Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Disember 22, 2011

Resepi Nasi Kerabu

 

Baiklah, hari ini saya ingin mengajarkan kamu sekalian cara-cara untuk membuat Nasi Kerabu versi sempoi. Semua dah sedia?  Yang baju biru tu…mana pen dan kertas? Ok sekarang sesapa yang tak ada pen dan kertas pergi cari dulu. Cepat!

 

Cehh sangat berlagak masterchef nih! Yucks …haha.…

 

Sebenarnya aktiviti ni dah agak lama dikerjakan, bila la ntah SSL lupa pulak. Kiranya ini kenanganku di masa silam. Kenangan ketika semangat untuk mengasapkan dapur tengah membara. Ketika sifat-sifat rajin menguasai diri. Hari-hari masak sendiri. Hari-hari makan lauk masakan sendiri. Hari-hari kenyang makan masakan sendiri. Tapi itu dulu tapi dalam dua tiga hari ni, hari-hari……………. daku beli! Macam tak ada mood ke apatah!Crying face

 

Ah, sudah! Jangan banyak cakap. Mari kita lihat bahan-bahan serta cara-cara membuat Nasi Kerabu :-

 

NASI

Bahan : 

  • 3 cawan nasi
  • 3 helai daun limau purut@daun pandan
  • Nak letak pewarna kuning atau  pewarna bunga telang pun boleh tapi saya tak letak, nasi adalah putih seputih-putihnya.

 

Cara :

Masak macam sukatan biasa.

 

 

SAMBAL KELAPA

Bahan :

  • setengah biji kelapa parut
  • 5 ulas bawang merah  
  • 15 biji lada hitam
  • sedikit halia
  • 3 batang serai
  • 4 ekor ikan kembung
  • garam dan gula secukup rasa

 

bjagr25811 010bjagr25811 009bjagr25811 014

 

Cara :

  • Goreng kelapa parut sehingga kekuningan/keperangan dengan api kecil, kacau selalu.
  • Di dalam periuk lain, rebus ikan masukkan garam sikit kemudian ambil isinya.
  • Tumbuk lada hitam, halia, serai dan bawang. Masukkan ikan serta garam dan gula. Kemudian campur dengan kelapa tadi.

 

 

KUAH TUMIS NASI KERABU

Bahan :

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang merah kecil ataupun sederhana (dikisar)
  • cili boh
  • 3 batang serai dititik
  • halia 
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan santan pekat
  • gula (sebanyak rasa) dan garam (secukup rasa)
  • 2 senduk minyak untuk menumis

 

       bjagr25811 015bjagr25811 016bjagr25811 037

 

 

Cara :

Panaskan minyak, tumis cili, kemudian masukkan bawang besar dan merah. Sekali sekala kacau hingga ia pecah minyak. Kemudian masukkan serai, halia dan asam keping. Masukkan santan dan seterusnya garam dan gula. Masak selama 1 jam lebih. Elok dimasak sehari awal.

 

 

BUDU

Sebab resepi SSL ni versi sempoi, jadi untuk menyempoikan lagi ciri-ciri budu, maka SSL guna budu mentah sahaja. Eleh cakap je la kau malas, kan senang.. tapi buat mereka yang rajin, kalau nak masak budu tu pun boleh jugak. Inilah caranya  :-

 

Bahan :

  • budu
  • 1 batang serai dititk
  • 1 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit gula melaka

 

Cara :

Campurkan semua bahan dan masakkan di atas api perlahan. Biarkan mendidih seketika kemudian angkat.

  bjagr25811 035

 

SAMBAL LADA

Bahan :

  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 3 sudu cuka 
  • sedikit air
  • garam gula secukup rasa.

 

Cara :

Blender semua sekali sampai hancur.

 

 

                    bjagr25811 029

 

 

KERABU 

  • Untuk ulam, boleh guna bunga kantan, daun kesum, timun, taugeh, kacang panjang dll tapi di kedai berhampiran rumah SSL tak berapa ada semua tu. Yang ada cumalah daun kesum, kacang botol dan taugeh sahaja. Maka eloklah mempergunakan apa-apa yang wujud sahaja. Manakala yang tak wujud, biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

 

 

 

 IKAN CELUP TEPUNG

Bahan:

  • 6 ekor ikan kembong dipotong 2
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit air

 

 

bjagr25811 026 

Cara :

Bancuh semua bahan dan celup ikan lalu digoreng.

 

 

 

TATTADAAAAAA!

 

bjagr25811 044

 

Nikmatilah dengan orang tersayang. Rasanya confirm sedap … sikit lagi nak sama sedap dengan nasi kerabu buatan mak mertua  KD  he..he…. (^_^)

 

 

 

 

 

Caucincau!

27 ulasan:

mama aini berkata...

ehem sedapnya..mama tgh lapar ni tau !!..he2x..nanti mama try resepi ni..mama memang selalu beli nasi kerabu ni...

Asrul "iLham" Sany berkata...

feberet ambo ni :D

Aidah berkata...

Aduuuuhh, panjangnya resipi. Akak kalau duduk dapur adalah allergic sebab lutut macam ketaaaat je sekarang ni. Sebenarnya baru lepas makan nasi kerabu.....beli saja. Hehehe.

Umie berkata...

akak... OMG... OMG... sedapnya!!! peberet saya nih...uwaaaa!!! kena buat sendiri... takde org jual nasi kerabu kat sini....uwaaaaa!!!!

mama tim berkata...

amboi ssl..complete resepi ni u..klu ai nak buat kena rujuk sni lah..
hehe

kasihredha berkata...

resepi dah ada...tp bila nak buat agaknya yer?
kalau nak cepat lagi ...boleh tak akak minta sepinggan :))

Kakzakie berkata...

Kakak kalau makan nasi kerabu cukup dgn sambal lada dan sambal kelapa dah cukup menyelerakan...

Ati Masrif berkata...

teringin gak nak belajar

kita tak reti makan nasi kerabu ni
tp hubby reti :)

Dinas Aldi berkata...

Huihhh panjang & sungguh detail respi nasik kerabu ni..

Dah alang2 siap buat tu, sila hantaq ke Penang barang setalam dua naa, kihkih

ieda berkata...

aloor sedapnya .. nak2 buat sendiri kan :)

Hanis Azla berkata...

sedapnya kak... nak sepinggan untuk berbuka petang nnt boleh?? he..he..

wida berkata...

wah sedapnya..
suka makan nasi kerabu, tapi nak buatnya..banyak sgt step.
beli lagi senang..hehehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy suka nasik kerabu..tp salu malas nk buat sendiri tp salin juga in resipi manalah tahu semangat nk asapkan dapor dgn bau nasik kerabu tetiba membara kan ~hiks

~izan~ berkata...

akak,sgt details resipi akak bg,izan suka sgt2 sbb tak pernah pun buat.lgpun mmg tak tahu langsung resipi kuah tumis tu..mekacih akak cayang share kat sini =)

ajumohit berkata...

TQ for sharing SSL, walaupun bukan org kelantan tp aju suke sgt nasi kerabu ni dari kecik, sedapp

Salina@IbuAqil berkata...

Sedap nih.. Bleh cuma.. ;)

Kella berkata...

wah.. saya mahu! =D

wahida berkata...

saya suka mkn nasi kerabu kak, tapi malas nak belajar cara2 nak buat sbb hubby tak mkn, anak2 lagilah tak mkn, jadinya beli je la jwbnya...

mak encik | SZ berkata...

selamat berjiran kak!

dolu2 saya amik contractor "classic" utk buat kitchen kabinet ... rasa puas hati la ngan finishing concrete table top dia....heee

Maya Mayana berkata...

whoaa..ala kak susah gak ni buat yana yg jrang mengasapkan dapur...hehe

rasanya kalau akak SSL antar sini lg sedap n sempoi..hik..hik, memang ayat org malas ni kak,beli kat kedai je tahu...

suri solehah berkata...

tgk nasi kerabu pagi2 ni tiba2 rasa lapar lak

Ros berkata...

Salam,

Kak Ros tak pernah rasa lagi nasik kerabu macam ni..teringin sangat nak rasa,kalau Kak Ros buat boleh jadi dan sedap macam SSL buat ni ka...?

MULAN berkata...

memang terbaek..!!!! tq tq..

anisalya berkata...

sedap2. suka makan je. tak berapa rajin lg nk buat. ngeee...

Nazayiena berkata...

x pernah lg masak nasi kerabu.....tp nasi nie memang feberet Nurul......

zouk saffron berkata...

Untuk mendapatkan Saffron Stigma Original bagi ditambah dalam menu masakan,sila pm di Zouksaffron atau sms 014-6245445. Harga promosi menanti anda di sini!

zouk saffron berkata...

Untuk mendapatkan Saffron Stigma Original bagi ditambah dalam menu masakan,sila pm di Zouksaffron atau sms 014-6245445. Harga promosi menanti anda di sini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...