusia semakin hilang akal & pertimbangan..sanggup bertindak ganas & kejam demi mendapatkan wang secara mudah tanpa perlu bekerja keras !!!..thanks share cerita ni..

etiey.com berkata...

wanauzubillah... takut sangat dengan dunia sekarang... nak masuk umah sendiri pun takut kan.. manusia dah makin hilang pertimbangan...

ieda berkata...

uhuhuh memang manusia skrg dah banyak hilang pertimbangan .. benci

x tahu apa nak jadi ..

Zie berkata...

Kita sekarang melalui zaman yang kejam....

kasihibu berkata...

sangat takut dengan perangai manusia sekarang, semakin ganas dan tidak berperikemanusian

Ati Masrif berkata...

setan betul pencuti ni
patut di bakar sekali dlm api tu!

kita selalu amalkan ayt kursi b4 kuar rmh
dan bayangkan kita mengelilingi rumah dalam
kita membaca ayat kursi

ajumohit berkata...

nauzubillah negara kita ditimpa mcm2 bencana, kerajaan tiada langkah ke nk membendungnya, skrg sibuk dengan pilihanraya je kan SSL, sbnrnya byk bencana berlaku tp seakan berdiam diri je

Teratak Hami berkata...

Pencuri yang tak berhati perut. Satu malam nak kebas 3 rumah skali... memang desperado betul.

mak encik | SZ berkata...

Ya Allah, semoga kita semua dilindungiNya ...

sangat mengerikan la kes2 curi / rompak / samun ni ... huhuhuhu... (tak jadi beli banglo, dok teres je la :p)

~ yus ~ berkata...

YaAllah, kenapalah takde perikemanusiaan langsung. Dah mencuri tu sudahlah, nak bakar semua. Nilah tak tahu cari rezeki dengan cara halal, rezeki orang nak di rampas...huhu

Kella berkata...

memang menakutkan lahh! jahat sungguh la diorang nih!! Tuhan aje la membalasnya!
terima ksih atas perkongsian ini.
dan ayat di atas..
insyaAllah.. lepas ni kena lebihkan amalannya.. =)

MULAN berkata...

astaghfirullah...

apa nak jadi ni.. samun pastu bakar rumah?

moga kita semua sentiasa di dlm lindungan Allah..

Mila@Rimbun berkata...

semakin berani n semakin kejam... semua nya tak hengat yg hidup ni hanyalah sementara.. oppsss membara jap saya bila baca topik pagi2 ni hehehe

Eye_nee berkata...

sifat manusia hari ini sukar ditafsir...dunia semakin tidak selamat utk didiami...ke marikh atau Zuhal?..apa pilihan yg kita ada...hanya lebih berhati-hati....

anisalya berkata...

selalu jugak amalkan doa ni dgn baca ayat kursi lepas solat. moga2 diolindungi drpd segala-galanya. amiiin...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

takutnyer
manusia skrng x der hati perut khen
cian fmly tue uwaaaa

Kakzakie berkata...

Betul doa kepada Allah setelah kita berusaha kerana kita amat kerdil tak terjangkau ini semua dek akal kita.... melampau betul

Dinas Aldi berkata...

Terima kasih kerana berkongsi dik, akak nak hafal ayat tu.

Dik, sudi tak bagi alamat? Akak nak poskan fm tu :)

zilndnas@gmail.com

Hanis MY berkata...

huhu sungguh kejam! nauzubillah... insyaAllah dengan amalan ni menghindarkan kita dr perkara yg tak elok...

Salina@IbuAqil berkata...

Sedapnya spagethi!!!!!!!!!!!!!! nyum3!!!

Kamalia berkata...

nauzubillah..mmg takut.ni rumah yg tepi jln tu ke?kat tepi jln tu mmg ade rumah banglo yg cantik sgt..

kasihredha berkata...

macam2 hal je kan
menakutkan
Nauzubillah

Kabutar Diesel berkata...

buat rumah besar2 kunci besar punyer mahal pun depa pi masuk jugak..depa ni bijak bab pecah memecah dan nekad

gedek! berkata...

ntah apa-apa la, kan?

idasm berkata...

sana sini, mudah sgt kita dengat jenayah besar, klu dulu nk dgr bunuh org jsusah sgt, sekarang everyday happened.
thanks for the doa. insyaallah mari kita semua amalkan...

pena rozie berkata...

Jahatnyer...

Bui Junaidi berkata...

kejam betul..ayat kursi mmg bui sll amalkan sebelum tidur..

wahida berkata...

ish...nauzubillah..harap dijauhkan family kita drp terkena seperti ini...

aiezza Sue; berkata...

ushausha spaghetti sambil copy doa yang disaji :)
tq.

CIK JATT berkata...

apahal nak bakar2 pulak kan. dah samun tu sudah la.
ishh, tergodanya dengan itu spageti

Nazayiena berkata...

Minta2lah kita dijauhi dr semua itu.....amin

whitecappuccino berkata...

sadisnya makhluk zaman ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...