Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Disember 29, 2011

Ah Soo

 

 

Di kawasan perumahan tempat saya tinggal ada seorang ‘ah soo’. Dah tua dah. Mungkin tujuh puluh umurnya. Mungkin lebih. Rambut dia kalau tengok dari jauh semuanya putih dan kalau tengok dari dekat pula dah tak ada hitamnya.

 

Kebanyakan orang yang menetap di perumahan ini tahu di mana dia tinggal. Di sebuah rumah peninggalan suaminya dengan ditemani seorang amah Indon. Saya dapat tahu dua anaknya tinggal di rumah bersebelahan.

 

Sejak bertahun-tahun lalu, setiap pagi dan kadang-kadang setiap petang, ah soo itu akan kelihatan menolak basikalnya. Basikal itu pun special sikit. Pelantarnya dilebarkan dengan bantuan dua batang kayu yang saiznya kira-kira separuh lengan orang gemuk. Basikal itu pun dah tua juga dah. Tak tahulah peninggalan suami atau mendiang bapanya.

 

Dan dia bukan saja-saja menyorong basikal tu. Selalunya dia akan singgah di tempat pembuangan sampah atau di hadapan kedai-kedai. Dia akan menyelongkar. Mencari kotak, surat khabar lama, tin bekas minuman dan botol. Semuanya dikutip dan diangkut dengan basikalnya. Adakalanya jiran-jiran bermurah hati memberikan surat khabar lama atau kotak-kotak terbuang kepadanya.

 

Pernah beberapa kali saya lalu di depan rumahnya dan melihat kawasan rumah itu tidak ubah seperti pusat pengumpulan barang-barang lusuh. Di sana timbunan kotak, di sini timbunan akhbar lama, di sinu longgokan botol dan bekas tin minuman. Tak ada pokok bunga.

 

Kenapa saya bercerita tentang dia? Apakah kehebatannya?

 

Sesungguhnya ah soo itu hanya manusia biasa. Saya percaya dia bukanlah agen CIA yang menyamar sebagai pencari barang terbuang. Dia juga tidaklah boleh menjelma menjadi amoi cantik pada waktu tengah hari rembang atau ketika malam bulan mengambang sehingga melayakkannya masuk ke dalam majalah-majalah misteri yang cukup suka dibaca oleh orang-orang kita.

 

Ada sebab untuk saya menulis tentang dia. Pertama, sebab kerajinannya. Sukar untuk mencari seorang yang setua dia sanggup melakukan kerja-kerja berat segitu. Dah tu, hampir saban hari seolah-olah tidak mengenal penat dan jemu. Kebanyakan orang tua lain pada usia demikian biasanya lebih suka duduk membebel pada anak cucu kalau tak pun bersembang dengan kawan-kawan di tepi pintu.

 

Kedua, saya tertanya-tanya jika dia emak kita dan kita ini kaya sedikit, agak-agaknya sanggup tak kita biarkan dia buat kerja seperti itu? Rasa-rasanya macam tidak. Kita takut orang kata. Kita takut standard kita jatuh. Kita takut orang kata kita tak pandai jaga emak.

 

Dan ketiga, sebab paling utama ialah kerana saya baru dapat tahu ah soo itu sebenarnya seorang pesara yang pencennya pun main ribu-ribu juga.

 

Kata as soo itu, sebenarnya dia malas duduk diam. Mahu buat kerja-kerja part time rasanya sudah tidak rajin sebab tak sanggup nak tempuh jalan yang sesak hari-hari. Jadi dia pilih buat kerja itu. Boleh juga exercise, keluar juga peluh.

 

Ada lagi…….. dan katanya, duit jualan segala macam barang terbuang tu setakat ni taklah banyak sangat. Sekadar cukup untuk membawa dia makan angin ke Taiwan, Singapura, Thailand dan beberapa tempat lain setahun sekali – tanpa mengusik duit pencennya. Paling dekat pun cukup untuk dia pergi ke Langkawi.

 

Apa yang boleh anda pelajari daripada kisah ah soo itu?

 

Mungkin ada dan mungkin tak ada apa-apa.

 

Terserah……

 

 

 

Caucincau!

26 ulasan:

Kakzakie berkata...

Bangsa dia terkenal rajin bekerja SSL. Mereka juga rajin beriadah. Tapi bapak kakak dah 85 tahun pun masih rajin kerja SSL. Tiap pagi dia akan cabut rumput belakang rumah tempat dia tanam macam-macam sayur. Sireom pokok, tanam bunga, sayur dsb... alhamdulillah sihat tanpa apa-apa sakit kronik singgah lagi...

Salina@IbuAqil berkata...

Banyak pengajaran dalam cite ni.. ;)

Asrul "iLham" Sany berkata...

member2 ngan Cina awesome gak kekadang

terutamanya amoi2 :D

Mila@Rimbun berkata...

wow... kutip sampah bole g taiwan.. saya yg makan gaji ni.. nak g bercuti ke bandung pun tak lepas2 wakakaka

Eye_nee berkata...

kita malu...serius...akk tak akan buat melainkan kalau sudah company akk buang akk keje dgn usia yg dah bermula pangkal Ampat ini lorrr....tp bila dgr dia mampu kesana kemari dgn duit kutipan tu..mulalah mulut kita terlopong...oooo...uiiiii...bagusnya..yer kerr...bestnya....

Bui Junaidi berkata...

pengajaran bagi bui pulak >>jangan under estimate org lain..luaran mayb teruk tp dalaman kita tak tau kan..luar nampak buruk tp ntah2 lagi baik dr kita...

tp x dinafikan bangsa ni mmg rajin cari duit..

tp musykil jugak..duit pencen ribu2 tu dia buat apa yer..?sayang tak belanja..hehe

anisalya berkata...

mengingatkan saya ttg mendiang ah soo yg ada dekat rmh MIL. dtg rmh org bg salam. pernah tegur sy sekali ms pantangkan anak sulung. dia kata kenapa tak pakai stokin nnt sejuk.

ieda berkata...

ah soo mcam di ceritakn adik nie ada di kawasan perumahan akak dulu

tapi dia duk ngan anak nye .. cuma dia suke kutip2 barang nie .. pelik juga , mgkin dia suke lakukan sbgai hobi dan dpt gak duit kan ;)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

mmg pon blh jd jutawan kerja kutip sampah ni tau..sy penah baca satu kisah tu..


tp ada juga jenis org tua mmg suka kumpul sampah sj suka-suka (sejenis penyakit)


sy pulak pantang tgk brg lama nk membuang aje..x larat nk kumpul bnyk-bnyk utk dijadikan duit HEHE

wahida berkata...

cayalah ah so tu, saya pun buat gak menyimpan brg2 terpakai tu, tapi hasil saya dpt cuma mampu beli eskem kami anak beranak jer...hehe...

Aidah berkata...

Selalunya ah soh2 ni macam tu lah perangainya. Memang biasa berdikari dari kecik. Kalau tak keluar cari kerja maka tak makan. Nak mati pun ribu riban jugak kena ada. Agaknya kalau melayu tanpa tongkat mungkin akan kerja keras jugak kot? Atau mungkinkah kita boleh cakap, 'it's in their genes'?

Hanis MY berkata...

wahh duit jualan boleh cover g melancong... kelassnya ah soo...

Nazayiena berkata...

wah byk juga hasil dr jualan brg terpakainya tu ya blh pegi makan angin obersea tuu.....

Kamalia berkata...

Hebat sungguh ah soo.tpkn mostly chinese mng mcm tu.jrg nk duk lepak camtu je buang masa.cara pemikiran dia mmg lain dr kitakn.sama gak dgn jepun ni,walaupun dah tua masih gagah bekerja atau jd volunteer kat mn2 agensi kerajaan..lg suka buat kerja brfaedah dr duduk brsembg kat kedai kupi..

Dinas Aldi berkata...

Tabik pada ah soh tu :)

kasihredha berkata...

fulamakkkk...dapat gi melancung dgn duit tu ye :)

mama aini berkata...

hu2x..terharu mama dgn kisah ah soo ni..walaupun dah berusia tetap berusaha,mencari wang walaupun dia ada pencen..

Puan Kutu berkata...

kagum dengan Ah Soo,org klu rajin n biasa buat kerja takkan duduk dia walau harta dah melimpah..selagi ada hayat,ah soo tak buang masa,boleh pergi melancong lg!tabik springgg..

Umie berkata...

kat mesia jarang jumpa org2x tua serajin ah soo tu kan kak... kalau akak ada rezeki dtg jepun, kat sini adalah sebaliknya.. jarang lah kot nak jumpa org2x tua yg melepak kat kedai kopi aje..kekeke

RynaHakimi berkata...

Kesimpulannya, kenalah rajin bekerja dan isi masa lapang dgn perkara yang berfaedah. pedulikan apa orang lain kata, yang penting, ianya memberi 1001 keuntungan kpd diri kita sendiri.. hehe.. tabik spring la kat ah soo tu ;)

محمد رازيق berkata...

Wah ah soo yang hebat. Hehe. Selamt tahun baru kak :) jmput bc PUTUS CINTA :)

yua berkata...

tergelak baca kat perenggan yang CIA tu haha.
salute r kat ah soo. susah nk cari org mcm dia zmn leni ni

MULAN berkata...

moga saya pon rajin macam ah soo tu nanti... sihat & rajin..!!

happy new year sis...

happy, healthy & dirahmati always..!!

Nieda berkata...

Slmt tahun baru.

RAsa tak boleh jadi sekuat AH SOO.

KhaiRin - anies berkata...

mengingatkan sy seorg tua (apek) kt tmpt keje sy dulu...

mamaNoriz berkata...

betul, tmpat sya pun ada cam tu...

dai saje-saje baung amsa kutip brg2 tu sbb boring...jln2 tu cam exercise smbil dpt duit xtra kan...

kagum dgn semanagt mereka...boleh ke kita positif cam mereka?

tapi statement ejen CIA tu mmg tak boleh blha...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...