Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, Disember 06, 2011

Ke KLCC Bukan Untuk Shopping (Part 1)

 

As Salam ladies,

 

Sepanjang cuti persekolahan ini saya tidak ke mana-mana lantaran En. HB terlalu sibuk ke sana ke sini dengan  projek mega beliau di samping tidak menang tangan dengan tugasan sampingan  sebagai student separuh masa. Maka jadilah saya seorang isteri yang sangat patuh tinggal di rumah sahaja. Bertungkus lumus mengasuh anak-anak tanpa bersungut. Ya, sayalah isteri yang comel dan yang gigih dan yang mulia dan yang taat itu hahaha…. Apa kau duk merapu ni wei?Smile with tongue out

 

Saya tahu dalam hati En.HB setiap masa tersirat rasa bersalah kerana tidak sempat membawa anak-anak makan dan minum angin sebagaimana keluarga bahagia lain yang berseronok ke sana ke mari. Beliau benar-benar terkilan. Dan apabila melihat beliau sebegitu saya pun hendak tidak hendak turut terkilan sama. Ya Allah, sehati sejiwa betullah laki bini ni, kan!

 

Maka pada suatu malam, satu sesi perbincangan serius telah diadakan di antara kami berdua bagi merungkai permasalahan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran menguruskan cuti sekolah anak-anak yang masih bersisa lebih kurang sebulan ini sementelah En. HB pun baru sahaja selesai submit assignments beliau maka bolehlah kami curi sedikit masa emas beliau itu untuk berlibur. Curi masa sekejap ya, bang! Eh, apasal terguna kata ganti diri ‘beliau’ neh? Sungguh formallah macam tak rugged langsung, he..he…

 

Akhirnya jawapan dan keputusan sebulat suara telah dicapai. Prok prek prok prek…...OK, set!

 

Dipendekkan cerita, pada hari Sabtu lepas, usai bersarapan kami pun dengan perasaan yang berkobar-kobar memenuhi hasrat anak-anak - ke tempat yang nak sangat ditujui oleh mereka iaitu Aquaria KLCC . Tempat dekat-dekat sudahlah ye, nak! Eh, tanpa sedar terhighlight macam logo  ofis lama En. HB la pulak. He..he… jangan marah Ambank!

 

Bukan main teruja lagi mereka itu. Ok, saksikanlah gambar-gambar yang telah berjaya dirakam…..

 

 hiland mush 053    hiland mush 061

Kami memulakan perjalanan dari sumber air di kawasan tanah tinggi yang digambarkan melalui Wall Evolusi. Ini di Zon Jewel of The Jungle

 

 

  hiland mush 052     hiland mush 064 

Jumpa Electric Eel di Zon Elektrik dan Alligator-Snapping Turtles di The Stream

 

 

nokiadec 152hiland mush 040nokiadec 226 

Seterusnya ke Touch Pool / Interactive Pool

 

 

hiland mush 044    hiland mush 042

Pengembaraan diteruskan ke tangki piranha

 

 

hiland mush 080

Nyanyah akur bila disuruh beraksi comel

 

 

nokiadec 150

Circular shape aquarium

 

 

Tiba-tiba bateri kamera digitalku dengan tak semena-mena kehilangan kuasanya pada saat-saat klimaks. Alamak spoil! Terpaksa guna kamera hp cokia.

 

 

nokiadec 212nokiadec 177hbbl

Maka gambar pun tidak seindah biasa…Crying face

 

 nokiadec 219nokiadec 174nokiadec 180 

Di atas walkator bergerak, riuh bukan main bila tengok haiwan-haiwan yang selama ni ditatap dalam TV aje ada kat depan mata. Saya dan  En.HB pun excited berlebihan jugak he..he…

 

 

nokiadec 298nokiadec 183nokiadec 158 

Green Sea Turtle, Sand Tiger Shark, Giant Sting Ray - tengok real lagi syok!

 

 

 

nokiadec 192nokiadec 196nokiadec 208 

Takjub! Seahorse dan Nautilus (entah betul ke tak ejaan Along nih!)

 

 

nokiadec 299

Woh, apa pandang-pandang? Mahu gaduh?!

 

 

nokiadec 187 

Syifa agak terkasima dan terkaku, mengantuk pun ye jugak!

 

 

nokiadec 263     nokiadec 266  

Ikan jenis apa ntah ni…. suka betul kat Syifa

 

 nokiadec 264    nokiadec 259

 Tengok tu….tak berganjak!

 

 

 

OK, sudah. Anak-anak, lekas kita ke Atlantis Store pulak!

 

 

nokiadec 306   nokiadec 313 

nokiadec 310    nokiadec 302

Banyak betul soft toys yang comel

 

 

nokiadec 317

Adik nak ni!

 

 

 

Maka selesai sudah pengembaraan kitaorang di Aquaria KLCC . So, anak-anak lepas ni boleh lah bercerita kepada handai dan taulan, Hai kawan-kawan, saya dah pergi Aquaria melihat jerung, pari, sotong kurita dan penyu!” Mudah-mudahan mereka semua cemburu.

 

Selepas tu, kami terus ke tempat lain yang sangat mengujakan. Jari dah lenguh menaip, cerita lain kali lah pulak, OK!

 

 

Caucincau!

30 ulasan:

♥MAMASYAZA♥ berkata...

tiap kali pegi kl, slalu plan nak ke sana, tapi last minit slalu cancel

munna berkata...

klu bawa anak munna kat sini mesti diaorg suka sgt... berapa tiket nak masuk ye SSL?

Asrul "iLham" Sany berkata...

dh lama tak gi aquaria...

Nazayiena berkata...

wah seronoknya pegi aquaria KLCC,berapa byran masuk utk kanak dan dewasa?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

mesti mereka riang dan gembirakan...

Lelaki Ini berkata...

wah..
seronok!
tak pernah lagi pergi aquaria!

whitecappuccino berkata...

Tu dia..berseronok sakan la kat sana yer?

Aidah berkata...

Cuti sekolah kali ni akak belum berkesempatan bawak anak2 berjalan sebab kakaknya SPM, masih belum abis. Lepas ni agaknya kot, insyaAllah. Tapi suka tengok anak2 dalam gambar tu riang betul dpt gi Aquaria.

Acik Erna berkata...

SSL tengok gambar gambar disini..buatkan acik teringin nak tengok sendiri..

Hanis MY berkata...

i like aquaria... best outing dgn family...

kasihredha berkata...

syokkknya
anak2 le paling happy kan

Dinas Aldi berkata...

Macam biasa, tulisan SSL sungguh comel :D

Tak sabaq nak baca kisah seterusnya.

Fatin Mraz berkata...

berapa dah tiket masuk skrg ek..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

tak kisahlah jauh ke dekat janji dpt happykan anak-anak..


sy dh penah bwk risya ke sana..zikry belum lg..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

aquaria x biasa masuk selalu jelajah KLCC jer....cian x kat weols ngeee

~ yus ~ berkata...

wah! yus tak pernah sampai sini..

berapa tiket masuk ya?

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

wah..bestlah..sekurang2nye terisi juga aktiviti cuti sekolah..Anak happy..ibu senang hati.. :)
Tak pernah lagi jln2 kat sana..p sana pun selalu jln2 kat luar KLCC tu jer..^^

etiey.com berkata...

sukalah derang kan... dapat gok ikan! hehhe eysraf gemar sgt...

kak... coach ngah sale skrg. masa yg ambank aritu kan, wristlet yg kecik rm160 je. normal price 250.. yg tu rasa rugi sgt sbb dah beli.. hehhe tp yang besar tu mmg ras berbaloi. sbb dah lama berkenan. tup tup dpt harga murah dr sepatutnya

So Shy Lady berkata...

harga tiket - adult rm45, budak2 rm35. tunjuk mykad/mykid less rm10

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ berkata...

enjoy ler dorang kan..
cuti skolah ni ramai tak org?

my alya pes gi sggt la penakut tgk ikan2 kt dlm akuarium tu, ye la masa tu tecit lg.. takut ikan tu geget die.. ;-p
2nd gi dh ok, die plak x mo blk..
walhal kite ni dh kendur lutut berjalan.. huhuhu.. ;-p

rara pinkmafia berkata...

wow rara suke g tempat cm ni.nt nk g lah.nama je duk kl,tp xpenah g pon.

Dalila Hamid berkata...

menarik jgak aquaria tu... ketinggalan la dela ni x pernah masuk skali pun...;(

No Lan berkata...

seronoooooooknye..(ada gambar leh tengok dan BANYAK gambo xdapat No tengok waaaaaa...tenet kongwalikong)

No p gak klcc tp duk lua je la sbb dh lewat..petrosains pun dh tutup huhu..

No rasa lebih kurang macam muzium marin kat WPLabuan gak ni dan mungkin yang klcc lebih grand lagi..kt labuan tu kecik ye hehe dan masuk free..sini kene caj brapa ye kak?..

Kamalia berkata...

balik ni harus terjah aquaria pulak kan..wee,ade piranha tuh..takut mak.

ummiross berkata...

Dekat2 pun tak kisah kan, asalkan anak2 terhibur.Nampak mereka seronok dengan pengembaraan tu, semua tersenyum gembira..

mama aini berkata...

indah kan !!! ..he2x..adik mama stay kat KL, mama shopping aritu kat KLCC..percaya tak tapi mama tak pernah masuk ke aquaria lagi?..yg kat langkawi mama pergi,tapi tak sebesar & secantik KLCC !!..

Citarasa Rinduan berkata...

bestnya.................

walau suami kamu sibuk, tetap ada kelapangan, tunaikan permintaan anak2.

teringin pulak nak kesana, entah bila..sibuk dengan kedai..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam..K.atie pernah pegi sekali jer...masa ada pameran dulu....ssh betui nk parking..pastu kena byr 5 henggit .

MULAN berkata...

suka sangat aquaria.. best best... rasa takmo balik..

anisalya berkata...

teringin jgk nak bawak anak2 ke sana. mesti diaorang suka tgk ikan2 tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...